Kerana dirimu amat berharga

Monday, October 18, 2010

Otitis Media

Tengah malam semalam, Aiman mengadu sakit telinga. Merengek dan resah tidurnya. Menjelang subuh, badannya terasa sedikit panas. Waktu pagi ketika saya telah pun ke tempat kerja, Aiman muntah beberapa kali. Ada yang berserta darah, mungkin daripada rongga hidungnya.


Maka kami bawa Aiman ke klinik kanak-kanak. Doktor teropong telinga Aiman. Gegendang telinga kelihatan tegang dan membonjol. Terdapat cecair terkumpul di bahagian dalam gegendang telinga, di telinga tengah. Memang Aiman mengalami batuk dan selsema beberapa minggu lalu, maka mungkin jangkitan bermula dari situ. Doktor mengesahkan yang Aiman sedang menghidapi Otitis Media, atau jangkitan telinga tengah.

Otitis Media, atau jangkitan pada telinga tengah boleh berlaku pada sesiapa sahaja, terutamanya kanak-kanak. Tiga daripada empat kanak-kanak akan mendapat jangkitan telinga pada usia sekitar 3 tahun. Bahagian tengah telinga yang dijangkiti membengkak, di mana cecair telinga terkumpul mengakibatkan tekanan ruang tengah telinga meningkat, menekan keluar gegendang telinga. Ini menyebabkan sakit telinga dan kadang-kala demam.


Jangkitan di telinga biasanya disebabkan oleh bakteria. Ia biasa terjadi susulan daripada batuk atau selsema, bila mana bakteria yang sama tersebar ke ruang dalam telinga. Jika selsema yang disebabkan virus, bakteria mungkin tersebar ke ruang telinga secara sekunder. Tuib Eustachio yang tersumbat juga menyebabkan cecair terkumpul di telinga tengah dan terjadinya otitis media atau sakit telinga. 




Rawatan antibiotik biasanya diberi untuk mengatasi jangkitan, di samping ubat tahan sakit untuk mengurangkan sakit dan melegakan demam. Kanak-kanak biasanya akan semakin pulih selepas beberapa hari mendapat rawatan.





Aiman dan Ubat

Doktor bekalkan 3 ubat makan dan 1 ubat nasal spray. Ibarat minyak dengan air, begitulah Aiman dengan ubat. Amat payah untuk disatukan. Seksa nak diberi makan ubat. Jenuh memujuk bagai, kadang berjaya, selalunya kita yang merengkam rasa. Masukkan ubat dalam susu, itu antara cara yang selalu diguna. Tapi kadang-kala dia dapat merasa 'kelainan' pada susunya.

Semoga anak abah cepat sembuh, dan semoga Allah permudahkan urusan ibu bapa...







12 comments:

  1. get well soon my dear Aiman...

    ReplyDelete
  2. sian Aiman, get well soon, yg penting Aiman mesti makan antibiotik. lain lain...so so pon xpe kut.

    ReplyDelete
  3. biasa budak2 memang susah kasi makan ubat, Khalish pun..

    anyway semoga Aiman cepat sembuh.

    ReplyDelete
  4. semoga cepat sembuh. jaga telinga bebaik yer..nanti jadik mcm ayuni. mild hearing loss. alhamdulillah dah ok skrang after beberapa treatment.

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas doa kawan2 semua...

    ReplyDelete
  6. moga aiman cepat sembuh...

    jaga makan..
    jaga tempat bermain..

    abu n ummi aiman pun kena jaga aiman bebaik

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah Aiman dah OK, dah pegi sekolah pun hari ni. Cuma continue makan antibiotik, masuk dalam susu dia...

    ReplyDelete
  8. semoga aiman akan cepat sembuh..saya doakannya ya...

    ReplyDelete
  9. І am very cеrtaіn this guy means veгy well, but you will find, though
    strep throat ԁoeѕ go awаy on its ρersonal, since at
    least half the conԁitiοns foг stгep are сaused by vігal bacterial infections,
    аnd not bacterial thаt's a majoring factor in the heplfulness of antibiotics, it is actually not seriously the actual concept or concept of dealing with the an infection but additional alongside the lines of treating the symptoms for some, the symptoms are not all too terrible, for others, it is actually just like a nightmare, a blinding light, to no end looks to become near. some physicians will prescribe you medicine not to fight the micro organism but to combat the symptoms.

    Visit my website: strep throat foods

    ReplyDelete
  10. Hey, let me know your account Id and i will incorporate you or
    I'll message you thank you.

    Here is my web site; dragon City Cheats

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails