Kerana dirimu amat berharga

Friday, November 12, 2010

Abah: Setahun Sudah Pemergianmu

Begitu pantas masa berlalu.  Rasa baru sahaja saya menukilkan saat-saat akhir abah di blog ini. Dan tarikh itu datang lagi, sesudah setahun perginya Abah ke alam baqa.


Sejak abah tiada, pelbagai perubahan berlaku. Mama merupakan insan yang paling terkesan. Masakan tidak, banyak urusan seharian yang di bawah tanggungjawab abah, sekarang terpikul di bahu mama. Mama mengalami sedikit kejutan. Anak-anak mengajak mama untuk tinggal bersama, tapi mama tetap mahu terus berada di rumahnya. Seumur hidup, mama tidak pernah keseorangan di rumah. Selepas abah tiada, mama terpaksa belajar bersendirian. Mama masih kuat di usianya menjangkau 70 tahun. Dia masih gagah membawa kereta ke kelas pengajian, dan sesekali menziarahi pusara abah. Alhamdulillah mama kini semakin kuat dan kembali bersemangat.


Aiman bersama sepupu-sepupunya menziarahi tok abah di pagi Aidilfitri.

Walaupun setahun sudah berlalu, kadang-kadang saya masih lagi diserang perasaan rindu yang mendadak. Bila diceritakan pada mama, dia juga begitu. Beberapa kali juga saya bermimpi berjumpa abah, sekadar bertemu muka tanpa berbicara. Saya dapat bayangkan yang mama lebih terasa kehilangan terutama semasa berseorangan di rumah. Memang mama ada bertandang ke rumah anak-anak, namun hatinya tetap di sana, rumahnya.

Abah pergi ketika saya masih belum selesai pengajian di Australia. Saya belum sempat berbakti pada abah. Saya tidak banyak menghabiskan masa bersama abah di tahun-tahun akhir kehidupannya. Namun saya yakin hubungan anak dan ayah kekal hingga ke akhirat. Saya rindu abah!

Semoga abah bahagia di sana . Sesungguhnya kami bakal menyusulimu...


كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ 

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." 

Ali Imran: 185

9 comments:

  1. Bapak faham perasaan Abu Aiman...sedekahkan doa bebanyak kepada arwah..

    ReplyDelete
  2. semoga abah damai di sana... al-fatihah

    ReplyDelete
  3. yg pergi, tetap pergi.
    tapi antara bekalan yg abah bawak adalah doa anak yg soleh kan?

    ReplyDelete
  4. Alfatihah... rindu tu tetap akan ada. Tapi selepas satu jangkamasa, kita akan jadi lebih kuat untuk menangani perasaan hiba tu.

    It has been almost 6 yrs since I lost my brother...

    ReplyDelete
  5. ayah dan ibu...adalah kecintaan anak-anak...kerinduan dan kenangan yang bermain dimata tetap dirasai seumur hidup kita...alfatihah untuk mereka yang telah mendahului kita....

    ReplyDelete
  6. Bapak,
    terima kasih.. InsyaAllah tak lupa berdoa...

    Elyn,
    tq.

    isabelle,
    mudah2an anak2 kita menjadi anak2 yg soleh/solehah, buat bekalan kita pulak nanti...

    mummy hanny,
    betul tu... kerinduan akan terubat bersama masa yg berlalu pergi..

    Duniaku,
    terima kasih. memang benar. kita juga akan menyusuli mereka kelak.

    ReplyDelete
  7. Al Fatihah

    Setiap yang hidup pasti mati. Namun yang hidup teruskan kehidupan. Berdoa semoga kita di9masukkan ke syurga Allah.

    ReplyDelete
  8. semoga...ayah kamu dalam keadaan tenang

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails