Kerana dirimu amat berharga

Sunday, June 19, 2011

Bukit Chandan II

Kita sambung lagi jalan-jalan di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Sesekali dalam perjalanan balik ke Taiping pasti saya singgah di KK, dan mesti make one round ke Bukit Chandan. Pekan KK, kedai-kedai makan, bangunan sekitar sangat menggamit memori. Sebak seketika, terbayang dok makan laksa kuala dan cendol dengan mama dan arwah abah. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat mengaji. Tiga tahun saya bermukim di Kuala Kangsar.

Tamat darjah enam, saya dapat tawaran ke sekolah menengah sains Teluk Intan, selain daripada sekolah menengah st. george Taiping. Tapi saya nekad membuat keputusan untuk bersekolah di sini...

Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan
Bangunan yang di bahagian kanan sekali dipanggil Rumah Bulat, saya rasa ianya octagon, terletak di bahagian depan sekali. Ia merupakan tempat pertemuan antara pelawat dan pelajar. Kawan-kawan dah tahu kalau parents saya datang bila nampak kereta Datsun 180K kaler kuning datang. Taiping-KK dekat saja, jadi selalu la jugak parents saya datang melawat.

Bangunan panjang tu pula, antara bangunan asal dan lama, bahagian bawahnya terdapat qa'ah 'ammah (dewan besar), dan juga kelas. Sebelah atas, idarah (opis), bilik guru, bilik mesyuarat dan lain-lain pejabat. Yang paling belakang dan tinggi sekali, ada 5 tingkat, merupakan asrama pelajar lelaki. Masa saya masuk tingkatan satu, seingat saya kami adalah batch ke-2 atau ke-3 yang duduk di situ. Sebelum itu asrama pelajar dikenali sebagai Baitul Aman, sebuah istana lama tinggalan sultan perak juga. Berhantu katanya! Asrama perempuan nampak bumbung saja di belakang tu.

Bangunan yang ada tulis arab tu baru, masa saya dulu tak ada lagi bangunan ni. Kelihatan juga tingkap bekas bilik saya yang juga bilik pengawas, tingkat atas sekali bilik hujung sebelah kiri blok asrama tu.
Sekolah kami tak ada padang, jadi kena main di luar sekolah, padang kampung. Padang dalam gambar ni betul2 di tepi sungai perak, bersebelahan dengan istana iskandariah.

Memang banyak kenangan sepanjang 3 tahun di sini, panjang kalau nak cerita semua. Kalau masa di SBP makannya mewah, di sini kami jarang dapat makan ayam. Biasanya ikan jacket dan ikan-ikan yang sewaktu dengannya. Sesekali daging. Satu bilik besar berkongsi 12 orang. Memang meriah. Paling seronok masa bulan puasa, makan pun sedap sikit bila ramai yang menderma. Segalanya menjadi kenangan, dan tarbiyah serta pendidikan asas yang saya perolehi ketika berada di sini masih berbekas sehingga ke hari ini.

Betul-betul berhadapan dengan sekolah saya ialah Masjid Ubudiah, yang merupakan antara masjid yang terindah di Asia Tenggara. Tunggu next entry, Aiman dah memanggil ajak naik ke bilik...

10 comments:

  1. kawan saya pun sekolah idrisiah

    ReplyDelete
  2. Perak, indahnya oh negeriku...

    ReplyDelete
  3. Imanshah, saya di situ dari '92-'94. Salam buat kawan tu =)

    Kak Tirana, perak mmg indah :)

    ReplyDelete
  4. Lah budak idrisiah ke...

    ReplyDelete
  5. cik/puan/tuan anonymous,
    yer, ngaper...

    ReplyDelete
  6. Dr Azdi,saya orang Kuala Kangsar. bangunan ada tulisan arab tu baru lagi. kalau tak silap saya dpt peruntukan daripada sultan Brunei

    ReplyDelete
  7. azd..betul ker mknn sek asrama biasa ngan SBP berbeza...[mcm susah nak makan ayam kat asrama biasa?] Sedih pulak membacanyer..x sangka.

    ReplyDelete
  8. Nadirah, masa saya mengaji situ dulu sultan brunei pernah buat lawatan. mmg selalu dapat sumbangan dari brunei.

    anon, depends la jenis sekolah dan bantuan dari mana. Mungkin sekarang dah lebih mewah kot. tapi dulu sbp mmg lebih mewah makan.

    ReplyDelete
  9. rsenye sme je kot , tp taon depan nk sabk da ..

    ReplyDelete
  10. pic MADID ni yg lame..skrang idrisiah da ade 3 court bola tampar n takraw..antara bngunan induk n rumah bulat.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails