Kerana dirimu amat berharga

Showing posts with label Peribahasa. Show all posts
Showing posts with label Peribahasa. Show all posts

Wednesday, March 2, 2011

Telur Sebiji Riuh Sekampung

Ibarat ibu ayam, telur sebiji riuh sekampung. Maksudnya lebih kurang; orang yang buat kerja sedikit, atau mendapat hasil yang sedikit, tetapi itulah yang dihebohkan dan dibanggakan. Saya bukan nak cerita pasal sesiapa, tapi memang pasal ayam, hehehe.

Ayam memang bising kalau nak bertelur. Bila dah lepas bertelur pun, dok bising jugak lagi. Kagum kot dengan kebolehan dia mengeluarkan telur.

Saya dok perasan dah yang ayam betina saya yang aiman panggil Lily tu bunyi dia lain macam dua tiga menjak ni, dah matured la bunyinya, macam mak-mak ayam gitu. No more chicky sound like 'cheap cheap'.

Walaupun begitu, dia masih lagi tak bertelur. Awalnya ingat si ayam jantan yang aiman panggil Bobby tu tak berjaya dalam 'misi'nya, sebab ada juga orang kata yang ayam serama ni, ada jantan yang susah nak naik atas si betina kalau ekor betina tu terlalu lentik ke atas. Tapi Lily tu bukannya standard masuk contest pun, biasa-biasa aje tak lentik mana pun. Anyway, saya berjaya skodeng beberapa kali dan ternyata projek mereka berjalan lancar.

Tunggu punya tunggu tak bertelur jugak. Sarang dah lama saya letak (bubuh pasu kecik dengan kain buruk je). So minggu lepas kot saya letak sebiji bola golf dalam sarang tu. Depa kata it is like telling the hen, 'This is where you should lay your eggs.'  Ye la, dua-dua ekor ni tak ada the elders yang nak tunjuk ajar diorang, maka tuannya kena la kreatif sikit. Petang kelmarin balik kerja jenguk la anak-anak buah tu...

Kecik kenot je tulur dia, smaller than the golf ball.
Kali ini peribahasa berbunyi, 'Ayam yang bertelur, Tuan ayam yang riuh.'


: : hopefully Lily reti la mengeram sendiri la nanti, takde idea pulak cemana nak bagitau "this is how you incubate (betul ke perkataan ni?) your eggs".
: : berapa biji lagi nak keluar agak-agaknya...

Saturday, February 19, 2011

Dari Mata Turun Ke Hati

Sepasang suami-isteri bergolek-golek atas katil sambil bersembang.

'Kesian Aiman kan, kalau selsema je telinga pun sakit jugak.'

Sembang-sembang kosong berterusan membincangkan topic saluran ENT dan kaitan jangkitan melibatkan hidung, tekak, mata dan telinga....

"Hmmm. Scientifically, peribahasa 'dari mata turun ke hati' tu tak boleh diterima lah kan. Sebab bila kita titik ubat kat mata, tekak kita yang terasa kelat. Dari mata turun ke tekak," kata suami.

"Eh, boleh jugak. Bahan kimia dari ubat mata tu turun ke tekak, masuk ke perut, diserap masuk dalam darah then masuk jugak ke hati," balas isteri.

Betul la tu. So the peribahasa is scientifically proven.

Laksa cuti maulud haritu, kot-kot ada orang nak tengok. Yang ini confirm masuk ke tekak turun ke perut.


:: Aiman is in recovery period. Demam dah takde, batuk selsema sikit-sikit lagi.

Monday, February 14, 2011

Timun Bengkok?

Dalam kecanggihan teknologi maklumat sekarang, segala info hanya di hujung jari. Tanyalah apa jua pada Mr Google, ada saja jawapannya. Pernahkan anda google diri sendiri? Cuba try test tengok apa hasilnya.

Budak-budak seawal sekolah rendah sudah pandai menggunakan internet untuk mencari maklumat menyiapkan kerjarumah. Kes plagiarism juga meningkat di kalangan pelajar universiti dalam menyiapkan assignment akibat daripada mudahnya mendapat maklumat di internet.

Sesekali saya suka juga tengok apakah keywords yang membawa pengguna ke blog saya yang tak glamer ni. Yang tak pernah terkeluar dari carta ialah 'terlajak perahu boleh diundur'. Mungkin budak-budak sekolah nak buat karangan pasal peribahasa, tapi artikel tersebut tak berguna pun. Sorilah yer adik-adik. Yang mencari maksud hadis pun ada, membuatkan saya perlu sentiasa berhati-hati menulis tazkirah agar maklumatnya betul, kerana saya bukan ostaz.

Yang mencari 'blog abu aiman' tu, saya rasa ada diantaranya pelajar kelas saya. Ada satu hari tu, tetiba kedengaran suara berkata, 'Sir, I read your blog!' 'What blog?' 'Blog abu aiman.' Haha, you've found me. Habislah lepas ni aku dah tak boleh nak tulis merapu. Kalau nak baca silakan, follow pun takpa. Yang baik ambil pengajaran, yang merapu untuk rehat-rehatkan minda. Lebih baik baca nota.

Yang hairan, sentiasa ada orang yang mencari maklumat mengenai minyak pengasih. Memang kalau digoogle, boleh tahan banyak juga yang dok mengiklankan perkhidmatan jualan minyak pengasih ni. Harap-harap kalau yang ada niat mencari minyak pengasih tu, bila tersinggah di sini tak jadi lah nak teruskan niat. Bawaklah bertaubat.

Tapi kali ni yang membuatkan saya tergelak ialah keyword 'umpama timun yang bengkok'. Saya pernah cerita menggunakan perumpamaan 'umpama timun dengan durian'. Tapi takde pulak cerita pasal 'timun yang bengkok'. Ada ke peribahasa 'Umpama Timun Yang Bengkok'?

Friday, July 23, 2010

Umpama timun dengan durian

Kalau dulu saya isi minyak kereta RM30, meter naik lebih sikit dari setengah tangki. Sekarang, harga yang sama meter tak mencecah setengah tangki pun. Itu baru naik lima duit, kalau naik lima kupang tak tau nak habaq la.


Semalam saya naik motosikal ke tempat kerja. Meter minyak dah bawah pada tanda E, tetapi saya jalan juga sebab ada kelas pukul 8 pagi, hajatnya dalam perjalanan balik petang nanti baru nak isi minyak, sambil berdoa janganlah habis minyak di tengah jalan. Alhamdulillah...


Petang menjelma, langit mulai mendung. Jelas dari tingkap bilik saya awan hitam sedang membuat gathering. Telefon berbunyi, "Abang bila nak balik, langit dah gelap tu!" risau seorang isteri setiap kali kalau saya naik motor ke tempat kerja.



Saya mencapai jaket dan berkemas untuk pulang segera. Sampai ke bawah, hujan mulai turun. Dalam perjalanan, hujan lebat seketika. Helmet saya tidak berpenutup muka, terasa pedih pipi ditimpa titisan hujan, mujur tak besar mana. Agaknya kalau pakai mascara tentu dah jadi rupa pontianak dok menangis, hehe. Menghampiri stesen petronas BIM, hujan mulai seriat, maka singgah juga mengisi minyak. RM5, dapatlah tiga suku penuh tangki motor peninggalan arwah abah ini.  Sampai di rumah saya bertanya, "Ada lompang-lompang tak pipi abang?"



Motorsikal peninggalan arwah abah, walaupun hampir mencecah usia sedekad, masih tidak terjejas. Memang abah seorang yang cermat.




Pagi Jumaat ini, saya naik motor juga. Setiap kali naik motor, tidak dapat tidak saya akan teringat pada arwah abah. Dan setiap kali melalui jalan Kuantan bypass, dengan lori dan kereta yang laju-laju belaka. mat rempit pun ada, sering membuatkan saya mengucap.


Kalau kita tengok cerita kartun Tom & Jerry, ketika Tom terlalu lapar, bila terpandang Jerry atau Tweety dia akan terbayang ayam panggang yang sedang bergerak-gerak. Hari ini, di atas jalan sambil membawa motor, saya terbayang  lori-lori tersebut bagaikan buah durian, manakala saya dan motosikal lain umpama timun yang sedang bergerak di atas jalan. Kadang-kadang rasa ngeri!


Itulah antara pengalaman seorang penunggang motosikal yang ada rasa insaf, hehe. Bukan apa, saya takjub pada mereka yang bawa motor kapcai tapi boleh memecut laju bagai nak terbang. Tak terfikirkah mereka, kalau ter'cuit' atau ter'singgul' sikit saja, si penunggang boleh jadi superman paling koman dua tiga ratus meter jarak 'penerbangan'nya. Na'uzubillah! Saya bawak 60kmh pun rasa dah laju, pernah mencecah 80kmh, rasa gayat. Alhamdulillah saya semakin cekap, tidak lagi teragak-agak nak me'lipat' ketika mengambil selekoh atau melalui round-about. Doakan saya sentiasa selamat...



Kadang-kadang kita terlihat, ada ibupada yang membawa 2-3 anak menaiki sebuah motosikal; sampai 3-4 orang di atas sebuah motor yang kecil. Ada yang menggendong bayi, kepalanya terkulai seperti jelly. Mungkin ada tanggapan sinis, kenapa mereka sanggup memperjudikan nyawa anak-anak begitu. Tetapi saya rasa, itulah sahaja kenderaan yang mereka ada, yang mereka mampu; sebuah motosikal. Masakan seorang ayah sanggup berhujan atau berpanas membawa bayinya atau isterinya yang mengandung dengan bermotosikal sahaja sekiranya dia mempunyai sebuah kereta biarpun seekor 'kancil'! Hmm... mungkin yang bertaik hidung masin-pahit la kot, mahu berjimat kerana harga minyak petrol yang baru diselaraskan ini. Aga-agak boleh tak diadakan kempen 'Satu Keluarga Sebuah Kereta'.


Kita patut bersyukur kerana kita masih mampu meneruskan kehidupan dengan rasa selesa walaupun harga barang dinaikkan. Tak mahu berkereta, naik motor. Yang ada basikal racing atau mountain bike yang berharga ribuan ringgit tu, boleh kayuh basikal pula. Kita masih punya pilihan. Namun kita perlu sedar dan berasa insaf kerana masih ramai di kalangan kita yang kais pagi makan pagi, kais petang belum tentu dapat makan. Ada yang nak mengisi minyak motor pun bertagak-tagak, bertolo-tolo.


Dalam keadaan demikian, kita masih boleh membina mahligai yang khabarnya bernilai RM400 juta, yang kemudiannya menjadi RM811 juta, seterusnya naik lagi kepada RM1.1bilion. Harapnya ia tidaklah begitu. Saya rasa sedih juga bila memikirkan bahawa hanya segelintir sahaja daripada kita yang bakal mendapat manfaat dan bakal menggunakannya, sedangkan mereka tidaklah terlalu memerlukannya, walhal sepatutnya hasil tersebut digunakan untuk kemaslahatan rakyat yang lebih memerlukan dan dikembalikan manfaatnya kepada umat. Itu belum dilihat projek-projek 'mega' yang lain. Bukan tak boleh buat, tapi berpada-pada lah.



Sekali lagi kita menjadi timun, bak kata pepatah, umpama timun dengan durian, digelek luka, menggelek pun luka.





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails