Kerana dirimu amat berharga

Monday, November 15, 2010

Takkan Lari Gunung Dikejar

Sebelum meneruskan cerita, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Bagi yang pulang beraya, berhati-hati di jalan raya. Musim2 hujan ni, jalan terlebih licin, jarak penglihatan juga terbatas. Biar lambat asal selamat.

Kami juga akan pulang beraya insyaAllah. Kali ini bukan sahaja sekadar untuk beraya dan menyembelih korban, tetapi juga membawa hajat yang besar.

Kumbang terbang di sini-sana,
Ingin menyunting bunga di taman,
Sudah lama tuan menduda,
Sampai masa untuk berteman.

Alhamdulillah, setelah beberapa bulan menduda, salah seorang ahli keluarga kami akan bertemu jodoh yang baru. Puas juga saya tolong merisik ke sana ke mari. Bila bertemu yang berkenan di hati, dikhabarkan sudah ada yang punya. 

Akhirnya berita gembira yang ditunggu pun tiba. Khabar disampai melalui saudara. Sudah bertemu calon yang sesuai, hanya menanti untuk ditanda. Masing-masing belum pernah bersua. Saya sendiri belum pernah bertemu dengan pihak sebelah sana, hanya risik-merisik melalui keluarga sahaja. Namun atas dasar menjalankan tanggungjawab, saya sendiri yang akan membawa pulang dan mempertemukan pasangan ini selepas raya nanti, insyaAllah.

Dewasa ini ramai yang berpendapat  bahawa perkahwinan berdasarkan family arrangement agak ketinggalan zaman dan kolot, namun bagi pasangan ini, walaupun jodoh mereka kelak merupakan hasil pilihan keluarga, tiada suara bantahan yang kedengaran. Diharapkan semoga mereka akan bahagia bersama.



Takkan lari gunung dikejar. Jodohmu akan kubawa pulang
Bobby dengan gaya angkat kaki.








11 comments:

  1. ooo baru le seimbang idop, jalan pon tak senget dah nampaknya tu... moga bahagia membawa ke syurga

    ReplyDelete
  2. ada bakat jadi pak djomblang ropanya...

    slmt hari raya, abg/kak lin/aiman & baby

    ReplyDelete
  3. Slamat Hari Raya Aidil Adha!
    Safe journey balik kampung!

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya aidil adha..


    hehehe..

    kalau jodoh tak kemana..

    walau laut terbentang luas
    atau
    hanya di depan mata

    samada cepat atau lambat
    kalau jodoh ada pasti ketemu juga

    ReplyDelete
  5. cemomoi,
    jangan2 cinta mereka berakhir di dalam kuali saya... belum tentu lagi...

    isabelle,
    selamat hari raya to you and family too. Kesian tau bobby berkokok sorang2 hari2, so nak kasi partner la kat dia.
    ish, pak djomblang tu saper? heehee

    TK,
    Selamat hari Raya to you too! Mesti meriah raya haji di Tganu.

    ikan emas,
    salam aidiladha.
    Kata orang lagi; ikan di laut asam di darat, dalam kuali bertemu juga.

    ReplyDelete
  6. sonoknyerr nk kawen kanns..

    salam aidiladha abg aiman ittewww..

    ReplyDelete
  7. salam ziarah..wahhhh..nanti kami pun nak makan nasik minyak tue huhuhuhuh

    ReplyDelete
  8. en_me,
    salam kembali.
    kawen2 memang seronok.. =)

    salaam sahrom,
    hehe, buleh buleh.

    ReplyDelete
  9. Bersabarlah wahai Bobby, Lilly is coming soooooonnn....alone u shall be no more! lps ni jgn bising2 dah tau, if not i kualikan u both. ngehehehe

    ReplyDelete
  10. Bertuah ada saudara nak carikan. Kalau tidak menduda terus le ......

    ReplyDelete
  11. Pok Li, sejak dah dapat 'bini muda' dia dah tak manja dengan saya lagi dah...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails