"Anak kembar saya sering bersaing antara satu sama lain. Tapi satu perkara yang mereka sama setuju, mereka tak suka makan sayur".
Macam tu lah lebih kurang bunyi dialog dalam iklan kat TV tu. Iklan horlicks. Apa yang merimaskan saya, ibu tersebut kelihatan ceria dan gembira walaupun anak kembarnya tak nak makan sayur, sebab bagi minum horlicks dah cukup. Saya tak nafikan ianya berkhasiat, tapi cara penyampaian maklumat tu agak misleading bagi saya. Ianya seolah-olah menidak-apakan keadaan tersebut, dan bergantung penuh pada 'produk' tersebut, i.e. 'takpalah hangpa takmo makan sayoq pun, asal hangpa minum benda ni perabih'.
Saya rasa, sepatutnya muka ibu tersebut kena tunjuk risau. Kena bagitau macam-macam cara dah dicuba, dan tetap akan terus mencuba nak bagi anak kembar dia makan sayur. Then baru masuk part dia terjumpa produk ittew. Dan kena tegaskan ia bukan sebagai pengganti kepada sayur, tapi sekadar makanan tambahan yang membekalkan fiber. Ataupun buat je mcm iklan minuman lain dan highlightkan ia mengandungi kandungan fiber yang tinggi, tak payah tunjuk yang produk itu seolah-olah alternatif kepada sayur. Hah, dah macam pengarah iklan pulak aku!
Satu lagi misleading advertisement yang saya terjumpa seperti gambar ni. Dengan hanya empat gelas produk tersebut mengandungi seluruh kumpulan makanan yang terdapat dalam piramid makanan.
Kalau cenggini, minum 4 gelas, dan tak payah risau kalau anak-anak taknak makan pun. |
Tak dinafikan jugak picky eaters memang susah nak dibagi makan, dan produk itu mengandungi vitamin dan mineral yang amat diperlukan untuk tumbesaran. Tapi gambar piramid makanan sama dengan empat cawan produk tu yang akan mengelirukan mak bapak yang nak bagi makan anak-anak ni. Mungkin akan ada mak bapak yang mana anak-anak mereka tidak dikategorikan sebagai 'menghadapi masalah makan/pemakanan' akan tetap membelinya, kerana beranggapan ianya perlu untuk anak mereka.
Ini baru cerita dua iklan, dan mereka ni sekurang-kurangnya ada scientific evidence. Berapa banyak lagi iklan produk ntahapa-hapa dalam TV tu, berjenis-jenis air (padahal air kosong je pun semua), ombak besar lah, sarang burung lah, macam-macam lah. Banyak iklan-iklan short cut sebegini, yang claim bahawa ia mengandungi segala nutrien yang diperlukan. Sama juga produk-produk makanan minuman yang claim sebagai ubat segala penyakit, sesuai untuk semua, dan banyak lagi lah.
Promotion tu tak apa, tapi jangan mengelirukan, mislead pengguna dan mengambil kesempatan di atas meningkatnya health conscious di kalangan masyarakat kita hari ini. Kira nak cekau duit orang ja kebanyakan depa ni!
mmg sengal kan?
ReplyDeletenanti is buat entry psl market research (kalo rajin), is link kat entry abg yg ni.
betul tu.kalau kita yg bidang health sciences ni paham la.tp kalau org yg bukan bidang kita atau mokcik2 kt kampung tu boleh salah paham jugak.ramai yg berpendapat..ala kalau anak x mkn xpe janji susu kuat walaupon dh 5-9 yrs.Adess..satgi keluar tv bgtau anak dh sekolah rendah tp hanya minum susu shj.
ReplyDeletebagus ada ulasan macam ni.. penting supaya pengguna tidak terlalu terpengaruh dengan tektik pemasaran..
ReplyDeleteIs, rerajinkan la, hehe. kena ada badan yang kawal benda2 ni kan.
ReplyDeleteSya, betul tu. org yang tak fikir panjang dia ingat cukup sekadar itu je la.
Sdr Hisyam, itulah, kebanyakan iklan memang pandai mengambil kesempatan atas pengguna.
pengguna sokmo tertipu, patutnya kita dah boleh menilai menda-enda cenggini
ReplyDeleteabu aiman, saye n family mmg makan produk yg dah xpayah makan ape2, ni mmg ikut sistem piramid haha. kalau nak the smartest and healthiest fast food ever, blh email sy nrahmah@gmail.com :) sedap, mmg anak2 suke.:)
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteItu bab iklan pemakanan, lagi yg hairan org yg tak guna pun produk itu dijadikan duta iklan. Kalau kita tak kenal org itu tak apalah juga. Ini dah satu Malaya kenal dia tak bertudung, tapi jadi iklan suruh org beli tudung macam yg dia pakai. Entahlah....
cemomoi,
ReplyDeletezaman sekarang ni kita kena jadi pengguna yang cakna.
rahmah,
ReplyDeletehehe, skim piramid ek?! tringin juga nak cuba, tapi kalau saya makan benda tu yang mana dah 'lengkap' segalanya, lepas tu saya nak makan juga makanan & masakan yang lain, kan ke nanti over-nutrition. Saya terfikir juga, kenapa kita nak resort to only one food (if it can be called a food), sedangkan Tuhan dah jadikan pelbagai jenis pilihan makanan sebagai nikmat untuk kita (tetiba teringat lauk masakan mak pulak). The key-point, moderation and balance.
Nevertheless, produk2 macam ni mmg diperlukan untuk mereka yang memerlukan, cthnya patient yang dalam recovery period, kanak2 yang malnourished dan lain2 situasi tertentu. Not everybody. That's what I believe... ;)
Kakzakie,
ReplyDeleteAlaikumussalaam. Hehe, macam pernah tengok je iklan tu. Kalau lekat terus tudung tu elok juga kan.
macam-macam jenis iklan!
Abu aiman: hehe bukan skim piramid :) herbalife ni makanan mcm biase jugak, tp complete nutrition, sume orang perlu. :)Yes, herbalife is only an option, kalau boleh be moderate and balance dlm pngmbilan maknan, no problem! =D
ReplyDelete