
Majlis kenduri Bib dan Kamalia diadakan pada hari Ahad, 25 Jan 2009. Pasti meriah. Siti Sarah, juga sepupu saya yang masih single and available (ye ke?), membuat panggilan telefon. Saya membuat ucapan selamat pengantin di mikrofon baru secara 'live' dari Sydney. Tak tahulah macamana bunyinya bercakap melalui telefon ke dalam mic. Pastinya suara saya macam orang bangun tidur kerana waktu itu saya sedang dibuai mimpi, tertidur ketika menidurkan Aiman.

Keluarga kami memang rapat. Aktiviti bercuti sewaktu cuti sekolah memang bukan sesuatu yang luarbiasa. Setiap kali cuti sekolah, kami adik-beradik sepupu-sepapat selalunya pergi bercuti beramai-ramai ke Langkawi, Teluk Batik atau Pangkor. Kadang-kala ke Cameron Highland, Genting atau Medan. Paling kurang pergi mandi sungai atau ke dusun durian, dan mesti ada makan-makan atau bbq di rumah salah satu daripada ibubapa saudara kami. Sehingga kini, aktiviti kekeluargaan ini masih berterusan, dan ini membuatkan saya rasa nak balik Malaysia sebab banyak kenduri dan majlis hari keluarga yang saya telah terlepas!
InsyaAllah kenduri di sebelah Bib saya tidak akan terlepas. Masa saya berkahwin, Bib menjadi pengapit saya. Jadi kenduri dia kali ini saya rasa saya harus hadir. Lagipun ini kenduri terakhir Mak Tam, kerana Bib merupakan anak bongsu, sama seperti saya. Dah lama tak makan kenduri oii!!
Selamat Pengantin Baru buat Bib dan Kamalia. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat dan berbahagia selalu!!
Selamat pengantin baru juga buat sepupu, Bib. Pengantin Lama pun ok juga. Teringat sepupu rapat yang mati lemas ketika cuti sekolah bertahun-tahun lama dulu.
ReplyDeleteSelamat Pengantin baru buat Bib dan Kamalia....smga dipanjangkan jodoh hingga ke akhir hayat..... :-)
ReplyDeletekalu bib ngan kamalia baca.... meh la honeymoon sini... takkan nak honeymoon kat umah je kot bib!! hehehehehe.......selamat pengantin baru semoga berkekalan hendaknya!
ReplyDelete~kak elyn~
Terima kasih atas semua ucapan selamat...
ReplyDeleteb/p pengantin
Thanks all for the wishes...and thanks andidi for the big column that you dedicated to me... terharu siot!!!!!from me and my wife (kamalia), thanks again.. insyallah end of this year we will be there for our 'official' honeymoon.heheheh...tapi kena tgk bonus perodua tahun ni baper gak la.. hehehe..for andidi and kay elyn, kita jumper bulan 3 nie!! dah lama kita tak borak2 and lepaks2 together2...just like old time..i think its too long for a comment so see you in the next comment. Cheers mate!!
ReplyDeleteMr & Mrs Bib,
ReplyDeletekawen bukannya selalu, once in a life time. Kitorg rasa 'terharu' gak tak dapat ikut rombongan pengantin, huhuu... You guys are most welcome here anytime, just book earlier. Maklumlah, 'hotel' terkenal katakan, ekeke. Well, c u in a month or so time...