Kerana dirimu amat berharga

Sunday, September 25, 2011

Perubahan

Masih simpan kad pengenalan lama anda? Cuba tengok, banyak tak perubahan pada wajah anda. Mesti ada yang nak tergelak tengok muka sendiri. Dulu mungkin montel, muka bulat. Tapi sekarang dah slim. Dulu pakai spek bulat macam Harry Potter, sekarang mata dah warna hazel sebab pakai contact lense. Macam-macam lah.

Masa saya masih kecil, kad pengenalan yang mereka gunakan ialah yang macam getah tu; lipat kot mana pun masih tetap kembali ke bentuk asal. Tulisan pun guna tangan saja. Bila masuk darjah enam, rasa seronok nak dapat kad pengenalan sendiri. Masa tu KP plastik, macam kertas yang di laminate. Bila dah masuk umur 21, pegi tukar KP baru. Masa tu dah maju kot, dapat kad pengenalan keselamatan ber-cip.

Tadi Aiman tengok KP lama saya. Komen aiman: ''Dulu masa kecik nampak macam india. Bila dah elok sikit baru babah jadi macam sekarang.''

Sunday, September 11, 2011

Yang Indah-indah Aje

Kadang-kadang rasa bagusjugak kalau kita ada total control on selective thinking, maksud saya kita boleh pilih benda apa nak pikir, benda apa nak lupa kejap. Tapi tidak. Otak kita sentiasa berfikir. Cuba perhati, masa makan nasi tadi dok fikir tentang apa. Tengah 'melabur' pun otak masih berjalan dok cari idea nak breakfast kat mana. Yang tak tahan, pernah terbawak sampai ke dalam mimpi kerja2 yang nak kejar deadline pastu terkejut jaga tengah malam pastu tak boleh tidur. Masa tidur pun otak berfikir!

Yang saya rasa semua orang tahu, masa solat. Time tu lah otak kita boleh teringat balik mana kita letak barang yang hilang, susu anak tak beli lagi, macam-macam lah. Salah satu benda yang Allah akan angkat di akhir zaman ialah khusyuk dalam solat. Hanya sedikit yang mendapat khusyuk. Andainya kita ada selective thinking... nak ingat hanya yang indah-indaaah aje.

Koboi Sesat, Floriade. Canberra 2009.

:: Hari ni raya ke berapa ya? Kenyang makan2 kat dua rumah jiran... Alhamdulillah

Friday, September 9, 2011

Sumber Ketenangan


Pernah tak rasa macam ada sesuatu yang tak kena, gelisah, bermasalah, takdak tujuan, empty, dead end, rasa geram tapi taktau sebab apa, dan rasa-rasa yang sewaktu dengannya? Mesti ada kan.


Bila kita banyak sangat fikir hal duniawi, dok buat kerja-kerja yang tak pernah selesai ni, ada kalanya kita makin jauh dari-Nya. Jika kita terus-terusan begitu, perasaan something is missing, gelisah, serba tak kena tadi akan datang.


Tiap kali ini berlaku pada saya, mama aiman akan perasan. Nasihat pertama dia, "dah telefon rumah belum?" Betul. Kadang-kadang berhari-hari saya tak telefon dan bercakap dengan mak saya. Ubat pertama untuk saya mencari semula ketenangan, get back on my feet, ialah bercakap dengan mama, cukup sekadar bertanya khabar dan bersembang kosong. Lega. Ya Allah, panjangkan usia mama dalam kesihatan dan perelokkanlah amalannya.


Kemudian, ubat ketenangan ialah kena pergi surau atau masjid dan baca al-quran. Memang telah dijanjikan, dengan mengingati Allah, berzikir, hati akan menjadi tenang.



Berpeluang berada dua minggu di sini merupakan saat-saat yang sangat tenang di hati, walaupun manusia beribu.
 OK. Jom kita telefon mak kita, pergi solat kat surau, kemudian baca Quran!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails