Kerana dirimu amat berharga
Saturday, January 19, 2013
Gram
Kalau sekeping CD boleh muat beratus lagu dalam bentuk mp3, sebelah record atau piring hitam gramphone ini hanya punya satu lagu. Lebih berat dan tebal berbanding piring hitam electric turntable, sekeping record hanya ada dua lagu. Sekali crank untuk kunci spring tahan lah satu lagu. Kalau dia slow down suara pun jadi besar, macam Ustaz Don buat demo nak pronounce makhraj huruf dalam siri 30 Minit dia, cepat-cepat kena pusing crank kunci balik spring. Penat nya lah hai orang dulu-dulu nak dengar satu lagu pun. It was said that gramophone record was the first technology people used to record and replay sounds/music.
Saya beli gramophone ini sewaktu menghadiri konferens di India kalau tak salah pada tahun 2001/2002, sewaktu menjadi pelajar Master di UKM. Tak ingat berapa harga sebenar, tetapi jauh lebih murah daripada yang saya jumpa di kedai antik Malaysia mahupun semasa di Sydney. It could be a fake one but looks and works well anyway.
Hari ini saya bersihkan gramophone yang dah lama terperap di dalam bilik bersama longgokan kotak-kotak. Berabuk...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
antik..mcm tuan dia ;p
ReplyDelete