Raya haji baru lepas, mesti ramai yang masih simpan stok daging korban kat rumah. Beraya di rumah mentua, surau qaryah situ buat korban pada hari raya pertama. Malam tu kami makan sup tulang dan 'rojok khrateh' (east coast's delicacies made of all the urat2 and ligaments from foot). Teloq lembu pun pak mentua saya bawa balik, mungkin ada rahsia untuk anak jantannya yang baru kahwin kot, kekeke. Lebih 20 ekor lembu tumbang pada hari itu, alhamdulillah.
Di Sydney takde jual sup bunjut... |
Masa di Sydney dulu, daging korban ambil kat butcher saja. Kita tak boleh sembelih sesuka hati, jadi wakilkan pada muslim butcher, lembu/kambing disembelih kat rumah sembelihan, kemudian kita cuma ambil daging yang dah siap lepas tu edarkan. Nak meriah pun time makan-makan dengan kawan-kawan.
Jadi kena buat bunjut sendiri :-) |
Sudah Dua Tahun
Abah at 20 years old. |
Setiap kali tiba raya haji juga mengingatkan saya pada penghujung masa saya bersama abah.
Abah antara orang masjid yang selalunya sama-sama menguruskan lembu-lembu korban. Abah pergi dua minggu sebelum raya haji 1430H. Aidil Adha 1430H adalah hari raya pertama kami tanpa abah. Mengikut tahun Masihi, esok genap dua tahun kembalinya abah ke rahmatullah.
Walaupun tiada lagi dahi abah untuk dikucup, badan abah untuk dipeluk melepas rindu, tangan abah untuk dicium memohon ampun di hari raya, namun dia kekal dalam ingatan. Hari ini saya pergi solat Jumaat pakai jubah abah, cincin abah, dan hati saya masih tetap rindu pada abah. Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment