Kerana dirimu amat berharga

Friday, March 25, 2011

Tak Menang Tangan

Lama jugak tak ber-update blog nih. Seminggu dua ni masa berlalu sangat pantas. Itu nak kejar, ini nak buat. Dalam pada tu ada lagi kerja yang tak terbuat buat lagi. If only I can clone myself...

Diam tak diam dah dekat dua minggu dah umur baby. Opah pun dah balik Taiping semalam (uwaa nak ikut!:/). Maka tinggal lah kami empat beranak. Terima kasih opah kerana sudi tunggu dan jaga baby dan kami. Agaknya apa la menu malam ni yer, opah dah tak ada kat sini. Air tangan ibu ni, walaupun sesimple ikan bakar cicah ayaq asam, tetap masyuuk.

Baby 'bertumbuh'  dengan baik, Alhamdulillah. Kuat betul menyusu, kadang-kadang sejam sekali. Kesian ummu aiman nak kena bangun menyusu tetengah malam. Yang tu tak dapek la bapaknya nak nolong kan...

Wan Aysha Humaira tertidur kekenyangan...

Yang abang aiman pulak, tak boleh dibiarkan sendirian dengan baby. Ada sekali tu dia cuba nak angkat baby, dia pegang kat pinggang, macam nak angkat bobby je. Selalu excited, melompat-lompat kat tepi baby. But he is a good brother, willing to help lots of things.

Hehe, adik muka terkejut apa tak tau.
 Semoga anak-anak abah membesar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Nak kena menyolehkan mak bapaknya jugak dulu...


:: Teringat sorang lecturer bukan melayu dulu yang menggunakan bahasa melayu sesuka hati masa mengajar, i.e develop = bertumbuh, perut kembung=perut kembang, please sit down=sila berduduk. kekeke...
:: Baru sedar tak banyak ambik gambar baby, asik2 guna henpon jer. 
:: Ada orang tu teringin nak ikut gi jalan-jalan kat giant, alasan nak beli barang baby. huhu..

 

10 comments:

  1. Assalamualaikum

    tahniah untuk 'baby' baru tu...
    moga Allah berikan rezeki yang baik2... =)

    mesti aiman teruja sgt dapat adik baru kan? apa nama 'baby' ? ~

    ReplyDelete
  2. Alaikumussalaam,
    Terima kasih atas doa =)
    Gambaq first tu ada tulis nama baby =)

    ReplyDelete
  3. eh..jgn la ajak i gi giant. jgn la..jgn la... apa? ye laa ye laaa i TERpaksa ikut u gi giant. heheehe
    p/s: sayang babah, sayang aiman, sayang adik :) mmuahhh

    ReplyDelete
  4. Abang Aiman mmg nampak excited..
    Wah comelnya sepasang dah boy and girl..tapi kena tambah lagi byk2 pasang. Mcm I sepasang aje ada. Rasa kecik benar family. Umur pulak semakin lanjut.

    ReplyDelete
  5. kalau elyn yang nak ikut gi giant, tu tak pelik.

    tapi kalau baby yang nak ikut, haa..yang tu baru pelik. huhu~

    ReplyDelete
  6. elyn, terpaksa yer...

    TK, tu lah niat di hati nak cukupkan seat mpv (walaupun saya tak ada mpv)

    Pok Li, terima kasih =)

    gB, kesian jugak kat baby asyik terperap kat rumah, kekeke...

    ReplyDelete
  7. salam kenal sedare abu...

    harap belum terlambat untuk ucap tahniah...

    kpd wan aysha humaira:welcome to earth...

    ReplyDelete
  8. Sham, terima kasih dan salam singgah =)

    cemomoi, gitu lah nampaknya, takleh jadi baby dah nak tido 8 jam sehari...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails