Kerana dirimu amat berharga

Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

Saturday, July 23, 2016

PUTIH

Putih. Itulah panggilan kami kepada seekor kucing yang selalu datang ke rumah meminta makanan. Sangat manja, pantang pintu terbuka suka masuk ke dalam rumah.

Pulang dari cuti raya, putih bersih sudah tidak datang menjengah seperti selalu. Adik dan abang memanggil, tiada jawapan. Jika dulu, dengar saja bunyi kereta kami pulang ke rumah terus ia menerpa.

Ternampak bangkai kucing di dalam gambar, tidak jauh dari rumah. Kami menghampiri, ianya seakan putih. Kepala tersangkut di dalam plastik, mungkin itu punca kematian kucing itu. Kasihan...

Adik menangis sedih, mengenangkan andai itu benar-benar Putih.

Sehingga kini, tiada lagi kucing bernama Putih datang ke rumah... buat bermain bermanja...

Wednesday, January 1, 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Saya tidak pernah teruja untuk menyambut tahun baru. Sepanjang lima tahun menuntut ilmu di tengah kota Kuala Lumpur, hanya sekali keluar di malam tahun baru. Itu pun tujuan utama nak pergi makan dengan kawan-kawan. Hasilnya terperangkap dalam traffic jam. Masa di Sydney juga tak pernah join tengok pertunjukan bunga api di Sydney Harbour atau lain-lain tempat, sekadar tengok di TV sahaja.

Setiap saat, setiap jam, hari, bulan dan setiap tahun yang Allah kurniakan kepada kita adalah peluang untuk kita melakukan kebaikan serta memperbaiki diri menjadi lebih baik daripada masa sebelumnya. Ia merupa kayu pengukur masa.

Berlalunya 2013, pasti ada kenangan bagi kita semua. Hadirnya 2014, ramai pula yang merancang azam baru. Berakhir 2013, bermakna sudah lebih setahun saya tidak menjamah McD. Walaupun berat badan tidaklah turun banyak, tetapi sekurang-kurang ia tidak naik mendadak. Hikmah yang ingin dikongsi, jika saya boleh meninggalkan tabiat ini, bermakna saya harus cuba meninggalkan tabiat-tabiat buruk yang lain juga. Ya Allah, masih banyak amalan dan tabiat buruk yang perlu dibuang daripada diri ini. Antara faktor kejayaan sesuatu perubahan ialah kemahuan yang tinggi, rasakan ianya suatu tanggungjawab, fikirkan tentang kelebihannya serta sumbangan kepada diri dan ummah, serta sokongan pasangan.

Tahun 2014 Aiman memulakan darjah satu di sekolah rendah. Ia perubahan besar bagi keluarga kecil saya. Doakan semoga perubahan ini membawa banyak kebaikan serta memangkin perubahan-perubahan lain ke arah yang lebih baik.

September 2013, diberi peluang oleh Allah untuk melihat sendiri kesan sejarah kegemilangan Islam di Andalusia. Gambar adalah Al-Hamra',  kota terakhir kerajaan Islam di Granada, Sepanyol.

Saturday, January 19, 2013

Gram

Kalau sekeping CD boleh muat beratus lagu dalam bentuk mp3, sebelah record atau piring hitam gramphone ini hanya punya satu lagu. Lebih berat dan tebal berbanding piring hitam electric turntable, sekeping record hanya ada dua lagu.  Sekali crank untuk kunci spring tahan lah satu lagu. Kalau dia slow down suara pun jadi besar, macam Ustaz Don buat demo nak pronounce makhraj huruf dalam siri 30 Minit dia, cepat-cepat kena pusing crank kunci balik spring. Penat nya lah hai orang dulu-dulu nak dengar satu lagu pun. It was said that gramophone record was the first technology people used to record and replay sounds/music. 


Saya beli gramophone ini sewaktu menghadiri konferens di India kalau tak salah pada tahun 2001/2002, sewaktu menjadi pelajar Master di UKM. Tak ingat berapa harga sebenar, tetapi jauh lebih murah daripada yang saya jumpa di kedai antik Malaysia mahupun semasa di Sydney. It could be a fake one but looks and works well anyway.

Hari ini saya bersihkan gramophone yang dah lama terperap di dalam bilik bersama longgokan kotak-kotak. Berabuk...




Friday, November 11, 2011

Sudah Dua Tahun

Raya haji baru lepas, mesti ramai yang masih simpan stok daging korban kat rumah. Beraya di rumah mentua, surau qaryah situ buat korban pada hari raya pertama. Malam tu kami makan sup tulang dan 'rojok khrateh' (east coast's delicacies made of all the urat2 and ligaments from foot). Teloq lembu pun pak mentua saya bawa balik, mungkin ada rahsia untuk anak jantannya yang baru kahwin kot, kekeke. Lebih 20 ekor lembu tumbang pada hari itu, alhamdulillah.

Di Sydney takde jual sup bunjut...

Masa di Sydney dulu, daging korban ambil kat butcher saja. Kita tak boleh sembelih sesuka hati, jadi wakilkan pada muslim butcher, lembu/kambing disembelih kat rumah sembelihan, kemudian kita cuma ambil daging yang dah siap lepas tu edarkan. Nak meriah pun time makan-makan dengan kawan-kawan.




Jadi kena buat bunjut sendiri :-)


Sudah Dua Tahun


Abah at 20 years old.

Setiap kali tiba raya haji juga mengingatkan saya pada penghujung masa saya bersama abah. 

Abah antara orang masjid yang selalunya sama-sama menguruskan lembu-lembu korban. Abah pergi dua minggu sebelum raya haji 1430H. Aidil Adha 1430H adalah hari raya pertama kami tanpa abah. Mengikut tahun Masihi, esok genap dua tahun kembalinya abah ke rahmatullah. 

Walaupun tiada lagi dahi abah untuk dikucup, badan abah untuk dipeluk melepas rindu, tangan abah untuk dicium memohon ampun di hari raya, namun dia kekal dalam ingatan. Hari ini saya pergi solat Jumaat pakai jubah abah, cincin abah, dan hati saya masih tetap rindu pada abah. Al-Fatihah.


Thursday, November 3, 2011

Dalam bakul ada pembaris, Lama betul saya tak menulis.

Fuh! Fuh! Berabuk bersawang blog nih lama tuan tak jengok. Terima kasih seorang sahabat tu komen dalam salah satu posting lama, mengingatkan saya akan keberadaan blog ini.

Cukup sebulan, itulah tempohnya saya tidak menulis di sini. Namun saya terus menulis di sana dan sinun. Selain dari itu, at the moment perlu membaca tulisan orang yang bermacam-macam pesen. Tulisan susah nak baca satu hal, menggunakan bahasa sms lagi satu hal. Are you writing an essay or texting me?

OK lah, enough blabbering.

Sepanjang sebulan yang lalu, banyak peristiwa, kejadian dan pengalaman bersejarah yang dilalui. Bagi Aiman, semestinya perkahwinan bapa saudara (sounds old) a.k.a Angah Boy (sounds younger) to him was the biggest event. Dia ingat kenduri tu berterusan, sampai masa on-the-way balik ke 'kehidupan biasa' dia menangis dan telefon bercakap dengan Angah Boy, "Angah, kenduri dah habis ke?" He really enjoyed the celebrations.

Well, it was a memorable event. Early October, we drove down-south to Singapore and took a ferry ride for about one and a half hour to Tanjung Pinang, one of the islands in the Riau archipelago. Yes, the bride's family stays there. It was just next to the Pulau Penyengat, one of the historical point in the Malay sultanates history. Still practicing the traditional Malay adat, what I like the most was they were very good in Pantun. Pak Ali, a local Pantun-man (ada de perkataan ni?) was assigned to represent our family from Malaysia. Yes, they pantun all the way spontaneously, which I don't think we can do. No wonder it was also called Kota Gurindam.

We came back to tanah ayer terchenta after 5 days 4 nights in Tg Pinang. Two weeks after, the reception was done in KL. Aiman was given a task to lead the flower girls during the procession into the hall. Amacam, hensem tak saya mamat kat sebelah ni?

To Angah Boy and Angah Nina, Selamat Pengantin Baru dan semoga bahagia selalu. Kejap je dah nak masuk sebulan kan. Jadikan perkahwinan ini sebagai satu titik permulaan untuk melakukan perubahan hidup ke arah yang lebih baik dalam mentaati Allah. And also, Aiman is looking forward to have new cousin, hehe ;)


Saturday, October 1, 2011

Present for Myself

October is here again. It's my birthday month. I wonder what will be the surprise this year... If any.

It is not about bday present i want to blog about this time. Last month I was thinking and started listing what should I get for myself to commemorate the few very significant changes occured to me, by the grace of Allah of course.


I started with a clock, a nice wall clock maybe. Maam of the house was against this, i can feel that. Look to the north, south, east and west, there's already at least one clock in each direction in the house. But there are still plenty of walls in the bedrooms, hehe. Besides, they are way too expensive here in Malaysia. Wrist watch? 11 of them already, seems like it's a no-no too.

Then why not a ring. I was thinking of having a ring with special engraving maybe. But I already have two handful of them, if I put them all together at one time I may look like pakcik jual batu cincin di rope walk. Maam was also not so keen on this idea.

When I said, 'what about an iPad?' there's glow in the face a little bit. I thought an iPad is not a good thing to commemorate something, as technology always advance after a while. However, after doing some research on the web and considering it deliberately,


at last I got myself an iPad 2. It was last week the iPad started becoming my new toy... And personal organizer too...





Friday, June 24, 2011

Bukit Chandan III: Masjid Ubudiah

Petikan daripada laman web arkib negara:

"Masjid Ubudiah yang terletak di bandar Kuala Kangsar, Perak merupakan di antara sebuah masjid yang terindah di zamannya dan juga sekarang. Masjid ini dibina di atas titah Sultan Idris Mursyidul Azam Shah, Sultan Perak Ke- 28, kerana menunaikan nazar baginda. Masjid yang mempunyai pengaruh seni bina `Saracenic' (Islam-India) ini telah direka bentuk oleh A.B. Hubback, seorang arkitek kerajaan. Sementara kerja-kerja perlaksanaannya telah diletakkan di bawah kelolaan Caufield, Ketua Jurutera Negeri Perak. Pada 26 September 1913, satu upacara perletakan batu asas bagi masjid ini telah diadakan. Sultan Idris telah menyempurnakan majlis ini, yang turut dihadiri oleh Sir Arthur Young, Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan pembesar-pembesar lain."

Sepanjang musim persekolahan 1992-1994, masjid inilah menjadi tempat kunjungan untuk solat...

Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Gambar di atas merupakan wajah baru Masjid Ubudiah setelah direnovasi beberapa tahun lalu. Asalnya beranda sekeliling tidak ada, dan masjid yang bersegi lapan ini dikelilingi tangga marmar hitam. Kolah tempat mengambil wuduk juga telah tiada. Pagarnya juga baru. Ada masa nanti saya scan gambar bentuk asal masjid ini masa zaman saya bersekolah dulu.

Saya dan kawan-kawan pernah menaiki tangga pusing kenuju ke atas menara. Rasanya ke-empat-empat menara pernah kami tawan. Pemandangan memang cantik dari atas sana, dapat tengok bandar KK, lengkok Sg. Perak dan Istana Iskandariah. Tapi tu lah, zaman tu tak berapa pandai nak mengambil gambar, tak teringat pun. Filem mahal pulak tu. Haritu pegi jenguk2 jugak pintu kecik untuk ke atas bunbung tu, tapi la ni pengawal masjid sentiasa ada di situ. Ye lah, dah jadi pusat pelancongan.

Aiman, kat sini la babah dok berlari-lari dulu dengan kawan babah masa babah budak kecik =)

Bahagian dalam juga sudah berwajah baru dengan warna cat yang baru. Carpet sudah berganti dengan yang lebih lembut dan gebu, siap ada air-cond lagi (tido makin nyenyak le bebudak ni time Jumaat). Mimbar dan grandfather clock  masih maintain yang lama.

Ruang solat.



Perbezaan ketara ialah siling di bawah kubah nya. Dulu simple saja, seingat saya ada macam penyangkut dan tali/rantai panjang ditambat di tepi dinding. Namun kini bercorak indah, siap dengan chandeliar yang lip-lap berkilat.

 
Tiang-tiang dan coloured glass masih maintain, cantik. Tiap kali masuk masjid ni saya memang suka melangut ke atas, dok mencongak berapa banyak bintang agaknya di atas tu. Bezanya cuma sekarang ni bintang-bintang itu berwarna.

Twinkle-twinkle little stars...

Di tepi masjid terletaknya makam diraja Perak. Kawasan ini juga telah habis kami jelajahi masa budak-budak dulu, melawat raja-raja Perak yang terdahulu yang dimakamkan di situ.

Yang di balik sana pagar itu lah makam diraja.

Kalau diingatkan, kampung-kampung sekeliling juga dah habis kami jelajah, time petang-petang keluar berjogging. Makan kat gerai kampung, kutip petai belalang buat ulam, makan buah letup-letup, tengok tempat orang buat keris tradisional, macam-macam lah. Tempat-tempat lain yang menarik di Bukit Chandan ni ialah Istana Iskandariah, Istana Kenangan atau Istana Kuning dan rumah-rumah lama, ada yang masih maintain dan ada yang menanti rebah.
Sesekali singgah ke tempat yang pernah kita diami memang menggamit memori. Kuala Kangsar terletak dalam perjalanan setiap kali nak balik Taiping, maka boleh lah singgah-singgah. Tapi Klang is out of the way, maka saja-saja nak menyinggah ke kisas dan tengok-tengok kawasan sekolah termasuk Masjid Sultan Sulaiman yang tak kurang juga indahnya tu tak tau lah bilanya...

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّـهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّـهَ فَعَسَىٰ أُولَـٰئِكَ أَن يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ 
At-Taubah: 18

Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.

Sunday, June 19, 2011

Bukit Chandan II

Kita sambung lagi jalan-jalan di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Sesekali dalam perjalanan balik ke Taiping pasti saya singgah di KK, dan mesti make one round ke Bukit Chandan. Pekan KK, kedai-kedai makan, bangunan sekitar sangat menggamit memori. Sebak seketika, terbayang dok makan laksa kuala dan cendol dengan mama dan arwah abah. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat mengaji. Tiga tahun saya bermukim di Kuala Kangsar.

Tamat darjah enam, saya dapat tawaran ke sekolah menengah sains Teluk Intan, selain daripada sekolah menengah st. george Taiping. Tapi saya nekad membuat keputusan untuk bersekolah di sini...

Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan
Bangunan yang di bahagian kanan sekali dipanggil Rumah Bulat, saya rasa ianya octagon, terletak di bahagian depan sekali. Ia merupakan tempat pertemuan antara pelawat dan pelajar. Kawan-kawan dah tahu kalau parents saya datang bila nampak kereta Datsun 180K kaler kuning datang. Taiping-KK dekat saja, jadi selalu la jugak parents saya datang melawat.

Bangunan panjang tu pula, antara bangunan asal dan lama, bahagian bawahnya terdapat qa'ah 'ammah (dewan besar), dan juga kelas. Sebelah atas, idarah (opis), bilik guru, bilik mesyuarat dan lain-lain pejabat. Yang paling belakang dan tinggi sekali, ada 5 tingkat, merupakan asrama pelajar lelaki. Masa saya masuk tingkatan satu, seingat saya kami adalah batch ke-2 atau ke-3 yang duduk di situ. Sebelum itu asrama pelajar dikenali sebagai Baitul Aman, sebuah istana lama tinggalan sultan perak juga. Berhantu katanya! Asrama perempuan nampak bumbung saja di belakang tu.

Bangunan yang ada tulis arab tu baru, masa saya dulu tak ada lagi bangunan ni. Kelihatan juga tingkap bekas bilik saya yang juga bilik pengawas, tingkat atas sekali bilik hujung sebelah kiri blok asrama tu.
Sekolah kami tak ada padang, jadi kena main di luar sekolah, padang kampung. Padang dalam gambar ni betul2 di tepi sungai perak, bersebelahan dengan istana iskandariah.

Memang banyak kenangan sepanjang 3 tahun di sini, panjang kalau nak cerita semua. Kalau masa di SBP makannya mewah, di sini kami jarang dapat makan ayam. Biasanya ikan jacket dan ikan-ikan yang sewaktu dengannya. Sesekali daging. Satu bilik besar berkongsi 12 orang. Memang meriah. Paling seronok masa bulan puasa, makan pun sedap sikit bila ramai yang menderma. Segalanya menjadi kenangan, dan tarbiyah serta pendidikan asas yang saya perolehi ketika berada di sini masih berbekas sehingga ke hari ini.

Betul-betul berhadapan dengan sekolah saya ialah Masjid Ubudiah, yang merupakan antara masjid yang terindah di Asia Tenggara. Tunggu next entry, Aiman dah memanggil ajak naik ke bilik...

Friday, May 20, 2011

Jagalah Lidah

Makan apa tu sedap sangat?
Umur Aiman 2 tahun lebih masa ni.


Makan benda ni haa....

Lidah kambing selepas direbusss.

Yang membezakan keduanya ialah satu tidak digunakan untuk berkata-kata, dan satu lagi mampu berkata-kata.


A famous companion, Saidina Muaz ibn Jabal R.A. once asked the Prophet S.A.W, “Tell me about an act that will cause me to enter Paradise and be protected from the Fire.” 

“You have indeed asked something profound,” responded the Prophet S.A.W, “But it will be easy on whom Allah makes it easy."

"Worship Allah and do not associate any partners with Him. Establish regular Salat, pay Zakat, fast during Ramadan, and perform Hajj.” 

Then he asked “Shall I not tell you about the doors of good: fast is a shield (against sins and against Hell-fire), sadaqah (charity) extinguishes sins like water extinguishes fire; and the midnight Salat (the voluntary Tahajjud Salat).” 

Then he recited this verse: “Their limbs do forsake their beds of sleep, while they call on their Lord, in fear and hope: and they spend (in charity) out of the sustenance which We have bestowed on them.” [As-Sajda 32:16]

Then he continued: “Shall I tell you about the beginning, the mainstay and the high point of this? The beginning is (acceptance of) Islam; It’s mainstay is Salat; it’s highest point is Jihad.”

Then the Prophet S.A.W. asked: “Shall I tell you about the thing on which all this depends?” He, then held his tongue and said “Guard this.” 

Sayyidina Muaz ibn Jabal R.A. asked: “Shall we be questioned about our utterances?” On this the Prophet S.A.W. said, “Most people will be thrown into Hell—face down—because of the transgressions of their tongues.”


: : Buatlah amalan sebanyak mana pun, jika tidak menjaga lidah mungkin akan menjadi sia-sia.



Friday, March 25, 2011

Tak Menang Tangan

Lama jugak tak ber-update blog nih. Seminggu dua ni masa berlalu sangat pantas. Itu nak kejar, ini nak buat. Dalam pada tu ada lagi kerja yang tak terbuat buat lagi. If only I can clone myself...

Diam tak diam dah dekat dua minggu dah umur baby. Opah pun dah balik Taiping semalam (uwaa nak ikut!:/). Maka tinggal lah kami empat beranak. Terima kasih opah kerana sudi tunggu dan jaga baby dan kami. Agaknya apa la menu malam ni yer, opah dah tak ada kat sini. Air tangan ibu ni, walaupun sesimple ikan bakar cicah ayaq asam, tetap masyuuk.

Baby 'bertumbuh'  dengan baik, Alhamdulillah. Kuat betul menyusu, kadang-kadang sejam sekali. Kesian ummu aiman nak kena bangun menyusu tetengah malam. Yang tu tak dapek la bapaknya nak nolong kan...

Wan Aysha Humaira tertidur kekenyangan...

Yang abang aiman pulak, tak boleh dibiarkan sendirian dengan baby. Ada sekali tu dia cuba nak angkat baby, dia pegang kat pinggang, macam nak angkat bobby je. Selalu excited, melompat-lompat kat tepi baby. But he is a good brother, willing to help lots of things.

Hehe, adik muka terkejut apa tak tau.
 Semoga anak-anak abah membesar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Nak kena menyolehkan mak bapaknya jugak dulu...


:: Teringat sorang lecturer bukan melayu dulu yang menggunakan bahasa melayu sesuka hati masa mengajar, i.e develop = bertumbuh, perut kembung=perut kembang, please sit down=sila berduduk. kekeke...
:: Baru sedar tak banyak ambik gambar baby, asik2 guna henpon jer. 
:: Ada orang tu teringin nak ikut gi jalan-jalan kat giant, alasan nak beli barang baby. huhu..

 

Wednesday, March 16, 2011

Welcome to the World

Jadual harian semakin padat 3-4 hari ni. Maklumlah, ada orang baru kat rumah...

Hari Ahad haritu, dalam pukul 2 pagi, ummu aiman terbangun. "Alhamdulillah, dia nak solat tahajud kot," bisik hati saya. "Abang, ada leaking lah." Sudah. Paip mana pulak yang bocor memalam buta ni. Ooo, rupanya dia yang leaking.

Maka kami berdua pun bersegera ke Kuantan Medical Centre (KMC) dan sampai sekitar jam 3 pagi. Midwife bertugas menjalankan tugasnya. "Kepala baby sudah turun, tapi belum bukak lagi," kata midwife India tersebut. Selesai CTG bagai, kami pun 'check-in' ke dalam wad. Kalau kat Sydney, kemungkinan besar disuruh balik rumah semula. (Cerita kelahiran aiman tercatat di SINI).

Lepas waktu subuh, contraction semakin kuat. Sekitar jam 9.30 pagi, ummu aiman ditolak masuk ke labour room. Contraction semakin kerap. Dia minta suntikan pethidine untuk menahan sakit. Lepas diberi pethidine, rasa lega sedikit katanya, kurang sakit. Namun ummu aiman ni memang sensitif dengan ubat. Kalau makan ubat batuk pun (yang tidak memberi sedikit kesan pun kepada saya), dia akan rasa mengantuk la la tu jugak.

Masa aiman dulu, ummu aiman diberi 'happy gas' sebagai penahan sakit. Itu pun dia 'lalok' dan high semacam. Kali ini pun sama, selepas suntikan pethidine, dia mula terasa melayang terawang-awang. Masa Aiman dulu tiba2 dia tanya pasal KFC. Kali ini agaknya kesan pethidine lebih kuat, maka lebih sikit dia 'bercakap-cakap'. Dalam keadaan sedikit 'high' itu, dia berkata...

-'alamak lupa nak simpan kuah pajeri dalam peti ais.'
-'eh aiman dah basuh berak belum?'
-sekali ada bunyi orang flush dari tingkat atas, 'Hujan! Baju tak angkat lagi tu!'
-tapi yang saya tak tahan sekali bila dia cakap, 'abang jangan  tinggal elyn tau...' It makes me love her more and more. But I have nothing to offer accept my presence. 

Bagi sesiapa yang ada pengalaman menemani isteri bersalin, I guess somehow you'll feel hopeless for not able to help much, accept reciting Quran, zikir and giving some support.

Masanya sudah tiba. Dr Suriati bersama dua lagi midwife serta saya sama-sama memberi semangat. Tiga kali contraction round, baby selamat dilahirkan. Secara otomatik saya menitiskan airmata, kagum dengan kuasa Allah, seorang lagi insan lahir ke dunia. Bukan insan biasa, tapi anak saya. Saya juga masih kagum dengan kekuatan yang Allah beri pada wanita. Tak terjangkau dek fikiran bagaimana jika lelaki yang mengandung dan melahirkan. Tak mungkin tertanggung!

Syukur, semuanya normal. A healthy girl, weighed at 3.28kg, 49cm long.  Selesai azan dan iqamah, baby dibersihkan dan diletakkan di nursery bersama beberapa baby yang lain. Berita gembira seterusnya disampai kepada mereka yang lain yang menunggu di luar labour room.

ALHAMDULILLAH! Anak kedua kami lahir pada hari Ahad, 13.03.2011 bersamaan  7 Rabiul Akhir 1432H pada pukul 12.40 tengahari.

Welcome to the World sweetheart!


Abang Aiman yang excited dapat adik.

Aiman melepas gian nak jadi baby, hahaha!

: : Soalan seterusnya, 'baby nama apa?' kan? Tungguuu... Sambil2 tu boleh la teka... hehe.
: : Mutu gambar kurang memuaskan sebab guna kamera handphone jer time tu.


Friday, March 4, 2011

Penjodoh Bilangan

Habis peperiksaan UPSR subjek Bahasa Malaysia (Pemahaman), budak kecik tu bawak balik kertas soalan. Lazimnya dia tandakan pilihan jawapan yang dia dah buat. 

Disemak oleh emaknya yang juga guru sekolah rendah, satu-satunya kesalahan budak itu ialah soalan penjodoh bilangan.

Pilihan jawapan yang betul ialah 'gugus', tapi budak itu jawab lain...

Sejambak kunci.

Kini budak kecik itu sudah besar, memegang sekaki payung menemani anaknya Aiman bermain pasir di tepi pantai di bawah rembang mentari.
Apa lagi penjodoh bilangan yang kita biasa guna? ker main belasah aje...

Friday, February 18, 2011

Genap Setahun Kutinggalkanmu...

Diam tak diam, hari ini genap setahun kembalinya kami sekeluarga dari benua Australia untuk bermastautin di tanah air terchenta. Kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Tak pernah pula mengalami hujan emas, tapi ada hujan batu di Sydney, ketul ais turun dari langit hingga menyebabkan kerosakan harta benda. Di Malaysia belum pernah lagi kot.

Sesekali rindu juga pengalaman di sana, bila mengingatkan hampir separuh usia dewasa muda (young adult) dihabiskan di sana. Ketika pergi ke sana masih berdua, baru beberapa bulan kahwin. Mendapat warning jangan balik Malaysia kalau tak bertiga, lebih takpa. Puas berhoneymoon, Alhamdulillah Aiman hadir dalam hidup kami di sana. Sekarang dah nak masuk (ke dah officially masuk?) fasa dewasa, menuju hari tua kalau dipanjangkan umur. 

Among other things that we miss about Australia...

The People ... outgoing, sporting and friendly. Saya pun bergambar jugak dengan Marilyn Monroe & Elvis Presley tiruan ni.

The Flowers ... lots and lots of them ...

Aiman masa baby (sila abaikan setambung baju yg menanti untuk dilipat itu)

The Architecture, Landscape, Scenery.

The Animals, Birds especially. You can feed them on your hand in your own backyard.
And not to mention the multicultural food, the shopping malls, the fresh cheap fruits and veggies ... and the list goes on ...




Thursday, December 30, 2010

A Year In Memory

Quite busy for the last few days, bermula dari cuti dan lepas masuk semula office, maka banyaklah kerja yang perlu dibereskan.

The year 2011 is just around the corner. I just want to recap all the suka-duka sepanjang 2010...

JANUARI
Kereta telah dijual kepada seorang Aussie, maka ke mana-mana pun berjalan kaki atau naik public transport.
Persiapan untuk pulang ke Malaysia bermula. Barang-barang rumah mula di jual di eBay, atau kepada pelajar baru. Ada juga yang dipass-down secara percuma turun-temurun. Barang-barang yang nak dibawa pulang mula disumbat ke dalam kotak yang dibeli di Kennards. Walaupun masih bersedih dengan pemergian abah, namun hidup perlu diteruskan.


FEBRUARI
Last visit to Wollongong. The background is the scenery of part of NSW south coast.
Semasa menumpang di Malaysia Hall sementara menunggu flight balik, mama aiman mengalami keguguran. Tak ada rezeki maka terimalah takdir Tuhan. ALhamdulillah kawan-kawan banyak membantu. Terpaksa menunda flight seminggu ke depan. Thanks a lot to family Abg Zali & family kerana sudi tumpangkan rumah, malah pinjamkan keretanya. Missing Sydney.


MAC
First trip jalan-jalan to Kuala Terengganu.


 Kehidupan berkeluarga di rumah sendiri bermula, selepas berhempas pulas membersihkan rumah yang disewakan kepada budak-budak bujang kolej yang ditinggalkan seperti tongkang pecah. Aiman juga mula pergi sekolah. Aktiviti makan luar makan di luar bertambah kerana macam-macam makanan nak dicuba selepas beberapa tahun tak jumpa.

APRIL
Kita juga kan 'padam' suatu hari nanti...
Life goes on. Namun pada bulan ini perginya seorang kenalan yang juga sahabat rapat mama aiman menemui Ilahi. Tinggallah tiga anak-anak yang masih kecil serta suaminya. Alhamdulillah dengar berita sahabat saya ini telah pun memilih ibu baru untuk anak-anaknya minggu lepas, majlis rasminya coming soon.


 MEI
Tersengih tengok kek dia yang gedabak besar.

Aiman turned three. Kalau babah and mama saja jangan harap nak dapat kek besar tu, hadiah lagi. Untung la hang aiman jadi cucu sulung... Bulan ini juga terjadinya peristiwa 'diketuk' di lebuh raya. Kejadian berlaku di Karak Highway, kerosakan yang hanya melibatkan kos sekitar ratusan ringgit dikenakan sampai ke ribu hengget.


JUN
Masih bermain dengan kamera, menguji ilmu close-up di halaman rumah mama.

Pulang ke Taiping, kenduri arwah di Masjid Al-Falah. Tiada lagi ucapan Happy Father's Day buat abah, hanya doa yang tidak putus-putus dapat ku utuskan... 

JULAI
Pekena ayaq nyoq segaq di Mini Zoo Taman Teruntum. Lama tak ke sana, musim hujan ni.

Penulisan thesis masih diteruskan, keadaan makin kritikal ketika itu. ALhamdulillah saya mendapat bantuan dan sokongan semua, terutamanya penyelia di Australia. Walaupun berhubungan dengan internet, segalanya berjalan lancar.
OGOS
Berjaya menangkap gambar bulan purnama dari halaman rumah.
Ulangtahun perkahwinan kami yang ke-6, dan pertama kali menyambutnya di Malaysia. Berpuasa di Malaysia dirasakan sangat meriah dengan  'pesta makanan' di sana sini. Di saat Malaysia menyambut hari kebangsaan, saya juga menyambut hari merdeka kerena berjaya menghantar thesis untuk pemeriksaan pada 31 Ogos 2010. Masih berdebar menantikan keputusannya awal Januari 2011 nanti.


SEPTEMBER
First raya without abah around. Namun mama tetap meneruskan tradisi membuat ketupat palas sendiri. What we were missing was abah's cooking.
Dengan rasminya mula masuk kerja semula pada 1 September 2010. Maka bermulalah rutin hari-hari yang indah dan ceria sementara menunggu tahun 2035 menjelma... hehe...


OKTOBER
Membantu Aiman meniup tepung. Nak harapkan Aiman tiup, tepung tak terjejas langsung.
Program 'hari keluarga' jabatan dilangsungkan di Cherating. Dapatlah berkenalan dengan rakan-rakan setempat kerja yang rata-ratanya muka-muka baru bagi saya, dan saya pula muka baru bagi mereka walaupun saya mula berkhidmat sejak 2003 lagi. Dan lagi, aktiviti ber'rumah terbuka' sempena Aidil Fitri diteruskan, dan berat badan naik dengan jayanya...


NOVEMBER


Hairan, hanya gambar bobby dalam folder bulan 11. Waktu kenduri raya haji saya guna kamera orang lain.
Genap setahun pemergian abah ke rahmatullah. Sempena raya haji, pertama kali keluarga besar kami menjalankan korban secara gotong royong beserta kenduri di rumah Tam. Saya banyak belajar sesuatu yang baru. In addition, kerana adanya yang tidak dapat menerima khilaf serta berlapang dada dalam memberi dan menerima pendapat, maka saya akan lebih berhati-hati dalam menyuarakan pendapat di masa hadapan demi menjaga keharmonian.


DISEMBER
Colmar Tropicale, Bukit Tinggi.
Saya berpeluang mengambil cuti panjang, 9 hari berturut termasuk hujung minggu. Bermula di Bukit Tinggi, cuti dihabiskan di Gombak dan di Taiping. Antara acara termasuklah program mengacau bubur asyura seperiuk besar dan diagihkan, kenduri doa selamat serta makan-makan meraikan persaraan Maksu saya. Yang terbaru adalah kemenangan Malaysia ke atas Indonesia dalam sukan bolasepak piala Suzuki yang memungkinkan kita mendapat long weekend  minggu ini.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011

Wednesday, December 22, 2010

Aiman San in Japan

Makan nasi berulam timun,
Bukit Tinggi tempat persinggahan,
Indah dan tenang di Taman Jepun,
Tempat Aiman buat kenangan.


"Apa tengok-tengok belakang I?"


Travelling from Kuantan to KL through Karak Hiway, you will see the exit junction to Bukit Tinggi. So this time round we really made the trip to Trauma Colpitale Colmar Tropicale and spent some time on the highland. It was quite different with more new buildings compared to the last time we went there nearly a decade ago.

But time was very limited I wish I can stay longer. I really love the tranquility and green nature. Ada sapa-sapa nak jual tanah murah-murah kat situ?











Friday, November 12, 2010

Abah: Setahun Sudah Pemergianmu

Begitu pantas masa berlalu.  Rasa baru sahaja saya menukilkan saat-saat akhir abah di blog ini. Dan tarikh itu datang lagi, sesudah setahun perginya Abah ke alam baqa.


Sejak abah tiada, pelbagai perubahan berlaku. Mama merupakan insan yang paling terkesan. Masakan tidak, banyak urusan seharian yang di bawah tanggungjawab abah, sekarang terpikul di bahu mama. Mama mengalami sedikit kejutan. Anak-anak mengajak mama untuk tinggal bersama, tapi mama tetap mahu terus berada di rumahnya. Seumur hidup, mama tidak pernah keseorangan di rumah. Selepas abah tiada, mama terpaksa belajar bersendirian. Mama masih kuat di usianya menjangkau 70 tahun. Dia masih gagah membawa kereta ke kelas pengajian, dan sesekali menziarahi pusara abah. Alhamdulillah mama kini semakin kuat dan kembali bersemangat.


Aiman bersama sepupu-sepupunya menziarahi tok abah di pagi Aidilfitri.

Walaupun setahun sudah berlalu, kadang-kadang saya masih lagi diserang perasaan rindu yang mendadak. Bila diceritakan pada mama, dia juga begitu. Beberapa kali juga saya bermimpi berjumpa abah, sekadar bertemu muka tanpa berbicara. Saya dapat bayangkan yang mama lebih terasa kehilangan terutama semasa berseorangan di rumah. Memang mama ada bertandang ke rumah anak-anak, namun hatinya tetap di sana, rumahnya.

Abah pergi ketika saya masih belum selesai pengajian di Australia. Saya belum sempat berbakti pada abah. Saya tidak banyak menghabiskan masa bersama abah di tahun-tahun akhir kehidupannya. Namun saya yakin hubungan anak dan ayah kekal hingga ke akhirat. Saya rindu abah!

Semoga abah bahagia di sana . Sesungguhnya kami bakal menyusulimu...


كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ 

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." 

Ali Imran: 185

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails