Kerana dirimu amat berharga

Thursday, January 29, 2009

Cemburu tandanya sayang...

"Tunggulah! Elyn nak ikut abang!" kata Elyn. "Cepatlah siap kalau nak ikut. 'Jealous' yeer," balas saya. Maka saya pun tunggulah lebih kurang 20 minit lagi sementara ibu dan anak bersiap-siap mengikuti saya ke Wollongong semalam.

Dia membuat keputusan untuk mengikuti saya ke Wollongong selepas saya mengusiknya, "Abang ada temujanji dengan imam 'Omar Mosque' petang ni, dia kan boleh nikahkan orang." Memang benar, Syeikh Abdul Rahman telah banyak menikahkan para pelajar di sekitar Wollongong.

Sengaja saya mengusiknya kerana malam sebelum itu kami terdengar berita atau 'gosip' mengenai ada kenalan yang menyambung pelajaran di luar negeri, meninggalkan anak dan isteri di tanah air. Dalam keadaan 'single' itu, dia dikatakan amat akrab dengan seorang pelajar wanita yang tinggal se-asrama dengannya. Tak perlulah diceritakan secara terperinci, cukuplah dijadikan panduan dan teladan. Memang pepatah mengatakan 'sayangkan isteri tinggal tinggalkan'. Akan tetapi, di zaman moden ini kita masih boleh berhubungan setiap hari baik melalui telefon, 'teleconference' dan sebagainya dengan murah, kadang-kala percuma. Bukan setakat mendengar suara, malah boleh melihat wajah rupa secara'live'. Jadi rasanya 'long distance relationship' bukan menjadi masalah besar bagi pasangan yang terpaksa berjauhan untuk jangkamasa tertentu.

Alang-alang berjalan

Selesai pertemuan saya dengan tok imam, eh silap! Dengan Ms Delma Boland dari Warrawong Community Kitchen untuk membincangkan mengenai perancangan aktiviti penyelidikan saya yang seterusnya, kami bergerak ke North Beach, Wollongong. Teringin nak berendam di dalam air laut yang dingin itu, tetapi cuaca terlampau panas walaupun jam sudah hampir 4 petang. Aiman pula terlena di dalam kereta, keletihan barangkali kerana bermain dan berjalan sewaktu menunggu abah selesai tugas. Maka kami pun bertamu ke Bald Hill, Stanwell Park dalam perjalanan pulang ke Sydney.

Pemandangan dari situ amat menarik. Dari jauh kelihatan 'The Sea Cliff Bridge', jambatan bengkok menghubungkan Lawrence Hargrave Drive yang asal di lereng bukit. Jambatan ini juga penting kerana ia menghubungkan Stanwell Park, yang dikelilingi laut dan gunung, dengan 'suburbia' lain sepanjang laluan pantai hingga ke bandar Wollongong. Jambatan ini dibina jauh daripada lereng bukit dan laluan asal kerana terlalu banyak kejadian runtuhan batu di jalan yang asal yang menyebabkan kemalangan.

Aiman begitu riang berlari-larian, tetapi perlu diawasi sentiasa. Tebing bukit yang curam dan terus menuju ke laut luas, gerun melihatnya. Penuh kamera dengan gambar anak isteri. Diri sendiri hanya banyak menjadi 'camera man' yang setia, betapa kasihnya pada keluarga. Seronok juga sesekali mengusik isteri, cemburu tandanya sayang!

Monday, January 26, 2009

Selamat Pengantin Baru

Pada 24 Jan 2009, Adham Hafiz, atau lebih biasa dipanggil Bib di kalangan keluarga besar kami, telah selamat diijab kabulkan dengan pasangan pilihannya, Kamalia Suandi. Majlis akad nikah diadakan di sebelah petang selepas Asar di rumah pengantin perempuan di Kluang, Johor. Dengan sekali lafaz maka mereka telah pun sah sebagai suami isteri. Mengikut kata De (Mak Uda), anak-anak sedara dia memang 'power', sekali lafaz aje.

Terkenang pada majlis akad nikah yang pernah saya hadiri, ada satu yang tak akan saya lupakan. Pengantin lelaki ini barang kali terlalu teruja. Sambil berjabat tangan, tok kadi baru sahaja menyebut namanya, di mana dia sepatutnya menyebut 'ya, saya'. Akan tetapi dia terus sahaja menyambut dengan 'aku terima nikahnya...'. Kali kedua, tersangkut juga. Beberapa kali juga tok kadi terpaksa melatih dan mententeramkan dia. Alhamdulillah, akhirnya mereka bergelar suami isteri juga.

Majlis kenduri Bib dan Kamalia diadakan pada hari Ahad, 25 Jan 2009. Pasti meriah. Siti Sarah, juga sepupu saya yang masih single and available (ye ke?), membuat panggilan telefon. Saya membuat ucapan selamat pengantin di mikrofon baru secara 'live' dari Sydney. Tak tahulah macamana bunyinya bercakap melalui telefon ke dalam mic. Pastinya suara saya macam orang bangun tidur kerana waktu itu saya sedang dibuai mimpi, tertidur ketika menidurkan Aiman.

Mengimbas kenangan sewaktu kecil, Bib merupakan antara sepupu rapat saya ketika itu. Kami sama-sama membesar di Taiping, dan belajar di sekolah rendah yang sama. Beza umur yang hanya 2 tahun menjadikan kami seperti rakan sebaya. Masuk ke sekolah menengah, kami berpeluang berjumpa hanya pada cuti sekolah. Bib dan saya juga pernah tinggal di rumah Mak Uda bersama. Waktu itu saya sedang melanjutkan master di UKM, dan Bib sedang dalam proses melanjutkan pelajaran ke UK.

Keluarga kami memang rapat. Aktiviti bercuti sewaktu cuti sekolah memang bukan sesuatu yang luarbiasa. Setiap kali cuti sekolah, kami adik-beradik sepupu-sepapat selalunya pergi bercuti beramai-ramai ke Langkawi, Teluk Batik atau Pangkor. Kadang-kala ke Cameron Highland, Genting atau Medan. Paling kurang pergi mandi sungai atau ke dusun durian, dan mesti ada makan-makan atau bbq di rumah salah satu daripada ibubapa saudara kami. Sehingga kini, aktiviti kekeluargaan ini masih berterusan, dan ini membuatkan saya rasa nak balik Malaysia sebab banyak kenduri dan majlis hari keluarga yang saya telah terlepas!

InsyaAllah kenduri di sebelah Bib saya tidak akan terlepas. Masa saya berkahwin, Bib menjadi pengapit saya. Jadi kenduri dia kali ini saya rasa saya harus hadir. Lagipun ini kenduri terakhir Mak Tam, kerana Bib merupakan anak bongsu, sama seperti saya. Dah lama tak makan kenduri oii!!

Selamat Pengantin Baru buat Bib dan Kamalia. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat dan berbahagia selalu!!

Friday, January 23, 2009

The Ducks

Looking at the ducks around the duck pond in front of my school building reminded me to the meals we had a few days ago at the Taste of Thai (TOT) restaurant. We were on the way back home after picking up my wife from Bankstown train station when she said, "Bang, jom makan. Lapar lah! Elyn belanja". "Aik, tadi dalam telefon kata nanti balik nak masak?" replied me. "Ala lambat la nak masak..." she continued. "Menyesal abang lunch tadi, baru je makan," I commented.



So I turned the car and headed towards Station Parade. It was around half past 4 when we arrived, and the restaurant was empty. We went to take a seat at table no. 1, which was our regular table. A waitress brought a high chair for Aiman, and he as usual trying to be polite saying, "Hi! Aloo!".

The meal

We ordered two Hoy Jor, chicken dim sum clear soup, roast duck salad and one rice. As I just had lunch at home with yesterdays food, the roast duck salad was for me. The only thing I can say is it's delicious! Thinking of cooking duck at home, but I'm quite positive that it will be only me who have to finish it myself. Don't think Elyn is fond of it, do you?

There are two halal Thai restaurants just a stone throw from our house. The other one is Thai Hutt. These two outlets were very close from each other, and they are competing for customers for sure. First, they redecorate and keep upgrading their outlets as well as the menu. Second, they started without opening at lunchtime, but now they did. We personally prefer TOT because of the taste and varieties, not to mention the price is more reasonable.

Cholesterol

I've heard people say that duck meat is healthier than chicken. Here's the comparison in terms of cholesterol and fat content:

Duck meat without skin

Measurement Weight gms %E.P E.P gms Cholesterol mg Fat gms

100 0 100.00 7.00 5.00
1 piece, breast meat (LxWXT, 7x4x3) 71 69 48.60 3.00 2.40
1 thigh (LxWxT, 14x9+B297 148 70 103.70 7.00 5.20

Chicken, (free - ranging), drumstick without skin

Measurement Weight gms %E.P E.P gms Cholesterol mg Fat gms

100 65 100.00 73.00 1.80
1 whole (LxWxT, 13.4x5.3x2.9 cm) 83 65 53.50 39.00 1.00
Source: http://nutriweb.org.my


Just look at the difference of cholesterol, sepuluh kali lipat dong! Well of course ducks have more fats to help them afloat on the water. Would you like to try some duck salad?

Posted by Picasa

Wednesday, January 21, 2009

Harapnya, perubahan ini...

Hari ini telah terpahat satu sejarah baru di Amerika. Barrack Hussein Obama telah secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-44. Diberitakan lebih 2 juta manusia berkumpul di Washington untuk menyaksikan upacara yang bersejarah ini di mana Obama merupakan presiden kulit hitam yang pertama.


Dilahirkan di dalam keluarga campuran, di mana ibunya wanita kulit putih manakala bapanya seorang kulit hitam dari Kenya, Afrika, dia telah menunjukkan bakat kepimpinan semenjak awal lagi. Bukan sahaja terlibat dalam aktiviti kominiti, dia juga pernah dilantik mengetuai ‘Harvard Law Review’ semasa dia masih berada di Harvard Law School, dan dia juga merupakan kulit hitam yang pertama menjawat jawatan tersebut.

Beberapa dekad yang lalu, perkara ini mungkin dianggap mustahil. Masakan tidak, orang kulit hitam tidak mendapat layanan yang sama dengan kulit putih, hatta layanan di restoran atau kedai makan. Hari ini, White House telah dihuni oleh seseorang yang pada suatu ketika dahulu hanya layak sebagai pekerja kelas bawahan, malah dijadikan hamba. Ini menunjukkan perubahan adalah tidak mustahil. Di Australia macam mana? Saya berpendapat masih terlalu jauh untuk orang bukan kulit putih di sini menyimpan angan-angan memegang jawatan Prime Minister of Australia.


Melihat kepada situasi di Asia Barat hari ini, ramai yang berpendapat jangan diharapkan sangat kepada presiden baru negara terkuat dunia ini. Dia mungkin akan meneruskan polisi-polisi yang telah dibuat oleh presiden yang terdahulu. Kita tahu Amerika adalah sekutu kuat Israel. Namun begitu, harapan kita agar perubahan pimpinan ini akan juga membawa kepada perubahan situasi di Asia Barat khususnya dan dunia amnya. Harapnya Obama akan lebih bertegas serta menegakkan polisi-polisi PBB serta matlamat asal PBB ditubuhkan iaitu melindungi hak untuk menikmati keamanan dalam semua negara baik kecil mahupun besar yang selama ini dibuat-buat tak nampak oleh mereka yang sama-sama menggubalnya suatu masa dahulu. Harapnya negara berkuasa veto ini tidak lagi mengikut telunjuk Israel, walaupun kita tahu Yahudi di Amerika amat banyak memegang struktur ekonominya. Harapnya tidak ada lagi double-standard yang kerap kali berlaku setiap kali menangani krisis-krisis yang melibatkan sekutu mereka atau pihak-pihak yang berkepentingan.


Teruskan menghantar bantuan ke Gaza. Keadaan akan menjadi semakin teruk jika tidak dikawal di mana wabak penyakit akan merebak, selain dari masalah kekurangan makanan yang akan menyebabkan malnutrisi terutamanya di kalangan kanak-kanak. Tidak ketinggalan juga bantuan untuk membangunkan semula infrastruktur yang musnah ketika serangan. Dan yang amat penting ialah membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan antarabangsa untuk didakwa sebagai penjenayah perang!

Monday, January 19, 2009

Memori Zulaiqha...

Ini yang selalu menyebabkan kita jadi risau nak hantar anak kat babysitter...

I've just read a blog about a baby who passed away while in the care of a babysitter. This is an example of a person who has no passion for children but instead taking care of other people's child for MONEY. To make it worse, the babysitter has no sign of remorse not even ask for forgiveness.

In summary ceritanya begini. Mama baby ni cikgu. As usual, one fine morning, she sent her baby to the babysitter, kat tingkat atas rumah dia je. Convenient kan, kita tingkat 3, babysitter tingkat 4. So dia pun pegi la skolah cam biasa. Then around 10 am si pengasuh ni call. Ayatnya: "Deeja, balik cepat, akak takut engkau tak sempat tengok anak engkau..sbb dah biru", sedang dia terdengar anak dia dok menangis kuat. Makanya berkejarlah balik si ibu ni, terus ke hospital. Dipendekkan cerita, anaknya tak sempat diselamatkan. Ayahnya pun tak sempat nak lihat baby ni. Post mortem dibuat sebab doktor tak tahu sebab kematian. Yand pasti, perut baby didapati kosong, hanya ada air kosong, dan ada kesan terhantuk yang baru kat kepala baby. Pengasuh tu beria-ia kata dia dah bagi makan nasi bagai kat baby tu.

Satu insiden yang aku hangat, on the way back, si pengasuh ni naik keta sekali. Ada ke patut dia soh bapak baby ni patah balik hantar dia ke hospital sebab keta dia tinggal kat situ. Selesaikanla jenazah dulu. Seb baik la daddy baby ni cool, kalau aku dah kena tendang keluar dah kot. Selain dari tu, ade ke patut she still asked for her payment for the last day, the very day the baby was gone, from the mother? She also talked about all her good deeds she has done, as if it was ikhlas, like feeding the baby with her own food, washing her clothes etc? and what this poor little mother did, she bought some chicken, beef and even the gas plus extra money to cover the electricity etc? This is for her little baby she said, zulaikha, so she will be free from debt.

Kalau aku laa.... eeii... Heran betul, minah senget tu ada anak, dah nak bercucu lagi. Yang jadi masalahnya, kenapa dia tak berhati perut? kenapa tak berterus terang? Aku rasa kalau dia berterus terang, walaupun dia salah, orang pun takde nak persoal banyak2. Mungkin kita boleh maafkan even if baby tu mati sebab terjatuh. Parents baby ni try to cofront with the family, tapi depa sering mengelak, dan sekarang dah jadi kes polis.

Boleh baca lanjut kisah mereka kat: http://memorizulaikha.blogspot.com

Doakan semoga kebenaran akan terbukti. ameen.

Friday, January 16, 2009

Look at me now!

Hello Everybody! Saya dah besar. Umur saya dah 19 bulan dah. Hari-hari saya kacau mama ngan babah, "tjom! tjom!", ajak saya untuk bermain. Kalau mama ngan babah tak bangun saya pun cry.... uuuuuu! Pagi-pagi saya bangun cari "mamaaa! babaaah!". Kalau depa ada, saya pun tersengih hahaha. Lepas tu saya cakap, "tutuuu!", maknanya saya nak susu. Kadang-kadang tengah malam pun saya mintak 'tutu' jugak. Selalunya babah la yang bangun buat susu tengah malam sebab dia tido tepi bakul susu.



Tengok ni mama belikan saya t-shirt tulis apa...Ye ke muka saya macam babah? babah said,"err, tang rambut tu babah tak tau hang ikut sapa. Hmm, sapa ha?" Ini lah meja study saya, dengan harapan saya rajin baca buku jadi pandai. Tengok buku-buku saya kat belakang tu, hehe. Tapi yang ada atas meja tu biasanya steering kereta racing pemberian uncle salim. Besh woo bawak keta laju2!

Saya suka main laptop mama, sebab babah tak kasi main laptop dia, kedekut! Dia kata," hang dok tekan2 tu satgi hang pi padam file thesis babah macamana?! tak bleh tak bleh! Pi main mama punya laptop". Saya suka tengok 'omes', klip video "Thomas & Friends" tuu, yang keretapi kaler biru tuu...



Ini pulak saya berangan jadi koboi. Tapi tak dapat kuda, kambing pun jadi lah! Yeehaa!! Seb baik mama belikan kambing ni, boleh jugak saya dok henjut2. Tersengiih aje! Babah kata tak boleh pegi toys-r-us selalu dah sebab saya dah pandai nak main toys. Mama pulak asik nak beli toy aje, saya suka la! Babah ni leceh la... Babah kata,"leceh tak leceh, setengah rumah penoh dengan benda hang ja. Isok nak balik malaysia barang hang saja dah setengah kapai!".

Tapi saya good boy, buku pun saya suka. "bu boy!", saya kata kat diri saya sendiri.

Saya jugak pandai buat bunyi binatang; tiger, lion, cat, dog, sheep ngan bird. Semalam saya buat satu bunyi lagi, "pooon", bunyi kentut! babah la ni ajaq!









Saya macam babah, suka mamam benda manis. Tapi babah selalu kontrol, dia selalu 'dilute' kasi cair minuman saya. Tak besh la babah ni. Saya sekarang suka makan aiskrim. Saya selalu mintak kat mama, "akin, akin," sambil menunjuk kat peti ais. Hmmm, sejuk! Babah pun selalu tumpang sekaki suruh mama buatkan ais krim untuk dia sekali. Saya biasanya makan aiskrim time petang2, kat balkoni. Saya paksa babah duduk tepi saya sambil menikmati suasana petang. "Down! down!" marah saya kat babah suruh 'sit down' sebelah saya sebab babah dah abis makan dia nak masuk dalam tengok cerita 'How I Met Your Mother.'







Bila malam menjelma, saya selalunya tido lena sebab dah penat main waktu siang. Tapi kalau saya terlebih main atau ter'over' waktu tido, mama kata saya mengigau. Tiba-tiba saya akan bercakap dengan mata tertutup, kadang2 tergelak, hahaha! Babah suka usik, dia akan tanya bunyi binatang kat saya, dan saya pun buat la sambil mata tertutup rapat. Ting-ting adalah kawan rapat saya, tu yang dalam molot tu...









Saya tido ngan mama ngan babah, kat tengah. Babah dah bukak katil saya sebab menyemak je katanya, saya buat tempat minum susu aje. Sapa2 ndak mintak la kat babah, ada kat dalam stor dia. Saya nak aje tido sorang, tapi mama yang nak tido ngan saya kat sebelah. Babah suruh tidokan saya dalam 'cot', dia angkat balik saya letak tepi dia. Skang ni sian dia sebab babah banyak peluk saya lebih banyak daripada dia. Saya bukan apa, suka tido atas tangan babah lagi dari mama, 'empuk', hehe... sebab babah 'gumuk'!
Posted by Picasa

Sunday, January 11, 2009

Semalam

Malam semalam telah selamat diadakan majlis solat hajat di rumah kami di Bankstown. Seperti biasa kaum isteri rupanya dah dok beremail-email planning nak buat kat mana, dok cari tempat yang sesuai. Ada nak buat kat Malaysia Hall, ada yang cadang di Ryde. Elyn di rumah tak bukak email, maka lepas dah bukak email barula dicadangkan di rumah kami kat Bankstown ni. Dulu masa bulan posa dah buat sekali semayang ramai2, alhamdulillah semua muat. Maka sebulat suara setuju diadakan program kitorg tu di sini.

Pukul 8 mlm semua dah ada. Macam biasa makanan penuh la satu meja. Masuk ja waktu Maghrib kami pun solat jemaah sama2 diimamkan ust Zahid. Lepas tu sambung dengan solat hajat mintak doa pada Allah supaya selamatkan Palestin dan kalahkan Israel. Kendian sambung pulak dengan tazkirah ringkas pasal sejarah Israel oleh tok imam kita. Lepas tu sambung dengan aktiviti dinner.

Makan
Macam biasa makanan beraneka jenis, cumanya kali ni main menu nasi putih. Jadi kawan2 bawak lauk-pauk la sorang sikit. Lain drp tu ada rojak buah, cucoq keria, fruit cocktail (aku takdan rasa) dan fettucini pasta (pun takdan rasa). Sedaap. Dah adat jadi tuan rumah, banyak la peninggalan makanan, jadi hari ni dok makan yang tu la sampai kekenyangan dibuatnya. Dah tak pi mana dok rumah saja hari ni, maaakan ja. Burrpp!

Meriah
Tiap2 kali berkumpul memang la meriah suasana. Aiman excited amat, dok main ngan kawan2 dia. Aku terpaksa sound budak2 ni suruh diam sat, dari mola orang solat tak diam2. Berkesan la dalam 2-3 saat, budak2 biasala. Kat mesia pun aku ni paksu yang garang jugak dengan anak2 menakan. Bila time berkumpul adik-beradik tak sah kalau tak gaduh. Kalau ada paksu ni memang depa kena la. Tapi depa manja gak ngan aku. Rindu pulak kat budak2 tu...

Letih sangat gamaknya, Aiman meragam sat tengah malam dalam pukul 2 am. Menangis tiba2, aku pun bang bagai kat dia. Sat nak mama, sat nak abah. Tak tentu arah. Alhamdulillah tak lama, pastu dia tidoq la balik sampai ke 10 pagi. Yang mak pak dia lepas bangun subuh (mujoq tak terbabas) join Aiman lena jugak sampai matahari naik.

Baguih jugak sekali sekala kita buat majlis lagu ni. Selalu tu dok picnic dan makan2, sesekali selit majlis macam ni seronok jugak. Rumah kami di Bankstown ni InsyaAllah sentiasa terbukak kalau nak dijadikan event venue for the next time. Tapi tu la, gambaq satu pun tak ambik!

Wednesday, January 7, 2009

Back on track - fast forward!

I am at Uni now. First time in 2009. Motivated to write, re-write and read (macam DVD writer la pulak!).

Uni is still quiet. In my office, which has about 13 cubicles, it is only me here today. Nobody. Quiet. But HOT!

This morning I saw from far, down through the walkway, HY's room, my supervisor, was opened. She's back from holidays. Next to her room is DCP's room, my co-sv, was still closed this morning. She did not even reply my email I sent her before Xmas. Wonder why... My 3rd sv, CG, is still on holiday until end of Jan.

So what I've done today? Settled a few things that I have long planned. How's the writing-up? slow and steady, but need to boost up the pace. Time is running out mate!

Look through the PhD theses of previous students I knew. They have no specific guidelines in terms of the thesis structure. Even the fonts were different, one use the usual TNR and the other used Arial. It will be good to use arial I guess if I want to make my thesis looks thicker. Hmm... will see how it goes.

A friend of mine called while I was having lunch in front of the PC and reading the news online about Gaza City - worsening. I know he is having this problem to find a house to rent. Bro, it takes time and patience. That is just one piece of your troubles, the easy one.

Quite a few times when he called me, he mentioned that I sound happy, like nothing to worry about. Duh, what do you expect bro? Whining and crying? Blaming myself for doing PhD? Cursing people around me for not helping enough? Regretting for not doing the things that I should have done earlier in my study but I did not? Complaining about the allowance that merely enough to survive here, given that I have to travel 70km one way to uni, sending my child to babysitter, paying house rent that is crazy expensive in Sydney? Ran out of money for house rent because the car needed new parts? Angry because thinking why my allowance is always late? Not to mention why my salary is lower than my other half? What else did I missed to spell out? Hahaa... Start complaining about your life and you couldn't stop.

Well, it is not me I guess. You will see me as me - charming (hehe..), calm and sometimes look serious like I can eat you - but inside, only me and my Creator knows. What do you get by getting upset or mad?

Live up you life. Bersyukurlah!

Tuesday, January 6, 2009

Lembaran Baru 2009

Tahun 2008 telah berlalu meninggalkan seribu satu kenangan. Ada yang manis, ada yang kurang enak. Tahun 2009 terus mendatangi kita, sama ada mahu ataupun tidak. Time flies.

Lihat pada perancangan tahunan, tahun ini merupakan saat yang amat kritikal, terutama pada separuh masa pertama. Mengikut perancangan, pada penghujung separuh masa pertama, thesis kajian yang LENGKAP perlu disiapkan. Melihat kepada tahap kemajuan dan produktiviti semasa, ianya boleh dicapai. Namun, ianya bergantung kepada daya usaha dan kemampuan sendiri. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Akan tetapi, kita sebagai manusia hanya mampu merancang, Allah jua penentu segalanya.



Krisis Timur Tengah


Dalam keghairahan manusia di seluruh dunia menyambut Tahun Baru dengan menjayakan konsert, pertunjukan bunga api dan sebagainya, lembaran baru Hijrah serta Masihi bagi penduduk Palestine membawa kematian dan menambah kesengsaraan buat mereka. Ramai umat Islam yang terus bersuka ria menyambut tahun baru tanpa rasa peduli kepada nasib umat Islam di sana. Nabi pernah berkata bahawa bukan daripada kalangan umatnya orang-orang yang tidak peduli akan nasib saudara Islam mereka.

Media perdana dunia yang dikuasai kafir laknatullah menyiarkan berita yang menggambarkan negara Israel amat teruk diserang, yang menjustifikasi serangan balas terhadap Semenanjung Gaza. Negara-negara Islam banyak yang berdemonstrasi. Negara-negara Arab mengutuk keras, tanpa melakukan apa-apa bentuk tindakan balas. Kerana apa? Israel mempunyai sekutu kuatnya Amerika, dan banyak negara-negara Arab juga menjadi sekutu Amerika. Cuba kalau sekutu mereka atau negara-negara yang berkepentingan diserang. Dalam masa 24jam, mungkin lebih singkat, segala jenis bantuan akan tiba, dan pihak yang dianggap musuh terus dikalahkan dalam sekelip mata. Mengharapkan PBB? Tak apalah...

Kita sebagai golongan marhaen, yang tidak mempunyai kuasa di tangan untuk merubah situasi dunia hari ini tidak bermakna kita tidak mampu melakukan apa-apa. Perlu ada perasaan marah dan benci terhadap pembunuhan yang berlaku. Perlu ada rasa belas kasihan terhadap mereka yang kehilangan nyawa, keluarga, harta benda dan tanah tumpah darah. Hulurkan bantuan dan berusaha untuk membantu dari apa segi jua.


Senjata utama umat Islam, berdoalah kepada Allah setiap hari!


Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami, Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka, Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka, Goncangkan pendirian mereka, Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka. Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum, Wahai Tuhan Yang bersifat Murka, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, Wahai Tuhan yang mengarakkan awan, Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka. Amien…!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails