Kerana dirimu amat berharga

Monday, December 3, 2007

Renungan

Kadang2 kita rasa ujub dgn amalan kita. Bacalah kisah ini sbg satu renungan dan pengajaran.

IMAM 'Atha al-Sulami membawa kain tenunannya ke pekan untuk dijual kepada seorang penjual kain. Kain itu satu-satunya hasil tenunannya yang dianggapnya terbaik diantara yang lain, kerana tenunannya telah dikerjakannya dengan tekun dan berhati-hati, dengan sepenuh daya kreativitas. Dia cukup puas hati dengan hasil tenunannya itu.

Penjual kain yang dikunjunginya di pekan itu membolak-balik kainnya itu. "Tuan akan jual kain ini? Berapa harganya?", tanya penjual kain itu.
"Sepatutnya harga kain ini lebih mahal. Tapi aku bersyukur, jika harganya sama dengan harga kain biasa yang pernah engkau beli." jawab 'Atha al-Sulami.

Pekedai kain itu menggeleng-geleng dan tersenyum sumbing.
"Tapi kain ini rendah mutunya. Tenunannya tidak rapi, tidak halus, corak dan warnanya tidak menarik. Ukurannya pun lebih kecil daripada ukuran biasa. Jika tuan tidak percaya ucapan saya, tuan boleh tanya orang lain. Bawalah kain ini kepada penjual kain yang lain."

Imam 'Atha al-Sulami merasa sedih dan kecewa. Dia membisu.
"Bagaimana pun, hamba boleh beli kain ini, tapi dengan harga yang murah sahaja".

Tanpa bertanya tentang harga yang sanggup dibayar oleh penjual itu, pelan-pelan Imam 'Atha al-Sulami melangkah ke luar kedai. Tiba-tiba dia terduduk di warung kaki lima, lalu menangis. Kepalanya yang tertunduk tersengguk-sengguk digoncang oleh sedu-sedan tangisannya itu.

Melihat keadaan itu, tercetus rasa simpati di hati penjual kain, lalu dia segera menghampiri Imam 'Atha al-Sulami.
"Sampai begitu sekali kesedihan tuan? Tadi, hamba berkata benar, mutu kain tuan itu rendah. Rugi hamba kalau membelinya dengan harga biasa. Maafkan hamba".

Imam 'Atha al-Sulami menangis terus, seolah kehadiran penjual itu tidak disadarinya. Penjual kain tertunduk resah.
"Baiklah. Berikan kepadaku kain itu. Aku beli kain itu dengan harga biasa. Aku sanggup membelinya semata-mata kerana aku mahu menyenangkan hati tuan. Aku kasihan melihat keadaan tuan terlalu sedih sampai menangis
begitu rupa. Jika tangisan tuan itu kerana aku, maafkanlah aku..."

"Tidak. Aku sedikit pun tidak merasa kecil hati kepadamu," 'Atha al-Sulami berbicara dengan suara serak. "Malah. Aku bersyukur, kerana tindakaanmu tadi
sungguh-sungguh telah menginsafkan aku".

"Jadi, tuan menangis bukan kerana kecewa kerana menawarkan harga kain itu dengan yang lebih rendah daripada biasa?"

Imam 'Atha al-Sulami mengangguk dalam tangisannya yang berterusan. .
"Kalau begitu, Kenapa tuan menangis?".

"Aku menangis kerana sedih mengingatkan amal ibadatku. Kain hasil tenunanku ini kebetulan ada persamaannya dengan hasil amalan ibadatku selama ini".

"Ajaib. Bertambah ajaib. Bagaimana kain itu ada persamaannya dengan ibadat tuan?"

"Begini. Kain ini aku tenun sebaik-baikya. Seberapa mungkin aku bertekun mengusahakannya supaya mutunya baik. Dan, sebelum ini aku rasa kain ini cukup baik, bahkan lebih baik daripada hasil tenunanku sebelumnya, tidak ada cacat-cederanya. Tetapi sekarang barulah aku sedar, apabila dibawa kepada orang yang pakar dalam hal kain seperti engkau, rupa-rupanya kain ini banyak cacat cederanya, rendah mutunya".

Kepala Imam 'Atha al-Sulami tertunduk kembali, menahan sedu tangisannya. Ternyata, kesan kesedihannya masih ada dikalbunya. Hal ini kentara sekali kepada penjual kain itu.

"Jadi betullah, tuan bersedih dan menangis kerana hamba ...."

"Tidak!". Imam 'Atha al-Sulami cepat memotong cakap penjual kain itu.

"Aku menangis apabila teringat, betapa amal ibadatku dinilai oleh Allah Taala pada hari Kiamat nanti. Selama ini aku berpuas hati dengan amal ibadatku, sebagaimana aku berpuas hati dengan hasil tenunanku ini. Allah Taala yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui, sama ada yang nyata atau yang ghaib, yang lahir atau yang batin; sudah pastilah segala 'ujub atau cacat-cedera amal ibadatku kentara kepada-Nya. Bandingannya, cacat-cela kain ini kentara kepadamu yang tahu menilainya"

Dia tertunduk pula. Kesedihan masih tersisa di dalam dadanya. "Kerana kelalaianku, tidak pernah terfikir di benakku tentang ketidak-semprnaan amal ibadatku, kecuali setelah engkau menyatakan ketidak-semprnaan kain ini. Sekarang aku takut amal ibadatku menjadi sia-sia
saja, kerana selama ini rasa ujub, bangga dan rasa puas hati yang telah bersarang di dalam kalbuku terhadap amal ibadatku. Aku bimbang, amal ibadatku rendah mutunya, sama dengan kerendahan mutu kain ini. Itulah yang
menyebabkan aku bersedih dan ...."

Kepalanya tertunduk pula, menahan serangan kesedihan yang kembali memburaikan tangisannya.

Jadi saudara2 ku, marilah kita menambahkan amal ibadah kita padaNya, inshaAllah, saat kita bertemu Allah, kita akan dapat melihat senyuman dari Allah!
~ perjalanan masih jauh, perjuangan belum selesai !

Wallahu'Alim bish-shawwab

Collage

Tuesday, November 6, 2007

Sunday, September 16, 2007

Rintihan Kalbu



Rintihan Kalbu

Hari ini....tiada senda dalam bicara,
deru air mata merupakan segalanya,
sang hati...bicara sendiri,
bangunkan ummah,bina generasi,

Di bumi yang bertuah ini,
diriku mula mengenali,
matlamat hidup sebagai abdi,
kepada Allah...Allahu Rabbi,

Diriku ini sebebas unggas,
terbang riang di angkasa raya,
menyanyi merdu...irama kalbu,
indahnya...indahnya...oh..indahnya,

Wahai generasi dengarlah pesanan ini,
bumi ini bumi bertuah,
suburnya...sesubur tanaman di lembah,
melahirkan insan berjiwa tabah.

Kutiplah mutiara...mutiara indah,
untuk bekalan diri berpindah,
sebelum jejak kaki...melangkah,
sebelum penyesalan membawa padah,

Sahabat...seperjuangan,
usah digentar musuh di hadapan,
pandanglah di depan balasan Tuhan,
syurga Firdaus menanti kalian,

Teruskan...oh teruskan,
perjuangan menegak kebenaran,
di dalam kebungkaman akhir zaman,
selagi hayat dikandung badan,

Wahai teman seperjuangan,
dengarlah...harapanku ini,
pohon untukku dalam doamu,
diriku pejuang Islam yag satu
diriku pejuang Islam yang satu.....


Tuesday, July 17, 2007

Just to warm up..

Currently I am listening to the online Malay radio from worldip.tv, a song by Siti Nurhaliza and SM Salim. It is now 12.25am, and aiman and elyn have gone to sleep. I am a lil bit sleepy but want to spend time writing, to warm up my writing skills. I've stopped writing quite for some time, and tonight alas I've revisited some of my writings I've done within the last 2 years... bersawang penuh.. haha!!! I promised to myself I will read and write continuously from now on. Hey, you have exactly one more year to go now k!

I know it is hard to pay attention on my work when i'm at home, with little aiman around. if he is OK, i'm the one to blame making him cry or wake up from sleep. and when he is cranky, can't really do anything.. huhuu.. he is the king now actually! though he's just a cute little boy. can't really resist the temptation to kiss and gomol2 him...

Wan Azdie, please be discipline in doing your research and your study. Spend some time EVERY DAY looking and working on your research. Huh!

Monday, March 26, 2007

Masuk Rumah Ikut Pintu

petikan dari saifulislam.com

MASUK RUMAH IKUT PINTU

Apabila kita mahu masuk ke rumah, kita tahu yang mana satu pintu depan, yang mana satu pintu belakang. Adakah kita ahli mesyuarat tingkap, atau ahli mesyuarat ruang tamu. Maka kita akan masuk dan keluar pada jalan yang betul.

Namun ada manusia yang masuk ke rumah ikut bumbung dan bukannya pintu depan. Manusia ini adalah pencuri.

Ada juga makluk yang masuk rumah tidak ikut pintu atau tingkap, malah ikut lubang bilik air. Namanya katak puru.

Manusia yang normal, yang betul, akan masuk ikut pintu masuk.

Begitu juga ilmu Islam.

Ada bahagian berfungsi sebagai pintu, ada juga sebagai tingkap.

Kita tentu biasa mendengar tentang istilah ilmu alat. Ia adalah ilmu yang berfungsi seperti memberikan kita alat untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Ia seumpama jala dan perahu bagi nelayan. Atau cangkul dan bajak bagi pesawah. Mungkin juga seperti kalkulator dan alat tulis bagi pelajar Sains.

Antara ilmu alat yang penting, adalah ilmu bahasa Arab. Ghairah mengkaji tentang Islam tetapi gersang dari keinginan mempelajari Bahasa Arab, maka akhirnya Islam kita tinggal Islam terjemahan. Kita berbalah tentang pendapat, hasil bacaan kita terhadap terjemahan semua perkara. Kita sendiri pun tahu, apakah kesan terjemahan kepada maksud asal sesuatu teks.

Saya bukanlah seorang yang terlalu ’ortodoks’, tetapi saya suka menegaskan betapa belajar tentang Islam, bermula dengan belajar tentang bahasa Islam. Tidak semestinya sampai kita mengambil Ijazah Bahasa Arab dan Kesusasteraannya. Tetapi Bahasa Arab tetap alat pertama untuk mengkaji Islam.

TERTIB PENGAJIAN ISLAM

Jika kita masuk ke mana-mana program Pengajian Islam, ia lazim bermula dengan mempelajari subjek ”Al-Madkhal” atau pengenalan. Antara teks yang lazim digunakan di universiti, adalah kitab ”Al-Madkhal ila al-Syariah al-Islamiyyah” oleh Dr. Abdul Karim Zaidan. Subjek Pengenalan ini mendedahkan pelajar di awal-awal pengajian mereka tentang pelbagai aspek Pengajian Islam.

Pelajar akan belajar terlebih dahulu tentang ciri-ciri Islam yang Rabbaniyyah, Syumuliyyah, ada Tawazun (keseimbangan) dan sebagainya. Di dalam subjek ini juga pelajar akan berkenalan dengan prinsip-prinsip utama di dalam Fiqh, Muamalat, Jinayat, Munakahat dan sebagainya. Ia semacam crush course untuk keseluruhan program Pengajian Islam itu sendiri.

Sama juga dengan bidang perubatan. Sebelum seseorang itu masuk ke peringkat klinikal di tahun tiga, mereka akan belajar dahulu ilmu alat di bidang perubatan. Mereka akan mempelajari anatomi, malah statistik. Sama ada belajar mengikut sistem lama, atau secara integrasi, ada ilmu satu dan dua, sebelum ilmu tiga.

TAFSIR

Di dalam pengajian Islam, sebelum kita mempelajari Tafsir, pelajar belajar terlebih dahulu Ulum al-Quran. Di dalam subjek ini pelajar akan berkenalan dan faham tentang prinsip-prinsip Nasakh Mansukh, ayat mana yang turun lebih awal, Asbab al-Nuzool, Qiraat dan 7 ’Huruf’ al-Quran dan sebagainya.

Untuk mengemaskan lagi hal ini, pelajar akan belajar mengenal Manhaj Ahli Tafsir dan kitab-kitab Tafsir yang utama, di dalam subjek ”al-Tafsir wa al-Mufassirun”. Selesai bab ini, barulah subjek Tafsir boleh diambil.

SUNNAH

Tentu sahaja contoh ini lebih jelas jika kita teliti ilmu Hadith. Sebelum kita menganalisa hadith di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim, kita harus kenal terlebih dahulu perbezaan antara Hadith Mutawatir dan Ahad, Hadith Sahih, Hasan dan Dhaif, serta ilmu menilai Rijal Hadith. Sudah ada senduk, periuk dan bahan masak, barulah boleh mula menghidang.

Pernah terjadi, seorang pemuda suka sangat mempertikaikan hadith yang orang hujahkan, dengan kata, “apa, hadith tu mutawatir ke? Kalau tak mutawatir, jangan cakap”. Akhirnya orang menyangka yang dia hanya mempercayai hadith mutawatir dan menolak hadith Ahad. Lantas dibahaskan dengan panjang lebar tentang kedudukan hadith Ahad di dalam Aqidah Islam! Sungguh membuang masa, sebab pemuda itu bukannya menolak hadith Ahad, tetapi dia sendiri tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan Mutawatir dan Ahad, Sahih dan Dhaif. Sangkanya, hanya Mutawatir sahaja yang sah dijadikan dalil.

Sungguh membuang masa…!

FIQH

Di dalam masalah Fiqh, tentunya pelajar akan berkenalan dengan Usul Fiqh terlebih dahulu. Mereka perlu faham tentang kaedah istinbath (ekstrak hukum dari teks al-Quran dan al-Hadith), bagaimana ayat larangan berfungsi sebagai menghukum haram atau makruh, Mafhum Mukhalafah dan sebagainya. Subjek Usul Fiqh juga akan memperkenalkan kepada kita tentang perbezaan pendekatan setiap mazhab, merujuk kepada banyak sebab.

Mazhab yang berkembang di dalam suasana yang dekat dengan sumber hadith seperti Mazhab Maliki, mempunyai pandangan yang berbeza terhadap amalan penduduk Madinah dan memberikan nilai tertentu kepadanya. Mazhab yang berkembang di dalam suasana yang ramai pendusta hadith, memberikan keutamaan kepada ijtihad berbanding dengan soal berlembut di dalam menerima hadith yang bermasalah.

Hal-hal ini selesai terlebih dahulu, sebelum pelajar masuk ke subjek Fiqh. Malah subjek Fiqh juga bermula dengan Fiqh yang bertaraf personal sebelum menyentuh bahagian yang membabitkan muamalah seseorang dengan seseorang yang lain, di dalam Munakahat, Muamalat, Jinayat, Hubungan Antarabangsa dan sebagainya.

Tanpa Usul Fiqh, seorang pelajar yang menyelami dunia Fiqh akan menerima kejutan elektrik berkali-kali, setiap kali beliau terserempak dengan pandangan yang berbeza-beza. Dia akan berserabut dengan perbezaan mazhab, apatah lagi mahu pergi kepada isu perbandingan dan talfiq.

AQIDAH

Sama juga dalam masalah Aqidah. Pelajar mempelajari terlebih dahulu tentang Aqidahnya, sebelum mengkaji dan meneliti Aqidah kumpulan-kumpulan Islam yang banyak. Masakan dalam keadaan Aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah belum jelas, seseorang itu sudah sibuk menganalisa dan mengkritik Aqidah Syiah, Khawarij, Muktazilah, malah Kristian, Buddha dan Hindu.

ISU POPULAR DARI INTERNET

Misalnya soal Ibnu Ishaq yang dilabel Syiah. Seorang itu perlu faham tentang beza melaksanakan disiplin hadith ke atas perawi Tarikh dan Sirah, berbanding mengimplimentasikannya ke atas perawi Hadith. Isu itu adalah subjek yang memerlukan seseorang itu faham di antara matlamat Muhaddith berbanding Muarrikh pada zaman seperti Ibnu Ishaq.

Begitu juga dengan pengkritik Muhammad bin Abdul Wahhab yang menjaja celaan Nabi SAW ke atas Najd (tempat kelahiran Muhammad ibn Abdul Wahhab itu). Soalnya Najd yang mana? Adakah Najd di Semenanjung Tanah Arab, atau Najd di Iraq? Untuk menyelesaikan hal ini, buku Geografi Islam seperti Mu’jam al-Buldan perlu dilibatkan. Bukan hanya artikel dan buku yang melengkapkan permusuhan…

ISLAM AMALAN VS. ISLAM PERDEBATAN

Saya tidak bermaksud mahu memperlihatkan seolah-olah Islam itu susah dan hanya ’orang tertentu’ tertentu sahaja yang boleh mempelajarinya. Islam memang mudah, boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja.

Tetapi untuk berkelakuan seperti pengkaji Islam, kenalah berpengetahuan seperti pengkaji Islam.

Ada atau tidak orang yang arif tentang Islam, tanpa ada penat dan lelah sebelumnya? Jawapannya TIADA. Saya menjawab dengan 100% yakin. Orang tua-tua kita pun sudah berpesan, “berakit-rakit dahulu berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian. Tak mahu susah, jangan susahkan orang lain.

NO PAIN, NO GAIN!

Mempelajari Islam untuk menjadi pegangan hidup, berbeza dengan mempelajari Islam untuk campur tangan dalam isu-isu umat Islam.

Apabila seseorang mendatangi permasalahan Syiah melalui pintu politik, tentu sekali dia akan memulakan langkah dengan kekaguman yang menjulang tinggi terhadap keupayaan Khomeini menumbangkan kezaliman Shah Iran. Tetapi politik tetap politik. Allah SWT mempertimbangkan kesahihan Ubudiyyah hamba-Nya bermula dengan pintu Aqidah dan seterusnya Ibadah, sebelum Siasah.

Jika politik hebat, namun Aqidahnya sulit, menumbangkan kezaliman pemimpin yang zalim tiada makna jika gagal menumbangkan kezaliman Syirik yang diistilahkan sebagai sebesar-besar kezaliman oleh al-Quran. Aqidah dahulu, baru ibadah dan siasah.

Sama jugalah dengan isu-isu yang lain.

Maka jika keliru dengan Islam dan isu-isunya, periksalah kembali, anda sebenarnya berada di dalam kekeliruan ini kerana Islam yang mengelirukan, atau anda sendiri keliru antara tingkap dan pintu?

Jika makanan segera membunuh, Islam segera dan pintas juga apa kurangnya!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Thursday, February 15, 2007

Profil Peribadi Muslim

[dipetik dari kolejislam yahoogroups]

Profil Peribadi Muslim Yang digariskan oleh Imam Shaheed Hasan
alBanna


PROFIL PERIBADI MUSLIM

1. Salimul Aqidah (Aqidah Yang Bersih)
2. Sahihul Ibadah (Ibadah Yang Benar)
3. Matinul Khuluq (Akhlak Yang Kukuh)
4. Qowiyyul Jismi (Kekuatan Jasmani)
5. Mutsaqqoful Fikri (Intelek Dalam Berfikir)
6. Mujahadatul Linafsihi (Berjuang Melawan Hawa Nafsu)
7.
Harishun Ala Waqtihi (Pandai Menjaga Masa)
8. Munazhzhamun Fi Syuunihi (Teratur Dalam Sesuatu Urusan)
9. Qadirun Alal Kasbi (Memiliki Kemampuan Usaha Sendiri)
10.Nafi'un Lighoirihi (Bermanfaat Kepada Orang Lain)

Al-Qur'an dan Sunnah merupakan dua pusaka Rasulullah (SAW) yang
harus selalu dirujuk oleh setiap muslim di dalam segala aspek
kehidupan. Salah satu daripada aspek-aspek kehidupan yang penting
ialah pembentukan dan pengembangan peribadi muslim. Peribadi muslim
yang dikehendaki Al-Qur'an dan Sunnah adalah peribadi yang soleh.
Peribadi muslim merangkumi sikap, ucapan dan tindakan berlandaskan
oleh nilai-nilai yang datang dari Allah (SWT).
Persepsi atau gambaran masyarakat tentang peribadi muslim memang
berbeza-beza. Bahkan banyak yang pemahamannya terlalu sempit
sehingga seolah-olah peribadi muslim itu tercermin pada orang yang
hanya rajin menjalankan Islam dari aspek ubudiyah atau ibadah yang
khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji. Padahal itu hanyalah
satu aspek saja dan masih banyak aspek-aspek lain yang harus
dihayati dan dimiliki oleh peribadi seorang muslim. Oleh itu, satu
piawai peribadi muslim yang berdasarkan Al Qur'an dan Sunnah
merupakan sesuatu yang harus dirumuskan, sehingga dapat menjadi
acuan bagi pembentukan peribadi muslim. Bila disederhanakan,
setidaknya ada sepuluh sifat atau ciri khas yang mesti ada pada
peribadi muslim.

[1]. Salimul Aqidah (Aqidah yang bersih)

Salimul aqidah merupakan sesuatu yang harus ada pada setiap muslim.
Dengan aqidah yang bersih, seorang muslim akan memiliki ikatan yang
kuat kepada Allah (SWT). Dengan ikatan yang kuat itu dia tidak akan
menyimpang dari jalan dan ketentuan-ketentuan-Nya. Dengan kebersihan
dan kemantapan aqidah, seorang muslim akan menyerahkan segala
perbuatannya kepada Allah sebagaimana firman-Nya yang
bermaksud: "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku,
semua bagi Allah tuhan semesta alam" (Al-an'aam:162). Karana aqidah
yang salim merupakan sesuatu yang amat penting, maka dalam awal
da'wahnya kepada para sahabat di Mekkah, Rasulullah (SAW)
mengutamakan pembinaan aqidah, iman dan tauhid.

[2]. Shahihul Ibadah (Ibadah yang benar)

Apabila disebut ibadah di dalam Islam, ia tidak hanya tertumpu
kepada ibadah khusus seperti ibadat solat, puasa, zakat dan haji.
Malah, ibadah di dalam Islam merangkumi segala urusan hidup kerana
ia bersesuaian dengan firman Allah (SWT) yang bermaksud: "Aku tidak
menjadikan jin dan manusia kecuali mereka beribadat kepadaKu (Az-
Zariyat: 56). Adalah menjadi kewajipan kita membetulkan niat yang
ikhlas di dalam menjalankan setiap amalan harian kita agar menepati
firman Allah (SWT) tersebut dan memastikan amalan-amalan tersebut
tidak bertentangan dengan ajaran Rasulullah (SAW).
Shahihul ibadah merupakan salah satu perintah Rasulullah (SAW) yang
penting. Dalam satu hadisnya, beliau bersabda yang
bermaksud: "Solatlah kamu sebagaimana melihat aku solat". Dari
ungkapan ini maka dapat disimpulkan bahawa dalam melaksanakan setiap
peribadatan haruslah merujuk kepada sunnah Rasulullah (SAW) yang
bererti tidak boleh ada unsur penambahan atau pengurangan.

[3]. Matinul Khuluq (Akhlak yang kukuh)

Matinul khuluq merupakan sikap dan perilaku yang harus dimiliki oleh
setiap muslim, baik dalam hubungannya kepada Allah maupun dengan
makhluk-makhluk-Nya. Dengan akhlak yang mulia, manusia akan bahagia
dalam hidupnya, baik di dunia dan di akhirat. Karana begitu penting
memiliki akhlak yang mulia bagi umat manusia, maka Rasulullah (SAW)
diutus untuk memperbaiki akhlak dan beliau sendiri telah
mencontohkan kepada kita akhlaknya yang agung sehingga diabadikan
oleh Allah (SWT) di dalam Al Qur'an. Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya kamu benar-benar memiliki akhlak yang agung" (Al-
Qalam: 4).

[4]. Qowiyyul Jismi (Kekuatan jasmani)

Qowiyyul jismi merupakan salah satu sisi peribadi muslim yang harus
ada. Kekuatan jasmani bererti seorang muslim memiliki daya tahan
tubuh sehingga dapat melaksanakan ajaran Islam secara optimal dengan
fizikalnya yang kuat. Solat, puasa, zakat dan haji merupakan amalan
di dalam Islam yang harus dilaksanakan dengan fizikal yang sihat dan
kuat. Apalagi berjihad di jalan Allah dan bentuk-bentuk perjuangan
yang lainnya. Oleh kerana itu, kesihatan jasmani harus mendapat
perhatian seorang muslim dan pencegahan dari penyakit jauh lebih
utama daripada pengubatan. Meskipun demikian, sakit tetap kita
anggap sebagai sesuatu yang wajar bila hal itu kadang-kadang
terjadi. Namun jangan sampai seorang muslim bersakit-sakitan. Kerana
kekuatan jasmani juga termasuk hal yang penting, maka Rasulullah
(SAW) bersabda yang bermaksud: "Mukmin yang kuat lebih aku cintai
daripada mukmin yang lemah (HR. Muslim)

[5]. Mutsaqqoful Fikri (intelek dalam berfikir)

Mutsaqqoful fikri merupakan salah satu sisi peribadi muslim yang
juga penting. Kerana itu salah satu sifat Rasul adalah fatonah
(cerdas). Al Qur'an juga banyak mengungkap ayat-ayat yang merangsang
manusia untuk berfikir, misalnya firman Allah yang
bermaksud: "Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi.
Katakanlah: " pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa
manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari
manfaatnya". Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan.
Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan". Demikianlah Allah
menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir" (Al-
Baqarah: 219)
Di dalam Islam, tidak ada satupun perbuatan yang harus kita lakukan,
kecuali harus dimulai dengan aktiviti berfikir. Kerananya seorang
muslim harus memiliki wawasan keislaman dan keilmuan yang luas.
Bayangkan, betapa bahayanya suatu perbuatan tanpa mendapatkan
pertimbangan pemikiran secara matang terlebih dahulu. Oleh kerana
itu Allah mempertanyakan kepada kita tentang tingkatan intelektual
seseorang, sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
Katakanlah: "samakah orang yang mengetahui dengan orang yang tidak
mengetahui?"', sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat
menerima pelajaran". (Az-Zumar: 9)

[6]. Mujahadatul Linafsihi (Berjuang melawan hawa nafsu)

Mujahadatul linafsihi merupakan salah satu keperibadian yang harus
ada pada diri seorang muslim kerana setiap manusia memiliki
kecenderungan pada yang baik dan yang buruk. Melaksanakan
kecenderungan pada yang baik dan menghindari yang buruk amat
menuntut adanya kesungguhan. Kesungguhan itu akan ada manakala
seseorang berjuang dalam melawan hawa nafsu. Hawa nafsu yang ada
pada setiap diri manusia harus diupayakan tunduk pada ajaran Islam.
Rasulullah (SAW) bersabda yang bermaksud: "Tidak beriman seseorang
dari kamu sehingga ia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yang
aku bawa (ajaran Islam)" (HR. Hakim)

[7]. Harishun Ala Waqtihi (Pandai menjaga masa)

Harishun ala waqtihi merupakan faktor penting bagi manusia. Hal ini
kerana waktu mendapat perhatian yang begitu besar dari Allah dan
Rasul-Nya. Allah (SWT) banyak bersumpah di dalam Al Qur'an dengan
menyebut nama waktu seperti wal fajri, wad dhuha, wal asri, wallaili
dan seterusnya.

Allah (SWT) memberikan waktu kepada manusia dalam jumlah yang sama,
yakni 24 jam sehari semalam. Dari waktu yang 24 jam itu, ada manusia
yang beruntung dan tak sedikit manusia yang rugi. Kerana itu
tepatlah sebuah peribahasa yang menyatakan: "Lebih baik kehilangan
jam daripada kehilangan waktu". Waktu merupakan sesuatu yang cepat
berlalu dan tidak akan pernah kembali lagi. Oleh kerana itu setiap
muslim amat dituntut untuk pandai mengelola waktunya dengan baik
sehingga waktu berlalu dengan penggunaan yang efektif, tak ada yang
sia-sia. Maka di antara yang ditegur oleh Nabi (SAW) adalah
memanfaatkan momentum lima perkara sebelum datang lima perkara,
yakni waktu hidup sebelum mati, sihat sebelum datang sakit, muda
sebelum tua, lapang sebelum sibuk dan kaya sebelum miskin. Hadis
tersebut diriwayatkan Imam Hakim dalam kitab al-Mustadrak.

[8]. Munazhzhamun fi Syuunihi (Bersistematik dalam menjalankan
sesuatu urusan)

Munazhzhaman fi syuunihi termasuk keperibadian seorang muslim yang
ditekankan oleh Al Qur'an maupun Sunnah. Oleh kerana itu dalam hukum
Islam, baik yang terkait dengan masalah ubudiyah maupun muamalah
harus diselesaikan dan dilaksanakan dengan baik. Ketika suatu urusan
ditangani secara bersama-sama, maka diharuskan bekerjasama dengan
baik sehingga Allah menjadi cinta kepadanya. Dengan kata lain, suatu
urusan mesti dikerjakan secara profesional. Apapun yang dikerjakan,
profesionalisme selalu diperhatikan. Bersungguh-sungguh,
bersemangat, berkorban, berkelanjutan dan berdasarkan ilmu
pengetahuan merupakan hal-hal yang mesti mendapat perhatian serius
dalam penunaian tugas-tugas yang diamanahkan.

[9]. Qodirun Alal Kasbi (Memiliki kemampuan usaha sendiri/mandiri)

Qodirun alal kasbi merupakan ciri lain yang harus ada pada diri
seorang muslim. Ini merupakan sesuatu yang amat diperlukan.
Mempertahankan kebenaran dan berjuang menegakkannya baru boleh
dilaksanakan manakala seseorang memiliki kemandirian terutama dari
segi ekonomi. Tak sedikit seseorang mengorbankan prinsip yang telah
dianutnya kerana tidak memiliki kemandirian
dari segi ekonomi. Kerana peribadi muslim tidaklah mesti miskin,
seorang muslim boleh saja kaya bahkan memang harus kaya agar dia
boleh menunaikan ibadah haji dan umroh, zakat, infaq, shadaqah dan
mempersiapkan masa depan yang baik. Oleh kerana itu perintah mencari
nafkah amat banyak di dalam Al Qur'an maupun hadis dan hal itu
memiliki keutamaan yang sangat tinggi.
Dalam kaitan menciptakan kemandirian inilah seorang muslim amat
dituntut memiliki keahlian apa saja yang baik. Keahliannya itu
menjadi sebab baginya mendapat rizeki daripada Allah (SWT). Rezeki
yang telah Allah sediakan harus diambil dan untuk mengambilnya
diperlukan kepakaran atau ketrampilan.

[10]. Nafi'un Lighoirihi (Bermanfaat kepada orang lain)

Nafi'un lighoirihi merupakan sebuah tuntutan kepada setiap muslim.
Manfaat yang dimaksud tentu saja manfaat yang baik sehingga
dimanapun dia berada, orang disekitarnya merasakan keberadaannya.
Jangan sampai keberadaan seorang muslim tidak menggenapkan dan
ketiadaannya tidak mengganjilkan. Ini bererti setiap muslim itu
harus selalu berfikir, mempersiapkan dirinya dan berupaya semaksima
mungkin untuk bermanfaat dan berperanan dengan baik dalam
masyarakatnya. Di dalam hal ini, Rasulullah (SAW) bersabda yang
bermaksud: "Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi
orang lain" (HR. Qudhy dari Jabir). Demikian secara umum profil
seorang muslim yang disebutkan dalam Al Qur'an dan sunnah. Sesuatu
yang perlu kita hayati dan amalkan pada diri kita masing-masing.

Monday, February 12, 2007

Hari Ini

Hari ini hari Isnin. Tarikh hari ini ialah 12 Februari 2007. Hari ini hujan. Pagi-pagi sudah hujan. Semalam pun hujan.

Aku datang awal ke uni hari ini, dengan semangat membara nak proceed with all the plans for my research. It is quarter past two now, and I am feeling a bit sleepy after having my lunch which was nasi beriyani.

A few task resulting from my last meeting with all the supervisors have been done today. I have emails DS, the statistic professor, only to be replied that he is on study leave and he had passed me over to RC. Wait and see what RC will say.

I also have develeped a brief description for students' project, in fact two projects. One regarding telephone survey protocols and the other is about developing a database system for the interviews.

Tomorrow I will be meeting HB to talk durther about GIS, CATI and some other issues regarding my mapping project. Seems like the business has started.

Eceeh, once speaking english haa... can not stop already. OKlah, got to continue with my work. tata..

Thursday, February 8, 2007

Tahun 2007

Sekejap aje rasanya dah masuk tahun 2007, maknanya dah setahun setengah aku kat sini. tahun ini jugak kalau ikutkan plan adalah tahun yang sibuk bagi aku. tahun ini aku akan buat data collection secara besar-besaran. Hari senin lepas aku dan 3 supervisor aku buat meeting. aku present kerja2 yang aku dah dan tengah buat, dan juga planning aku untuk tahun ni. Secara umumnya plan aku diterima. aku ada buat perubahan sikit sebanyak as kerja2 aku berjalan. Selain dari itu, tahun ini jugak satu perubahan besar akan aku lalui... aku akan menjadi AYAH, ABAH, BAPA, apalagi.... ringkasnya aku dah isteri akan menerima cahaya mata pertama kami. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami. Semoga semua berjalan lancar dan sihat.

Dalam research ni kita hanya boleh plan, tapi bila tiba masanya, kena la pandai kona kona sikit untuk memudahkan kerja dan mengatasi masalah. Nama pun 'research', kalau kita dah tau apa yang nak jadi tak payah la nak research. masa plan kadang kita tak nampak masalah problemnya, tapi bila time to execute the job, ada aja la yg tak kena. time ni lah kita jgn putus asa, cuba cari jalan penyelesaian instead of dok perusah hat tu jugak. time ni la kita kena kreatif, and the most important is sentiasa positif.

Ada orang bila berhadapan dengan masalah problem menangis, ada org hempuk buku (jgn hempuk laptop, lingkup susah), ada orang pi jalan2 makan angin, pi tengok wayang. Ada jugak yang bila tension melantak sampai tak hingat, ada jugak yang tak lalu makan sampai jadi kurus kering melayang bila angin mai tiup. Yang jenis mulut takdak insuran pulak, mengutuk sana sini, semua orang tak kena termasuk la diri sendiri. Ada yang berkurung dalam bilik, tak tau apa yang ditilik. Dulu slim macam Kylie Minogue, lepas bertapa debab macam tenuk. Takpalah apa2 pun, asalkan research berjalan sudah noo....

Tapi yang pasti, Tuhan Maha Mengetahui. Mengadulah, merayulah, merintihlah, berbicaralah, berdoalah, pada Ilahi. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Mengasihani. Selangkah kita menghampiriNya, sepuluh langkah Dia mendekati kita...

Ucapan Perasmian

Salaam...

Selamat datang kepada diri sendiri dan kepada sesapa yang tersesat datang melawat ke blog ini. Blog ini dilancarkan dengan rasminya pada hari ini, Khamis, 8 Februari 2007 bersamaan dengan 20 Muharram 1428h. Blog ini didedikasikan khas untuk diri sendiri, di mana pengisian, kandungan, luahan perasaan dan apa jua bentuk penulisan dan nukilan yang bakal diterbitkan adalah hasil diri sendiri dan tidak ada kaitan dengan sapa-sapa di atas muka bumi ini mahupun yang telah masuk ke dalam perut bumi, melainkan dinyatakan sumbernya.

Wassalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails