Kerana dirimu amat berharga

Friday, January 28, 2011

Beranak kat mana?

Di hujung-hujung trimester ke-3 ummu aiman ni, antara soalan lazim yang diterima ialah 'nak bersalin di mana nanti?'. Nanti ada tambahan soalan, 'berpantang kat mana nanti?' Pastu nanti mesti ada la yang nak tambah, 'bila nak tambah sorang lagi?' Kalau tanya abu aiman 'bila nak tambah sorang lagi' jawapannya 'la ni pun boleh', tengok la nak tambah apa hehe... Berbalik pada soalan pertama, keputusan sebulat suara telah diambil untuk bersalin di Kuantan.

Godak-godak kotak kat opis ni, terjumpa scroll surat beranak 'optional' si Aiman. Walaupun digulung dan disimpan dalam kotak scroll bertutup, tapi dah mula nampak kesan dimakan hari, ada tompok-tompok dah. Maka saya letakkan dalam frame dan seal terus dengan masking tape.

Birth Cert Aiman... macam dalam zoo.
Di Sydney dulu, selain daripada surat beranak formal, ibubapa diberi pilihan untuk mendapat surat beranak optional seperti gambar birth cert aiman tu. Ada beberapa pilihan background yang diberi. Sebab bapaknya si Aiman  tu suka pada flora dan fauna, maka tema surat beranak Aiman ialah Australian Fauna.

Bagi bayi yang lahir di luar negara, surat beranak dikeluarkan oleh negara tersebut. Kemudian kena ke pejabat kedutaan untuk daftar kelahiran, kemudian baru dapat Borang W yang dikeluarkan oleh kedutaan Malaysia di negara tersebut. Borang W ni kira macam surat beranak dia lah. Lepas tu baru boleh buat passport bagai, kalau tidak tak boleh pulak nak bawa balik budak tu ke Malaysia.

Saya tergelak pertama kali tengok 'surat beranak' a.k.a borang W ummu aiman dulu, 'awat besaq sangat?' tanya saya. Surat beranak saya kecik kiut aje, Taiping mali kan. Rupanya Aiman pun dapat borang W jugak.

Ummu aiman orang belgium, aiman orang ostolia, saya geng dengan baby lah nanti, orang Malaysia!

Thursday, January 27, 2011

Bersederhana dengan Coklat

Semalam the whole day tak ada di ofis. Pagi ini masuk bilik, baru je letak punggung, dah ada orang ketuk pintu nak jumpa. Tau aje aku dah sampai. Nasib baik baru letak punggung, kalau baru keluar sesuatu dr punggung, tak sempat aku nak spray glade ni. 

Semalam ke Putrajaya lagi, mitim di KKM. Kali ini naik flight. Keluar rumah subuh-subuh sapi'ae sebab flight Kuantan-KL pukul 6.50am. Sampai di KLIA, my bos  showed me the way to ERL KLIA transit (dia meeting kat tempat lain). Maklumlah, saya tak berapa reti naik domestic flight dan guna public transport ni, orang kampung. Biasa naik international flight jer ;-p.  Pastu dari Putrajaya Central ke KKM naik teksi pulak.

Arrived earlier than the time the meeting supposed to start, saya pergi ke Anjung, sebab tengok ramai orang menuju ke situ. Betul! Ada cafe. So I went in and bought an egg sandwich with plain water just to 'alas perut', sebab dok agak nanti meeting mesti ada makan lagi. Surprisingly, people around me were taking big, huge breakfast, most of them. Bukan saya saja yang perasan rupanya, masa meeting tu ada kawan cerita makcik di depannya makan 5 keping roti canai in one go - unbelievable. Then he also saw a lady yang makan mee goreng, then tambah sepinggan lagi nasi goreng kot. These are the people working in the Health Ministry. And ironically, I was there for a meeting related to Malaysian Dietary Guidelines...

The meeting was adjourned after lunch. So I went to KLIA using the same method, melepak sementara menunggu flight KL-Kuantan at 6.05pm. Belikan buku Disney Playhouse untuk Aiman, dan dia buat semua aktiviti dalam buku tu malam tu jugak. Kesian dia, 'kenapa babah naik aeroplane tinggal kita, tak bawak Aiman?' dia tanya ummu aiman pagi tadi. Nak oi, kalaulah tiket kapalterbang tu RM20 jer, nescaya babah dah hangkut sekali.

I also bought a bar of Cadbury chocolate with almond for ummu aiman, but I am quite sure I am the one who will have to finish it. Takpe lah, saya memang suka makan cekelat pun. Then I saw this Ritter Sport  chocolate - mini version. Dah terbaca 'promosi' cekelet ni kat sini dulu, tergoda dan terbeli lagi...

The verdict - superb! So now the Germans are also good in chocolate, not just Mercedes, BMW, VW...
Coklat merupakan makanan yang tinggi tenaga. Makan berlebihan menymbang kepada peningkatan berat badan. Namun demikian, coklat juga mempunyai manfaat yang dikaitkan dengan rangsangan aktiviti otak, peredaran darah dan lain-lain terutamanya dark chocolate.

Oleh itu, makanlah coklat, dan juga makanan lain, secara sederhana. Jangan berlebihan!


:: The Malaysian Dietary Guidelines is available for download here.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails