Kerana dirimu amat berharga
Showing posts with label Sembang. Show all posts
Showing posts with label Sembang. Show all posts
Wednesday, December 17, 2014
Sunday, March 9, 2014
Testing
After few years using my iPhone 3, it has now being released from work. It has a number of issues so it needs to be retired I have this new toy, a lenovo s650 since last week.
Now I am testing to post to blogger direct from my new smart phone, learning to outsmart it.
Petanda

Adik dah pandai ajak 'round-round'. Rasanya dia maksudkan jalan2 kat mall. Kalau aiman dulu round2 means naik kereta.
Maka kami pun round2 tengok kawasan. Lalu depan rumah di atas, terbaca lah iklan dia. "Eh, birthday adik la 13/3," kata mama bila terpandang nama lorong. "Eh, rumah ni nombor 35 la, we r 35 this year!" sambung saya. Hmm adakah ini petanda... Haha tanda la banyak mana pun kalu takdak fulus tak payah berangan...

Now I am testing to post to blogger direct from my new smart phone, learning to outsmart it.
Petanda

Adik dah pandai ajak 'round-round'. Rasanya dia maksudkan jalan2 kat mall. Kalau aiman dulu round2 means naik kereta.
Maka kami pun round2 tengok kawasan. Lalu depan rumah di atas, terbaca lah iklan dia. "Eh, birthday adik la 13/3," kata mama bila terpandang nama lorong. "Eh, rumah ni nombor 35 la, we r 35 this year!" sambung saya. Hmm adakah ini petanda... Haha tanda la banyak mana pun kalu takdak fulus tak payah berangan...

Sunday, January 19, 2014
Penjodoh Bilangan
Dalam perjalanan pulang dari sekolah aiman, ternampak banyak lori sedang mengisi minyak di BHP...
A: Banyaknya lori isi minyak, babah! kereta dua ekor jer...
B: erk... Dua ekor kereta?
Lalu topik perbualan petang itu berkisar contoh tentang penjodoh bilangan.
Teringat masa UPSR dulu, bila saya bawa balik kertas soalan BM, mama pun semak. Jawapan salah untuk soalan 'Penjodoh bilangan bagi kunci ialah..... (au kama qal) '. Saya pun tak ingat saya jawab apa, rasanya 'sejambak'. Hmm... Sejambak kunci sounds fine kan... Hehe... Rupanya jawapan yang betul ialah segugus kunci.
Apa pun bagus lah nak, dah pandai menggunakan penjodoh bilangan. Cuma kena padankan dengan betul. Nanti dalam BI belajar Collective Noun pulak lagi pening... A bunch of monkeys, a school of fish, a bouquet of flowers...
![]() |
| Aiman sedang bagi tutorial bagaimana memberi ayam makan di tangan. |
Thursday, January 16, 2014
Fenomena Kangkung
Minggu ini berlaku 'fenomena kangkung' di media, akibat daripada petikan ucapan PM berkenaan naik dan turunnya harga barang. Hebatnya fenomena ini ia turut diulas di website BBC hingga menjadi trending semasa.Rasa malas nak scroll wall FB kelmarin, asyik-asyik kangkung. Lepas magrib ada kuliah di surau, keluar jugak cerita pasal kangkung. Pakcik-pakcik yang takde internet mungkin kurang faham berbanding yang muda-mudi tu. Haishh.. glamer sungguh kangkung. Hmm... memang kena hati-hati bila nak bercakap ya....
I hope nobody is taking it too seriously here as I do not mean any harm to any one. It is funny to watch this phenomenon at the beginning... but the situation is worsening...
Saja saya selitkan beberapa kenangan fenomena kangkung di sini...
![]() |
| Saya suka kumpul duit syiling. Menarik jugak ni. |
![]() |
| Lebih serat, lebih sihat! |
![]() |
| All time favorite dish |
Updates: *I guess Tn Syed explanation in his blog here clearly shows the slacks...
*An article in TheMalayMailOnline here also touched about this issue and a youtube video gag is also attached in the article (not suitable for easily-offended people).
Friday, January 10, 2014
Satu Lagi Titik Perubahan : Another Turning Point
Dalam kelas, saya berpesan kepada pelajar; ambil kesempatan pada setiap turning point dalam kehidupan kita untuk berubah menjadi lebih baik. Bagi diri saya sendiri, antara turning point yang saya rasakan besar ialah saat status berubah menjadi suami orang, saat menjadi seorang ayah, dan yang terbesar setakat ini ialah saat kembalinya abah saya ke Rahmatullah.
Selepas tujuh tahun bergelar babah, anak sulung saya kini berada di darjah satu. Hari ini hari ke-enam Aiman belajar di 'sekolah betul'. Jika dulu di pra-sekolah, dia bebas ponteng sekolah atau 'tuang' ('truant' kata orang kampung), kini surat tunjuk sebab perlu dikemukakan jika tidak hadir ke sekolah. Jika dulu boleh masuk lambat ke kelas, kini tepat 8.40 pagi mesti berada di sekolah. Alhamdulillah, setakat ini nampaknya Aiman dapat menyesuaikan diri dengan baik.
| Rasa macam belum puas bermain dengan budak kecil ini, sekarang dah darjah satu. |
Sedikit sebanyak (banyak juga sebenarnya) ia mempengaruhi rutin harian keluarga. Bersempena dengan perubahan ini, saya berniat untuk bangun lebih awal setiap hari. Perlu sediakan sarapan di rumah (tiada lagi sarapan di kedai mamak pukul 8 pagi sebelum ke sekolah dengan aiman), gosok baju lebih awal, pastikan buku yang betul ke dalam beg sekolah (ini kerja mama aiman) dan lain-lain lagi.
Memandangkan dah pun masuk tujuh tahun, latihan ke arah menjadi muslim yang taat perlu dimulakan. Memang di sekolah yang aiman masuk banyak subjek agama, tapi kata nabi, ibubapa yang mencorakkan anak-anak. Maka tidak wajar ibubapa berlepas tangan kepada pihak sekolah sahaja.
Nak mengejutkan dia awal pagi merupakan cabaran pertama. Setakat ini alhamdulillah walaupun kena sabar sedikit, dan harapnya semakin mudah la hendaknya dia nak bangun pagi. Kemudiannya perlu 'mengajak' dia untuk solat subuh. Baru tujuh tahun, belum boleh marah apatah lagi rotan. Termanya ialah 'mengajak'. Kalau ada yang nak berkongsi tips dalam hal ini amat dialu-alukan.
Adik juga menerima tempias. Dia yang biasanya bangun paling lambat kini seolah-olah 'terpaksa' bangun awal. Kesimpulannya, semua perlu menyesuaikan diri dengan rutin waktu pagi yang baru. Dan ini memerlukan kerjasama daripada setiap ahli keluarga.
Saya seronok, kerana boleh masuk pejabat lebih awal. Bagi saya, lebih baik masuk awal dan balik awal, daripada masuk lambat dan terpaksa balik lewat.
Wednesday, October 9, 2013
Ustaz la Sangat
Pagi tadi hantar kereta ke bengkel....
Pomen: Kerja mana bang?
Saya: UIA ni, dekat je.
P: Mintak no fon bang. Siap saya call.
S: 019*******.
P: Nama abang?
S: Wan...
P: OK. Ustaz Wan. Uztaz kan?
S: (tersengeh) Dok eh... biasa2 aje...
::ni jenis asal UIA je ustaz lettew::
Di situasi yang berlainan beberapa bulan lalu, di sebuah stesen minyak LPT...
XY: Assalamualaikum (sambil terus salam tangan saya)
SY: Wa'laikumussalam... :)
XY: Gi ngajor mmana ustaz hari ni?
SY: Tak lah, nak balik kampung...
::ni jenis pelanduk dua serupa kot::
![]() |
| Yang tengah tu ustaz bertauliah. Saya kawan dengan ustaz, tapi saya bukan ustaz lah... |
Tuesday, October 8, 2013
My Frangipani
Saya sudah lupa bila kali terakhir saya menghadiahkan bunga pada isteri. Namun pagi tadi gembira melihat dia suka dengan hasil usaha tukang kebun sambilan ini. Alhamdulillah.
Kebesaran Sang Pencipta. Dah lama juga pokok ni tak berbunga. Pernah juga botak secara total, namun kembali berdaun dan sekarang mengeluarkan dua jambak bunga di kedua-dua hujung dahannya. Sungguh, kepuasan melihat bibit-bibit tunas kudup, kemudian muncul jambaknya, lalu membesar kudupnya, lalu kudup mula terbuka dan mekar. Hebatnya ciptaan Allah!
Biasa juga dikenali dengan nama bunga kemboja, ia juga sinonim dengan kawasan perkuburan. Ada juga yang percaya pontianak suka pada pokok ini. Mungkin kerana bunganya yang lighty scented. Namun species yang saya ada ini bukanlah seperti yang ada di kubut kerana warna kuningnya lebih menyerlah.
Baik bunga mahupun sayuran, tanam sendiri memerlukan kesabaran kerana hasilnya bukan terus dituai. Namun bila berbunga atau berbuah, ketika itulah dapat merasa puas yang mungkin tidak dapat dibeli di kedai. Selain dari menyiram dan membaja, perlu juga bercakap dan sembang-sembang dengan pokok-pokok kita. Sesekali tanya, "Hang ni bila nak berbunga?"
![]() |
| Frangipani atau Bunga Kamboja |
Antara kelebihan menanam pokok atau membela binatang ialah ia membantu merehatkan minda dan mengurangkan stress. 'Mereka' tidak melawan, tidak tahu membuat milage claim yang fishy, malah tidak pernah mengambil kesempatan atas kebaikan dan kelemahan orang. Hanya perlukan kehadiran dan kasih sayang. Pulangannya, jiwa yang tenang...
::Takdak mood sebenarnya hari ni. Belum sempat repair bumper kereta yang pecah, tayar pulak pecah, tambah pulak calar di skirting kereta... Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa ku...::
Friday, January 4, 2013
HAPPY NEW YEAR 2013: BE POSITIVE
“Sungguh ajaib keadaan orang beriman,
sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang
memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia
dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya.
Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik
untuknya”
Sebagai pembuka tirai tahun 2013 ini saya
ingin mengajak sahabat-sahabat semua melatih diri ke arah berfikiran positif.
Kenapa perlu berlatih? Kerana melihat semua perkara dari sudut yang positif
adalah sukar untuk sesetengah orang.
Mafhum hadis di atas bagi saya ia membawa
maksud agar kita sentiasa bersikap positif atas segala sesuatu yang berlaku.
Lebih daripada itu, kita juga perlu berfikiran positif dalam menilai sesuatu
perkara. Yes, we have to take things into perspective, but always highlight the
positive before the negative gets in.
Jikalau kita mengamalkan seperti apa yang
disarankan dalam hadis di atas, insyaAllah kita akan beroleh pahala. Kemudian
daripada itu, faedah lain kita akan menjadi lebih tenang, sentiasa bersyukur
dan pastinya lebih sihat!
Dalam sesebuah organisasi, pasti akan ada
orang yang rasa tidak puas hati dengan orang lain. Cikgu tidak puas hati dengan
anak murid. Pekerja tidak puas hati dengan bos. Kuli tidak puas hati dengan
majikan. Kadang-kadang hanya disebabkan perkara yang kecil. Selalunya juga
berlaku ketidakpuasan hati apabila orang lain melakukan sesuatu dengan cara
yang tidak kita senangi, dalam kata lain tidak ikut cara kita.
Dalam keadaan ini kita perlu ingat bahawa
manusia dikurniakan akal fikiran dan masing-masing punya cara tersendiri dalam
menilai sesuatu isu dan membuat keputusan. Jikalau kita boleh menerima
ketentuan ini bagi saya kita tidak ada sebab untuk sentiasa tidak berpuas hati
serta berfikiran negatif sana-sini. Gantilah 14 orang bos sekalipun, setiap satu
pasti ada cara dan ideanya yang kita kurang senang. Tukarlah 24 orang kerani
sekalipun, setiap seorang pasti ada kekurangan sana-sini. Datanglah 44 orang
supervisor pun dengan pe'el masing-masing, thesis kita bergantung pada diri
kita.
Salah satu tips untuk hidup bahagia juga
ialah kita mesti bersangka baik. Letakkan standard di mana semua orang di
sekeliling kita mempunyai niat yang baik dalam berkerja. Namun seperti dalam
para di atas, masing-masing mempunyai cara yang tersendiri yang kadang kala berbeza
dengan cara yang kita mahu. The baseline is, believe that everybody has a good
intention. Terima perbezaan, raikan persamaan. #Tak semua orang pandai dan
educated untuk mencapai pemikiran macam awak ;p#
Mari muhasabah diri. Andai kita asik tidak
puas hati dengan orang itu, geram dengan orang ini, menyampah kat situ, meluat
kat sini, barangkali kita sebenarnya yang bermasalah. Bukan mereka.
Akibatnya kita yang 'sakit'. Jadi, mulai
tahun ini, BE POSITIVE YA!
Tuesday, July 10, 2012
Secret Admirer
| Nice huh! |
My son said, "Kejar dia babah!"
Kejar dengan Livina.
Dapat rapat walopon kereta banyak. Jalan Tun Razak, biasalah.
Fuh, nombor pun cantik. G1M1957.
Wondered who's driving it. Tried to take over to look at the driver.
Wah, so young can drive this beast oredi?! Jeles...
Eh, look very familiar, someone's son (of course la mesti ada bapak).
OK can not speku banyak2 nanti kena siasat, keke. Nanti glamer pulak blog SKSB masuk surat kabar keluar TV.
So what so special about this G1M plate series?
Friday, January 20, 2012
Andainya anda seorang pengeluar kopi...
Saya memang penggemar kopi. Tak kira lah kopi kampung ke, nescafe ke, starbuck ke, gloria jeans ke, vittoria and the list goes on. Ni pun baru pekena one shot of nescafe kaw. Dan saya suka minum kopi dengan susu segar. Setiap kali saya pekena ice-blended coffee i.e. frappucino, saya akan kena brain freeze. Adusss...
Di pasaran, banyak produk kopi segera, 3-in-1. Fortified coffee pun banyak; dengan ginseng tongkat ali nya, susu kambing nya, delima nya, habbatussauda'. You name it, ada je campuran kopi 'diperkuat'. And the food claim they made of their products sometimes are questionable. So, pandai-pandailah pilih kopi yang betul berkualiti jika anda peminat kopi-kopi pracampur ni.
Bila dah ramai pengeluar kopi, banyak lah brand atau jenama kopi di pasaran. Kalau anda seorang pengusaha kopi, agak-agak apa nama jenama dan bagaimana rupa lambang kopi anda ...
![]() |
| Kalau saya, 'Kopi cap Anak Cikgu' sebab mak saya cikgu. |
: : Aritu ternampak ubat batuk cap 'dua orang tua'. Mengekek mama aiman dok tergelak.
Thursday, January 12, 2012
Happy New Year 2012
Harapnya masih belum terlambat nak wish selamat tahun baru. Well, Happy New Year to all of you.
Seriously I don't have any idea to blog about. Nevermind, lets try to write 'pantun berkait'...
Tepi perigi tanam peria,
Tanam peria bersama lada,
Budak budak baru habis periksa,
Banyak jawapan nak kena tanda.
Tanam peria bersama lada,
Burung pegar memakan padi,
Banyak jawapan nak kena tanda,
Satu habuk pun tak mula lagi.
Burung pegar memakan padi,
Burung bangau terhendap-hendap,
Satu habuk pun tak mula lagi,
Agak-agak bila nak siap.
Burung bangau terhendap-hendap,
Burung belatuk di pohon geti,
Agak-agak bila nak siap,
Teringin jugak nak ambil cuti.
Burung belatuk di pohon geti,
Kena terebil dengan minachi,
Teringin jugak nak ambil cuti,
Itupun kalau takdak kerja lain menanti.
Kena terebil dengan minachi,
Nasib baik tak patah gigi,
Itupun kalau takdak kerja menanti,
Apa nak buat nasib HoD.
Nasib baik tak patah gigi,
Kalau tak susah nak makan kuih koci,
Apa nak buat nasib HoD,
Masalah orang jadi masalah sendiri.
Sekian terima kasih. Sehingga berjumpa lagi ;)
Thursday, June 16, 2011
Antique dan Chantique
Wah, lama sungguh blop ini tak ber-update. Sibuk, busy, banyak kerja, tak ada masa dan alasan-alasan yang sewaktu dengannya, terpakai.
Saya sememangnya suka kepada sesuatu yang lama, berciri antik. Jam antik, kereta antik, motor antik, bini antik. Dan benda antique itu mestilah chantique di mata saya.
Baru-baru ni saja singgah melihat sebuah rumah lama yang telah diubahsuai cantik.
| Kalau dapat duduk rumah macam ni best jugak. Agak-agak berapa dia nak jual? |
Aiman pun excited masa inspection tu. Berlari-lari dalam rumah ni. Tapi yang paling best...
| "Best nya babah rumah ni, ada swimming pool and fountain! Aiman nak!" |
Akan tetapi lain pulak dengan mama aiman, si city gurl sorang tu...
| "Eee apa ni. Taknak lah duduk kat rumah lama macam ni, Horror lah!" |
| "Apa pulak horror, cantik apa!" |
Nasib baik rumah ni bukan untuk dijual. Sekarang dah jadi Galeri Sultan Azlan Shah. Sebelum ni ia merupakan sebuah sekolah, Sekolah Raja Perempuan Mazuin kalau saya tak silap. Asalnya salah sebuah istana juga. Terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.
Sekolah saya tak jauh dari rumah ini, dalam sepelaung dua aje jaraknya. Next entry saya citer sekolah saya pulak, kalau saya tak sibuk, tak busy, tak banyak kerja, ada masa dan takde alasan-alasan yang sewaktu dengannya.
Saturday, June 4, 2011
Musim Cuti = Musim Orang Kahwin
Musim cuti sekolah di Malaysia ni amat sinonim dengan musim orang kahwin. Hari ni ada juga jemputan kahwin rakan sekerja di KB. Memang berangan nak pegi, tapi baby pulak demam. Minggu ni dia baru mula masuk nursery, dah terus first time demam.
Lebih kurang dua minggu lepas kami ke Putrajaya menghadiri jemputan kahwin adik kepada seorang sahabat, sambil jumpa-jumpa kawan-kawan masa di Sydney dulu. Majlis kenduri dibuat di Kelab Tasik Putrajaya.
Musim cuti sekolah juga akan kelihatan bandar Kuantan dibanjiri pelancong tempatan, banyak kereta-kereta luar kelihatan. Seronok cikgu-cikgu juga dapat bercuti kan.
Cerita pasal cuti, saya heran juga kenapa cuti saya tak banyak. Seingat saya dulu-dulu bila masuk Januari cuti jadi 30 hari balik, tapi bila semua nak di'online'kan (canggih la sangat kan...) cuti jadi berapa belas hari je. Dah nak kena berjimat cermat, tak boleh nak cuti panjang-panjang, simpan untuk raya, pastu ada dua kenduri kahwin sedara-mara, pastu kot-kot ada emergency ke lagi...
Lebih kurang dua minggu lepas kami ke Putrajaya menghadiri jemputan kahwin adik kepada seorang sahabat, sambil jumpa-jumpa kawan-kawan masa di Sydney dulu. Majlis kenduri dibuat di Kelab Tasik Putrajaya.
| Rombongan pengantin lelaki tiba diiringi kereta mini (ada satu myvi sesat kat belakang sekali, ekeke) |
| Aiman meninjau kawasan, mujur tak ada orang mandi tengah-tengah hari buta tu, kalau tidak mesti nak terjun sekali tu. |
Musim cuti sekolah juga akan kelihatan bandar Kuantan dibanjiri pelancong tempatan, banyak kereta-kereta luar kelihatan. Seronok cikgu-cikgu juga dapat bercuti kan.
Cerita pasal cuti, saya heran juga kenapa cuti saya tak banyak. Seingat saya dulu-dulu bila masuk Januari cuti jadi 30 hari balik, tapi bila semua nak di'online'kan (canggih la sangat kan...) cuti jadi berapa belas hari je. Dah nak kena berjimat cermat, tak boleh nak cuti panjang-panjang, simpan untuk raya, pastu ada dua kenduri kahwin sedara-mara, pastu kot-kot ada emergency ke lagi...
Wednesday, May 25, 2011
Bukanlah Kali Pertama
Hari ini sampai di kawasan letak kereta opis sekitar 9.15 pagi. Nampak dah banyak kereta, big boss pun dah sampai. Di bangunan baru ni, bilik big boss dekat ground floor, mengadap kawasan parking. With very wide glass windows and glass wall, rasanya memang dia boleh nampak sapa yang datang lambat, sapa yang balik awal. Ngee....
Maka dengan controlnya saya pun parking kereta. Elok saja tutup pintu dan tekan remote kunci kereta, seluk-seluk poket, tak ada. "Ceh tertinggal kunci lagi!" Ini bukanlah kali pertama, walaupan jarang-jarang berlaku. Terpaksalah balik rumah jugak ambil kunci. Maklumlah, kunci bilik baru, belum sangkut sekali dengan kunci-kunci yang lain. Mujur dalam 6km je jarak rumah ke tempat kerja.
Sebelum itu.
Selepas hantar Aiman ke sekolah dia di hujung kawasan tempat kerja saya ni, dalam perjalanan ke opis, terserempak dengan sekor biawak yang agak besarrr. Slow je dia nak lintas, kereta dah dekat masih dok situ. Kemudian dia patah balik ke tepi jalan, tapi tak lari jauh. Dah tua barangkali.
![]() |
| Hati-hati, kawasan biawak melintas. |
Biasa la biawak, mana-mana ceruk pun ada. Tapi, 2-3 bulan dulu, saya terserempak dengan sekor babi hutan, nak melintas jalan, tak jauh dari sekolah aiman, maknanya dalam kawasan tempat kerja saya juga. Good that sekolah aiman dan nursery baby tu berpagar. Tak sempat nak bawak keluar handphone snap gambar, sebab terkejut jumpa babi hutan besar kat tempat kerja, kekeke.
Tuesday, May 17, 2011
Ulat Beluncas
![]() |
| Dari ulat jadi kepompong ... lalala ... jadi rama-rama yang indah |
Ulat beluncas di celah daun
Tersipu malu pada sang bunga
Anak dara bersopan santun
Terpikat hati bakal mentua
Ulat beluncas peria katak
Pahit rasanya daun mengkudu
Pandai tidak adik memasak
Kerana abang lapar selalu
Tuesday, May 10, 2011
Cuba cakap betul-betul
Tinggal sorang-sorang memang tak best. Takde orang nak disakat, dimarah, digomol. Takde orang jugak nak suruh kita tolong itu, tolong ini. The only best thing is I'm at home, my own place.
Bosan, maka weekend haritu pegilah ke drive-thru McD teluk cempedak. Bila bagitau mama aiman je yang saya ke drive thru, belum start cerita dia dah gelak dulu. Hampeh!
Flashing back when we were in Sydney, one of the halal McD located just about 10 minutes walking distance from our home. Jadi selalu la jugak ke situ.
Girl: "Yes sir, what would you like to have today?"
Me: "Can I have / I would like to have one medium big mac meal, ... "and the order continues.
That's how they speak, similar to how they write, despite the Aussie accent. Macam kita, bahasa buku dengan bahasa percakapan harian is like totally different, kecuali mungkin filem Yusuf Haslam.
Masa baru mula-mula first time order drive-thru kat TC's McD tahun lepas:
Girl: "Selamat datang. Sila order encik."
Me: "Boleh berikan saya satu big mac meal yang besar, ... " and I went on with Bahasa BAKU. Frankly, it was natural, bukan saya sesaja. Masa tu memang mama aiman dah dok tahan-tahan gelak tutup mulut.
OK back to last weekend. Saya dah ada satu glass coke. Jadi saya nak lah cari sebiji lagi untuk mama aiman. Keboringan dan digabung dengan sedikit lapar petang Ahad itu saya pun ke drive-thru McD TC. Tried to act cool this time.
Girl: Selamat petang encik, sila order
Me: Err, saya nak glass meal.
Girl: Ya?
Me: Glass meal satu.
Girl: Encik nak apa?
Me: Glass meal.
Girl: Encik nak gelas aje ke?
Me: mmm, ok, tak, dengan Big Mac.(kemudian terus belagak cool sampai habis order, glass meal je pun)
Well, I do have this problem making orders at drive-thru. I tried to sort of rehearse the dialogue in my mind everytime while in the queue, but it does not help. Something always went wrong. Sigh!
| Rindu sangat kat budak ini, adik dia dan tak dilupai mama dia. Will be bringing you all back to Kuantan this weekend, yeay! |
Thursday, April 21, 2011
Awat yang lama sangat
Bila kita masuk public toilet kat shopping mall, perasan atau tidak biasanya yang tercokoh diluar kawasan toilet tu seolah-olah menunggu seseorang biasanya lelaki. Tak kira lah pakwe-pakwe ke, laki orang ke, atau bapak budak pun sama. Mungkin ini yang biasa berlaku...
Itu belum masuk betul2 tudung, touch-up make-up, pakai itu-ini dan lain-lain lagi.
Jangan marah naa.... ;)
: : Tolong jangan lupa basuh tangan lepas keluar tandas yer.
Tuesday, April 19, 2011
No Talent but I like it
I am sure most of us have at least a little passion towards music. Different people loves different music. However not everybody can play musical instrument.
I love music. My sister can play organ very well, and the songs she played somehow imprinted in my head, and it brings sweet childhood memory whenever I listened to those songs again. From what I was told, my father used to play saxophone when he was very young. I am not sure why and when, my grandfather gave away my father's saxophone to someone when he went for training in the army. Haha, there must be some unrevealed secret that the younger generations in the family didn't know. Tak sempat nak tanya kat tok wan dulu.
As for me, I have no talent whatsoever in playing musical instruments. My parents sent me to organ class when I was in primary school. After 2-3 weeks I stopped. Alasan: cikgu cenge (garang). The real thing was my brain could not comprehend all those 'taugeh' (the notes) and compute them to my finger. I can play a few songs, but without reading the notes. Just by listening, then try it. That's why during the class I could play quite well, but during the test, when she gave me a new set of 'taugeh', I couldn't play. Haha... But my passion towards music never fade.
Gamelan is a type of musical performance, featuring a variety of instruments including xylophone, flute, gong, gendang and others. The first time I came into live contact with gamelan, I was a student living in KTDI (now KTSN). I was one of the facilitator during the orientation week, and they let me handle the 'kesenian and kebudayaan' things. So one of the activities the new students must do was gamelan performance. I don't know a thing besides enjoying the music, so there was someone there to coach them.
Indeed, I think gamelan has its own mystical factors as some other traditional musics, and it should be preserved. I am always amazed by the players' coordination and their movements of hands. I enjoyed the sound and music, be it the slow traditional songs, and especially when they perform contemporary musics...
I can't sit still listening to this music, the feel must be different if watching it live. Are they missing the angklung?
: : I have no objection at all for musical performance, provided they adhere to the code of adab.
Monday, March 28, 2011
Magic, anyone?
"OMG! I just missed one episode and now Morgana has taken over the throne!" That was what came into my mind when I started watching Merlin tonight. Yes, I missed last week's episode.
Watching Morgana on the throne, with the assistance of Morgause, was not good. Urther was captured and thrown into the dungeon. Arthur, Gaius and some others, of course Merlin too, were hiding in the cave in the woods, making plans. To cut it short, Merlin with his magic power (tonight he used the sword forged with dragon's breath that can destroy the living dead, mortal armies), together with Lancelot, Sir Leon and some others, successfully removed Morgana from the throne. She was gone without trace from the castle after that night. Urther was in trauma, and Merlin suggested Arthur to become the king. And now the legendary sword is in the stone, waiting for the right hand to claim for it.
I've been watching Merlin since when I was in Sydney, and tonight's episode was the most exciting episode so far, successfully keeping up my adrenaline level. Not just Merlin, I am all into magical fantasy movies. However, Merlin and Harry Potter are my all time favorite. I believe it is because of the settings, you know, with castles, knights, the centuries old creatures and those kind of things. I have all the Harry Potter books and really enjoyed reading them. They have this magic that can take me away, out of this real world, whenever I read them.
OK, tomorrow is Monday. Back to the real world!
:: I wish I have magic to make everyday is Sunday.
Friday, March 25, 2011
Tak Menang Tangan
Lama jugak tak ber-update blog nih. Seminggu dua ni masa berlalu sangat pantas. Itu nak kejar, ini nak buat. Dalam pada tu ada lagi kerja yang tak terbuat buat lagi. If only I can clone myself...
Diam tak diam dah dekat dua minggu dah umur baby. Opah pun dah balik Taiping semalam (uwaa nak ikut!:/). Maka tinggal lah kami empat beranak. Terima kasih opah kerana sudi tunggu dan jaga baby dan kami. Agaknya apa la menu malam ni yer, opah dah tak ada kat sini. Air tangan ibu ni, walaupun sesimple ikan bakar cicah ayaq asam, tetap masyuuk.
Baby 'bertumbuh' dengan baik, Alhamdulillah. Kuat betul menyusu, kadang-kadang sejam sekali. Kesian ummu aiman nak kena bangun menyusu tetengah malam. Yang tu tak dapek la bapaknya nak nolong kan...
![]() |
| Wan Aysha Humaira tertidur kekenyangan... |
Yang abang aiman pulak, tak boleh dibiarkan sendirian dengan baby. Ada sekali tu dia cuba nak angkat baby, dia pegang kat pinggang, macam nak angkat bobby je. Selalu excited, melompat-lompat kat tepi baby. But he is a good brother, willing to help lots of things.
![]() |
| Hehe, adik muka terkejut apa tak tau. |
Semoga anak-anak abah membesar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Nak kena menyolehkan mak bapaknya jugak dulu...
:: Teringat sorang lecturer bukan melayu dulu yang menggunakan bahasa melayu sesuka hati masa mengajar, i.e develop = bertumbuh, perut kembung=perut kembang, please sit down=sila berduduk. kekeke...
:: Baru sedar tak banyak ambik gambar baby, asik2 guna henpon jer.
:: Ada orang tu teringin nak ikut gi jalan-jalan kat giant, alasan nak beli barang baby. huhu..
Subscribe to:
Posts (Atom)















