Kerana dirimu amat berharga

Friday, July 3, 2009

Bila Sakit Datang Menjenguk

Telah cukup seminggu isi rumah ini lawan 'berkokok'. Batuk-batuk bersahutan. Suara-suara menjadi 'sengau' akibat saluran pernafasan yang tersumbat. Alhamdulillah, keadaan semakin bertambah baik.

Aiman yang gering


Sabtu yang lalu, awal-awal pagi lagi Aiman dibawa ke Medical Centre berhampiran. Malam sebelumnya suhu badan Aiman hampir mencecah 39 darjah celcius. Tidurnya resah. Sesekali terasa menggigil. "Babah peluk Maman OK," aku cuba mendamaikan keadaan apabila dia mula menangis. Terlintas juga untuk ke Emergency. Dari pengalaman lalu, mama yang tengah mengeliat-liut menahan sakit pun hanya diberi ubat tahan sakit dan disuruh tunggu lebih sejam, inikan pula hanya demam, hasrat tersebut ditangguhkan.

Sesampai sahaja di Medical Centre berhampiran, jam belum pun lagi pukul 9. Pelanggan agak ramai, kebanyakannya muka Vietnam. Dah memang doktor2 di situ orang Vietnam pun. Tak lama selepas mendaftar, nama 'Wan Muhammad' kedengaran.

'I don't know which name to call, what a long name,' kata doktor wanita tersebut.

Aiman duduk di ribaan babah sambil doktor memeriksanya. Kami pun bertanya soalan2 termasuk mengenai H1N1.

'You don't have to worry. He might be having 'that flu' or he might not. The treatment is just the same, because they are all influenza A. Just take a good care and stay at home,' katanya mesra.

Setelah memberi bayaran AUD35, mama terus ke farmasi berhampiran untuk membeli ubat yang ada dalam prescription doktor. Hanya Dimetap untuk batuk dan selsema serta Neurofen for Children untuk mengurangkan demam dan kesakitan.

Kali terakhir Aiman demam, waktu makan ubat agak mudah dan berjalan lancar. Kali ini, babah dan mama terpaksa 'bersilat' hanya untuk memastikan ubat masuk ke dalam mulut kecil Aiman. Seksanya! Mama naik berang kerana hampir semuanya di'puek' Aiman sambil terjerit-jerit 'Nanak bubat!!' Akhirnya, kami masukkan saja ubat ke dalam jus ataupun susu. Letih nak 'bersilat'.

ALhamdulillah Aiman demam tak lama. Esoknya Aiman dah mula bermain macam biasa, walaupun hidung dan tekaknya belum pulih sepenuhnya.


Penyakit Berjangkit

Hari Ahad, babah pula jatuh gering. Batuk dan selsema memang dah ada, ditambah dengan demam dan sakit kepala serta lenguh seluruh badan. Memang flu lah tu.

Penyakit diturunkan sebagai peringatan dan ujian dari Tuhan. Bila sakit-sakit begini, yang pertama terlintas di fikiran ialah 'ada tak dosa aku kat mak bapak aku?' Terkenang pula malam-malam yang tak berapa lena melayan Aiman yang tak sihat, 'agaknya mak bapak aku dulu macam ni lah kot yer...' Lalu aku pun terus telefon ke rumah. Sembang lebih kurang, cerita pasal musim durian dan 'update' hal2 keluarga, hati berasa lebih lapang.

Syukur, hanya sehari badan betul2 sakit. Terima kasih isteri kerana melayan karenah suami ini yang dikatakan terlebih 'exaggerate' ketika sakit. Memang, perempuan mempunyai 'threshold' sakit yang jauh lebih tinggi dari lelaki. Kerana itulah Tuhan menjadikan perempuan yang mengandung dan melahirkan anak, bukan lelaki.

Selesai semua orang sakit dan demam, sekarang giliran mama Aiman pula. Demam yang tak berapa kebah sejak 2-3 hari lalu, ditambah dengan sakit kepala. Selalu begitu, dia yang terakhir dijangkiti. Semoga cepat sembuh...

3 comments:

  1. kesian kat aiman..budak kalau sakit memang kuat merengek sebab badan tak selesa.. Kak tirana ni pun dah rasa seram2 sejuk. Harap2 tak melarat.

    Semoga AzD sekeluarga semakin pulih..

    ReplyDelete
  2. kesian kt smua org...alhamdulillah la everybody is getting better..

    p/s: why the jacket yg membaluti tubuh maman adalah sooo familiar?? hmmm...mcm pernah ku lihat..but where~

    hahahahaha...

    ReplyDelete
  3. Semoga kembali sihat. Bimbang setiap kali anak-anak demam. Kata orang tua, demam tu tandanya nak besar. Betul ke.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails