Kerana dirimu amat berharga

Saturday, July 25, 2009

Another Birthday is here

Every year we celebrate our birthday. And for every year, we get older and older. Some people say we are wiser as we get older, but what for sure is we are one step closer to death. Other people say life begins at 40, so what are they doing before that, I don't know.

In the mood of celebration and happiness, we must be grateful to the Almighty who has given us years of enjoyable experiences living in this world, and pray for the best in the years to come.

Today is my wife's birthday. It is a meaningful birthday as it is a turn of a new decade of her life. Enjoy your birthday and may Allah showers you with health and happiness always... HAPPY BIRTHDAY!

Wednesday, July 22, 2009

Gallipolli in Sydney

Turki merupakan salah satu destinasi impian saya. Seringkali terbaca kisah kegemilangan empayar Islam Othmaniyah, terasa bangga mengetahui bagaimana tamaddun Islam telah mempengaruhi serta menyumbang kepada kemajuan dan peradaban umat manusia. Sedih membaca bagaimana sebuah kuasa yang pernah menguasai hampir satu per tiga kerajaan di dunia ini jatuh kerana tamaknya manusia untuk berkuasa.

Di Australia, masyarakat Turki telah lama menjadi antara penduduk tetap, terutamanya selepas perang dunia pertama. Mereka berjaya membina komuniti yang kukuh dari segi ekonomi untuk survival masyarakat mereka di bumi Australia. Rata-rata mereka adalah peniaga.

Walaupun berada di negara orang, asal usul serta sisa-sisa tamadun silam yang utuh di dalam diri mereka, tetap mereka pertahankan. Auburn, sebuah bandar kecil di sebelah barat Sydney, merupakan sebuah bandar yang majoritinya terdiri dari kedai-kedai Turki. Dari kedai kebab, 'charcoal chicken', hinggalah ke kedai menjual alat kelengkapan serta makanan mereka. Di sini jugalah letaknya sebuah masjid antara yang terbesar di Australia, yang dinamakan Auburn Gallipoli Mosque.

Pandangan dari luar masjid


Dibina hasil dari kutipan derma masyarakat Islam, dari jauh lagi jelas kelihatan dua menaranya. Senibinanya seakan akan masjid biru di Turki. Di dalamnya pula dihiasi dengan tulisan khat Asmaa'ul Husna serta ayat-ayat suci al-Quran, ditambah pula dengan corak lukisan yang begitu teliti hasil pembuatanya. Sebaik masuknya waktu asar, muazzin pun melaungkan azan, hanya dari dalam masjid. Sayang sekali di sini pembesar suara tidak dibenarkan untuk laungan azan. Seusai menunaikan solat sunat, Imam yang juga merupakan seorang berbangsa Turki terus mengepalai solat.

Agak membanggakan bagi saya apabila jumlah makmum yang saya rasa agak ramai bagi waktu Asar. Tambahan pula, dapat dilihat ramai golongan belia mereka turut hadir untuk solat berjemaah. Alhamdulillah, dalam suasana persekitaran yang tidak 'condusive' serta banyak pengaruh barat, masih ramai lagi golongan muda mereka yang taat pada perintah Allah serta mahu mengekalkan identiti bangsa mereka sebagai umat Islam.

Di dalam ruang solat, luas dan selesa


Corak serta tulisan khat menghiasi siling masjid


Aksi Aiman sementara menunggu babah


Wajah wajah Aiman


He did that pose by himself, anak abaah...

Saturday, July 11, 2009

Kunyah

Sekali baca, mungkin entry kali ini berkisar tentang makanan. Kunyah merupakan proses pertama penghadaman makanan, yang berlaku di dalam mulut di mana kita mengunyah makanan menjadi lebih kecil dan halus serta barcampur dengan enzim amylase daripada saliva yang memulakan pencernaan karbohidrat.

Namun begitu entry kali ini tidak berkaitan dengan makanan. Sebutan betul kunyah yang dimaksudkan dalam bahasa Arab ialah 'kun-yah' (kaf-nun-ya-ta marbuthah).

Kunyah ialah nama gelaran atau nama sandaran yang digunakan seseorang yang biasanya bermula dengan Abu (bapa kepada) atau Ummu (ibu kepada). Biasanya nama yang digunakan dengan kunyah ialah nama anak sulung, tapi ia bukanlah suatu kemestian. Ia diberikan atau digunakan sebagai suatu penghormatan. Nabi juga pernah memberikan kunyah kepada kanak-kanak sebagai dorongan dan semangat. Namun, menggunakan kunyah adalah suatu sunnah yang tidak ramai mengamalkannya. Mungkin kerana perbezaan faktor budaya and keadaan, wallahu a'lam.

Kunyah diamalkan masyarakat Arab lama lagi, dan Rasulullah meneruskan tradisi ini dengan memakai gelaran 'Abul Qaasim', sempena nama anak baginda yang bernama Qaasim. Kunyah seseorang tidak semestinya kepada nama anak sulungnya. Ramai para sahabat nabi yang menggunakan kunyah yang tidak berkaitan dengan anak mereka.

Sebagai contoh lain, 'Abu Hurairah' yang bermaksud 'bapa kucing' mendapat gelaran tersebut kerana sering dilihat ada bersamanya kucing serta minatnya kepada binatang itu. Khalifah pertama, Abu Bakar As-Siddeeq yang nama sebenarnya Abdullah, juga tidak mempunyai anak yang bernama Bakar. Ali bin Abi Talib pula mendapat gelaran Abu Turaab (bapa tanah/debu) selepas suatu hari Nabi terlihat beliau penuh diselaputi debu tanah.

Rasanya orang melayu juga menggunakan kunyah ni sebagai gelaran. Contohnya Tunku Abdul Rahman mendapat gelaran Bapa Kemerdekaan, Tun Hussein sebagai Bapa Perpaduan, dan Tun Abdul Razak sebagai Bapa Pembangunan. Tun Dr Mahathir pula mendapat gelaran Bapa Pemodenan, Tun Abdullah tak tau lagi nak jadi bapa apa. Ada idea? hehehe

Gambar Hiasan


Saja je tulis topik ni. Sebabnya, sejak dah jadi bapak ni, aku suka guna kunyah juga, 'Abu Aiman', bermaksud 'Father of Aiman'. Dengan harapan dia membesar menjadi anak yang baik, malu nak buat jahat sebab bapak dia pakai nama dia. Aiman sendiri bermaksud 'diberkati, bertuah', atau 'orang2 yang berada di jalan kanan/benar'. Ada yang ingat Abu Aiman tu nama penuh aiman, bukanlah.

Bagi yang takde anak lagi tapi nak pakai kunyah, boleh lah bersandarkan pada nama lain. Kunyahkan kepada anak sedara, favourite nephew/niece pun boleh. Contoh lain, kalau yang suka main bola tu, boleh la guna 'Abu Kurah' (bapa bola). Yang suka tukar kereta, mungkin 'Abu Saiyarah' (bapa kereta). Yang suka main komputer, 'Abu Komputer', dan yang gila main game, 'Abu Game', buleh? hehe. Yang suka apa lagi? Fikirlah sendiri...

Friday, July 3, 2009

Bila Sakit Datang Menjenguk

Telah cukup seminggu isi rumah ini lawan 'berkokok'. Batuk-batuk bersahutan. Suara-suara menjadi 'sengau' akibat saluran pernafasan yang tersumbat. Alhamdulillah, keadaan semakin bertambah baik.

Aiman yang gering


Sabtu yang lalu, awal-awal pagi lagi Aiman dibawa ke Medical Centre berhampiran. Malam sebelumnya suhu badan Aiman hampir mencecah 39 darjah celcius. Tidurnya resah. Sesekali terasa menggigil. "Babah peluk Maman OK," aku cuba mendamaikan keadaan apabila dia mula menangis. Terlintas juga untuk ke Emergency. Dari pengalaman lalu, mama yang tengah mengeliat-liut menahan sakit pun hanya diberi ubat tahan sakit dan disuruh tunggu lebih sejam, inikan pula hanya demam, hasrat tersebut ditangguhkan.

Sesampai sahaja di Medical Centre berhampiran, jam belum pun lagi pukul 9. Pelanggan agak ramai, kebanyakannya muka Vietnam. Dah memang doktor2 di situ orang Vietnam pun. Tak lama selepas mendaftar, nama 'Wan Muhammad' kedengaran.

'I don't know which name to call, what a long name,' kata doktor wanita tersebut.

Aiman duduk di ribaan babah sambil doktor memeriksanya. Kami pun bertanya soalan2 termasuk mengenai H1N1.

'You don't have to worry. He might be having 'that flu' or he might not. The treatment is just the same, because they are all influenza A. Just take a good care and stay at home,' katanya mesra.

Setelah memberi bayaran AUD35, mama terus ke farmasi berhampiran untuk membeli ubat yang ada dalam prescription doktor. Hanya Dimetap untuk batuk dan selsema serta Neurofen for Children untuk mengurangkan demam dan kesakitan.

Kali terakhir Aiman demam, waktu makan ubat agak mudah dan berjalan lancar. Kali ini, babah dan mama terpaksa 'bersilat' hanya untuk memastikan ubat masuk ke dalam mulut kecil Aiman. Seksanya! Mama naik berang kerana hampir semuanya di'puek' Aiman sambil terjerit-jerit 'Nanak bubat!!' Akhirnya, kami masukkan saja ubat ke dalam jus ataupun susu. Letih nak 'bersilat'.

ALhamdulillah Aiman demam tak lama. Esoknya Aiman dah mula bermain macam biasa, walaupun hidung dan tekaknya belum pulih sepenuhnya.


Penyakit Berjangkit

Hari Ahad, babah pula jatuh gering. Batuk dan selsema memang dah ada, ditambah dengan demam dan sakit kepala serta lenguh seluruh badan. Memang flu lah tu.

Penyakit diturunkan sebagai peringatan dan ujian dari Tuhan. Bila sakit-sakit begini, yang pertama terlintas di fikiran ialah 'ada tak dosa aku kat mak bapak aku?' Terkenang pula malam-malam yang tak berapa lena melayan Aiman yang tak sihat, 'agaknya mak bapak aku dulu macam ni lah kot yer...' Lalu aku pun terus telefon ke rumah. Sembang lebih kurang, cerita pasal musim durian dan 'update' hal2 keluarga, hati berasa lebih lapang.

Syukur, hanya sehari badan betul2 sakit. Terima kasih isteri kerana melayan karenah suami ini yang dikatakan terlebih 'exaggerate' ketika sakit. Memang, perempuan mempunyai 'threshold' sakit yang jauh lebih tinggi dari lelaki. Kerana itulah Tuhan menjadikan perempuan yang mengandung dan melahirkan anak, bukan lelaki.

Selesai semua orang sakit dan demam, sekarang giliran mama Aiman pula. Demam yang tak berapa kebah sejak 2-3 hari lalu, ditambah dengan sakit kepala. Selalu begitu, dia yang terakhir dijangkiti. Semoga cepat sembuh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails