Kerana dirimu amat berharga

Saturday, October 30, 2010

Nak kahwin susah, tak kahwin pun susah.




Nak kahwin susah, tak kahwin pun susah.

Ada beberapa orang yang saya kenal rapat yang masih bujang. Ada lelaki, ada perempuan. Semuanya dah masak ranum untuk mendirikan rumah tangga. Tiada apa yang menghalang, jika dilihat dari mata kasar. Cuma mungkin calon yang sesuai belum ada.

Masing-masing dengan alasan dan masalah yang tersendiri. Ada juga yang pernah calon direject oleh ibu bapa. Ada yang bila diperkenalkan orang, tuan tubuh sendiri yang reject. Ada pula yang mak bapa dah carikan, tuan tanah pula tak berkenan. Ada juga yang bapa berkenan, mak pula tak setuju. Haiii.....

Perkahwinan bukan sekadar untuk menghalalkan perhubungan. Tanggungjawab bertambah, dan bukannya mudah. Ianya suatu proses pembelajaran melalui pengalaman. Yang penting, terus mencari ilmu dan belajar mahu berubah.


Sebagai seorang anak, sudah semestinya kita menghormati dan mentaati ibubapa. Saya sedikit sebanyak mengerti akan perasaan seorang lelaki, bilamana ibubapanya bersungguh ingin menjodohkannya dengan perempuan yang, baginya, 'tidak ada chemistry'. Selaku anak yang taat, sudah semestinya dia mahu menuruti kehendak ibubapanya. Pada masa yang sama, hati kecilnya mengatakan tidak mahu. Puas memberi isyarat yang dia tidak berminat untuk berumahtangga buat masa sekarang, namun suaranya seolah-oleh 'tenggelam' di dalam keghairahan pihak-pihak tertentu untuk melihat beberapa keluarga bersatu. Berada dalam situasi 'ditelan mati emak, diluah mati bapak', akhirnya dia seolah-olah pasrah dengan tidak memberikan kata putus. "Ikutlah..." itu sahaja jawapan yang mampu diberi. Beranggapan yang anak mereka memberikan green light, ibubapa pun meneruskan niat murni mereka untuk melihat anak lelaki yang seorang ini berumahtangga. Seharusnyalah, berbincang secara khusus, jangan mengambil keputusan berdasarkan perbualan suka-suka melawak dan juga usik-mengusik. Ini kerana perkahwinan adalah sesuatu yang serius, bukan hanya melibatkan diri atau keluarga sendiri sahaja, tetapi ia membabitkan individu dan keluarga lain.



Ruang untuk memaksa seorang anak itu berkahwin hanya ada jika sekiranya anak itu perempuan dan masih seorang dara. Itu yang saya faham. Ini menunjukkan betapa ibubapa perlu menyegerakan agar anak-anak mereka mendirikan rumahtangga. Namun tentulah ada terms & conditions yang perlu dipenuhi. Untuk anak lelaki, saya belum mendengar bolehnya memaksa mereka berkahwin. Mungkin kerana lelaki yang akan bertanggungjawab ke atas isteri dan keluarga, maka moleklah dia yang membuat keputusan. Jangan nanti berlaku sesalan kemudian. Semoga dipermudahkan jalan penyelesaian.

Hehee... tak dapat saya bayangkan kalau 20 tahun lagi Aiman bagitahu, "Babah, Aiman ingat nak kawin la."

Tiba-tiba saya teringat dan terliur akan buah cherry...

Pokoknya kecil, tapi buah bergugusan...

Aiman belum ada masa ni, menumpang kasih anak orang.. hehe..

7 comments:

  1. happy belated birthday abu aiman..within ur age you've one son I think is okay is it??next year 32 with 2 kids okayla kan..jgn jeles dgn aku ye....aku 'double' jer drpd hang for next year....amin.....

    sorry malas nk wish kat FB...kat sini pun okay kan.....

    ReplyDelete
  2. salam,

    kemarin tetiba dapat berita abang yang dah 'terlajak' nak kawin...tgh exited ni


    hehehe..

    ReplyDelete
  3. eh..pokok ceri kat oz kecik jer rupanya. kat sini mcm pokok rambutan besarnya. nice sharing.[apa kaitan cerita kwen ngan pokok ceri..he he].

    ReplyDelete
  4. Kawin lagi...provokasi sungguh...mah...mah...mah

    ReplyDelete
  5. mama3hz, terima kasih. Muda lagi kannnss.. hehe..


    ikan emas, syukur jodoh dia datang jugak kan. Saya tak boleh lupa masa tengok satu pasangan veteran akad nikah, tok kadi baru sebut nama "che mat!" pengantin terus jawab "aku terima nikahnya ... ", excited. hehe.


    anon, rendah2 je pokok ceri kat ostolia, tak taulah kot ceri kawin agaknya. Takde kaitan, hehe. tapi dlm group tu dulu ada gak sorg mamat yg cerewet bab2 nak cari pasangan ni.

    Dr Amad, memang sengaja provoke nih, hahaha. Semoga dipermudahkan nanti... heheee.

    ReplyDelete
  6. kahwin itu sunnah nabi kita..namun, jika tiada jodoh..kita redha je la kan...

    ReplyDelete
  7. sahrom,
    niat ikut sunnah, insyaAllah dapat pahala. Tp kalau takde jodoh nak buat cemana...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails