Kerana dirimu amat berharga

Friday, December 31, 2010

Celebrating 2011

While many people are celebrating the New Year by having parties, concerts and of course fireworks, yet only a few may realize that with another year passing by we are coming closer and closer to the end of our life.  To celebrate or not to celebrate is not a big deal, but how you celebrate it is the main issue. Some people predict that nine month from tonight there will be many babies born without fathers. Well, that's part of the product of the celebration aye...

An Aussie caterpillar eating a gum leaf. Our life is just another type of metamorphosis, but every time we change form, we move to a different world.

May this new year brings us more happiness and success, in this world and for the hereafter. Happy New Year.

Thursday, December 30, 2010

A Year In Memory

Quite busy for the last few days, bermula dari cuti dan lepas masuk semula office, maka banyaklah kerja yang perlu dibereskan.

The year 2011 is just around the corner. I just want to recap all the suka-duka sepanjang 2010...

JANUARI
Kereta telah dijual kepada seorang Aussie, maka ke mana-mana pun berjalan kaki atau naik public transport.
Persiapan untuk pulang ke Malaysia bermula. Barang-barang rumah mula di jual di eBay, atau kepada pelajar baru. Ada juga yang dipass-down secara percuma turun-temurun. Barang-barang yang nak dibawa pulang mula disumbat ke dalam kotak yang dibeli di Kennards. Walaupun masih bersedih dengan pemergian abah, namun hidup perlu diteruskan.


FEBRUARI
Last visit to Wollongong. The background is the scenery of part of NSW south coast.
Semasa menumpang di Malaysia Hall sementara menunggu flight balik, mama aiman mengalami keguguran. Tak ada rezeki maka terimalah takdir Tuhan. ALhamdulillah kawan-kawan banyak membantu. Terpaksa menunda flight seminggu ke depan. Thanks a lot to family Abg Zali & family kerana sudi tumpangkan rumah, malah pinjamkan keretanya. Missing Sydney.


MAC
First trip jalan-jalan to Kuala Terengganu.


 Kehidupan berkeluarga di rumah sendiri bermula, selepas berhempas pulas membersihkan rumah yang disewakan kepada budak-budak bujang kolej yang ditinggalkan seperti tongkang pecah. Aiman juga mula pergi sekolah. Aktiviti makan luar makan di luar bertambah kerana macam-macam makanan nak dicuba selepas beberapa tahun tak jumpa.

APRIL
Kita juga kan 'padam' suatu hari nanti...
Life goes on. Namun pada bulan ini perginya seorang kenalan yang juga sahabat rapat mama aiman menemui Ilahi. Tinggallah tiga anak-anak yang masih kecil serta suaminya. Alhamdulillah dengar berita sahabat saya ini telah pun memilih ibu baru untuk anak-anaknya minggu lepas, majlis rasminya coming soon.


 MEI
Tersengih tengok kek dia yang gedabak besar.

Aiman turned three. Kalau babah and mama saja jangan harap nak dapat kek besar tu, hadiah lagi. Untung la hang aiman jadi cucu sulung... Bulan ini juga terjadinya peristiwa 'diketuk' di lebuh raya. Kejadian berlaku di Karak Highway, kerosakan yang hanya melibatkan kos sekitar ratusan ringgit dikenakan sampai ke ribu hengget.


JUN
Masih bermain dengan kamera, menguji ilmu close-up di halaman rumah mama.

Pulang ke Taiping, kenduri arwah di Masjid Al-Falah. Tiada lagi ucapan Happy Father's Day buat abah, hanya doa yang tidak putus-putus dapat ku utuskan... 

JULAI
Pekena ayaq nyoq segaq di Mini Zoo Taman Teruntum. Lama tak ke sana, musim hujan ni.

Penulisan thesis masih diteruskan, keadaan makin kritikal ketika itu. ALhamdulillah saya mendapat bantuan dan sokongan semua, terutamanya penyelia di Australia. Walaupun berhubungan dengan internet, segalanya berjalan lancar.
OGOS
Berjaya menangkap gambar bulan purnama dari halaman rumah.
Ulangtahun perkahwinan kami yang ke-6, dan pertama kali menyambutnya di Malaysia. Berpuasa di Malaysia dirasakan sangat meriah dengan  'pesta makanan' di sana sini. Di saat Malaysia menyambut hari kebangsaan, saya juga menyambut hari merdeka kerena berjaya menghantar thesis untuk pemeriksaan pada 31 Ogos 2010. Masih berdebar menantikan keputusannya awal Januari 2011 nanti.


SEPTEMBER
First raya without abah around. Namun mama tetap meneruskan tradisi membuat ketupat palas sendiri. What we were missing was abah's cooking.
Dengan rasminya mula masuk kerja semula pada 1 September 2010. Maka bermulalah rutin hari-hari yang indah dan ceria sementara menunggu tahun 2035 menjelma... hehe...


OKTOBER
Membantu Aiman meniup tepung. Nak harapkan Aiman tiup, tepung tak terjejas langsung.
Program 'hari keluarga' jabatan dilangsungkan di Cherating. Dapatlah berkenalan dengan rakan-rakan setempat kerja yang rata-ratanya muka-muka baru bagi saya, dan saya pula muka baru bagi mereka walaupun saya mula berkhidmat sejak 2003 lagi. Dan lagi, aktiviti ber'rumah terbuka' sempena Aidil Fitri diteruskan, dan berat badan naik dengan jayanya...


NOVEMBER


Hairan, hanya gambar bobby dalam folder bulan 11. Waktu kenduri raya haji saya guna kamera orang lain.
Genap setahun pemergian abah ke rahmatullah. Sempena raya haji, pertama kali keluarga besar kami menjalankan korban secara gotong royong beserta kenduri di rumah Tam. Saya banyak belajar sesuatu yang baru. In addition, kerana adanya yang tidak dapat menerima khilaf serta berlapang dada dalam memberi dan menerima pendapat, maka saya akan lebih berhati-hati dalam menyuarakan pendapat di masa hadapan demi menjaga keharmonian.


DISEMBER
Colmar Tropicale, Bukit Tinggi.
Saya berpeluang mengambil cuti panjang, 9 hari berturut termasuk hujung minggu. Bermula di Bukit Tinggi, cuti dihabiskan di Gombak dan di Taiping. Antara acara termasuklah program mengacau bubur asyura seperiuk besar dan diagihkan, kenduri doa selamat serta makan-makan meraikan persaraan Maksu saya. Yang terbaru adalah kemenangan Malaysia ke atas Indonesia dalam sukan bolasepak piala Suzuki yang memungkinkan kita mendapat long weekend  minggu ini.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011

Wednesday, December 29, 2010

Kereta Kuda Merah

Sometimes I wish we were in the days where nature was still preserved, people don't know how pollution would be like, when we can drink water straight from the stream, eat chickens from our own backyard, and life could be very simple you don't have to go to uni and work so hard to have a good living... And this red horse carriage would be my favourite choice of  transportation...

Wednesday, December 22, 2010

Aiman San in Japan

Makan nasi berulam timun,
Bukit Tinggi tempat persinggahan,
Indah dan tenang di Taman Jepun,
Tempat Aiman buat kenangan.


"Apa tengok-tengok belakang I?"


Travelling from Kuantan to KL through Karak Hiway, you will see the exit junction to Bukit Tinggi. So this time round we really made the trip to Trauma Colpitale Colmar Tropicale and spent some time on the highland. It was quite different with more new buildings compared to the last time we went there nearly a decade ago.

But time was very limited I wish I can stay longer. I really love the tranquility and green nature. Ada sapa-sapa nak jual tanah murah-murah kat situ?











Sunday, December 19, 2010

Twisted Tongue

For many Malaysians, most of us can speak at least two languages; Malay and English. I sometimes wonder how the brain works - switching between languages. When I was in Australia, some of my Aussie friends were surprised when I told them we Malaysian can speak more than one language fluently, when most of them can only speak and understand English.

Picture from Mr Google.
I am sure many of us have tried to read the tongue-twister phrases like this: She Sells Seashells On The Sea Shore. Some can read it out without getting their tongue twisted, while others may have difficulties making it right. While we always read English tongue-twister, it is also common to have your tongue twisted when saying things in your own language, let alone other foreign languages.

For example, let's get through these true stories...

Story one:
A family of three was traveling in a car from Putrajaya to KL. When passing by the UPM green grazing area, they saw a herd of big fat cows grazing in the field. Excited to see such big and fat cows, the father then said to his son, "Aiman, look on your left! Lemuk gumbunyaa!"
*I believe he wanted to say  'gemuknya lembu tuu'

Story two:
The same family was in a car traveling from Kuantan to KL. The son was sleeping all the way long, tired. It was quite boring driving in the highway. When they were going through the Karak highway, they saw the signboard saying 'Bukit Tinggi'. Breaking the silence, the father said, "Lama kita tak pergi Trauma Colpitaley kan!" Then their son, called Aiman, woke up because of the outburst of laughters.
*err... I reckon it was 'Colmar Tropicale'

Always making joke of her husband's twisted-tongue, the wife is compiling those 'new vocabularies' arisen from her husband's mouth, jotting down those words or phrases into her hand-phone. She even published some of them in her FB status, hahaha...

Well, try this fast and try not to get shit, hehe:

I saw Susie sitting in a shoe shine shop.
Where she sits she shines, and where she shines she sits.


Friday, December 17, 2010

Tak Malu

Sedar atau tidak, Allah itu maha pengampun. Kenapa? Kerana walaupun kita terlupa untuk memohon ampun, ada dosa-dosa kecil kita tetap diampunkan, contohnya ketika mana kita melakukan amal dan kebaikan seperti mengambil wuduk, berjalan ke masjid, hatta dengan hanya memegang tangan isteri juga boleh menggugurkan dosa-dosa kecil.

Kita adalah manusia yang tidak dapat lari dari melakukan dosa, sama ada dosa besar, terutamanya pula dosa-dosa kecil. Perlu juga diingatkan, bila mana dosa-dosa kecil dilakukan berulang kali, atau merasa perbuatannya tidak mengapa kerana ia hanyalah dosa kecil, maka tarafnya menjadi seperti dosa besar. Maka sewajarnyalah kita memohon ampun dan bertaubat kepada Allah setiap hari. Yang lebih parah lagi, ada yang tidak merasa berdosa apabila melakukan dosa atau melanggar perintah Allah.

Namun ramai di antara kita, mungkin termasuk juga saya, sering bertangguh untuk memohon ampun dan bertaubat serta untuk melakukan kebaikan. Ada yang merasa masih muda dan sihat, mana mungkin akan mati sebelum sempat bertaubat. Ada juga yang berfikir, amal kebajikan telah banyak dilakukan, mana mungkin akan masuk ke neraka disebabkan dosa yang sedikit, lalu menangguhkan taubat. Astaghfirullah...

 

Jangan tertipu dengan mudanya usia,
kerana mati bukan syaratnya tua.
Jangan tertipu dengan sihatnya kita,
kerana mati bukan syaratnya sakit...


Dalam kehidupan kita mengejar dunia, kadang-kadang kita terlupa matlamat akhir dan tujuan penciptaan kita. Oleh sebab manusia mudah lupa, maka itulah perlunya diberi peringatan dari masa ke semasa. Ini penting untuk menarik semula kita berada di atas landasanNya, back on track, kerana kita sering tersasar. 

Renung dan nikmati alam ciptaan Tuhan, fikirkan apa pengakhiran kita...
Hari Jumaat tiba lagi. Khatib menyampaikan khutbah tentang taubat hari ini, seperti yang saya rumuskan di atas sebagai sedikit perkongsian. Untungnya menjadi lelaki, setiap minggu akan diberikan peringatan-peringatan seumpama ini - seandainya tidak dibuai mimpi indah atau berada di dunia sendiri - dengan harapan tok khatib tak syok sendiri. Maka bagi yang bergelar suami, perlu memanjangkannya pada si isteri, yang kebanyakannya mengambil kesempatan bershopping bersama sahabat-sahabat sejati. Maklumlah, waktu rehat panjang...

Tapi sekarang ramai juga lelaki yang tak berapa nak malu. Mengikut laporan isteri saya dulu, time orang solat Jumaat, boleh pulak lelaki-lelaki ni duduk di KLCC, lepak-lepak, hisap rokok. Mungkin depa ni musafir kot, atau period barangkali...

Wednesday, December 15, 2010

Tali Pinggang

Satu hari ketika menunggu lif untuk turun ke masjid, seorang rakan memegang talipinggang saya dan berkata...

"Ini dah lubang hujung dah ni!"


Saya pun memulakan cerita ... 


"Ini talipinggang (hantaran) kahwin ni. Masa mula-mula pakai dulu guna lubang hujung ni (saiz paling kecil). Lepas 6 tahun terpaksa guna lubang hujung ni pulak (sambil merujuk kepada lubang yang paling akhir)"


Seorang rakan lagi menambah ... 


"Aku punya talipinggang kahwin dah lama tak boleh pakai, hehe... "


Tiba-tiba satu lagi rakan yang masih maintain berkata ... 

"Nampaknya nak dapat talipinggang baru kena kahwin lagi la! Hahaha ..."

Gitulah antara perbualan 'biasa' orang lelaki.


This was Aiman's view, not sure what he wanted to capture while holding the camera. And it was NOT my tummy hokeyy!
 
Saya rasa saya not too bad la, sebab tali pinggang Braun Buffel saya ni cuma ada 3 lubang. Jadi 6 tahun berpindah 2 lubang talipinggang, OK what. Yang bagus lagi, kualitinya masih elok. Kulitnya tak terjejas dimakan usia, nak dibandingkan dengan talipinggang yang kononnya 'genuine leather' lain yang pernah melilit pinggang saya. It comes together with my wallet, yang juga masih saya gunakan day-in-day-out.


Agak-agak la, kalau orang pompuan, dalam masa 6 tahun dah berapa kali tukar purse dengan hand-bag yer...

Saturday, December 11, 2010

Kecil Menjadi Kawan

Kata pepatah, api kecil menjadi kawan, besar menjadi lawan.

Small and under-controlled fire has many usage; from cooking to barbecuing and burning up evidences. But no one would like it to lick up your properties, and it can happen within a split second. Throughout the history, only Prophet Ibrahim survived staying in the flames.

I was reading the online news about the burnt down shop-houses in Trengganu claiming human lives, when the Buletin Pagi reported 5 family members were drowned while trying to save one of them from drowning. They were picnicking in one of the beaches of Trengganu when the tragedy happened.

My advice, musim-musim hujan monsoon ni toksah dok tebiang la nak mandi laut jugak. Even though it looks fine on the surface, we don't know the sea current at the bottom,unpredictable.

Air setempayan menjadi kawan, selautan boleh kelemasan.

Budak-budak pantang jumpa air, baik setempayan mahupun selautan. Parents need to keep an eye on them all the time.

Wednesday, December 8, 2010

Dia Sudah Berteman

Dia sudah berteman. Begitulah...

Introducing Lily, the young hen.

Beberapa minggu lalu saya telah menulis tentang mempertemukan jodoh mereka berdua. Nah, sekarang sudah menjadi teman sejati, memang serasi nampak gayanya.


Bobby sudah semakin eksyen dengan saya semenjak mendapat bini muda. Kalau dulu suka bermanja dengan saya, sekarang asyik nak berkepit saja dengan si dia. Dulu galak berkokok memanggil-manggil tuannya, sekarang sudah kurang sedikit. Pantang amat jika saya hendak memegang bininya, terkinja-kinja gayanya seperti minta dilepaskan bininya itu.

Namun Bobby tetap lebih jinak dan bersopan berbanding bini mudanya. Ketika makan di tangan, Bobby lebih teliti dan tangan tidak dipatuk sesuka hati. Maklumlah orang tua. Tetapi Lily sebaliknya lebih ganas, biasanya akan tumpah berselerak akibat patukannya yang kuat. Bulu di tengkuk Bobby juga ada yang tercabut dipatuk Lily. Nasib kau la Bobby...

Pasangan romantis
 Moga-moga perhubungan mereka bertahan lama dan akan membuahkan menelurkan hasil hendaknya...

Saturday, December 4, 2010

Marriage: Make A Choice and Make It Work

Cuti-cuti sekolah ni, ramai orang ambil kesempatan buat kenduri kahwin, termasuklah beberapa orang sahabat saya. Esok salah seorang sepupu saya akan bertunang. Minggu sudah adik wife saya mengikuti rombongan merisik ke rumah calonnya. Dua-dua lelaki. Satu pilihan sendiri, satu pilihan keluarga. Saya doakan perancangan kedua-duanya akan berjalan lancar, sementara menunggu hari disatukan nanti. Orang kata time ni darah manis. Tak tau lah apa maksud sebenarnya.


Tujuan berkahwin bukanlah sekadar untuk menghalal antara seorang lelaki dengan seorang perempuan, malah matlamat utamanya ialah menuju syurga. Banyak perkara yang kita perlu pelajari dan bersiap sedia sebelum dan selepas berkahwin. Begitu juga banyak lagi yang akan kita pelajari melalui proses pengalaman selepas berkahwin. Antara yang boleh saya tuliskan sedikit di sini tentang tugas dan tanggungjawab seorang suami :

1. Ketua keluarga.
Nama pun ketua, maka dalam banyak hal, dia perlulah mengetuai atau mendahului. Sebagai persediaan, perlulah dia mempunyai ilmu yang cukup untuk menjadi ketua. Antara yang penting ialah menjadi ketua ketika solat, imam lah tu. Mana boleh nak tolak bini ke depan untuk jadi imam ketika solat.

2. Pembuat keputusan atau Hakim
Suami isteri perlu sentiasa berbincang dalam segala hal. Kata pepatah, sepakat membawa berkat. Namun keputusan terakhir berada pada suami, membuat keputusan dan bertanggungjawab keatasnya. Namun untuk menjadi seorang pembuat keputusan yang adil juga memerlukan ilmu yang cukup. Kalau kita biasa beranggapan konsep sama rata itu adalah adil, itu sebenarnya silap. Contoh mudah, kalau kita ada beberapa orang anak, untuk bersikap sama rata katanya, kita membelikan beg sekolah Doraemon untuk semua anak2 kita, baik yang di tingkatan lima mahupun yang di darjah satu. Nampak kurang adil di situ kan. Adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Di sinilah perlunya pertimbangan jitu seorang suami atau ayah. Kalau ianya tiada hubungan dengan hukum syariat, maka lebih mudahlah untuk membuat keputusan. Tapi apabila berkait dengan syariat, perlu dinilai berdasarkan hukum sebelum membuat keputusan. Contohnya, apabila berlaku pertembungan antara kepentingan ibu dengan isteri, maka seorang anak lelaki mesti mengutamakan ibunya dahulu. Jangan dah dapat isteri cantik dan kaya, ibubapa dipinggirkan.

3. Berijtihad
Dalam keadaan tertentu suami atau ayah juga perlu berijtihad demi kemaslahatan 'rakyat' di bawah tanggungannya. Satu contoh, suatu hari kita sekeluarga pergi melancong. Tiba di hotel, waktu asar sudah hampir luput. Negeri orang putih pulak, bilik hotel tidak disediakan penunjuk arah kiblat. Kompas kiblat pula terlupa nak dibawa. Handphone pulak kodi, tiada kompas. Maka pada ketika itu menjadi tanggungjawab suami untuk menggunakan segala ilmu dan kemampuannya untuk berijtihad menentukan ke mana perlu mengadap untuk menunaikan solat. Begitu juga dalam memastikan makanan yang masuk ke dalam rumah dan dimakan ahli keluarga sama ada halal atau tidak, di bawah tanggungjawab suami. Tapi kalau si suami itu jahil, zero, nehi, macamana ya...

4. Memberi nafkah
Jangan dok ingat nafkah ni yang batin ittew saja. Yang utama lagi ialah makan minum, pakaian dan tempat tinggal. Walaupun isteri kaya meliana (milionnaire kata orang putih), nafkah adalah wajib keatas suami. Makan minum untuk sehari semalam mengikut kebiasaan setempat, pakaian sepersalinan setiap tahun ikut keperluan, dan tempat tinggal yang selayaknya. Nafkah ini hanya gugur sekiranya isteri kata, "takpalah bang, saya gugurkan hak nafkah makan pakai saya, biar saya beli sendiri." Nafkah yang seringkali kita terlalai ialah nafkah emosi, di mana suami perlu memberikan rasa ketenangan, kebahagiaan dan rasa selamat selama berada di sisi kita, di rumah kita.
Pada usia rumahtangga yang baru mencecah 6 tahun,  masih banyak yang perlu kami dipelajari.






5. Pembimbing dan pendidik
Ini merupakan tugas dan tanggungjawab yang penting. Suami perlu mendidik dan membimbing isteri dan anak-anak tentang segala hal; duniawi dan ukhrawi. Saya terpaksa belajar semula fiqh wanita, yang sebelum ini saya tak ambil kisah. Ialah, kita lelaki ambil tahu hal lelaki je lah. Tapi lepas kahwin, kena tahu pasal hukum haid, nifas, wiladah dan sebagainya. Suami juga mesti menjadi suami yang soleh kepada isteri dan anak yang soleh kepada ibunya sendiri, untuk persediaan mendapatkan isteri yang solehah dan anak-anak yang soleh dan solehah. Andaikata suami kurang ilmu, maka hendaklah sedaya upaya menuntut ilmu dan menyampai serta amalkan dalam keluarga. 

Banyak lagi perkara yang hanya akan kita pelajari dan ketahui as the time goes by. Ternyata, ia bukanlah suatu yang mudah yang kita boleh go with the flow. Sebagai kesimpulan, untuk berjaya dalam institusi perkahwinan memerlukan kepada ilmu dan persediaan diri yang cukup. Berbagai cara mencari ilmu pada zaman sekarang; buku, kuliah, ceramah, kelas pengajian, internet; terpulanglah. Sebagai permulaan, wujudkan rasa MAHU dulu, kemudian akan datang USAHA atas MAHU. Perubahan dalam kehidupan pasti akan berlaku. Kejayaan mutlak seorang suami dan ayah ialah apabila dia berjaya membawa bukan sahaja dirinya ke syurga, malah seluruh ahli keluarganya bersama.

You have made a choice to get married, now you have to make it work. Selamat bertunang dan selamat mendirikan rumahtangga!



:: Sebagai peringatan untuk diri sendiri terutamanya. 

:: Ada orang mintak saya bagi sepatah dua kata untuk adik-adik ni, tapi saya reti nak bagi nasihat melainkan kat isteri dan anak. Maka saya tulis je lah kat sini.

Wednesday, December 1, 2010

Foodborne Ilness: الوقاية خير من العلاج

Posting lepas saya cerita sedikit berkenaan cross contamination iaitu pencemaran bersilang. Ia hanya satu daripada cara kita terdedah kepada keracunan makanan. Mungkin ramai berpendapat, selama ni kita dok makan di kedai tapi tak pernah pun kena sakit perut dan sebagainya walaupun kita nampak yang dapur dan persekitarannya tak lah berapa bersih sangat. Jadi buat apa terlalu menjaga kebersihan dapur di rumah sendiri. Paling koman pun, kalau kena, sakit perut jer. Tapi sebenarnya... bergantung kepada jenis jangkitan dan juga ketahanan badan ... sekali kena ada yang boleh membawa maut.


Alkisah terdapat tiga bentuk bahaya yang dibawa makanan iaitu biologikal (bakteria, virus, parasite, kulat), kimia (toxin tumbuhan dan haiwan, bahan kimia pertanian dan industri) dan juga bahaya fizikal (kaca, tulang, plastik, besi dsb). Paling banyak menyebabkan keracunan makanan ialah bakteria. Antara bakteria yang glamour sebagai penyebab keracunan makanan ialah Salmomella, Staphylococcus aureus dan E.coli.

Bakteria menyebabkan penyakit melalui tiga cara. Pertama dan yang paling banyak berlaku, kita termakan makanan yang dihinggapi bakteria, dan ia membiak di dalam usus menyebabkan jangkitan. Kedua, bakteria membiak pada makanan dan mengeluarkan toxin yang menyebabkan keracunan kepada orang yang memakan makanan tersebut. Ketiga, bakteria pada makanan yang kita makan menghasilkan toxin setelah berada di dalam usus, yang juga menyebabkan keracunan makanan.


Bakteria ada di mana-mana. Dalam kuantiti sedikit, kebanyakannya tidak mendatangkan bahaya. Tapi pantang dapat peluang, bila keadaan sesuai, ianya membiak dengan cepat, dan risiko keracunan meningkat. Contohnya Staphylococcus aureus. Hampir separuh orang yang sihat membawa bakteria ini di dalam tekak dan saluran pernafasan serta kulit, terutamanya di luka-luka kecil dan calar. Maka ianya terlalu mudah untuk tersebar melalui batuk dan bersin serta sentuhan tangan. Bila ianya landing di tempat yang sesuai, maka bekembang biaklah mereka dan malanglah nasib orang yang menelannya. Oleh sebab itulah kita perlu sentiasa menjaga kebersihan makanan. Pastikan proses penyediaan dan penyimpanan makanan tidak memberi peluang kepada bakteria untuk membiak.


SUHU
Suhu persekitaran amat mempengaruhi pembiakan dan keberlangsungan bakteria. Zon Bahaya ialah sekitar 16-60 oC. Memasak (sekitar 74-100 oC) akan membunuh bakteria. Dalam peti sejuk, pertumbuhan bakteria diperlahankan, dan sejukbeku adakan menghentikan pertumbuhan bakteria, tetapi tidak mati.




AMALAN untuk mengurangkan risiko keracunan makanan:


a. Pastikan makanan betul-betul masak, terutamanya ayam, daging dan seafood.
b. Simpan dalam peti sejuk sebaik sahaja makanan berhenti mengeluarkan wap. Suhu peti sejuk/fridge mesti kurang dari 4 oC, dan  sejukbeku/freezer sekitar 0 hingga -18oC.

c. Semasa memanaskan makanan, pastikan ianya dipanaskan secara sekata tanpa meninggalkan 'cold spot'. Cold spot selalu berlaku bila kita memanaskan makanan dalam microwave. Pastikan juga suhu mencapai sekitar 80 darjah. Nak senang hati kasi mendidih terus.
d. Jangan makan makanan berkulat. Tapi ada juga kulat yang berguna contohnya dalam pembuatan tempeh dan cheese. Yang itu dah dikenalpasti selamat, takpa lah.
e. Jangan beli tin yang kemek atau bocor.
f. Jangan ambil susu atau makanan dalam kotak yang kelihatan menggelembung atau kembang. Ia menandakan penghasilan gas hasil daripada aktiviti bakteria.
g. Practice general sanitation of the food preparation area (Dapoq la tu).  
h. Common sense please. Kalau rasa tak sedap hati atau dok nampak risiko, jangan dok ingat 'takpa kot'. Contohnya lalat banyak. "Takpa aih, lalat saja. Makhluk Allah jugak." Gagah-gagah la sikit tolong halau.



Memanglah bukannya tiap-tiap hari orang terkena keracunan makanan. Kita jarang terkena keracunan makanan kerana biasanya makanan yang kita makan masih panas atau baru dimasak. Kalau di kedai pula, biasanya masakan terus dimasukkan ke dalam bekas atau pinggan terus daripada kuali/periuk, tidak tersentuh alat-alat yang tercemar. Maka cross contamination tidak berlaku. Kuman pun tak dan membiak. 

Adab makan juga diajar orang tua kita, dan ianya amat membantu. Jangan ambil lauk dalam periuk dengan tangan, tapi ceduk guna sudu ka, senduk ka. Jangan batuk/bersin depan makanan. Jangan banyak bercakap masa makan. DOA dan bismillah jangan lupa. Apa lagi? Semuanya baik untuk diamalkan bukan?

Kalau kita terkena kuman yang kurang merbahaya mungkin boleh kata 'takpa, sikit ja', tapi tiba-tiba terkena yang membawa maut, menyesal tak sudah. Takpa takpa tinggal celepa...

Lama tak buat kailan steam oyster sauce ni...



::: Peringatan untuk diri sendiri terutamanya, yang malas nak lap dapoq lepas masak.
::: Ni baru cerita bab bakteria. Bab virus, parasit, kulat, cacing, pesticide belum lagi. Tapi memadailah, sebab bakteria penyumbang terbesar (~80%) keracunan makanan.
::: Saya tak cerita bab treatment,  serah kat doktor lah bab tu. Yang utama, mencegah lebih baik dari mengubati... الوقاية خير من العلاج

Friday, November 26, 2010

Pencemaran Bersilang / Cross Contamination

Food Safety atau keselamatan makanan adalah pengetahuan penting yang perlu ada pada semua orang. Keracunan makanan boleh berlaku di mana-mana sama ada di rumah, warung, hotel, cafe dan majlis keraian, di mana sajian makanan merupakan antara elemen penting. Antara punca utama keracunan makanan berlaku adalah pencemaran bersilang atau cross contamination .

Pencemaran bersilang ialah pemindahan mikroorganisma merbahaya daripada satu item makanan kepada makanan yang lain melalui perantaraan sentuhan permukaan seperti tangan, papan pemotong dan peralatan lain. 



Pencemaran bersilang berlaku apabila kuman atau bakteria dipindahkan terutamanya daripada makanan mentah, seperti daging dan sayuran segar, kepada makanan sedia untuk dimakan (ready-to-eat food) seperti nasi, lauk dan salad. Makanan yang sedia untuk dimakan tidak akan melalui proses memasak lagi, maka pencemaran yang berlaku pada ketika itu akan membawa kepada keracunan makanan. Oleh sebab itu, pengendalian makanan yang telah dimasak dan akan dimakan terus amat perlu dipelihara akan kebersihannya, dari segi pengendali dan juga alatan yang digunakan yang bersentuhan dengan makanan yang dikendalikan.


Adalah amat penting untuk kita mengelakkan risiko pencemaran bersilang dan sentiasa berhati-hati ketika mengendalikan makanan. Antara langkah asas yang perlu diambil adalah seperti:

1. Tutup makanan yang sedia untuk dimakan.
Usahakanlah untuk menutup makanan yang telah siap untuk dimakan seandainya belum tiba waktu makan. Lalat dan juga udara antara punca pencemaran makanan. Walaupun kaki lalat itu kecil di mata kita, namun bagi kuman ianya merupakan 'pengangkutan awam' yang amat efisien dan cepat.


2. Asingkan penggunaan papan pemotong untuk daging mentah, sayuran dan juga makanan yang siap untuk dimakan.

-Jangan sesekali mengambil mudah perkara ini. Papan pemotong yang kelihatan bersih pada mata kasar biasanya masih mempunyai kuman dan bakteria yang terlekat padanya, terutamanya yang diperbuat daripada papan dan plastik. Papan pemotong lama yang penuh dengan bekas-bekas tetakan dan hirisan merupakan 'syurga' untuk pembiakan kuman, kerasa sisa-sisa makanan dan darah mudah terlekat. 
-Jika tidak mampu untuk menyediakan papan pemotong khas untuk setiap kategori makanan, maka basuh dengan betul-betul bersih menggunakan air suam sebelum menggunakan papan pemotong sama untuk jenis makanan yang berbeza. Yang penting, ianya adalah memang dibuat sebagai 'papan pemotong' atau chopping board, bukannya jubin lantai lebihan renovation rumah atau papan katil dan sebagainya. Lebih-lebih lagi semasa mengendalikan makanan yang siap untuk dimakan, seperti ketika mengoyak daging ayam rebus untuk soto dan memotong ketulan daging lembu rebus untuk dicicah dengan air asam... hmmm sedapnya!


3. Simpan makanan yang siap dimasak di rak bahagian atas peti ais, tinggi daripada makanan mentah yang harus diletakkan di rak bahagian bawah.
Ini kerana jika berlaku kebocoran pada bekas penyimpan bahan mentah tadi, air yang menitik boleh mencemarkan makanan siap dimakan yang berada di bawahnya dan ianya mungkin (biasanya) mengandungi kuman dan bakteria merbahaya.


4. Asingkan daging mentah daripada makanan yang siap untuk dimakan.
Daging mentah merupakan medium terbaik untuk pembiakan bakteria. Asingkan bekas menyimpan daging mentah daripada makanan siap dimasak. Jangan diletakkan pada rak yang sama di dalam peti ais.

5. Bersihkan peralatan yang telah bersentuhan dengan bahan mentah terutamanya daging dan telur setiap kali selepas digunakan.
Ini termasuklah sinki dan permukaan meja penyedian makanan, selain daripada tangan, papan pemotong dan pisau. Antara yang kita selalu terlupa ialah tuala dapur, kadang-kadang sampai kusam masih lagi pakai kain yang sama. Kain itulah untuk mengangkat periuk panas, itulah untuk lapik pinggan, itulah juga untuk mengelap peralatan dsb.



Kegagalan dan kecuaian dalam memastikan risiko pencemaran bersilang dapat dielakkan mungkin akan menyebabkan keracunan makanan. Antara tanda-tanda keracunan makanan ialah cirit-birit, loya, muntah, dan kekejangan otot abdomen (memulas, sakit perut dsb.) Biasanya ia akan hilang dalam masa 3-5 hari. Jika keadaan menjadi semakin teruk disertai dengan demam atau sakit kepala, pastikan anda mendapat rawatan lanjut. 


Abu Aiman
19 Zulhijah 1431
26 Nov 2010

Monday, November 15, 2010

Takkan Lari Gunung Dikejar

Sebelum meneruskan cerita, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Bagi yang pulang beraya, berhati-hati di jalan raya. Musim2 hujan ni, jalan terlebih licin, jarak penglihatan juga terbatas. Biar lambat asal selamat.

Kami juga akan pulang beraya insyaAllah. Kali ini bukan sahaja sekadar untuk beraya dan menyembelih korban, tetapi juga membawa hajat yang besar.

Kumbang terbang di sini-sana,
Ingin menyunting bunga di taman,
Sudah lama tuan menduda,
Sampai masa untuk berteman.

Alhamdulillah, setelah beberapa bulan menduda, salah seorang ahli keluarga kami akan bertemu jodoh yang baru. Puas juga saya tolong merisik ke sana ke mari. Bila bertemu yang berkenan di hati, dikhabarkan sudah ada yang punya. 

Akhirnya berita gembira yang ditunggu pun tiba. Khabar disampai melalui saudara. Sudah bertemu calon yang sesuai, hanya menanti untuk ditanda. Masing-masing belum pernah bersua. Saya sendiri belum pernah bertemu dengan pihak sebelah sana, hanya risik-merisik melalui keluarga sahaja. Namun atas dasar menjalankan tanggungjawab, saya sendiri yang akan membawa pulang dan mempertemukan pasangan ini selepas raya nanti, insyaAllah.

Dewasa ini ramai yang berpendapat  bahawa perkahwinan berdasarkan family arrangement agak ketinggalan zaman dan kolot, namun bagi pasangan ini, walaupun jodoh mereka kelak merupakan hasil pilihan keluarga, tiada suara bantahan yang kedengaran. Diharapkan semoga mereka akan bahagia bersama.



Takkan lari gunung dikejar. Jodohmu akan kubawa pulang
Bobby dengan gaya angkat kaki.








Friday, November 12, 2010

Abah: Setahun Sudah Pemergianmu

Begitu pantas masa berlalu.  Rasa baru sahaja saya menukilkan saat-saat akhir abah di blog ini. Dan tarikh itu datang lagi, sesudah setahun perginya Abah ke alam baqa.


Sejak abah tiada, pelbagai perubahan berlaku. Mama merupakan insan yang paling terkesan. Masakan tidak, banyak urusan seharian yang di bawah tanggungjawab abah, sekarang terpikul di bahu mama. Mama mengalami sedikit kejutan. Anak-anak mengajak mama untuk tinggal bersama, tapi mama tetap mahu terus berada di rumahnya. Seumur hidup, mama tidak pernah keseorangan di rumah. Selepas abah tiada, mama terpaksa belajar bersendirian. Mama masih kuat di usianya menjangkau 70 tahun. Dia masih gagah membawa kereta ke kelas pengajian, dan sesekali menziarahi pusara abah. Alhamdulillah mama kini semakin kuat dan kembali bersemangat.


Aiman bersama sepupu-sepupunya menziarahi tok abah di pagi Aidilfitri.

Walaupun setahun sudah berlalu, kadang-kadang saya masih lagi diserang perasaan rindu yang mendadak. Bila diceritakan pada mama, dia juga begitu. Beberapa kali juga saya bermimpi berjumpa abah, sekadar bertemu muka tanpa berbicara. Saya dapat bayangkan yang mama lebih terasa kehilangan terutama semasa berseorangan di rumah. Memang mama ada bertandang ke rumah anak-anak, namun hatinya tetap di sana, rumahnya.

Abah pergi ketika saya masih belum selesai pengajian di Australia. Saya belum sempat berbakti pada abah. Saya tidak banyak menghabiskan masa bersama abah di tahun-tahun akhir kehidupannya. Namun saya yakin hubungan anak dan ayah kekal hingga ke akhirat. Saya rindu abah!

Semoga abah bahagia di sana . Sesungguhnya kami bakal menyusulimu...


كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ 

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." 

Ali Imran: 185

Wednesday, November 10, 2010

Dimanakah kita?


Malam semalam ada kuliah maghrib di surau belakang rumah. Alhamdulillah, diberikan kesempatan untuk hadir sama.

Sedikit sedutan daripada kuliah semalam untuk ingatan bersama, berkenaan kualiti ibadah kita ...



Ibadah Pedagang

Seorang pedagang selalunya fokus kepada keuntungan hasil dari jual-beli perdagangan yang dijalankan. Mereka sentiasa memikirkan akan pulangan dan hasil atas segala perbuatan dan usaha mereka. Dalam beribadah, ramai di kalangan kita yang melakukan amal ibadah berdasarkan ganjaran yang dijanjikan. Ada juga yang memilih apa bentuk amalan yang akan dilakukan, dan amalan mana yang boleh diabaikan. Maka mereka ini beribadah umpama seorang pedagang.


Ibadah seorang hamba

Pada zaman dahulu, seorang hamba abdi akan menurut perintah dan taat setia kepada tuan yang memilikinya. Segala arahan akan dituruti atas rasa takut kepada tuannya, bimbang jika dikenakan hukuman. Ada diantaranya yang melakukan pekerjaan dengan tidak sepenuh hati, asalkan pekerjaan itu selesai dan dia dikira telahpun menjalankan tugasnya dan tidak akan dihukum. Begitu juga dalam beribadah, ada di antara kita yang melakukannya kerana rasa takut serta untuk memenuhi tuntutan beribadah. Ada juga yang tidak melakukan ibadah selain daripada yang diwajibkan, melepaskan diri atas tanggungjawabnya semata. Syukur kerana dia telah menjalankan kewajipannya, namun masih ada ruang penambahbaikan.


Ibadah orang merdeka

Orang yang merdeka bebas melakukan apa sahaja yang disukainya. Tiada rasa terpaksa untuk membuat itu dan ini. Bebas melakukan pilihan. Dari segi ibadah, mereka melakukannya atas rasa syukur dan berterima kasih kepada Allah, selain daripada untuk mentaati perintahNya. Tingkatan ibadah beginilah yang seharusnya kita usahakan. Ikhlas dan penuh rasa syukur mengharap keredhaanNya.

Dalam suatu riwayat menceritakan, suatu malam Aisyah r.a. terjaga dan dilihatnya Rasulullah sedang beribadah. Oleh kerana banyaknya dan lamanya solat yang dilakukan, kaki baginda bengkak-bengkak. Aisyah berkata, 'Wahai kekasih Allah, bukankah tuan seorang yang maksum (ya'ni terhindar dari melakukan dosa) dan dijanjikan syurga? Mengapa tuan beribadah sehingga begini?' Rasulullah menjawab, 'Wahai isteriku, tidak bolehkah aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?'

Sama-samalah kita mempertingkatkan kualiti ibadah kita. InsyaAllah.

Rasulullah dan para sahabat sedikit tidurnya, banyak amalannya, sehingga bengkak-bengkak kaki.

Kita pula terlebih tidurnya, kurang amalannya, sehingga bengkak-bengkak mata.




Wednesday, November 3, 2010

Baju Lama Baju Baru


Kalau berjalan-jalan ke supermarket atau shopping mall, antara department sering dilawati ialah kain baju budak. Ya lah, budak-budak cepat membesar. Maka mahu tidak mahu selalu juga lah kena beli persalinan baru; baju tidur, baju jalan2, seluar, setokin, kasut, selipar...

Jika dibandingkan pilihan pakain budak lelaki dan perempuan, lebih mudah memilih baju budak lelaki kerana tak lah sebanyak pilihan baju budak perempuan yang berfesyen-fesyen. Nasib baik Aiman lelaki. Kalau adik nanti girl, kita biar mamanya saja yang shopping sorang-sorang. Sekarang ni pun bila lalu saja dah teruja nak beli dress lah, head band lah, kasut yang kecik-kiut tu pun kalau boleh nak diangkut. Tidak dinafikan memang pakaian baby dan budak kecil sangat comel dan kiut.

Saya jarang membeli pakaian baru. Amat jarang. Sehinggakan 'dituduh' suka memakai baju lama yang kelihatan usang di mata isteri. Sayang juga dia kat saya. Saya belasah saja, nampak masih elok dipakai. Baru-baru ini saya beli juga dua helai kemeja dengan sehelai slack, itupun sale yang mana dua daripadanya 50% diskaun dan satu lagi 70% diskaun. Kalau tidak, jawapan saya ialah "nanti dulu lah".

Alasan utama, pakaian lelaki lebih mahal dari wanita. Lepas tu pulak, tak banyak choice. Kalau kemeja untuk ke ofis, sama ada lengan panjang atau pendek, dan coraknya pula belang atau petak, kalau tidak mahu yang plain colour. Begitu juga seluar slack. Jadi nak buat apa ada banyak-banyak benda yang lebih kurang sama kan? Mungkin boleh kumpul neck-tie, tapi kalau banyak-banyak nak buat apa pun. Kadang-kadang tu jealous juga dengan orang perempuan. Dah lah murah sikit, pelbagai corak dan warna serta style pula tu. Cuma perlu pastikan tutup aurat lah yer!

Kasut kerja utama saya masih lagi kasut hitam hadiah hantaran kahwin 6 tahun dulu. Ada la sepasang dua lagi yang lain, termasuk satu yang dibeli di up-town, yang dah mengelupas tapi masih selesa dipakai. Kasut 'orang itu'? Saya dah lost count. Tapi padan la, harga sepasang kasut lelaki boleh beli 3-4 pasang kasut perempuan. Kena pulak time sale kan. Hmm, lama dah dia tak beli kasut baru...

Anak dan abah punya.
From Out and About 

Saturday, October 30, 2010

Nak kahwin susah, tak kahwin pun susah.




Nak kahwin susah, tak kahwin pun susah.

Ada beberapa orang yang saya kenal rapat yang masih bujang. Ada lelaki, ada perempuan. Semuanya dah masak ranum untuk mendirikan rumah tangga. Tiada apa yang menghalang, jika dilihat dari mata kasar. Cuma mungkin calon yang sesuai belum ada.

Masing-masing dengan alasan dan masalah yang tersendiri. Ada juga yang pernah calon direject oleh ibu bapa. Ada yang bila diperkenalkan orang, tuan tubuh sendiri yang reject. Ada pula yang mak bapa dah carikan, tuan tanah pula tak berkenan. Ada juga yang bapa berkenan, mak pula tak setuju. Haiii.....

Perkahwinan bukan sekadar untuk menghalalkan perhubungan. Tanggungjawab bertambah, dan bukannya mudah. Ianya suatu proses pembelajaran melalui pengalaman. Yang penting, terus mencari ilmu dan belajar mahu berubah.


Sebagai seorang anak, sudah semestinya kita menghormati dan mentaati ibubapa. Saya sedikit sebanyak mengerti akan perasaan seorang lelaki, bilamana ibubapanya bersungguh ingin menjodohkannya dengan perempuan yang, baginya, 'tidak ada chemistry'. Selaku anak yang taat, sudah semestinya dia mahu menuruti kehendak ibubapanya. Pada masa yang sama, hati kecilnya mengatakan tidak mahu. Puas memberi isyarat yang dia tidak berminat untuk berumahtangga buat masa sekarang, namun suaranya seolah-oleh 'tenggelam' di dalam keghairahan pihak-pihak tertentu untuk melihat beberapa keluarga bersatu. Berada dalam situasi 'ditelan mati emak, diluah mati bapak', akhirnya dia seolah-olah pasrah dengan tidak memberikan kata putus. "Ikutlah..." itu sahaja jawapan yang mampu diberi. Beranggapan yang anak mereka memberikan green light, ibubapa pun meneruskan niat murni mereka untuk melihat anak lelaki yang seorang ini berumahtangga. Seharusnyalah, berbincang secara khusus, jangan mengambil keputusan berdasarkan perbualan suka-suka melawak dan juga usik-mengusik. Ini kerana perkahwinan adalah sesuatu yang serius, bukan hanya melibatkan diri atau keluarga sendiri sahaja, tetapi ia membabitkan individu dan keluarga lain.



Ruang untuk memaksa seorang anak itu berkahwin hanya ada jika sekiranya anak itu perempuan dan masih seorang dara. Itu yang saya faham. Ini menunjukkan betapa ibubapa perlu menyegerakan agar anak-anak mereka mendirikan rumahtangga. Namun tentulah ada terms & conditions yang perlu dipenuhi. Untuk anak lelaki, saya belum mendengar bolehnya memaksa mereka berkahwin. Mungkin kerana lelaki yang akan bertanggungjawab ke atas isteri dan keluarga, maka moleklah dia yang membuat keputusan. Jangan nanti berlaku sesalan kemudian. Semoga dipermudahkan jalan penyelesaian.

Hehee... tak dapat saya bayangkan kalau 20 tahun lagi Aiman bagitahu, "Babah, Aiman ingat nak kawin la."

Tiba-tiba saya teringat dan terliur akan buah cherry...

Pokoknya kecil, tapi buah bergugusan...

Aiman belum ada masa ni, menumpang kasih anak orang.. hehe..

Friday, October 22, 2010

Family First

Aiman looked so sad he almost cried while sending me to the office this morning, but he didn't tell why. "Aiman sad, Aiman nak play with babah. Dah lama Aiman tak play with babah," said Aiman to his mother on their way to his tadika... Oh anakku...


Well it seems I am spending less time with my son lately. I go to work in the morning, Aiman goes to school. Then I get back home after 5, sometimes after 6. Feed the chicken, mandi, solat, makan, ting-tong-ting-tong it's already 8.30 or 9 pm. Aiman will watch his favourite TV shows; Mickey Mouse Clubhouse and Animal Mechanical. Sometimes he will ask me to play toys together. Then it's already bedtime. That's the routine. Well, the complain does not come from Aiman alone, but his mama too. When she was pregnant with Aiman, I spent much time talking to the unborn baby in the tummy, reciting Quran and other stuff. However this time round I guess only a few times I've done that. I wonder what life would be like after our new baby arrived.


Weekends are supposed to be spent and focused on families. However, I noticed that many of us were sent for courses or directed to attend any programs on weekends, and making it compulsory. It was not only me who is complaining, but some of my friends too. While I was writing this, an email came into the system, the person was commenting on the same issue following one or our programs scheduled for this weekend.


From my personal view, we should avoid planning compulsory programs on weekends. If they need to be a compulsory one, I guess there's nothing wrong to schedule them on weekdays. I know everybody may have other commitments, I am included, but to compromise your valuable time with family is not the only option. Once in a while is accepted, but too often is not healthy; physically, mentally and socially. Courses, seminars, meetings, sometimes for a few weeks in a row. Yes, as a staff we have to adhere to the order. But have you ever heard about 'Family First'? By the time you realize it, your children are all grown up...


OKlah, petang ni nak bawak Aiman jalan kat Taman Bandar kalau, tapi guruh dok berbunyi tu. And there is one meeting I need to attend as well at 3. Then tomorrow there is a team building program. Then on Sunday is another program, but good enough families are invited for that.


There goes another weekend!






Monday, October 18, 2010

Otitis Media

Tengah malam semalam, Aiman mengadu sakit telinga. Merengek dan resah tidurnya. Menjelang subuh, badannya terasa sedikit panas. Waktu pagi ketika saya telah pun ke tempat kerja, Aiman muntah beberapa kali. Ada yang berserta darah, mungkin daripada rongga hidungnya.


Maka kami bawa Aiman ke klinik kanak-kanak. Doktor teropong telinga Aiman. Gegendang telinga kelihatan tegang dan membonjol. Terdapat cecair terkumpul di bahagian dalam gegendang telinga, di telinga tengah. Memang Aiman mengalami batuk dan selsema beberapa minggu lalu, maka mungkin jangkitan bermula dari situ. Doktor mengesahkan yang Aiman sedang menghidapi Otitis Media, atau jangkitan telinga tengah.

Otitis Media, atau jangkitan pada telinga tengah boleh berlaku pada sesiapa sahaja, terutamanya kanak-kanak. Tiga daripada empat kanak-kanak akan mendapat jangkitan telinga pada usia sekitar 3 tahun. Bahagian tengah telinga yang dijangkiti membengkak, di mana cecair telinga terkumpul mengakibatkan tekanan ruang tengah telinga meningkat, menekan keluar gegendang telinga. Ini menyebabkan sakit telinga dan kadang-kala demam.


Jangkitan di telinga biasanya disebabkan oleh bakteria. Ia biasa terjadi susulan daripada batuk atau selsema, bila mana bakteria yang sama tersebar ke ruang dalam telinga. Jika selsema yang disebabkan virus, bakteria mungkin tersebar ke ruang telinga secara sekunder. Tuib Eustachio yang tersumbat juga menyebabkan cecair terkumpul di telinga tengah dan terjadinya otitis media atau sakit telinga. 




Rawatan antibiotik biasanya diberi untuk mengatasi jangkitan, di samping ubat tahan sakit untuk mengurangkan sakit dan melegakan demam. Kanak-kanak biasanya akan semakin pulih selepas beberapa hari mendapat rawatan.





Aiman dan Ubat

Doktor bekalkan 3 ubat makan dan 1 ubat nasal spray. Ibarat minyak dengan air, begitulah Aiman dengan ubat. Amat payah untuk disatukan. Seksa nak diberi makan ubat. Jenuh memujuk bagai, kadang berjaya, selalunya kita yang merengkam rasa. Masukkan ubat dalam susu, itu antara cara yang selalu diguna. Tapi kadang-kala dia dapat merasa 'kelainan' pada susunya.

Semoga anak abah cepat sembuh, dan semoga Allah permudahkan urusan ibu bapa...







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails