Kerana dirimu amat berharga

Thursday, May 5, 2011

Yang Pergi Ada Pengganti

Kepulangan saya ke Taiping minggu lepas juga membawa kepada perpisahan saya dengan anak-anak 'bukan manusia' saya. Kalau masih ingat, dalam dua minggu selepas adik aiman lahir, anak-anak Bobby & Lily pula keluar ke dunia. Dah sebulan lebih umur mereka.

Aiman dengan salah satu daripada empat beradik itu ketika mereka berumur beberapa hari.

Memang saya dah pun berjanji dengan Pak Tam awal-awal dulu yang seandainya Bobby dan Lily punya zuriat saya akan berikan sepasang. ALhamdulillah, daripada 5 biji telur, empat yang berhasil. Satu kejayaan saya kira bagi first time mother macam Lily. Maka seperti dijanjikan berpisahlah saya dengan dua daripada mereka ini...

Keempat-empat beradik ini membesar dengan sihat, warna sebenar belum keluar lagi.
Pada awalnya, sehari-dua selepas menetas, saya dapati Lily sering mematuk-matuk bulu sayap anak-anak ayam yang kiut itu, akhirnya berdarah. Maka saya asingkan, dan hand raise mereka berempat. Mengasuh anak ayam tak sesusah mengasuh anak kucing atau anak arnab yang ditinggalkan ibu, macam yang pernah saya buat kecik-kecik dulu. Letak saja dedak halus dan air, tahulah depa makan sendiri.

Sekor ni je yang tumbuh balung awal, sah-sah jantan. Semoga membesar menjadi ayam Taiping yang sihat.

Baru-baru ini, Lily bertelur lagi. Mulanya saya cadang untuk mengambil telur-telur Lily, supaya dia berehat dulu sebelum mengeram generasi kedua. Saya makan 3 biji, pecah sebiji sebab jatuh ke bawah reban. Kemudian saya tinggalkan the adults, saya ke KL untuk berbengkel hujung April hari tu. Balik dari Taiping, tengok-tengok Lily baik punya dok mengeram. Ada 4 biji! Maknanya kalau saya tak ambil langsung ada 8 biji! Hmm... produktif jugak...

Fresh eggs: Perbandingan saiz telur ayam serama dengan telur biasa.
:: Kalau ada 3-4 ekor ayam betina yang produktif, boleh maintain supply telur untuk seisi rumah ni...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails