Kerja pentadbiran terpaksa diberi perhatian terlebih dahulu apabila di pejabat, walaupun saya ada kelas yang perlu diteliti juga kandungannya. Semester ini saya pegang dua subjek jabatan, beserta satu subjek tambahan; parenting. Ditambah pula dengan empat topik jemputan di kulliyyah pergigian. Sungguh, mengajar di dalam kelas banyak membantu mengurangkan stress kerja kerja pentadbiran. Enjoy ketika menyampaikan kuliah (ngepek jer lebih).
Sedangkan pokok di atas batu pun boleh membesar. |
Antara yang tidak dinyatakan dalam skop kerja atau diajar dalam training ialah menghadapi pelajar menangis. Sepanjang menjadi HoD, telah beberapa kali pelajar datang dan menangis ketika bercerita masalah mereka. Dan ia berlaku lagi minggu lalu. Setakat mendengar dan mententeramkan itu boleh lah. Kotak tisu memang ada di atas meja.
Sentap. Itu juga tidak pernah saya minat untuk terlibat sama. Namun bila berorganisasi, perkara itu terpaksa juga kita hadapi. Kadang-kadang letih juga memikirkan pelbagai karenah manusia. Namun jika kita mampu menerima bahawa manusia itu diciptakan dengan sifat-sifat yang tersendiri, ia menjadi satu ujian dan cabaran buat kita hadapi.
Jika kita bekerja agar dilihat atau dipuji oleh manusia, apakala kerja kita dipersoal atau dikomen pasti kita sentap, kerana niat awalnya agar manusia 'pandang' pada kerja kita. Namun kalau kita bekerja untuk Allah, ketika kerja kita dikomen atau dikritik oleh manusia lain, kita tidak berasa sentap kerana kita hanya mengharap pada penilaian Allah. Dan andainya kerja kita itu diniat untuk Allah, maka sudah pasti kita akan usaha untuk memenuhi piawai yang sepatutnya.
Kerja kita juga ibadah. Semoga Allah sentiasa menghadirkan rasa ikhlas dalam bekerja pada hati kita. Bukan untuk manusia, tetapi untuk mencari redha-Nya.
masih belajar bekerja ikhlas sebagai ibadah kepada Allah, insyaallah rezeki disediakan dgn pelbagai cara...
ReplyDeleteBapak, sama-sama kita usaha insyaAllah :)
ReplyDeletesetuju azdie.... sebab tu aku apa jua pencapaian dlm diri aku ni.... selalu bagi reward kat diri sendiri je.....sbb bila mengharap dari org lain dan ianya tak kesampaian akan kecewa....
ReplyDeleteayat sentap ini aku pernah guna awal thn ini dan ianya berkait juga dgn apa yg hang diskusikan di sini....terima kasih teman atas ingatan ini...
Sungguh intan, jgn harap pada manusia, sebab Maha Pemberi itu Allah...
Deletesedangkan pokok di atas batu pun boleh membesar...
ReplyDeleteinikan pulak Abang yang duduk bertenggek atas akar pokok.
Ehehehe.Camtu ke sambungannya?
btw, mcm tu la kan... kena selalu betulkan niat, supaya x end up dengan 'dpt penat jer'.
Inikan kita yang telan segala maknenek... Hehehe... Ahsanti! Mulakan dengan niat yang betul.
Delete