Kerana dirimu amat berharga

Tuesday, January 6, 2009

Lembaran Baru 2009

Tahun 2008 telah berlalu meninggalkan seribu satu kenangan. Ada yang manis, ada yang kurang enak. Tahun 2009 terus mendatangi kita, sama ada mahu ataupun tidak. Time flies.

Lihat pada perancangan tahunan, tahun ini merupakan saat yang amat kritikal, terutama pada separuh masa pertama. Mengikut perancangan, pada penghujung separuh masa pertama, thesis kajian yang LENGKAP perlu disiapkan. Melihat kepada tahap kemajuan dan produktiviti semasa, ianya boleh dicapai. Namun, ianya bergantung kepada daya usaha dan kemampuan sendiri. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Akan tetapi, kita sebagai manusia hanya mampu merancang, Allah jua penentu segalanya.



Krisis Timur Tengah


Dalam keghairahan manusia di seluruh dunia menyambut Tahun Baru dengan menjayakan konsert, pertunjukan bunga api dan sebagainya, lembaran baru Hijrah serta Masihi bagi penduduk Palestine membawa kematian dan menambah kesengsaraan buat mereka. Ramai umat Islam yang terus bersuka ria menyambut tahun baru tanpa rasa peduli kepada nasib umat Islam di sana. Nabi pernah berkata bahawa bukan daripada kalangan umatnya orang-orang yang tidak peduli akan nasib saudara Islam mereka.

Media perdana dunia yang dikuasai kafir laknatullah menyiarkan berita yang menggambarkan negara Israel amat teruk diserang, yang menjustifikasi serangan balas terhadap Semenanjung Gaza. Negara-negara Islam banyak yang berdemonstrasi. Negara-negara Arab mengutuk keras, tanpa melakukan apa-apa bentuk tindakan balas. Kerana apa? Israel mempunyai sekutu kuatnya Amerika, dan banyak negara-negara Arab juga menjadi sekutu Amerika. Cuba kalau sekutu mereka atau negara-negara yang berkepentingan diserang. Dalam masa 24jam, mungkin lebih singkat, segala jenis bantuan akan tiba, dan pihak yang dianggap musuh terus dikalahkan dalam sekelip mata. Mengharapkan PBB? Tak apalah...

Kita sebagai golongan marhaen, yang tidak mempunyai kuasa di tangan untuk merubah situasi dunia hari ini tidak bermakna kita tidak mampu melakukan apa-apa. Perlu ada perasaan marah dan benci terhadap pembunuhan yang berlaku. Perlu ada rasa belas kasihan terhadap mereka yang kehilangan nyawa, keluarga, harta benda dan tanah tumpah darah. Hulurkan bantuan dan berusaha untuk membantu dari apa segi jua.


Senjata utama umat Islam, berdoalah kepada Allah setiap hari!


Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami, Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka, Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka, Goncangkan pendirian mereka, Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka. Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum, Wahai Tuhan Yang bersifat Murka, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, Wahai Tuhan yang mengarakkan awan, Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka. Amien…!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails