Kerana dirimu amat berharga

Wednesday, January 21, 2009

Harapnya, perubahan ini...

Hari ini telah terpahat satu sejarah baru di Amerika. Barrack Hussein Obama telah secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-44. Diberitakan lebih 2 juta manusia berkumpul di Washington untuk menyaksikan upacara yang bersejarah ini di mana Obama merupakan presiden kulit hitam yang pertama.


Dilahirkan di dalam keluarga campuran, di mana ibunya wanita kulit putih manakala bapanya seorang kulit hitam dari Kenya, Afrika, dia telah menunjukkan bakat kepimpinan semenjak awal lagi. Bukan sahaja terlibat dalam aktiviti kominiti, dia juga pernah dilantik mengetuai ‘Harvard Law Review’ semasa dia masih berada di Harvard Law School, dan dia juga merupakan kulit hitam yang pertama menjawat jawatan tersebut.

Beberapa dekad yang lalu, perkara ini mungkin dianggap mustahil. Masakan tidak, orang kulit hitam tidak mendapat layanan yang sama dengan kulit putih, hatta layanan di restoran atau kedai makan. Hari ini, White House telah dihuni oleh seseorang yang pada suatu ketika dahulu hanya layak sebagai pekerja kelas bawahan, malah dijadikan hamba. Ini menunjukkan perubahan adalah tidak mustahil. Di Australia macam mana? Saya berpendapat masih terlalu jauh untuk orang bukan kulit putih di sini menyimpan angan-angan memegang jawatan Prime Minister of Australia.


Melihat kepada situasi di Asia Barat hari ini, ramai yang berpendapat jangan diharapkan sangat kepada presiden baru negara terkuat dunia ini. Dia mungkin akan meneruskan polisi-polisi yang telah dibuat oleh presiden yang terdahulu. Kita tahu Amerika adalah sekutu kuat Israel. Namun begitu, harapan kita agar perubahan pimpinan ini akan juga membawa kepada perubahan situasi di Asia Barat khususnya dan dunia amnya. Harapnya Obama akan lebih bertegas serta menegakkan polisi-polisi PBB serta matlamat asal PBB ditubuhkan iaitu melindungi hak untuk menikmati keamanan dalam semua negara baik kecil mahupun besar yang selama ini dibuat-buat tak nampak oleh mereka yang sama-sama menggubalnya suatu masa dahulu. Harapnya negara berkuasa veto ini tidak lagi mengikut telunjuk Israel, walaupun kita tahu Yahudi di Amerika amat banyak memegang struktur ekonominya. Harapnya tidak ada lagi double-standard yang kerap kali berlaku setiap kali menangani krisis-krisis yang melibatkan sekutu mereka atau pihak-pihak yang berkepentingan.


Teruskan menghantar bantuan ke Gaza. Keadaan akan menjadi semakin teruk jika tidak dikawal di mana wabak penyakit akan merebak, selain dari masalah kekurangan makanan yang akan menyebabkan malnutrisi terutamanya di kalangan kanak-kanak. Tidak ketinggalan juga bantuan untuk membangunkan semula infrastruktur yang musnah ketika serangan. Dan yang amat penting ialah membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan antarabangsa untuk didakwa sebagai penjenayah perang!

2 comments:

  1. Salam AzD,

    Memang masyarakat dunia mengharapkan akan ada perubahan bila Obama mengetuai kerajaan US. Tapi rasanya harapan hanya akan tinggal harapan sebab Obama juga pergi ke Israel meminta sokongan orang-orang yahudi untuk dia memenangi pilihanraya dan dia sendiri menjanjikan sokongan yang akan diberikan kepada Israel.

    Kalau kita rujuk hadis-hadis nabi, jelas keadaan yang kita harapkan tidak akan berlaku buat masa sekarang ni.

    ReplyDelete
  2. Salam Abg Faisal,

    Itulah, kalau sama aje dengan predecessors dia, last-last 'hanya tinggal harapan'.

    Abad ke-15 hijrah ni umat Islam masih akan terus ditindas. Semoga kekuatan dan semangat kebangkitan Islam akan terus meningkat, insyaAllah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails