Kerana dirimu amat berharga

Wednesday, March 30, 2011

Welcome to the World II

Kepulangan saya semalam disambut meriah. Keluarga dah semakin besar, anak-anak bertambah, ALhamdulillah. Macam-macam keletah anak-anak. Aiman dengan cerita-ceritanya. Aysha dengan pe'elnya. Anak-anak yang lain, satu main sorok-sorok, yang satu lagi main cilut-cak. Malu-malu nak keluar pun ada. Boleh tahan kiut juga anak-anak saya dari species lain ni...


Welcome to the World Little Chickies!

Selepas lebih-kurang 18 hari Lily terperap dalam 'labour room', semalam terdengarlah suara-suara comel itu. "Cheap! Cheap!" tak padan dengan badan kecik. Telur ada 5 biji, tapi setakat semalam hanya 3 kelibat anak-anak yang kelihatan. Lily tersangat lah overprotective, tak nak bangun langsung. Bobby juga excited sambil terlompat-lompat dari 'single room ' berdekatan yang menjadi rumahnya sejak hampir sebulan yang lalu. Sabar Bobby, sikit lagi kena 'puasa', lepas ni boleh check-in semula ke double storey serviced apartment jumpa Lily...

Monday, March 28, 2011

Magic, anyone?

"OMG! I just missed one episode and now Morgana has taken over the throne!" That was what came into my mind when I started watching Merlin tonight. Yes, I missed last week's episode. 

Watching Morgana on the throne, with the assistance of Morgause, was not good. Urther was captured and thrown into the dungeon. Arthur, Gaius and some others, of course Merlin too, were hiding in the cave in the woods, making plans. To cut it short, Merlin with his magic power (tonight he used the sword forged with dragon's breath that can destroy the living dead, mortal armies), together with Lancelot, Sir Leon and some others, successfully removed Morgana from the throne. She was gone without trace from the castle after that night. Urther was in trauma, and Merlin suggested Arthur to become the king. And now the legendary sword is in the stone, waiting for the right hand to claim for it.


I've been watching Merlin since when I was in Sydney, and tonight's episode was the most exciting episode so far, successfully keeping up my adrenaline level. Not just Merlin, I am all into magical fantasy movies. However, Merlin and Harry Potter are my all time favorite. I believe it is because of the settings, you know, with castles, knights, the centuries old creatures and those kind of things. I have all the Harry Potter books and really enjoyed reading them. They have this magic that can take me away, out of this real world, whenever I read them.

OK, tomorrow is Monday. Back to the real world!

:: I wish I have magic to make everyday is Sunday.

Friday, March 25, 2011

Tak Menang Tangan

Lama jugak tak ber-update blog nih. Seminggu dua ni masa berlalu sangat pantas. Itu nak kejar, ini nak buat. Dalam pada tu ada lagi kerja yang tak terbuat buat lagi. If only I can clone myself...

Diam tak diam dah dekat dua minggu dah umur baby. Opah pun dah balik Taiping semalam (uwaa nak ikut!:/). Maka tinggal lah kami empat beranak. Terima kasih opah kerana sudi tunggu dan jaga baby dan kami. Agaknya apa la menu malam ni yer, opah dah tak ada kat sini. Air tangan ibu ni, walaupun sesimple ikan bakar cicah ayaq asam, tetap masyuuk.

Baby 'bertumbuh'  dengan baik, Alhamdulillah. Kuat betul menyusu, kadang-kadang sejam sekali. Kesian ummu aiman nak kena bangun menyusu tetengah malam. Yang tu tak dapek la bapaknya nak nolong kan...

Wan Aysha Humaira tertidur kekenyangan...

Yang abang aiman pulak, tak boleh dibiarkan sendirian dengan baby. Ada sekali tu dia cuba nak angkat baby, dia pegang kat pinggang, macam nak angkat bobby je. Selalu excited, melompat-lompat kat tepi baby. But he is a good brother, willing to help lots of things.

Hehe, adik muka terkejut apa tak tau.
 Semoga anak-anak abah membesar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Nak kena menyolehkan mak bapaknya jugak dulu...


:: Teringat sorang lecturer bukan melayu dulu yang menggunakan bahasa melayu sesuka hati masa mengajar, i.e develop = bertumbuh, perut kembung=perut kembang, please sit down=sila berduduk. kekeke...
:: Baru sedar tak banyak ambik gambar baby, asik2 guna henpon jer. 
:: Ada orang tu teringin nak ikut gi jalan-jalan kat giant, alasan nak beli barang baby. huhu..

 

Wednesday, March 16, 2011

Welcome to the World

Jadual harian semakin padat 3-4 hari ni. Maklumlah, ada orang baru kat rumah...

Hari Ahad haritu, dalam pukul 2 pagi, ummu aiman terbangun. "Alhamdulillah, dia nak solat tahajud kot," bisik hati saya. "Abang, ada leaking lah." Sudah. Paip mana pulak yang bocor memalam buta ni. Ooo, rupanya dia yang leaking.

Maka kami berdua pun bersegera ke Kuantan Medical Centre (KMC) dan sampai sekitar jam 3 pagi. Midwife bertugas menjalankan tugasnya. "Kepala baby sudah turun, tapi belum bukak lagi," kata midwife India tersebut. Selesai CTG bagai, kami pun 'check-in' ke dalam wad. Kalau kat Sydney, kemungkinan besar disuruh balik rumah semula. (Cerita kelahiran aiman tercatat di SINI).

Lepas waktu subuh, contraction semakin kuat. Sekitar jam 9.30 pagi, ummu aiman ditolak masuk ke labour room. Contraction semakin kerap. Dia minta suntikan pethidine untuk menahan sakit. Lepas diberi pethidine, rasa lega sedikit katanya, kurang sakit. Namun ummu aiman ni memang sensitif dengan ubat. Kalau makan ubat batuk pun (yang tidak memberi sedikit kesan pun kepada saya), dia akan rasa mengantuk la la tu jugak.

Masa aiman dulu, ummu aiman diberi 'happy gas' sebagai penahan sakit. Itu pun dia 'lalok' dan high semacam. Kali ini pun sama, selepas suntikan pethidine, dia mula terasa melayang terawang-awang. Masa Aiman dulu tiba2 dia tanya pasal KFC. Kali ini agaknya kesan pethidine lebih kuat, maka lebih sikit dia 'bercakap-cakap'. Dalam keadaan sedikit 'high' itu, dia berkata...

-'alamak lupa nak simpan kuah pajeri dalam peti ais.'
-'eh aiman dah basuh berak belum?'
-sekali ada bunyi orang flush dari tingkat atas, 'Hujan! Baju tak angkat lagi tu!'
-tapi yang saya tak tahan sekali bila dia cakap, 'abang jangan  tinggal elyn tau...' It makes me love her more and more. But I have nothing to offer accept my presence. 

Bagi sesiapa yang ada pengalaman menemani isteri bersalin, I guess somehow you'll feel hopeless for not able to help much, accept reciting Quran, zikir and giving some support.

Masanya sudah tiba. Dr Suriati bersama dua lagi midwife serta saya sama-sama memberi semangat. Tiga kali contraction round, baby selamat dilahirkan. Secara otomatik saya menitiskan airmata, kagum dengan kuasa Allah, seorang lagi insan lahir ke dunia. Bukan insan biasa, tapi anak saya. Saya juga masih kagum dengan kekuatan yang Allah beri pada wanita. Tak terjangkau dek fikiran bagaimana jika lelaki yang mengandung dan melahirkan. Tak mungkin tertanggung!

Syukur, semuanya normal. A healthy girl, weighed at 3.28kg, 49cm long.  Selesai azan dan iqamah, baby dibersihkan dan diletakkan di nursery bersama beberapa baby yang lain. Berita gembira seterusnya disampai kepada mereka yang lain yang menunggu di luar labour room.

ALHAMDULILLAH! Anak kedua kami lahir pada hari Ahad, 13.03.2011 bersamaan  7 Rabiul Akhir 1432H pada pukul 12.40 tengahari.

Welcome to the World sweetheart!


Abang Aiman yang excited dapat adik.

Aiman melepas gian nak jadi baby, hahaha!

: : Soalan seterusnya, 'baby nama apa?' kan? Tungguuu... Sambil2 tu boleh la teka... hehe.
: : Mutu gambar kurang memuaskan sebab guna kamera handphone jer time tu.


Saturday, March 12, 2011

Dada Diramas

Tanganku mencapai dirinya, merangkul mesra. Dadanya kuramas-ramas. Kalau tak diramas, manjanya akan hilang. Dia dahagakan belaian kasih dan sayang.

"Dada saya yang montoks diramas hampir setiap hari," akui Bobby.

:: Perlu ke masuk dalam suratkhabar cerita ramas-diramas, koyak tak koyak, penetrasi, ejakulasi, pelincir bagai.... ewww...

Sunday, March 6, 2011

Konon berkonon ...

It's Sunday Morning! Breakfast apa pagi ni?


Setiap hari ramai antara kita berkonon-konon...

KONON nak kempiskan perut, tapi eksesais liat, makan pulak main bedal semua.

KONON nak makan nasi sehari sekali waktu lunch sahaja, tapi bila bini dinner kita pun join sekaki.

KONON nak bagi bunga kat bini, tapi bila lalu tepi kedai bunga buat tak reti je.

KONON nak bangun awal, tapi bila alarm bunyi tangan tu otomatik je switch off, pastu sambung tido.

KONON nak habiskan kerja masa weekend, tapi paper2 tu duduk elok je diam2 dalam beg tak keluar2.

KONON nak update blog, tapi dok tercongok je idea tak mari2. (tu yang keluar artikel macam ni tu)

KONON nak lap lampu kipas kat rumah ni, tapi habuk dah tebal se-inchi masih dok buat2 tak nampak.. ngeee... (nak buat la jap gi)

adeh, banyaknya berkonon...

: : Happy Weekend! : :

Friday, March 4, 2011

Penjodoh Bilangan

Habis peperiksaan UPSR subjek Bahasa Malaysia (Pemahaman), budak kecik tu bawak balik kertas soalan. Lazimnya dia tandakan pilihan jawapan yang dia dah buat. 

Disemak oleh emaknya yang juga guru sekolah rendah, satu-satunya kesalahan budak itu ialah soalan penjodoh bilangan.

Pilihan jawapan yang betul ialah 'gugus', tapi budak itu jawab lain...

Sejambak kunci.

Kini budak kecik itu sudah besar, memegang sekaki payung menemani anaknya Aiman bermain pasir di tepi pantai di bawah rembang mentari.
Apa lagi penjodoh bilangan yang kita biasa guna? ker main belasah aje...

Wednesday, March 2, 2011

Telur Sebiji Riuh Sekampung

Ibarat ibu ayam, telur sebiji riuh sekampung. Maksudnya lebih kurang; orang yang buat kerja sedikit, atau mendapat hasil yang sedikit, tetapi itulah yang dihebohkan dan dibanggakan. Saya bukan nak cerita pasal sesiapa, tapi memang pasal ayam, hehehe.

Ayam memang bising kalau nak bertelur. Bila dah lepas bertelur pun, dok bising jugak lagi. Kagum kot dengan kebolehan dia mengeluarkan telur.

Saya dok perasan dah yang ayam betina saya yang aiman panggil Lily tu bunyi dia lain macam dua tiga menjak ni, dah matured la bunyinya, macam mak-mak ayam gitu. No more chicky sound like 'cheap cheap'.

Walaupun begitu, dia masih lagi tak bertelur. Awalnya ingat si ayam jantan yang aiman panggil Bobby tu tak berjaya dalam 'misi'nya, sebab ada juga orang kata yang ayam serama ni, ada jantan yang susah nak naik atas si betina kalau ekor betina tu terlalu lentik ke atas. Tapi Lily tu bukannya standard masuk contest pun, biasa-biasa aje tak lentik mana pun. Anyway, saya berjaya skodeng beberapa kali dan ternyata projek mereka berjalan lancar.

Tunggu punya tunggu tak bertelur jugak. Sarang dah lama saya letak (bubuh pasu kecik dengan kain buruk je). So minggu lepas kot saya letak sebiji bola golf dalam sarang tu. Depa kata it is like telling the hen, 'This is where you should lay your eggs.'  Ye la, dua-dua ekor ni tak ada the elders yang nak tunjuk ajar diorang, maka tuannya kena la kreatif sikit. Petang kelmarin balik kerja jenguk la anak-anak buah tu...

Kecik kenot je tulur dia, smaller than the golf ball.
Kali ini peribahasa berbunyi, 'Ayam yang bertelur, Tuan ayam yang riuh.'


: : hopefully Lily reti la mengeram sendiri la nanti, takde idea pulak cemana nak bagitau "this is how you incubate (betul ke perkataan ni?) your eggs".
: : berapa biji lagi nak keluar agak-agaknya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails