Kerana dirimu amat berharga

Wednesday, November 10, 2010

Dimanakah kita?


Malam semalam ada kuliah maghrib di surau belakang rumah. Alhamdulillah, diberikan kesempatan untuk hadir sama.

Sedikit sedutan daripada kuliah semalam untuk ingatan bersama, berkenaan kualiti ibadah kita ...



Ibadah Pedagang

Seorang pedagang selalunya fokus kepada keuntungan hasil dari jual-beli perdagangan yang dijalankan. Mereka sentiasa memikirkan akan pulangan dan hasil atas segala perbuatan dan usaha mereka. Dalam beribadah, ramai di kalangan kita yang melakukan amal ibadah berdasarkan ganjaran yang dijanjikan. Ada juga yang memilih apa bentuk amalan yang akan dilakukan, dan amalan mana yang boleh diabaikan. Maka mereka ini beribadah umpama seorang pedagang.


Ibadah seorang hamba

Pada zaman dahulu, seorang hamba abdi akan menurut perintah dan taat setia kepada tuan yang memilikinya. Segala arahan akan dituruti atas rasa takut kepada tuannya, bimbang jika dikenakan hukuman. Ada diantaranya yang melakukan pekerjaan dengan tidak sepenuh hati, asalkan pekerjaan itu selesai dan dia dikira telahpun menjalankan tugasnya dan tidak akan dihukum. Begitu juga dalam beribadah, ada di antara kita yang melakukannya kerana rasa takut serta untuk memenuhi tuntutan beribadah. Ada juga yang tidak melakukan ibadah selain daripada yang diwajibkan, melepaskan diri atas tanggungjawabnya semata. Syukur kerana dia telah menjalankan kewajipannya, namun masih ada ruang penambahbaikan.


Ibadah orang merdeka

Orang yang merdeka bebas melakukan apa sahaja yang disukainya. Tiada rasa terpaksa untuk membuat itu dan ini. Bebas melakukan pilihan. Dari segi ibadah, mereka melakukannya atas rasa syukur dan berterima kasih kepada Allah, selain daripada untuk mentaati perintahNya. Tingkatan ibadah beginilah yang seharusnya kita usahakan. Ikhlas dan penuh rasa syukur mengharap keredhaanNya.

Dalam suatu riwayat menceritakan, suatu malam Aisyah r.a. terjaga dan dilihatnya Rasulullah sedang beribadah. Oleh kerana banyaknya dan lamanya solat yang dilakukan, kaki baginda bengkak-bengkak. Aisyah berkata, 'Wahai kekasih Allah, bukankah tuan seorang yang maksum (ya'ni terhindar dari melakukan dosa) dan dijanjikan syurga? Mengapa tuan beribadah sehingga begini?' Rasulullah menjawab, 'Wahai isteriku, tidak bolehkah aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?'

Sama-samalah kita mempertingkatkan kualiti ibadah kita. InsyaAllah.

Rasulullah dan para sahabat sedikit tidurnya, banyak amalannya, sehingga bengkak-bengkak kaki.

Kita pula terlebih tidurnya, kurang amalannya, sehingga bengkak-bengkak mata.




5 comments:

  1. tidor makan, tidor makan..

    mudah-mudahan tuhan sentiasa lembutkan hati ini untuk sentiasa ingat kepadaNya

    ReplyDelete
  2. huhuhu. rasa mcm kena penampaq sebijik.hehehe
    thanks for the reminder anyway

    ReplyDelete
  3. ikan emas,
    di kuantan ni dah musim hujan. hujan2 ni selalu la lapar. tido pun makin lena. adoyaii...

    isabelle,
    sesekali nak kena peringat jugak kita ni, kalau tidak ntah ke mana2 hala. ;-)

    ReplyDelete
  4. salam

    um mcmtu ler selalunya
    kalo ujan... mkn kenyang
    tido pon lena, nak bgn
    mlm agk keberatan....

    itu lah pesan junjungan
    besar kita, berhenti mkn
    sblm kenyang... bila
    perut 'ringan' sng la nak
    beribadat kan?

    tapi kita je yg tak nak

    tmeksh krn berkongsi
    isi ceramah ini yea (^_^) ~

    ReplyDelete
  5. Salam, manje,
    mmg banyak kebaikannya berhenti makan sebelum kenyang, tapi kita ni selagi ada makanan kita sapu bersih, hehe..
    Terima kasih singgah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails