Jadual harian semakin padat 3-4 hari ni. Maklumlah, ada orang baru kat rumah...
Hari Ahad haritu, dalam pukul 2 pagi, ummu aiman terbangun. "Alhamdulillah, dia nak solat tahajud kot," bisik hati saya. "Abang, ada leaking lah." Sudah. Paip mana pulak yang bocor memalam buta ni. Ooo, rupanya dia yang leaking.
Maka kami berdua pun bersegera ke Kuantan Medical Centre (KMC) dan sampai sekitar jam 3 pagi. Midwife bertugas menjalankan tugasnya. "Kepala baby sudah turun, tapi belum bukak lagi," kata midwife India tersebut. Selesai CTG bagai, kami pun 'check-in' ke dalam wad. Kalau kat Sydney, kemungkinan besar disuruh balik rumah semula. (Cerita kelahiran aiman tercatat di SINI).
Lepas waktu subuh, contraction semakin kuat. Sekitar jam 9.30 pagi, ummu aiman ditolak masuk ke labour room. Contraction semakin kerap. Dia minta suntikan pethidine untuk menahan sakit. Lepas diberi pethidine, rasa lega sedikit katanya, kurang sakit. Namun ummu aiman ni memang sensitif dengan ubat. Kalau makan ubat batuk pun (yang tidak memberi sedikit kesan pun kepada saya), dia akan rasa mengantuk la la tu jugak.
Masa aiman dulu, ummu aiman diberi 'happy gas' sebagai penahan sakit. Itu pun dia 'lalok' dan high semacam. Kali ini pun sama, selepas suntikan pethidine, dia mula terasa melayang terawang-awang. Masa Aiman dulu tiba2 dia tanya pasal KFC. Kali ini agaknya kesan pethidine lebih kuat, maka lebih sikit dia 'bercakap-cakap'. Dalam keadaan sedikit 'high' itu, dia berkata...
-'alamak lupa nak simpan kuah pajeri dalam peti ais.'
-'eh aiman dah basuh berak belum?'
-sekali ada bunyi orang flush dari tingkat atas, 'Hujan! Baju tak angkat lagi tu!'
-tapi yang saya tak tahan sekali bila dia cakap, 'abang jangan tinggal elyn tau...' It makes me love her more and more. But I have nothing to offer accept my presence.
Bagi sesiapa yang ada pengalaman menemani isteri bersalin, I guess somehow you'll feel hopeless for not able to help much, accept reciting Quran, zikir and giving some support.
Masanya sudah tiba. Dr Suriati bersama dua lagi midwife serta saya sama-sama memberi semangat. Tiga kali contraction round, baby selamat dilahirkan. Secara otomatik saya menitiskan airmata, kagum dengan kuasa Allah, seorang lagi insan lahir ke dunia. Bukan insan biasa, tapi anak saya. Saya juga masih kagum dengan kekuatan yang Allah beri pada wanita. Tak terjangkau dek fikiran bagaimana jika lelaki yang mengandung dan melahirkan. Tak mungkin tertanggung!
Syukur, semuanya normal. A healthy girl, weighed at 3.28kg, 49cm long. Selesai azan dan iqamah, baby dibersihkan dan diletakkan di nursery bersama beberapa baby yang lain. Berita gembira seterusnya disampai kepada mereka yang lain yang menunggu di luar labour room.
ALHAMDULILLAH! Anak kedua kami lahir pada hari Ahad, 13.03.2011 bersamaan 7 Rabiul Akhir 1432H pada pukul 12.40 tengahari.
Welcome to the World sweetheart! |
Abang Aiman yang excited dapat adik. |
Aiman melepas gian nak jadi baby, hahaha! |
: : Soalan seterusnya, 'baby nama apa?' kan? Tungguuu... Sambil2 tu boleh la teka... hehe.
: : Mutu gambar kurang memuaskan sebab guna kamera handphone jer time tu.
tahniah azd...sekali lagi anak kita sebaya..kali ni aku pun dpt girl dan hang pun..........best tau dapat girl...........
ReplyDeletemekasih intan =) itulah rezeki ketentuan Tuhan kan. Mesti lah best!
ReplyDeleteTahniah to both of u and abg aiman oso! Alhamdulillah normal..welcome to the world baby! abisla beby nnt mama dia bagi pakai baju renda2, kembang2..:)
ReplyDeletetahniah! rasulullah bangga dengan ummatnya yang ramai
ReplyDeleteinsaf time temankan isteri leaking eh! bersalin
bestnya dah sepasang.
ReplyDeletecongrats abg didie & k.lyn.
x sbr nak tgu next entry
comelnye baby girl....... dah dapat sepasang...tahniah! kem salam kat elyn ye :D
ReplyDeletecongrats andidi... tak sabar nk tgk baby girl yg cumil tu.. bila nk buat press conference nk announce nama baby?? hehehe... anyway.. we will meet in this June baby girl...
ReplyDeleteHu..hu...hu...
ReplyDeleteTahniah Azdie. Semoga dgn kehadiran orang baru dlm family akan lebih menceriakan suasana dan lebih memurahkan rezeki korang berdua.
Assoc Prof?
AHAR,
ReplyDeletetq. Tu lah, tu dok ada dah baju babygirl dia beli masa kat sydney dulu,sbb geram tgk cantik sgt. pasni tatau la...
cemomoi,
tq. terfikir juga, begitulah dulu masa ibu kita melahirkan kita...
isabelle,
memang lah best, tanggungjawab pun betambah... Tungguuu
gB,mekasih!
B,
hahaha! nama dia mcm amani sikit-sikit =). C u in June!
Fairus,
mekasih uncle syed.
Kalau ikutkan aku dah layak kot, nak dekat 200 article dah aku published (kat dlm blog) hehehe.
tahniah..tahniah...tahniah
ReplyDeletecomelllllnyaa..
rasa nak pinjam pulak ..
seronoknya aiman jadi abang
Tahniah sekali lagi..nak pi tengok baby ade kat kuantan ke?
ReplyDeleteHehe pethidine memang syok giler!! Time2 rase kusut tu rasa nak je telan sebijik pstu highhhhhh....hehe
IE, nak pinjam kena tanya abang aiman.
ReplyDeleteMummy Hanny, mekasih. Meh la, ada d kuantan till the end of march insyaAllah.
#sesaja nak test amik pethidine lah nanti ;D
Salam
ReplyDeleteTahniah buat babah aiman, ibu aiman dan aiman menerima orang baru dalam keluarga
Congratulation to you and wife! Comelnya baby dia! Teringat sakitnya bersalin. Tiap2 kali bersalin hubby mmg ada kat sebelah. It helps a lot!!!
ReplyDeletetahniah Azdie, wife & aiman! alhamdulillah dah sepasang anak.
ReplyDeleteteringat masa Bapak temankan Orang Rumah Bapak bersalin empat bulan lepas..heheh
singgah tengok baby
ReplyDeleteImanshah,
ReplyDeleteTerima kasih! =)
TK, thanks! tu lah, boleh tolong pegang tangan pun jadi lah.
Bapak, mekasih! Kenangan tu memang takleh lupa kan...
cemomoi, tima kasih mai singgah =)