“Sungguh ajaib keadaan orang beriman,
sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang
memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia
dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya.
Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik
untuknya”
Sebagai pembuka tirai tahun 2013 ini saya
ingin mengajak sahabat-sahabat semua melatih diri ke arah berfikiran positif.
Kenapa perlu berlatih? Kerana melihat semua perkara dari sudut yang positif
adalah sukar untuk sesetengah orang.
Mafhum hadis di atas bagi saya ia membawa
maksud agar kita sentiasa bersikap positif atas segala sesuatu yang berlaku.
Lebih daripada itu, kita juga perlu berfikiran positif dalam menilai sesuatu
perkara. Yes, we have to take things into perspective, but always highlight the
positive before the negative gets in.
Jikalau kita mengamalkan seperti apa yang
disarankan dalam hadis di atas, insyaAllah kita akan beroleh pahala. Kemudian
daripada itu, faedah lain kita akan menjadi lebih tenang, sentiasa bersyukur
dan pastinya lebih sihat!
Dalam sesebuah organisasi, pasti akan ada
orang yang rasa tidak puas hati dengan orang lain. Cikgu tidak puas hati dengan
anak murid. Pekerja tidak puas hati dengan bos. Kuli tidak puas hati dengan
majikan. Kadang-kadang hanya disebabkan perkara yang kecil. Selalunya juga
berlaku ketidakpuasan hati apabila orang lain melakukan sesuatu dengan cara
yang tidak kita senangi, dalam kata lain tidak ikut cara kita.
Dalam keadaan ini kita perlu ingat bahawa
manusia dikurniakan akal fikiran dan masing-masing punya cara tersendiri dalam
menilai sesuatu isu dan membuat keputusan. Jikalau kita boleh menerima
ketentuan ini bagi saya kita tidak ada sebab untuk sentiasa tidak berpuas hati
serta berfikiran negatif sana-sini. Gantilah 14 orang bos sekalipun, setiap satu
pasti ada cara dan ideanya yang kita kurang senang. Tukarlah 24 orang kerani
sekalipun, setiap seorang pasti ada kekurangan sana-sini. Datanglah 44 orang
supervisor pun dengan pe'el masing-masing, thesis kita bergantung pada diri
kita.
Salah satu tips untuk hidup bahagia juga
ialah kita mesti bersangka baik. Letakkan standard di mana semua orang di
sekeliling kita mempunyai niat yang baik dalam berkerja. Namun seperti dalam
para di atas, masing-masing mempunyai cara yang tersendiri yang kadang kala berbeza
dengan cara yang kita mahu. The baseline is, believe that everybody has a good
intention. Terima perbezaan, raikan persamaan. #Tak semua orang pandai dan
educated untuk mencapai pemikiran macam awak ;p#
Mari muhasabah diri. Andai kita asik tidak
puas hati dengan orang itu, geram dengan orang ini, menyampah kat situ, meluat
kat sini, barangkali kita sebenarnya yang bermasalah. Bukan mereka.
Akibatnya kita yang 'sakit'. Jadi, mulai
tahun ini, BE POSITIVE YA!
ye Dr Azdi(kena atas batang hidung sendiri entri hang kali ni...)....aku sentiasa berusaha untuk ke menjadi positif..namu nselalu tersasar...baru je bengang dgn pihak pengurusan atasan di pusat pengajian..takpe sabar....sabar separuh drpd iman...
ReplyDeleteIntan, rasa tak puas hati tu memang biasa lah. kalau kita yakin yang semuanya itu datang dari-Nya insyaAllah kita tak akan terlalu kecewa, marah atau sedih.
ReplyDelete