Kerana dirimu amat berharga

Monday, June 23, 2008

Apa?

"Saya dulu study 14 jam sehari. Masa writing-up berenti hanya untuk makan dengan sembahyang aje. Duduk dalam bilik berkurung sorang2 selama 6 bulan." "Saya siap PhD 2 tahun, bukan nak kata saya ni terer." Begitulah kata beliau.

Macam ni lah. PhD ni bukan hanya pi sekolah, belajar, balik, buat revision, exam. It is a learning thru experience, not structured, exam oriented whatsoever. Its totally yours, only you don't really know what it is until it is in a form of hard-bound copy. PhD is not a joke. Seriously. So kalau nak banding2 kata "aku buleh hangpa takkan tak buleh", pastu kata lagi "orang lain buleh takkan kita tak buleh", dah tu tambah pulak "ada orang tu buat 2 tahun buleh abis, kita pun bagi la perabih cepat", sori na, pi balik naik lori. Kalau nak compare2, apa kata satu donia ni buat benda yang sama, pastu banding la kot mana pun. Hmm... tak buleh jugak, takkan budak maths nak kena buat research pasal kesan makan tempoyak campur budu terhadap perut kot? Nak compare lagu mana?

Nak habaq bagi, rata2 ramai yang kena extend. Ada yang sampai masuk tahun ke lima pun tak abih lagi dok kalut nak mintak extend. Mintak extend 6 bulan atau setahun tu biasa la. Memang la kita plan nak perabih on time. Ingat suka ka, saja2 ka, buat lambat ha? Manusia ni bukan sama. Ada yang tuhan bagi lebih sikit, tak banyak dugaan, rintangan cabaran. Smooth aje. Ada pulak masalah bertimpa-timpa. Yang single lain experiencenya, yang dah beranak pinak lain pulak storyline nya.

OKlah, tunggu ja la result extension aku. Kawan tu kata dah dok dalam proses dok tunggu respond dari kawan ni. Yang kawan ni pulak kata dok tunggu communication daripada kawan tu.
Mana satu daa. Ha, ni pun masalah jugak tau! Hangpa ingat senang ka nak urus manusia?

Dah lah, malaih nak melalut.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails