Kerana dirimu amat berharga

Sunday, April 17, 2011

Ke Mana Saya

Minggu lepas masa agak padat. Tiga hari berbengkel di Putrajaya. Kali pertama masuk ke Putrajaya International Convention Centre, PICC. Memang besar, tapi macam underutilized. Jadi sesiapa yang ada banyak duit nak buat kenduri kahwin anak ke, sendiri punya ke, memang sesuai lah tempat ni. 


Di sini lah saya berbengkel selama 3 hari.
Hari pertama hampir semua meja penuh. Hari-hari seterusnya kelihatan beberapa kumpulan yang ahlinya semakin pupus.The lunches served were superb, tea break was so-so lah. I have lost count how many servings of coffee (coffee flavoured milk) I had.
 
 
Saujana mata memandang: Pandangan ke hadapan, daripada main entrance PICC. Udara kita ni tak pernah nya nak betul2 clear.


Pada hari kedua, saya sendiri terpaksa menghilangkan diri dari workshop. Bukan pergi merayau, walaupun teringin jugak nak explore area Putrajaya ni. Sebaliknya, melunaskan komitmen yang telah saya berikan terlebih dahulu daripada bengkel tersebut. Saya menuju puncak.


Thank you for having me. Kalau tak memang tak tersampai lah ke puncak ni.
Saya keluar awal dari Putrajaya menuju ke Puncak Alam, sebab takut tersesat. Study lah google map patblas kali pun, bila dah on the road, akan jadi lain. Rasanya sebab saya tak jumpa Lebuhraya Baru Lembah Kelang, seperti yang tertulis kat dalam google map, walaupun sebenarnya saya dah nampak signboard NKVE (New Klang Valley Expressway). Otak tak compute barangkali. Selepas puas perpusing-pusing akhirnya sampai juga, alhamdulillah.


FSK 6: Bangunan yang saya tuju. Ada lebihkurang dari 20 tingkat.
Walaupun campus ini is like in the middle of nowhere, tetapi bangunan-bangunannya kelihatan moden dan space saving. Not too architectural like I am used to. Seusai urusan di sini, saya terus kembali menuju ke PICC.





Di mana saya tinggal?



Pernah dengar Puspanita Puri? Di situlah saya berehat selama dua malam. Ianya merupakan tempat latihan Puspanita, bilik pun tidaklah banyak kerana itu bukan tujuan utama tempat ini dibuat. Bila tiada program berjalan, maka bilik-bilik tersebut disewakan. Bilik yang selesa dan lengkap dengan kemudahan asas. Tapi makanan tidak disediakan. Jadi merayaplah saya ke Alamanda untuk makan malam, itu aje tempat makan yang saya tahu di sini.

Selesa dan menjimatkan.


Ke mana lagi saya singgah?


Ke Masjid Sultan Mizan. Waktu itu sudah petang amat, selepas bengkel hari kedua tamat. Hujan dan cuaca amat mendung, jadi gambar pun tak berapa cun, sementelah saya hanya bawa kamera point-and-shoot aje.



Kubah dari dalam ruang solat utama masjid.
Masjid ini memang besar, dengan kolam air di sekelilingnya yang silap-silap kalau tak perasan boleh terjatuh kedalamnya. The view around the mosque was excellent too.



On the way balik selepas tamat bengkel hari ke tiga, saya singgah pula ke Kementerian Pelajaran, bertemu dengan mak uda saya for some business. After that, off to meet my family in Gombak.

7 comments:

  1. Ko pegi Putrajaya bukan nak cakap kat aku pun...

    ReplyDelete
  2. laaa..kalo tau abg ada dkt2 sini, leh jumpa.
    dah lama giler x jumpa kan?

    ReplyDelete
  3. fairus, ujung bulan ni ada workshop lagi, janganlah merajuk, hehe...

    is, i thought u r in Shah Alam? masa on the way tu sesat barat jugak la termasuk ke shah alam.
    Takpa, next time pi pulak.

    ReplyDelete
  4. Saya penah sampai ke kampus puncak alam tu. Jauh jugak ke dalam nu.. Masa saya kecik2 Shah Alam tu semua kawasan kelapa sawit. Sekarang kalau balik Shah Alam saya pun bole sesat woo..

    ReplyDelete
  5. Dalam byk2 tempat yang pegi tu, rasanya Gombak la yang paling best dok? Hehe

    ReplyDelete
  6. kalau nak buat kawin mawin, agak2 berapa sewa PICC ek?

    ReplyDelete
  7. TK,tringat jugak dulu2 masa kakak dan abang saya kat ITM shah alam, cuma ada PKNS tu je. La ni mcm2 ada.

    mummy hanny, kuantan ttp di hati sbb takdak traffic jam.

    gB, saya agak2 belas2 ribu, takpun lebih. Duit takdak buat apa buleh la...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails