Kerana dirimu amat berharga

Thursday, June 16, 2011

Antique dan Chantique

Wah, lama sungguh blop ini tak ber-update. Sibuk, busy, banyak kerja, tak ada masa dan alasan-alasan yang sewaktu dengannya, terpakai. 

Saya sememangnya suka kepada sesuatu yang lama, berciri antik. Jam antik, kereta antik, motor antik, bini antik. Dan benda antique itu mestilah chantique di mata saya.

Baru-baru ni saja singgah melihat sebuah rumah lama yang telah diubahsuai cantik.

Kalau dapat duduk rumah macam ni best jugak. Agak-agak berapa dia nak jual?

Aiman pun excited masa inspection tu. Berlari-lari dalam rumah ni. Tapi yang paling best...

"Best nya babah rumah ni, ada swimming pool and fountain! Aiman nak!"

Akan tetapi lain pulak dengan mama aiman, si city gurl sorang tu...

"Eee apa ni. Taknak lah duduk kat rumah lama macam ni, Horror lah!"
"Apa pulak horror, cantik apa!"
Nasib baik rumah ni bukan untuk dijual. Sekarang dah jadi Galeri Sultan Azlan Shah. Sebelum ni ia merupakan sebuah sekolah, Sekolah Raja Perempuan Mazuin kalau saya tak silap. Asalnya salah sebuah istana juga.  Terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.

Sekolah saya tak jauh dari rumah ini, dalam sepelaung dua aje jaraknya. Next entry saya citer sekolah saya pulak, kalau saya tak sibuk, tak busy, tak banyak kerja, ada masa dan takde alasan-alasan yang sewaktu dengannya.

6 comments:

  1. Yang antik itu cantik dan mahal..hhehehe

    ReplyDelete
  2. lama tak tgk Aiman! baby baru n elyn pekabo? :D

    ReplyDelete
  3. kak tirana, memang betul. tu yang takat boleh minat tengok saja, nak memiliki tak mampu hehehe.

    gB, depa semua OK alhamdulillah... :)

    ReplyDelete
  4. Abu Aiman,

    galeri sultan azlan shah dulu istana ulu, tempat bersemayam Sultan Idris I.

    Sekolah Raja Perempuan Mazuin pula kediaman rasmi Residen Inggeris Perak...

    ReplyDelete
  5. Bapak, terima kasih atas tambahan info itu. Saya mmg tak sempat nak baca betul2, dok kejar aiman :)

    ReplyDelete
  6. takpe, elyn skrg menuju ke arah bini antique!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails