Kerana dirimu amat berharga

Friday, November 26, 2010

Pencemaran Bersilang / Cross Contamination

Food Safety atau keselamatan makanan adalah pengetahuan penting yang perlu ada pada semua orang. Keracunan makanan boleh berlaku di mana-mana sama ada di rumah, warung, hotel, cafe dan majlis keraian, di mana sajian makanan merupakan antara elemen penting. Antara punca utama keracunan makanan berlaku adalah pencemaran bersilang atau cross contamination .

Pencemaran bersilang ialah pemindahan mikroorganisma merbahaya daripada satu item makanan kepada makanan yang lain melalui perantaraan sentuhan permukaan seperti tangan, papan pemotong dan peralatan lain. 



Pencemaran bersilang berlaku apabila kuman atau bakteria dipindahkan terutamanya daripada makanan mentah, seperti daging dan sayuran segar, kepada makanan sedia untuk dimakan (ready-to-eat food) seperti nasi, lauk dan salad. Makanan yang sedia untuk dimakan tidak akan melalui proses memasak lagi, maka pencemaran yang berlaku pada ketika itu akan membawa kepada keracunan makanan. Oleh sebab itu, pengendalian makanan yang telah dimasak dan akan dimakan terus amat perlu dipelihara akan kebersihannya, dari segi pengendali dan juga alatan yang digunakan yang bersentuhan dengan makanan yang dikendalikan.


Adalah amat penting untuk kita mengelakkan risiko pencemaran bersilang dan sentiasa berhati-hati ketika mengendalikan makanan. Antara langkah asas yang perlu diambil adalah seperti:

1. Tutup makanan yang sedia untuk dimakan.
Usahakanlah untuk menutup makanan yang telah siap untuk dimakan seandainya belum tiba waktu makan. Lalat dan juga udara antara punca pencemaran makanan. Walaupun kaki lalat itu kecil di mata kita, namun bagi kuman ianya merupakan 'pengangkutan awam' yang amat efisien dan cepat.


2. Asingkan penggunaan papan pemotong untuk daging mentah, sayuran dan juga makanan yang siap untuk dimakan.

-Jangan sesekali mengambil mudah perkara ini. Papan pemotong yang kelihatan bersih pada mata kasar biasanya masih mempunyai kuman dan bakteria yang terlekat padanya, terutamanya yang diperbuat daripada papan dan plastik. Papan pemotong lama yang penuh dengan bekas-bekas tetakan dan hirisan merupakan 'syurga' untuk pembiakan kuman, kerasa sisa-sisa makanan dan darah mudah terlekat. 
-Jika tidak mampu untuk menyediakan papan pemotong khas untuk setiap kategori makanan, maka basuh dengan betul-betul bersih menggunakan air suam sebelum menggunakan papan pemotong sama untuk jenis makanan yang berbeza. Yang penting, ianya adalah memang dibuat sebagai 'papan pemotong' atau chopping board, bukannya jubin lantai lebihan renovation rumah atau papan katil dan sebagainya. Lebih-lebih lagi semasa mengendalikan makanan yang siap untuk dimakan, seperti ketika mengoyak daging ayam rebus untuk soto dan memotong ketulan daging lembu rebus untuk dicicah dengan air asam... hmmm sedapnya!


3. Simpan makanan yang siap dimasak di rak bahagian atas peti ais, tinggi daripada makanan mentah yang harus diletakkan di rak bahagian bawah.
Ini kerana jika berlaku kebocoran pada bekas penyimpan bahan mentah tadi, air yang menitik boleh mencemarkan makanan siap dimakan yang berada di bawahnya dan ianya mungkin (biasanya) mengandungi kuman dan bakteria merbahaya.


4. Asingkan daging mentah daripada makanan yang siap untuk dimakan.
Daging mentah merupakan medium terbaik untuk pembiakan bakteria. Asingkan bekas menyimpan daging mentah daripada makanan siap dimasak. Jangan diletakkan pada rak yang sama di dalam peti ais.

5. Bersihkan peralatan yang telah bersentuhan dengan bahan mentah terutamanya daging dan telur setiap kali selepas digunakan.
Ini termasuklah sinki dan permukaan meja penyedian makanan, selain daripada tangan, papan pemotong dan pisau. Antara yang kita selalu terlupa ialah tuala dapur, kadang-kadang sampai kusam masih lagi pakai kain yang sama. Kain itulah untuk mengangkat periuk panas, itulah untuk lapik pinggan, itulah juga untuk mengelap peralatan dsb.



Kegagalan dan kecuaian dalam memastikan risiko pencemaran bersilang dapat dielakkan mungkin akan menyebabkan keracunan makanan. Antara tanda-tanda keracunan makanan ialah cirit-birit, loya, muntah, dan kekejangan otot abdomen (memulas, sakit perut dsb.) Biasanya ia akan hilang dalam masa 3-5 hari. Jika keadaan menjadi semakin teruk disertai dengan demam atau sakit kepala, pastikan anda mendapat rawatan lanjut. 


Abu Aiman
19 Zulhijah 1431
26 Nov 2010

10 comments:

  1. saya selalu kene food poisoning...biasanya lepas mkn yong tau foo atau stimbot. sebab tu skrg ni tak pernah sentuh lagi makanan2 tu..

    ReplyDelete
  2. humang aiii..
    terasa mcm baca journal pulak. hehehe

    ReplyDelete
  3. orang kata kerang yang dikupas macam kat pasar raya tu mudah kena bakteria..

    ReplyDelete
  4. gadisBunga, mungkin gB sensitif dengan makanan laut kot. Tapi memang stimboat ni kalau main celup2 je mcm kat pasar malam tu, ada risikonya. wife saya suka makan stimboat kat johnny's.

    is, skema abis kann... hehe.. Bukan apa, kalau tulis sempoi2 dia akan jadi bahasa utara, takut satgi org tak paham pulak.

    cemomoi, makanan laut memang mudah dijangkiti, kena pulak laut kita banyak yg tercemar. Kalau boleh selalu makan yg fresh.

    ReplyDelete
  5. Salam Abu Aiman

    Peringatan dan panduan yang sangat berguna mengenai penjagaan makanan supaya tidak tercemar dan mencemarkan. Terima kasih.

    Saya amat bimbang akan kebiasaan-kebiasaan para pekerja kedai makan kita yg tidak menyenangkan, seperti menyapu lantai masa orang makan & makanan layan diri restoran pun tak ditutup; pembersih meja mengelap meja & kemudian menyajikan makanan; cashier yg mengendali wang (dari banyak tangan!) juga mengendalikan makanan; dan pembersih meja mencuci meja dgn menjatuhkan sisa-sisa makanan ke lantai. Ini belum lagi hal mangkuk basuh tangan oooiiii, tandasnya iiiihhhh, lantai kedainya uuuuuhhh, dan longkang di depan atau tepi kedainya aaahhhh! Terbayang pelbagai contamination ke atas makanannya.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kerana maklumat yang berguna

    ReplyDelete
  7. Salaam Tuan Temuk,
    Betul tu. Kalau ikut saya, semua pekerja serta tokeh kedai yang terlibat dengan makanan diWajibkan menghadiri kursus pengendalian makanan, dan perlu lulus ujian. Penguatkuasa juga perlu sentiasa buat pemeriksaan mengejut.

    Pok Li,
    Orang kata, sharing is caring. =)

    ReplyDelete
  8. aduhaiii....

    nampaknya IE dah BUAT terlalu banyak sharing n cross contamination .


    t.kasih atas info yg berguna

    ReplyDelete
  9. salam ziarah..terima kasih atas info yang sangat bermanfaat ini

    ReplyDelete
  10. ikan emas,
    yang menulis tu pun kadang2 buat jugak, tapi with caution lah, ekeke.

    sahrom,
    salam kembali. yang baik dikongsi...

    terima kasih kembali

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails