Kerana dirimu amat berharga

Friday, March 8, 2013

Dok Ngepek Mende

Dalam satu ceramah yang saya hadir, penceramah tersebut kata, ada tiga kumpulan manusia yang mana jika mereka ada di hadapannya, dia akan berasa tidak selesa untuk berceramah. 

Pertama, saudara-mara. Saya setuju dengan yang ini. Saya rasa ada antara kita yang susah bercakap perkara serius lagi ilmiah apatah lagi berceramah atau mengajar bila ada adik-beradik sedara-mara duduk di depan kita. Jangankan bagi kuliah, nak suruh bagi pendapat pun saya rasa susah. Tanya sepatah saya jawab sepatah. Bukan apa, orang tua makan garam dulu daripada kita kan, mana boleh macam lebih pandai. Kalau dengan student, benda sejam boleh meleret sampai dua jam.

Kedua, katanya, bila ada bekas guru-guru atau pensyarah di depan. Kebetulan hari tu memang ada ex-lecturer dia duduk di depan tu. Ini juga benar bagi saya. Saya akui, bila bos saya yang juga lecturer masa saya jadi student di UKM dulu ada dalam satu-satu meeting, saya terus jadi tak reti bercakap. Orang lain silakan dulu. Sekarang dah boleh la, itu pun bila sampai giliran atau diminta bercakap. My policy, speak only when needed. As much as possible, try not to speak if you don't have anything good to say. Saya rasa itu juga satu sunnah, kan?

Ketiga, kata penceramah itu lagi, apabila ada ex-girlfriend atau ex-boyfriend di depan. Saya tidak ada masalah ini. This is because I married my first love, haha ;)

Mem besar dok tunggu bila nak habis. Topik pasal  kawin petang tu, lambat la sikit habis ;)


3 comments:

  1. Very rapіdly this ωebsitе wіll
    be famous among аll blog рeοple, due to іt's pleasant articles

    Here is my web blog Daniel Chavez Moran

    ReplyDelete
  2. Setuju.Lama dah tak singgah. Apa kabar Doc

    ReplyDelete
    Replies
    1. PokLi, terima kasih singgah lagi. Hidup makin padat, nak update blog pun tak sempat. Harap Pok Li sihat2 hendaknya :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails