Kerana dirimu amat berharga

Sunday, June 19, 2011

Bukit Chandan II

Kita sambung lagi jalan-jalan di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Sesekali dalam perjalanan balik ke Taiping pasti saya singgah di KK, dan mesti make one round ke Bukit Chandan. Pekan KK, kedai-kedai makan, bangunan sekitar sangat menggamit memori. Sebak seketika, terbayang dok makan laksa kuala dan cendol dengan mama dan arwah abah. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat mengaji. Tiga tahun saya bermukim di Kuala Kangsar.

Tamat darjah enam, saya dapat tawaran ke sekolah menengah sains Teluk Intan, selain daripada sekolah menengah st. george Taiping. Tapi saya nekad membuat keputusan untuk bersekolah di sini...

Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan
Bangunan yang di bahagian kanan sekali dipanggil Rumah Bulat, saya rasa ianya octagon, terletak di bahagian depan sekali. Ia merupakan tempat pertemuan antara pelawat dan pelajar. Kawan-kawan dah tahu kalau parents saya datang bila nampak kereta Datsun 180K kaler kuning datang. Taiping-KK dekat saja, jadi selalu la jugak parents saya datang melawat.

Bangunan panjang tu pula, antara bangunan asal dan lama, bahagian bawahnya terdapat qa'ah 'ammah (dewan besar), dan juga kelas. Sebelah atas, idarah (opis), bilik guru, bilik mesyuarat dan lain-lain pejabat. Yang paling belakang dan tinggi sekali, ada 5 tingkat, merupakan asrama pelajar lelaki. Masa saya masuk tingkatan satu, seingat saya kami adalah batch ke-2 atau ke-3 yang duduk di situ. Sebelum itu asrama pelajar dikenali sebagai Baitul Aman, sebuah istana lama tinggalan sultan perak juga. Berhantu katanya! Asrama perempuan nampak bumbung saja di belakang tu.

Bangunan yang ada tulis arab tu baru, masa saya dulu tak ada lagi bangunan ni. Kelihatan juga tingkap bekas bilik saya yang juga bilik pengawas, tingkat atas sekali bilik hujung sebelah kiri blok asrama tu.
Sekolah kami tak ada padang, jadi kena main di luar sekolah, padang kampung. Padang dalam gambar ni betul2 di tepi sungai perak, bersebelahan dengan istana iskandariah.

Memang banyak kenangan sepanjang 3 tahun di sini, panjang kalau nak cerita semua. Kalau masa di SBP makannya mewah, di sini kami jarang dapat makan ayam. Biasanya ikan jacket dan ikan-ikan yang sewaktu dengannya. Sesekali daging. Satu bilik besar berkongsi 12 orang. Memang meriah. Paling seronok masa bulan puasa, makan pun sedap sikit bila ramai yang menderma. Segalanya menjadi kenangan, dan tarbiyah serta pendidikan asas yang saya perolehi ketika berada di sini masih berbekas sehingga ke hari ini.

Betul-betul berhadapan dengan sekolah saya ialah Masjid Ubudiah, yang merupakan antara masjid yang terindah di Asia Tenggara. Tunggu next entry, Aiman dah memanggil ajak naik ke bilik...

Thursday, June 16, 2011

Antique dan Chantique

Wah, lama sungguh blop ini tak ber-update. Sibuk, busy, banyak kerja, tak ada masa dan alasan-alasan yang sewaktu dengannya, terpakai. 

Saya sememangnya suka kepada sesuatu yang lama, berciri antik. Jam antik, kereta antik, motor antik, bini antik. Dan benda antique itu mestilah chantique di mata saya.

Baru-baru ni saja singgah melihat sebuah rumah lama yang telah diubahsuai cantik.

Kalau dapat duduk rumah macam ni best jugak. Agak-agak berapa dia nak jual?

Aiman pun excited masa inspection tu. Berlari-lari dalam rumah ni. Tapi yang paling best...

"Best nya babah rumah ni, ada swimming pool and fountain! Aiman nak!"

Akan tetapi lain pulak dengan mama aiman, si city gurl sorang tu...

"Eee apa ni. Taknak lah duduk kat rumah lama macam ni, Horror lah!"
"Apa pulak horror, cantik apa!"
Nasib baik rumah ni bukan untuk dijual. Sekarang dah jadi Galeri Sultan Azlan Shah. Sebelum ni ia merupakan sebuah sekolah, Sekolah Raja Perempuan Mazuin kalau saya tak silap. Asalnya salah sebuah istana juga.  Terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.

Sekolah saya tak jauh dari rumah ini, dalam sepelaung dua aje jaraknya. Next entry saya citer sekolah saya pulak, kalau saya tak sibuk, tak busy, tak banyak kerja, ada masa dan takde alasan-alasan yang sewaktu dengannya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails