Kerana dirimu amat berharga

Tuesday, October 30, 2012

Can't think of a title

Hari Raya Aidiladha baru saja berlalu. Banyak binatang dikorbankan sepanjang empat hari tersebut. Semakin ramai orang yang banyak duit dan pemurah. Dulu-dulu di sesebuah masjid atau surau, mungkin hanya 3-4 ekor. Tapi sekarang berbelas ekor di satu tempat, malah ada yang mencecah puluhan.

Namun demikian, berapa ramai di antara kita yang mengambil pengajaran daripada ibadah korban itu sendiri, serta memahami falsafah di sebaliknya.  Firman Allah Ta'ala yang bermaksud: “Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa daripada kamu” (Surah al-Hajj ayat 37).

***********
On the night of the first Hari Raya, while I was strolling along the street with a few people in my car, we saw many shops and restaurants were closed, except the mamaks. "Yang maju meniaga ni dok tengok mamak. Makin banyak kedai mamak, 24 jam pulak tu. Awat yang orang melayu tak lagu tu..." "Tu la ... ble ble ble ..." And the usual discussion went on...

Pernah kita dengar terutama dalam perniagaan, kedai makan serta gerai dan lain-lain terpaksa ditutup akibat perbuatan khianat dan dengki. Tidak berjaya secara menghasut orang atasan, dicuba pula cara halus. Akibat tidak mahu  adanya persaingan dan ingin membolot untung sendiri, sanggup merosakkan rezeki orang lain. Di kalangan keluarga tidak kurang juga. Akibat berebut harta, sanggup menghasut sini sana. Tanah sekangkang kera pun amat berkira. Di pejabat, sekolah, company, di mana-mana saja wujud manusia dengan phd ini.

Among the reasons I think is because there are a lot of 'phd' practitioners among us. Perasaan di mana tiada orang lain boleh lebih daripada aku. Mereka yang begini tidak ada rasa ketenangan dengan apa yang ada. If among siblings and close relatives also we practice this phd kind of behavior, let alone between outsiders and with people who are not related to us.
 
***********

Mau botak kepala melayan karenah mereka.
Di samping kita korbankan lembu dan kambing, marilah sama-sama kita sembelih juga sifat-sifat mazmumah yang ada pada diri kita.

Buat mereka yang ikhlas, mudah-mudahan Allah terus memelihara kalian dan memberikan ketenangan serta balasan kebaikan.
Buat mereka yang berperasaan sombong dan dengki, semoga Allah berikan petunjuk dan hidayah.
Semoga Allah jauhkan kita daripada sifat-sifat buruk yang boleh membawa kita ke neraka. Amiin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails