Kerana dirimu amat berharga

Sunday, August 14, 2016

Suara Keramat

Kita dengar suara dia sejak dari dalam perut lagi.

Masa kita baby, suara dialah yang paling kita cam. Dengar saja suara dia, kita tercangak-cangak mencari.

Dengan suara dialah kita berhenti menangis. Dengan suara dia juga kita terlena.

Sedar atau tidak, kita membesar bersama nasihat dan pujukan suara dari hati dia. Rajuk kita terubat hasil suara dia (saya la tu buat perangai takmau balik asrama). Teguran dan marahnya menjadikan kita manusia pada hari ini.

Bila time nak periksa, kita telefon dia. Dengar suara dia, mintak dia doa kat kita. Kita berjaya, kita bagitau dia. Kita gagal pun kita bagitau dia. 'Affirmative respond' dari dia punyai aura, menjadi tanda bahawa kita berbuat perkara yang betul, biarpun tidak sempurna.

Walau kita dah dewasa, suara dia tetap punya karamah tersendiri. Separuh dari masalah selesai hanya dengan mendengar suara dia. Hatta sekadar sembang biasa.

Dialah mak kita. Ibu kita. Mama.

~Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapa kami, rahmatilah mereka dan masukkan lah mereka ke dalam syurga Mu~

:: I 💗 U, Ma ::

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails