Kerana dirimu amat berharga

Thursday, February 8, 2007

Tahun 2007

Sekejap aje rasanya dah masuk tahun 2007, maknanya dah setahun setengah aku kat sini. tahun ini jugak kalau ikutkan plan adalah tahun yang sibuk bagi aku. tahun ini aku akan buat data collection secara besar-besaran. Hari senin lepas aku dan 3 supervisor aku buat meeting. aku present kerja2 yang aku dah dan tengah buat, dan juga planning aku untuk tahun ni. Secara umumnya plan aku diterima. aku ada buat perubahan sikit sebanyak as kerja2 aku berjalan. Selain dari itu, tahun ini jugak satu perubahan besar akan aku lalui... aku akan menjadi AYAH, ABAH, BAPA, apalagi.... ringkasnya aku dah isteri akan menerima cahaya mata pertama kami. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami. Semoga semua berjalan lancar dan sihat.

Dalam research ni kita hanya boleh plan, tapi bila tiba masanya, kena la pandai kona kona sikit untuk memudahkan kerja dan mengatasi masalah. Nama pun 'research', kalau kita dah tau apa yang nak jadi tak payah la nak research. masa plan kadang kita tak nampak masalah problemnya, tapi bila time to execute the job, ada aja la yg tak kena. time ni lah kita jgn putus asa, cuba cari jalan penyelesaian instead of dok perusah hat tu jugak. time ni la kita kena kreatif, and the most important is sentiasa positif.

Ada orang bila berhadapan dengan masalah problem menangis, ada org hempuk buku (jgn hempuk laptop, lingkup susah), ada orang pi jalan2 makan angin, pi tengok wayang. Ada jugak yang bila tension melantak sampai tak hingat, ada jugak yang tak lalu makan sampai jadi kurus kering melayang bila angin mai tiup. Yang jenis mulut takdak insuran pulak, mengutuk sana sini, semua orang tak kena termasuk la diri sendiri. Ada yang berkurung dalam bilik, tak tau apa yang ditilik. Dulu slim macam Kylie Minogue, lepas bertapa debab macam tenuk. Takpalah apa2 pun, asalkan research berjalan sudah noo....

Tapi yang pasti, Tuhan Maha Mengetahui. Mengadulah, merayulah, merintihlah, berbicaralah, berdoalah, pada Ilahi. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Mengasihani. Selangkah kita menghampiriNya, sepuluh langkah Dia mendekati kita...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails