Kerana dirimu amat berharga

Saturday, October 30, 2010

Nak kahwin susah, tak kahwin pun susah.




Nak kahwin susah, tak kahwin pun susah.

Ada beberapa orang yang saya kenal rapat yang masih bujang. Ada lelaki, ada perempuan. Semuanya dah masak ranum untuk mendirikan rumah tangga. Tiada apa yang menghalang, jika dilihat dari mata kasar. Cuma mungkin calon yang sesuai belum ada.

Masing-masing dengan alasan dan masalah yang tersendiri. Ada juga yang pernah calon direject oleh ibu bapa. Ada yang bila diperkenalkan orang, tuan tubuh sendiri yang reject. Ada pula yang mak bapa dah carikan, tuan tanah pula tak berkenan. Ada juga yang bapa berkenan, mak pula tak setuju. Haiii.....

Perkahwinan bukan sekadar untuk menghalalkan perhubungan. Tanggungjawab bertambah, dan bukannya mudah. Ianya suatu proses pembelajaran melalui pengalaman. Yang penting, terus mencari ilmu dan belajar mahu berubah.


Sebagai seorang anak, sudah semestinya kita menghormati dan mentaati ibubapa. Saya sedikit sebanyak mengerti akan perasaan seorang lelaki, bilamana ibubapanya bersungguh ingin menjodohkannya dengan perempuan yang, baginya, 'tidak ada chemistry'. Selaku anak yang taat, sudah semestinya dia mahu menuruti kehendak ibubapanya. Pada masa yang sama, hati kecilnya mengatakan tidak mahu. Puas memberi isyarat yang dia tidak berminat untuk berumahtangga buat masa sekarang, namun suaranya seolah-oleh 'tenggelam' di dalam keghairahan pihak-pihak tertentu untuk melihat beberapa keluarga bersatu. Berada dalam situasi 'ditelan mati emak, diluah mati bapak', akhirnya dia seolah-olah pasrah dengan tidak memberikan kata putus. "Ikutlah..." itu sahaja jawapan yang mampu diberi. Beranggapan yang anak mereka memberikan green light, ibubapa pun meneruskan niat murni mereka untuk melihat anak lelaki yang seorang ini berumahtangga. Seharusnyalah, berbincang secara khusus, jangan mengambil keputusan berdasarkan perbualan suka-suka melawak dan juga usik-mengusik. Ini kerana perkahwinan adalah sesuatu yang serius, bukan hanya melibatkan diri atau keluarga sendiri sahaja, tetapi ia membabitkan individu dan keluarga lain.



Ruang untuk memaksa seorang anak itu berkahwin hanya ada jika sekiranya anak itu perempuan dan masih seorang dara. Itu yang saya faham. Ini menunjukkan betapa ibubapa perlu menyegerakan agar anak-anak mereka mendirikan rumahtangga. Namun tentulah ada terms & conditions yang perlu dipenuhi. Untuk anak lelaki, saya belum mendengar bolehnya memaksa mereka berkahwin. Mungkin kerana lelaki yang akan bertanggungjawab ke atas isteri dan keluarga, maka moleklah dia yang membuat keputusan. Jangan nanti berlaku sesalan kemudian. Semoga dipermudahkan jalan penyelesaian.

Hehee... tak dapat saya bayangkan kalau 20 tahun lagi Aiman bagitahu, "Babah, Aiman ingat nak kawin la."

Tiba-tiba saya teringat dan terliur akan buah cherry...

Pokoknya kecil, tapi buah bergugusan...

Aiman belum ada masa ni, menumpang kasih anak orang.. hehe..

Friday, October 22, 2010

Family First

Aiman looked so sad he almost cried while sending me to the office this morning, but he didn't tell why. "Aiman sad, Aiman nak play with babah. Dah lama Aiman tak play with babah," said Aiman to his mother on their way to his tadika... Oh anakku...


Well it seems I am spending less time with my son lately. I go to work in the morning, Aiman goes to school. Then I get back home after 5, sometimes after 6. Feed the chicken, mandi, solat, makan, ting-tong-ting-tong it's already 8.30 or 9 pm. Aiman will watch his favourite TV shows; Mickey Mouse Clubhouse and Animal Mechanical. Sometimes he will ask me to play toys together. Then it's already bedtime. That's the routine. Well, the complain does not come from Aiman alone, but his mama too. When she was pregnant with Aiman, I spent much time talking to the unborn baby in the tummy, reciting Quran and other stuff. However this time round I guess only a few times I've done that. I wonder what life would be like after our new baby arrived.


Weekends are supposed to be spent and focused on families. However, I noticed that many of us were sent for courses or directed to attend any programs on weekends, and making it compulsory. It was not only me who is complaining, but some of my friends too. While I was writing this, an email came into the system, the person was commenting on the same issue following one or our programs scheduled for this weekend.


From my personal view, we should avoid planning compulsory programs on weekends. If they need to be a compulsory one, I guess there's nothing wrong to schedule them on weekdays. I know everybody may have other commitments, I am included, but to compromise your valuable time with family is not the only option. Once in a while is accepted, but too often is not healthy; physically, mentally and socially. Courses, seminars, meetings, sometimes for a few weeks in a row. Yes, as a staff we have to adhere to the order. But have you ever heard about 'Family First'? By the time you realize it, your children are all grown up...


OKlah, petang ni nak bawak Aiman jalan kat Taman Bandar kalau, tapi guruh dok berbunyi tu. And there is one meeting I need to attend as well at 3. Then tomorrow there is a team building program. Then on Sunday is another program, but good enough families are invited for that.


There goes another weekend!






Monday, October 18, 2010

Otitis Media

Tengah malam semalam, Aiman mengadu sakit telinga. Merengek dan resah tidurnya. Menjelang subuh, badannya terasa sedikit panas. Waktu pagi ketika saya telah pun ke tempat kerja, Aiman muntah beberapa kali. Ada yang berserta darah, mungkin daripada rongga hidungnya.


Maka kami bawa Aiman ke klinik kanak-kanak. Doktor teropong telinga Aiman. Gegendang telinga kelihatan tegang dan membonjol. Terdapat cecair terkumpul di bahagian dalam gegendang telinga, di telinga tengah. Memang Aiman mengalami batuk dan selsema beberapa minggu lalu, maka mungkin jangkitan bermula dari situ. Doktor mengesahkan yang Aiman sedang menghidapi Otitis Media, atau jangkitan telinga tengah.

Otitis Media, atau jangkitan pada telinga tengah boleh berlaku pada sesiapa sahaja, terutamanya kanak-kanak. Tiga daripada empat kanak-kanak akan mendapat jangkitan telinga pada usia sekitar 3 tahun. Bahagian tengah telinga yang dijangkiti membengkak, di mana cecair telinga terkumpul mengakibatkan tekanan ruang tengah telinga meningkat, menekan keluar gegendang telinga. Ini menyebabkan sakit telinga dan kadang-kala demam.


Jangkitan di telinga biasanya disebabkan oleh bakteria. Ia biasa terjadi susulan daripada batuk atau selsema, bila mana bakteria yang sama tersebar ke ruang dalam telinga. Jika selsema yang disebabkan virus, bakteria mungkin tersebar ke ruang telinga secara sekunder. Tuib Eustachio yang tersumbat juga menyebabkan cecair terkumpul di telinga tengah dan terjadinya otitis media atau sakit telinga. 




Rawatan antibiotik biasanya diberi untuk mengatasi jangkitan, di samping ubat tahan sakit untuk mengurangkan sakit dan melegakan demam. Kanak-kanak biasanya akan semakin pulih selepas beberapa hari mendapat rawatan.





Aiman dan Ubat

Doktor bekalkan 3 ubat makan dan 1 ubat nasal spray. Ibarat minyak dengan air, begitulah Aiman dengan ubat. Amat payah untuk disatukan. Seksa nak diberi makan ubat. Jenuh memujuk bagai, kadang berjaya, selalunya kita yang merengkam rasa. Masukkan ubat dalam susu, itu antara cara yang selalu diguna. Tapi kadang-kala dia dapat merasa 'kelainan' pada susunya.

Semoga anak abah cepat sembuh, dan semoga Allah permudahkan urusan ibu bapa...







Friday, October 15, 2010

Lawak Slow

Alkisah, pada zaman dahulu, Sang Singa menjadi raja kepada semua binatang di dunia. Pada suatu hari, Sang Singa menganjurkan pertandingan raja lawak. Maka semua binatang di dalam jajahan takluknya dijemput hadir.



Kakak Tua yang sangat tua.


"Baiklah!. Kamu semua dikehendaki mennyampaikan satu cerita lawak. Syarat pertandingan, kamu perlu membuatkan semua binatang yang hadir ketawa dengan cerita lawak kamu. Seandainya ada yang tidak ketawa, walaupun hanya seekor, maka pencerita tadi akan dihukum bunuh!" kata Sang Singa.



Maka pertandingan pun bermula. Sang Monyet tergopoh-gapah menjadi peserta pertama, sangkanya dialah yang paling kelakar sekali. Selesai bercerita, semua binatang ketawa terbahak-bahak, kecuali Si Kura-kura. Tidak memenuhi syarat, maka Sang Monyet menjadi korban lawak yang pertama.



Kemudian Sang Kancil mengambil tempat. Dia diketahui binatang yang bijak, maka dia yakin boleh membuat semua orang ketawa dengan jenakanya. Selesai cerita, alam gegak gempita dengan ketawa. Semua binatang ketawa, kecuali Si Kura-kura. Maka Sang Kancil juga menjadi korban.



Tiba pula giliran Pak Belang si harimau untuk bercerita. Semua binatang senyap mendengar cerita Pak Belang. Belum pun sempat Pak Belang menghabiskan lawaknya, tiba-tiba Si Kura-kura ketawa terbahak-bahak, hampir terbalik.



"Hey Kura-kura, kenapa kamu ketawa? Pak Belang belum habis bercerita lagi!" tanya Sang Singa.



"Ampun Tuanku. Sungguh amat kelakar cerita Sang Monyet tadi Tuanku! Hahahaha!!" jawab Sang Kura-kura.






Monday, October 11, 2010

Recap

Minggu-minggu yang berlalu terasa laju. Penat. Tak dan. Rumput di rumah pun dah panjang. Seingat saya selepas cuti raya baru sekali berhujung minggu di rumah sendiri... Sepatutnya hujung minggu hanya untuk keluarga, tapi dalam jadual ada beberapa program yang sengaja diatur di hujung minggu... Hai bila laa nak pencen ni...


Recap 

01.10.10 - 03.10.10
Bertolak dari Jumaat petang lagi ke KL, kemudian hari Sabtu menziarahi sahabat lama yang ber'open house' di Putrajaya. Besau rumahnya. Ahad petangnya saya mewakili jabatan menghadiri Majlis Konvokesyen  di Gombak. Pemandangan dari atas pentas memang berbeza. Seronok melihat kegembiraan para graduan menerima ijazah. Tahniah! Lebih seronok dan tersentuh lagi melihat kegembiraan para ibubapa yang melihat anak mereka berjalan di atas pentas. Mak satu kamera, ayah satu kamera.

05.10.10
Hari ini hari jadi mama. Apa yang istimewa, hari jadi abah pula sehari kemudian dari mama, 06 Okt. Jadi kebiasaanya kami celebrate sekali, kad pun selalunya bagi satu saja. Mama dan abah merupakan classmates sejak dari sekolah rendah lagi. Tahun ini pertama kali mama menyambut hari jadi tanpa abah di sisi.... Alhamdulillah, mama mengisi hari ini dengan menghadiri kenduri sahabat sekuliahnya. Ruang masanya terisi.

08.10.10
Sekali lagi ke KL, menghadiri mesyuarat yang berlangsung seharian. Kumpulan saya juga merupakan yang terakhir selesai, penuh bersemangat. Seusai mesyuarat, kami terus bertolak ke Taiping dan sampai sekitar jam 11 malam. Keluarga abang juga balik, maka meriahlah budak-budak bermain. Aiman suka sangat dapat main dengan baby Sabrina, yang dah mula pandai 'bersembang'.

10.10.10
Bertolak balik dari Taiping ke Kuantan. Penat woo. Transit sebentar Subang Bestari. Dari pagi TV bercerita tentang perkahwinanan seorang rakyat Malaysia yang pertama ke angkasa itu. Mengimbas kenangan zaman berlajar, pengantin perempuan tersebut pernah menjadi 'pujaan hati' seorang classmate saya di universiti dulu. Dicuba beberapa kali namun nasib tidak menyebelahi rakan saya ni, maka melepaslah rakan saya akan junior yang seorang ni. Rupanya jodoh dengan pak syeikh. Sampai sekarang rakan saya itu masih solo... hehe..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails