Kerana dirimu amat berharga

Saturday, June 4, 2011

Musim Cuti = Musim Orang Kahwin

Musim cuti sekolah di Malaysia ni amat sinonim dengan musim orang kahwin. Hari ni ada juga jemputan kahwin rakan sekerja di KB. Memang berangan nak pegi, tapi baby pulak demam. Minggu ni dia baru mula masuk nursery, dah terus first time demam.

Lebih kurang dua minggu lepas kami ke Putrajaya menghadiri jemputan kahwin adik kepada seorang sahabat, sambil jumpa-jumpa kawan-kawan masa di Sydney dulu. Majlis kenduri dibuat di Kelab Tasik Putrajaya.

Rombongan pengantin lelaki tiba diiringi kereta mini (ada satu myvi sesat kat belakang sekali, ekeke)
Aiman meninjau kawasan, mujur tak ada orang mandi tengah-tengah hari buta tu, kalau tidak mesti nak terjun sekali tu.

Musim cuti sekolah juga akan kelihatan bandar Kuantan dibanjiri pelancong tempatan, banyak kereta-kereta luar kelihatan. Seronok cikgu-cikgu juga dapat bercuti kan.

Cerita pasal cuti, saya heran juga kenapa cuti saya tak banyak. Seingat saya dulu-dulu bila masuk Januari cuti jadi 30 hari balik, tapi bila semua nak di'online'kan (canggih la sangat kan...) cuti jadi berapa belas hari je. Dah nak kena berjimat cermat, tak boleh nak cuti panjang-panjang, simpan untuk raya, pastu ada dua kenduri kahwin sedara-mara, pastu kot-kot ada emergency ke lagi...




Wednesday, May 25, 2011

Bukanlah Kali Pertama

Hari ini sampai di kawasan letak kereta opis sekitar 9.15 pagi. Nampak dah banyak kereta, big boss pun dah sampai. Di bangunan baru ni, bilik big boss dekat ground floor, mengadap kawasan parking. With very wide glass windows and glass wall, rasanya memang dia boleh nampak sapa yang datang lambat, sapa yang balik awal. Ngee....

Maka dengan controlnya saya pun parking kereta. Elok saja tutup pintu dan tekan remote kunci kereta, seluk-seluk poket, tak ada. "Ceh tertinggal kunci lagi!" Ini bukanlah kali pertama, walaupan jarang-jarang berlaku. Terpaksalah balik rumah jugak ambil kunci. Maklumlah, kunci bilik baru, belum sangkut sekali dengan kunci-kunci yang lain. Mujur dalam 6km je jarak rumah ke tempat kerja.

Sebelum itu. 

Selepas hantar Aiman ke sekolah dia di hujung kawasan tempat kerja saya ni, dalam perjalanan ke opis, terserempak dengan sekor biawak yang agak besarrr. Slow je dia nak lintas, kereta dah dekat masih dok situ. Kemudian dia patah balik ke tepi jalan, tapi tak lari jauh. Dah tua barangkali.

Hati-hati, kawasan biawak melintas.

Biasa la biawak, mana-mana ceruk pun ada. Tapi, 2-3 bulan dulu, saya terserempak dengan sekor babi hutan, nak melintas jalan, tak jauh dari sekolah aiman, maknanya dalam kawasan tempat kerja saya juga. Good that sekolah aiman dan nursery baby tu berpagar. Tak sempat nak bawak keluar handphone snap gambar, sebab terkejut jumpa babi hutan besar kat tempat kerja, kekeke.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails