Kerana dirimu amat berharga

Tuesday, December 30, 2008

The Entrance & memancing


IMG_2520
Originally uploaded by wazdie
Pada hari Ahad yang lepas, kami berkonvoi 6 buah kereta ke The Entrance. Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam dari Sydney. Ia merupakan sebuah pekan kecil yang menjadi tempat kunjungan pelancong sama ada untuk lari dari kesibukan kota bersama keluarga, bermandi-manda di pantai, berkelah, serta menjadi tempat kaki pancing melepaskan gian mereka.

Kawan-kawan saya sekarang ramai yang dah terkena demam memancing. Pantang ada masa terluang, pasti mereka memancing. Keterujaan untuk memancing jelas tergambar apabila masing-asing membeli batang pancing serta kelengkapan lain dan juga mengambil lesen untuk memancing memandangkan ianya kegiatan yang dikawal di NSW, Australia.

Saya juga ditanya, "tak mahu 'join' sekali ke?". Buat masa ini, tidak. Tak tahu kenapa, tapi bagi saya memancing bukanlah antara aktiviti yang saya ingin cuba.

Kalau di zaman dahulu, memancing merupakan suatu aktiviti yang penting, di mana ikan yang dipancing akan menjadi makanan ahli keluarga. Bagi keluarga yang kais pagi makan pagi, tiada hasil tangkapan bermakna mungkin akan makan nasi berlaukkan garam sahaja. Orang zaman dahulu perlu kreatif untuk mencari makanan menyara keluarga.

Di zaman ini, memancing lebih merupakan hobi. Kepuasan ketika mendapat habuan menyebabkan kaki pancing seolah-olah ketagih untuk memancing lagi. Bermula dengan set memancing yang murah dan pendek, di'upgrade' kepada yang lebih mahal dan panjang. Yang lebih berkemampuan pula, lengkap dengan bot laut dalam serta 'sensor' untuk mengesan lokasi yang banyak ikan. Kalau hendak dikira, ikan di pasar pelbagai jenis boleh dibeli. Kecil besar, murah dan mahal semua ada.

Di NSW ini, terdapat undang-undang yang membatasi kegiatan memancing. Umpamanya, ikan yang ditangkap mesti dilepaskan semula jika tidak mencapai saiz yang dibenarkan. Ada juga ikan yang dilindungi yang tidak boleh dibawa pulang, mesti dilepaskan. Ini antara sebab mengapa saya agak 'kurang' dengan aktiviti ini. Ikan yang ditangkap kerana 'hobi', sumbing mulutnya, kalau dijadikan makanan alhamdulillah, rezeki. Kalau tidak mencapai saiz yang dibenarkan, terpaksa dilepaskan semula dalam keadaan 'sumbing', mungkin sepanjang hayat.

Barangkali saya silap, mungkin teknologi mata kail terkini tidak 'mencacatkan' langsung ikan-ikan ini, itu saya kurang periksa. Melihat ikan-ikan kecil saya yang di dalam akuarium, beserta dengan anak-anaknya yang sedang membesar, hati saya mungkin tak akan terbuka untuk cuba memancing. Tapi siapa tahu, suatu hari nanti saya akan memegang juga batang pancing.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails