Kerana dirimu amat berharga

Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Sunday, August 14, 2016

Suara Keramat

Kita dengar suara dia sejak dari dalam perut lagi.

Masa kita baby, suara dialah yang paling kita cam. Dengar saja suara dia, kita tercangak-cangak mencari.

Dengan suara dialah kita berhenti menangis. Dengan suara dia juga kita terlena.

Sedar atau tidak, kita membesar bersama nasihat dan pujukan suara dari hati dia. Rajuk kita terubat hasil suara dia (saya la tu buat perangai takmau balik asrama). Teguran dan marahnya menjadikan kita manusia pada hari ini.

Bila time nak periksa, kita telefon dia. Dengar suara dia, mintak dia doa kat kita. Kita berjaya, kita bagitau dia. Kita gagal pun kita bagitau dia. 'Affirmative respond' dari dia punyai aura, menjadi tanda bahawa kita berbuat perkara yang betul, biarpun tidak sempurna.

Walau kita dah dewasa, suara dia tetap punya karamah tersendiri. Separuh dari masalah selesai hanya dengan mendengar suara dia. Hatta sekadar sembang biasa.

Dialah mak kita. Ibu kita. Mama.

~Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapa kami, rahmatilah mereka dan masukkan lah mereka ke dalam syurga Mu~

:: I 💗 U, Ma ::

Wednesday, February 17, 2016

Steadfast


Terkadang ada yang merasakan apa yang kita lakukan sehari-hari amat meletihkan dan tidak membawa apa-apa pulangan atau kebaikan. Hampir tergelincir daripada landasan ikhlas, tersedar kembali tatkala menghayati video clip ini...


Thursday, January 15, 2015

Hari ini bonus masuk

Ditanya: Bonus macamana? OK?
Terjawab: Setengah bulan saja. Ada orang dapat sampai 2-3 bulan kan. Seronoknya...

Ya Allah ... Hilangkanlah sifat wahan dalam hati.

Aku la tu. Mungkin juga ramai antara kamu... :/

اللَّهُمَّ أعِنَّا عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ



Berhantu


Kenangkan mangsa banjir. Kalau dapat banyak boleh bagi lagi banyak.

Thursday, January 9, 2014

Live Life with a Purpose

Live life to the fullest. Selalu kita terdengar ungkapan ini.

Kaya, miskin, putih, hitam, cantik, buruk, baik, jahat, Melayu, Cina, Jawa; itu semua attribute yang dinisbahkan kepada manusia dalam menjalani kehidupan di atas dunia. Yang pasti, SEMUA akan merasai mati. 
Continuing the life cycle: A nesting bird in Wollongong Botanic Garden

Setiap orang melalui pelbagai mehnah dan tribulasi berbeza dalam kehidupan, namun pengakhirannya tetap sama iaitu MATI. 

Fikirkan; pekerjaan kita sedari pagi hingga ke malam, kehidupan berkeluarga membesarkan anak-anak, adanya kedua orang tua, melayani karenah manusia di sekeliling kita, peperangan yang berlaku di sana-sini, malah seluruh isi kehidupan kita ini; adakah kesemuanya sekadar hanya untuk  kita mati di akhirnya? 

Bahkan tidak. Pasti ada tujuan yang lebih besar daripada itu... 
Kehidupan sesudah kematian, kembalinya kita kepada Tuhan.

So.... 

Live Life with a Purpose.





‘@ä. <§øÿtR èps)ͬ!#sŒ ÏNöqyJø9$# 3 Nä.qè=ö7tRur Îhޤ³9$$Î/ ÎŽösƒø:$#ur ZpuZ÷FÏù ( $uZøŠs9Î)ur tbqãèy_öè? ÇÌÎÈ  

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu Dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (Al-Anbiya’:35)

Friday, December 27, 2013

The illustrated guide to a Ph.D.

Benarlah Firman Allah:





Say (O Muhammad to mankind). "If the sea were ink for (writing) the Words of My Lord, surely, the sea would be exhausted before the Words of My Lord would be finished, even if we brought (another sea) like it for its aid."

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, Walaupun Kami tambahi lagi Dengan lautan Yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".


(Al-Kahfi:109)



http://matt.might.net/articles/phd-school-in-pictures/

Imagine a circle that contains all of human knowledge:
By the time you finish elementary school, you know a little:
By the time you finish high school, you know a bit more:
With a bachelor's degree, you gain a specialty:
A master's degree deepens that specialty:
Reading research papers takes you to the edge of human knowledge:
Once you're at the boundary, you focus:
You push at the boundary for a few years:
Until one day, the boundary gives way:
And, that dent you've made is called a Ph.D.:
Of course, the world looks different to you now:
So, don't forget the bigger picture:

Keep pushing.

Saturday, September 14, 2013

Syurga Nanti Pasti Lebih Indah

Hujung Ogos lepas, kami sekeluarga diberi peluang oleh Allah untuk bermusafir ke Hong Kong. Hajat Aiman untuk sampai ke Disneyland yang telah lama dipasang telah pun tercapai. Seronok sakan budak tu. Adik juga tak ketinggalan, walaupun banyak games dan rides yang adik belum cukup syarat.

Manusia cuba untuk mewujudkan 'syurga' di dunia. Disneyland, dihias dan dibina dengan cantik, berdasarkan imaginasi manusia tentang keseronokan, keajaiban, happy ever after dan fairy tales, semuanya bertujuan untuk memberi hiburan dan keseronokan. Bukan hanya kanak-kanak, dewasa juga tidak ketinggalan merasakan keterujaan ketika pertama kali melangkah masuk.

Masuk sahaja ke Disneyland, kami disambut dengan pemandangan yang cantik; lanskap dan senibina bangunan seolah-olah di alam fantasi; seperti yang kita tengok di TV dalam wayang-wayang Disney. Begitu juga keretapi yang digunakan. Masa diluang untuk bergambar di entrance sahaja agak lama, bergambar dan merenung sekeliling.

Saya teringat. Diceritakan dalam satu kuliah bahawa entrance atau pintu gerbang masuk ke syurga sangat indah. Sesiapa saja yang memandang pasti tidak akan puas untuk terus memandang. Ketika orang di dalam syurga memanggil, 'wahai fulan, apa yang kau tunggu lagi marilah masuk ke syurga' , maka dijawab oleh yang diluar tadi, 'Sekejaplah, aku baru saja melihat pintu gerbang ini dan masih belum puas'. Lalu orang yang di dalam berkata, 'Kau telah menatap gerbang itu selama 500 tahun wahai fulan!' Allahu. Saya baru saja memasuki 'syurga' yang dicipta manusia dan telah terasa teruja, bagaimana jika di pintu syurga ya... Ya Allah, kurniakanlah kami syurga Firdausi.

Saya masih ingat. Ride yang pertama kami naik ialah merry-go-round. Ya, saya join sekali. Setelah beratur beberapa lama, tiba giliran kami naik ke atas kuda-kuda yang berpusing itu. Saya cuit Rozlin, 'Yang, cuba tengok tu. Nenek pun naik jugak.' Kami tersenyum melihat nenek berbangsa cina itu turut menaiki merry-go-round.

Mungkin semua pernah mendengar cerita ketika mana seorang wanita tua bertanya pada Rasulullah tentang syurga. Mungkin berseloroh, Rasulullah memberitahu bahawa di dalam syurga tidak ada orang tua, lalu wanita itu berasa sedih. Rasulullah kemudian memberitahu bahawa orang yang masuk syurga semua akan 'dimudakan' kembali, lalu wanita tersebut gembira semula.
Ketika di atas merry-go-round tersebut, saya terbayang jika di syurga nanti ada orang-orang tua bermain-main begitu tentu dipandang canggung, kerana diceritakan di dalam syurga kelak akan ada bidadari-bidadari yang cantik yang disediakan untuk kita bermesra dan bermain-main dengan mereka. Sungguh Allah Maha Kaya!

Aiman bertanya, di syurga nanti ada games yang seronok tak. Saya meyakinkan dia, di syurga malah jauh lebih seronok lagi. Tak perlu beratur, berpanas, dan sudah tentu free!

:: Trip yang sama juga diceritakan di SINI

Saturday, February 23, 2013

Jangan lupa bayar zakat :)

They are creative. They are a bit different. They won first prize for the LZS 2012 Dakwah Video Contest. And they are from one of my classes. My prayers is always with all of them.

Watch the clip and understand the message...



.

Friday, January 4, 2013

HAPPY NEW YEAR 2013: BE POSITIVE


“Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya”

Sebagai pembuka tirai tahun 2013 ini saya ingin mengajak sahabat-sahabat semua melatih diri ke arah berfikiran positif. Kenapa perlu berlatih? Kerana melihat semua perkara dari sudut yang positif adalah sukar untuk sesetengah orang.

Mafhum hadis di atas bagi saya ia membawa maksud agar kita sentiasa bersikap positif atas segala sesuatu yang berlaku. Lebih daripada itu, kita juga perlu berfikiran positif dalam menilai sesuatu perkara. Yes, we have to take things into perspective, but always highlight the positive before the negative gets in.

Jikalau kita mengamalkan seperti apa yang disarankan dalam hadis di atas, insyaAllah kita akan beroleh pahala. Kemudian daripada itu, faedah lain kita akan menjadi lebih tenang, sentiasa bersyukur dan pastinya lebih sihat!

Dalam sesebuah organisasi, pasti akan ada orang yang rasa tidak puas hati dengan orang lain. Cikgu tidak puas hati dengan anak murid. Pekerja tidak puas hati dengan bos. Kuli tidak puas hati dengan majikan. Kadang-kadang hanya disebabkan perkara yang kecil. Selalunya juga berlaku ketidakpuasan hati apabila orang lain melakukan sesuatu dengan cara yang tidak kita senangi, dalam kata lain tidak ikut cara kita.

Dalam keadaan ini kita perlu ingat bahawa manusia dikurniakan akal fikiran dan masing-masing punya cara tersendiri dalam menilai sesuatu isu dan membuat keputusan. Jikalau kita boleh menerima ketentuan ini bagi saya kita tidak ada sebab untuk sentiasa tidak berpuas hati serta berfikiran negatif sana-sini. Gantilah 14 orang bos sekalipun, setiap satu pasti ada cara dan ideanya yang kita kurang senang. Tukarlah 24 orang kerani sekalipun, setiap seorang pasti ada kekurangan sana-sini. Datanglah 44 orang supervisor pun dengan pe'el masing-masing, thesis kita bergantung pada diri kita.

Salah satu tips untuk hidup bahagia juga ialah kita mesti bersangka baik. Letakkan standard di mana semua orang di sekeliling kita mempunyai niat yang baik dalam berkerja. Namun seperti dalam para di atas, masing-masing mempunyai cara yang tersendiri yang kadang kala berbeza dengan cara yang kita mahu. The baseline is, believe that everybody has a good intention. Terima perbezaan, raikan persamaan. #Tak semua orang pandai dan educated untuk mencapai pemikiran macam awak ;p#

Mari muhasabah diri. Andai kita asik tidak puas hati dengan orang itu, geram dengan orang ini, menyampah kat situ, meluat kat sini, barangkali kita sebenarnya yang bermasalah. Bukan mereka.

Akibatnya kita yang 'sakit'. Jadi, mulai tahun ini, BE POSITIVE YA!



رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
My Lord, make me an establisher of prayer, and [many] from my descendants. 
Our Lord, and accept my supplication.
(Ibrahim: 40)

Tuesday, September 18, 2012

They are more than just pets

Quite a number of studies have documented on human-animal interactions and its benefits resulting from positive bonding. It was found that children who have pets were more loving, caring and responsible. Animal therapy was also found to be useful for the elderly in improving their quality of life, and also helps to control hypertension and heart problems.

Awal Ramadhan yang lalu, saya membawa pulang tiga ekor anak ayam serama saya ke Taiping. Usia mereka baru beberapa hari, jadi tidak sampai hati nak ditinggalkan. Ibu mereka kurang sabar dalam menjaga anak, suka patuk2 sampai berdarah. Pernah saya biarkan bersama ibunya, anaknya mati dalam masa seminggu. Jadi, saya usung saja, tiada masalah.

Bila tiba masa untuk pulang semula ke Kuantan, mama kata tinggalkan saja anak-anak ayam tu, biar dia yang jaga. Nanti raya nak balik semula. Saya tahu mama memang nak bela ayam serama tu lama dah, tapi saya yang buat-buat lambat sebab saya takut dia rasa susah.

Saya pun tinggalkan anak-anak ayam bersama mama. Tiap kali telefon, mama akan bercerita anak-anak ayam dah besar. Mula tumbuh bulu. Manja. Seronok tengok mereka berlompat di atas rumput di waktu petang. Mama sanggup ke kedai membeli makanan ayam yang 'special'. Niat asal nak bagi ayam tu kepada pakcik macam dah tak jadi, sebab mama nekad nak bela. She feels sort of relief watching the chicks growing. Whatever makes her happy, I am all into it. 

Pagi tadi, seawal 7.00 pagi, mama telefon. Sounds worried, she said that two of the chicks were gone missing, and the third carcass was lying dead in the cage. Anyhow, the cage door was closed. Cause of missing and death is still unknown. Kesian mama, she lost her pets...

.........

Teringat kisah Rasulullah dengan Abu Umair, seorang kanak-kanak. Abu Umair mempunyai seekor burung kecil diberi nama Nughair. Jika bertemu dengan Abu Umair, Rasulullah sering bertanyakan perihal Nughair si burung. Suatu hari Rasulullah dapati Abu Umair sedih dan menangis. Rupanya Nughair telah mati. Rasulullah cuba menghiburkan dan mengembirakan Abu Umair dengan bermain dan bersiar-siar bersama.

........

A pet was dead. It might seems nothing for us. But for a child it's a big thing. Same goes with anyone who has developed the human-animal bond. It's easy for us to say, 'tak payah lah bela binatang. Menyusah saja.' It might be true for us. We have jobs to settle, offices to run. We meet people everyday. Socialize. We have husbands or wives to entertain. Kids to raise. A busy household to manage. Oh what a hectic life. But for a lonely lady, like mama, it might be a totally different story... A little pet could means a lot...

We will never truly understand, until we ourselves become one lonely man... 

Wednesday, August 8, 2012

Mula dengan diri sendiri

Pernah dikisahkan, suatu hari Fatimah binti Rasulullah dengan tidak sengaja menyebut sesuatu tang menyentuh hati suaminya Ali. Fatimah melihat wajah Ali berubah seolah-olah terasa dengan kata-katanya. Berkali-kali Fatimah memohon maaf namun Ali mendiamkan diri, wajahnya tidak berubah. 

Fatimah terus memohon ampun. Kali ini dia berlari anak mengelilingi suaminya sampai merayu memohon ampun. Setelah 70 kali dia tawaf mengelilingi suaminya lalu Ali menguntumkan senyuman, tanda keampunan telah diberi.

Berita itu sampai ke telinga baginda Rasulullah. Kata baginda kepada anak kesayangannya, 'Andainya engkau meninggal dunia sebelum sempat mendapat keampunan suamimu nescaya aku tidak akan menyembahyangkan jenazah mu.'
-----------------------------------------------------------

Kisah di atas menjadi petunjuk betapa tingginya martabat suami sehinga baginda Nabi berkata demikian kepada anak kesayangannya. Ia juga menjadi contoh peringatan kepada para isteri.

TETAPI

Buat para suami, mari kita cerminkan diri. Ramai yang mendambakan isteri yang taat, isteri yang solehah sejuk mata memandang. Pada masa yang sama kita sudahkan kita menjadi suami tang soleh? Yang boleh menjadi tauladan dalam keluarga? Berakhlak dengan akhlak yang terpuji?

Sungguh kita tak malu, mahukan yang terbaik tetapi diri sendiri tidak terlebih dahulu menjadi yang terbaik...

Muhasabah diri untuk terus berusaha menjadi yang terbaik...

Friday, July 1, 2011

Keluarga: Tanggungjawab Hakiki

Adik dah mula meniarap, tak boleh tinggal atas katil sorang-sorang dah...
"Babah niii, mesti balik lambat jugak. Aiman dah nak tido baru balik!" Dan pada malam itu aiman merajuk, marah-marah kat saya tanpa saya tahu punca. And mama aiman was not saying anything much too, mungkin kesian kat anak dia dok mengadu. To be frank, I was sad too. Merajuk jugak, sebab aiman tak nak kawan babah without any reason, huhuu...

Esoknya baru mama aiman cerita, aiman mengadu babah dah lama tak main dengan dia. Adeh, kesian pulak anak aku ni. Padahal babah pegi surau belakang rumah je pun, dia rasa babah tinggal dia lama.

Hmm... Even though I tried to spend some times with my kids every day, it seems not enough. Ye lah, pegi balik kerja, tinggal berapa jam je. This is the very reason why in weekends I try my very best to do something  or go somewhere together. Tapi bila aiman ajak main game lama-lama penat jugak melayan. So I would prefer to go to the beach ke, let him play sand and I can do some exercise too (lari-lari tepi pantai... exercise la sangat kan...).

Mama aiman ada jugak tambah komen, why I seems like not spending much time with adik, like I used to with aiman when he was a baby (not to mention less time spent with her). Yes, masa aiman baby I used to bath him almost every time, rajin bangun malam-malam and so on. It does not mean that I didn't do it with adik, but most of the time I let mama aiman to do it, and I just like help lite-lite aje.

Masa mula-mula kawin; berdua; so the attention is only for the wife. Then Aiman came joining. Being the first child, lambat pulak tu, of course he gets the full attention from the parents. Lagi pulak masa tu tengah study leave. Then adik arrived, menambah seri cahaya. Of course the more the merrier, but sehari ada 24 jam, more people/more job means less time for each other. Sigh!

Sometimes I wonder how am I doing as a father, a husband, a leader of the family...

... يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ 

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala) ...
(At-Tahrim: 6)

Ya Allah... Permudahkanlah!

Friday, May 20, 2011

Jagalah Lidah

Makan apa tu sedap sangat?
Umur Aiman 2 tahun lebih masa ni.


Makan benda ni haa....

Lidah kambing selepas direbusss.

Yang membezakan keduanya ialah satu tidak digunakan untuk berkata-kata, dan satu lagi mampu berkata-kata.


A famous companion, Saidina Muaz ibn Jabal R.A. once asked the Prophet S.A.W, “Tell me about an act that will cause me to enter Paradise and be protected from the Fire.” 

“You have indeed asked something profound,” responded the Prophet S.A.W, “But it will be easy on whom Allah makes it easy."

"Worship Allah and do not associate any partners with Him. Establish regular Salat, pay Zakat, fast during Ramadan, and perform Hajj.” 

Then he asked “Shall I not tell you about the doors of good: fast is a shield (against sins and against Hell-fire), sadaqah (charity) extinguishes sins like water extinguishes fire; and the midnight Salat (the voluntary Tahajjud Salat).” 

Then he recited this verse: “Their limbs do forsake their beds of sleep, while they call on their Lord, in fear and hope: and they spend (in charity) out of the sustenance which We have bestowed on them.” [As-Sajda 32:16]

Then he continued: “Shall I tell you about the beginning, the mainstay and the high point of this? The beginning is (acceptance of) Islam; It’s mainstay is Salat; it’s highest point is Jihad.”

Then the Prophet S.A.W. asked: “Shall I tell you about the thing on which all this depends?” He, then held his tongue and said “Guard this.” 

Sayyidina Muaz ibn Jabal R.A. asked: “Shall we be questioned about our utterances?” On this the Prophet S.A.W. said, “Most people will be thrown into Hell—face down—because of the transgressions of their tongues.”


: : Buatlah amalan sebanyak mana pun, jika tidak menjaga lidah mungkin akan menjadi sia-sia.



Friday, February 11, 2011

Berdagang Dalam Beragama

Beberapa minggu lalu saya menonton cerita Sri Mersing di Astro. Sanggup menunggu hingga akhir cerita semata-mata nak dengar dialog Damak dengan Pak Malau...

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Dagang Pak Malau dagang bertempat
Dagang hamba musafir lalu

Akhirnya Damak merajuk juga dengan Pak Malau, lalu berperahu kembali ke Pahang. Tinggallah Seri menangis di Mersing mengenangkan Abang Damak yang sanggup meninggalkannya.

Seperti Damak, saya juga berada di tempat orang, mula-mula rasa terasing, kemudian mula berasimilasi dengan masyarakat setempat. Alhamdulillah, bak kata Little Einsteins, Mission Completion!


Berdagang kerana Beragama
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W, "Sesungguhnya Islam bermula dalam keadaan dagang (asing). Dan (akan sampai masa) ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".

Dagang yang dimaksudkan bukanlah membawa perniagaan, tetapi lebih kepada kiasan. Zaman dahulu, pedagang biasanya orang asing yang datang berniaga ke tempat kita, foreigners. Orang luar juga biasanya dipandang sepi dan menjadi mangsa tuduhan andainya berlaku sesuatu yang buruk di tempat itu, macam Damak di Mersing.

Mengimbas sejarah, Islam bermula di Mekah dan dipandang asing dan pelik, sehingga membawa kepada peristiwa hijrah keluar ke Madinah.  Kemudian bermula daripada peristiwa Fathu Makkah, Islam terus tersebar hingga dikatakan berjaya menakluk 2/3 dunia. Islam menjadi the way of life. Bukan sahaja para ulama', bahkan saintis serta semua profesion ketika itu 'arif tentang Islam. Semenjak kejatuhan khilafah, Islam kembali menjadi asing dan dianggap 'ganjil' serta ditakuti di seluruh dunia, dianggap menjadi punca masalah seperti terrorism, gender inequity dan sebagainya.

Di hujung hadis di atas, ketika Rasulullah ditanya: “Siapakah orang yang dagang?" Nabi menjawab, "Orang-orang yang melakukan kerja pembaikan apabila manusia telah rosak”

Zaman kedua 'keterasingan' Islam ini lebih teruk. Ini kerana ramai individu muslim sendiri yang merasa pelik dan ganjil melihat orang Islam lain cuba mengamalkan tuntutan agama serta beriltizam untuk memartabatkan Islam. Bila ada yang mula mendekati masjid, ada pula yang perli 'dah nak jadi ustaz ker..'. Cuba anda berjubah dan berserban ke Midvalley, sudah pasti ramai yang memandang seolah-olah anda mempunyai hidung yang terbalik, lubang dok di atas. Atau ada yang menyangka anda seorang pengganas. Tetapi cuba llihat sekeliling, ramai yang 'bertelanjang' tak cukup kain, 'bercupak-cupak' jelas kelihatan. Namun tiada yang merasa pelik atau malu dan kecewa walaupun ianya jelas bertentangan dengan syariat. 

Yang paling penting bukanlah pakaian luaran seperti berjubah dan berserban, tetapi berakhlak dengan akhlak mulia. Pun begitu, ada pula tuduhan menjadi alim, contohnya jika anda menolak rasuah, 'sejak bila pulak hang jadi alim ni...'


Dalam hadis yang lain;

Anas r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda,"Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api". 

Alhamdulillah di negara kita, kita masih bebas untuk mengamalkan Islam. Namun bibit-bibit permulaan menuju ke arah zaman seperti yang disebutkan oleh Nabi itu telah pun kelihatan. Dan benarlah kata-kata Rasulullah...

Semoga kita terlindung daripada ujian dan fitnah akhir zaman

: : Minggu depan kita akan menyambut Maulidurrasul. Mari menambah kecintaan kita pada Rasullullah dengan cuba menghidupkan dan mengamalkan sunnahnya.

Tuesday, February 1, 2011

Berkata Benar Walaupun Pahit

Sedikit ringkasan daripada kuliah hadis di surau dekat rumah saya minggu lepas. Ustaz telah menghuraikan hadis dan menceritakan dengan baik kisah Ka'ab bin Malik yang bercakap benar walaupun tahu akibatnya, terpaksa saya control supaya air mata tak menitis...

Ka'ab adalah antara sahabat yang awal memeluk Islam. Pada awalnya, dia seorang yang hidup susah. Namun setelah Islam berkembang di Madinah, dia semakin senang. Kebunnya menjadi, dagangannya berhasil. Kisah bagaimana Ka'ab bin Malik dan dua lagi sahabat yang 'ketinggalan' dalam mengikuti perang Tabuk ada disebut di dalam Al-Quran.

Diceritakan Ka'ab tidak pernah ketinggalan mengikuti peperangan. Namun ketika umat islam bersiap sedia untuk ke Tabuk, dia sedikit leka dan berlengah-lengah dalam menyediakan persiapan perang, sementelah pada waktu itu kebun sedang menjadi, banyak kerja yang perlu dibuat. Namun di hatinya tidaklah sampai tidak mahu turut serta ke medan perang. Akibat sikapnya itu, dia telah tertinggal daripada mengikuti tentera Islam ke medan Tabuk.

Sentiasalah bermuhasabah akan diri...
Sepanjang ketiadaan umat Islam yang lain, perasaan Ka'ab sedikit serba salah. Apabila keluar ke kota, dilihatnya ramai orang tua, perempuan, orang bukan islam dan beberapa golongan munafik. Mendengar berita Rasulullah dalam perjalanan pulang, hatinya semakin risau. Apa yang harus dikatakan pada Rasulullah bila ditanya kenapa tidak hadir dalam peperangan? Haruskan dia mencipta alasan? Beliau mendapatkan nasihat ahli keluarganya bagaimana hendak keluar daripada masalah itu.

Sesampainya Rasulullah pulang ke Madinah, baginda masuk ke masjid dan solat sebelum melayan tetamu baginda. Mereka yang tidak ikut serta ke medan perang, terutamanya orang munafik, terus memberikan pelbagai alasan pada Rasulullah. Namun baginda bersikap biasa dan menerima alasan mereka, kerana baginda tahu mereka itu munafik. Apabila terpandang Ka'ab, senyuman wajah baginda berubah kerana baginda tahu Ka'ab adalah seorang sahabat yang mulia. Sewaktu itu Ka'ab sudah tekad, dia tidak sanggup menipu di hadapan kekasih Allah ini. Apabila ditanya, Ka'ab menjawab, "Wahai Rasulullah. Seandai aku membohongimu dengan pelbagai alasan, mungkin aku akan terlepas di dunia ini, namun ia mengundang murka Allah dan tidak terlepas di akhirat kelak. Jika aku bercakap benar, sudah pasti engkau akan marah kepadaku. Namun aku memilih untuk berkata benar dan mengharapkan pengampunan Allah dan Rasulnya. Sesungguhnya aku tidak punya apa-apa alasan yang menghalangku untuk mengikutimu ke medan perang." Benar, Rasulullah sangat marah. Tidak mengikuti angkatan perang tanpa sebarang alasan adalah antara dosa besar pada ketika itu. Umat Islam telah diarahkan untuk tidak bercakap atau berhubung dengan Ka'ab dengan memulaukannya sementara menunggu perintah dari Allah. Begitu juga dengan 2 orang sahabat yang lain.

Dalam waktu pemulauan itu pelbagai ujian telah diturunkan kepada Ka'ab. Kisah pemulauan itu tersebar sampai ke luar negeri. Utusan seorang raja kristian daripada negara jiran telah datang membawa surat daripada raja berkenaan, mempelawanya untuk datang ke negerinya dan akan diberikan layanan istimewa. Ka'ab semakin tertekan kerana dia sedar itu adalah ujian Tuhan. Dia terus menerus memohon ampun.

Tiba hari ke 40, utusan  Nabi datang memberitahu arahan supaya Ka'ab menjauhi isterinya. Ka'ab sekali lagi tersentak. Sudahlah dia dipulaukan masyarakat, sekarang isterinya juga tidak boleh didampingi. Namun dia tetap patuh. Isterinya disuruh pulang ke rumah ibubapanya, maka tinggallah dia berseorangan. 

Masuk hari ke 50. Seusai beribadah Ka'ab naik ke atas bumbung rumah, memikirkan nasib dirinya. Tiba-tiba terdengar suara kuat berbunyi, 'Bergembiralah kamu wahai Ka'ab bin Malik! Bergembiralah kamu wahai Ka'ab bin Malik!' Dia lalu bersujud tanda syukur, taubatnya telah diterima. Rupanya Rasulullah telah memberitahu para sahabat baginda bahawa Allah telah menerima taubatnya, maka ramailah para sahabat yang menuju ke rumahnya untuk menyampaikan berita itu dan mengucap tahniah. Betapa gembiranya Ka'ab dengan berita itu sehingga dia melondehkan pakaian yang dipakainya untuk diberikan kepada pembawa berita yang mula-mula sampai memberitahu berita pengampunan itu. Sedangkan itulah sahaja pakaian yang dimilikinya pada saat itu.

Ka'ab lalu pergi mengadap Rasulullah. "Bergembiralah kamu atas hari ini! Inilah hari yang paling baik bagimu sejak kamu dilahirkan oleh ibumu!" kata Rasulullah kepada Ka'ab. Apakah ini daripadamu ya Rasulullah atau dari Allah?" Rasulullah menjawab dengan wajah yang ceria dan gembira, "Ini adalah dari Allah." Maka semua sahabat mengucapkan tahniah serta memeluk Ka'ab yang menangis kegembiraan. Diceritakan juga beliau telah menginfaqkan sebahagian besar hartanya, kerana sebab hartanya itu lah beliau telah menerima ujian yang amat besar.

وَعَلَى الثَّلَاثَةِ الَّذِينَ خُلِّفُوا حَتَّىٰ إِذَا ضَاقَتْ عَلَيْهِمُ الْأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ وَضَاقَتْ عَلَيْهِمْ أَنفُسُهُمْ وَظَنُّوا أَن لَّا مَلْجَأَ مِنَ اللَّـهِ إِلَّا إِلَيْهِ ثُمَّ تَابَ عَلَيْهِمْ لِيَتُوبُوا ۚ إِنَّ اللَّـهَ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
  
"Dan (Allah menerima pula taubat) tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka) hingga apabila bumi yang luas ini (terasa) sempit kepada mereka (kerana mereka dipulaukan), dan hati mereka pula menjadi sempit (kerana menanggung dukacita), serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari dari (kemurkaan) Allah melainkan (kembali bertaubat) kepadanya; kemudian Allah (memberi taufiq serta) menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani." 
(At-Taubah: 118)

:: Agak-agak kita boleh ke infaqkan kereta baru kita yang kerananya kita menghabiskan masa sampai kadang2 lalai ke surau, asyik dok menggilap kereta... (nasib baik saya takde kereta baru) 
:: Pernah tak kita mencipta alasan semata-mata untuk meloloskan diri? Di dunia mungkin terlepas, di hadapan Allah? fikirlah sendiri...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails