Alkisah terdapat tiga bentuk bahaya yang dibawa makanan iaitu biologikal (bakteria, virus, parasite, kulat), kimia (toxin tumbuhan dan haiwan, bahan kimia pertanian dan industri) dan juga bahaya fizikal (kaca, tulang, plastik, besi dsb). Paling banyak menyebabkan keracunan makanan ialah bakteria. Antara bakteria yang glamour sebagai penyebab keracunan makanan ialah Salmomella, Staphylococcus aureus dan E.coli.
Bakteria menyebabkan penyakit melalui tiga cara. Pertama dan yang paling banyak berlaku, kita termakan makanan yang dihinggapi bakteria, dan ia membiak di dalam usus menyebabkan jangkitan. Kedua, bakteria membiak pada makanan dan mengeluarkan toxin yang menyebabkan keracunan kepada orang yang memakan makanan tersebut. Ketiga, bakteria pada makanan yang kita makan menghasilkan toxin setelah berada di dalam usus, yang juga menyebabkan keracunan makanan.
Bakteria ada di mana-mana. Dalam kuantiti sedikit, kebanyakannya tidak mendatangkan bahaya. Tapi pantang dapat peluang, bila keadaan sesuai, ianya membiak dengan cepat, dan risiko keracunan meningkat. Contohnya Staphylococcus aureus. Hampir separuh orang yang sihat membawa bakteria ini di dalam tekak dan saluran pernafasan serta kulit, terutamanya di luka-luka kecil dan calar. Maka ianya terlalu mudah untuk tersebar melalui batuk dan bersin serta sentuhan tangan. Bila ianya landing di tempat yang sesuai, maka bekembang biaklah mereka dan malanglah nasib orang yang menelannya. Oleh sebab itulah kita perlu sentiasa menjaga kebersihan makanan. Pastikan proses penyediaan dan penyimpanan makanan tidak memberi peluang kepada bakteria untuk membiak.
SUHU
Suhu persekitaran amat mempengaruhi pembiakan dan keberlangsungan bakteria. Zon Bahaya ialah sekitar 16-60 oC. Memasak (sekitar 74-100 oC) akan membunuh bakteria. Dalam peti sejuk, pertumbuhan bakteria diperlahankan, dan sejukbeku adakan menghentikan pertumbuhan bakteria, tetapi tidak mati.
AMALAN untuk mengurangkan risiko keracunan makanan:
a. Pastikan makanan betul-betul masak, terutamanya ayam, daging dan seafood.
b. Simpan dalam peti sejuk sebaik sahaja makanan berhenti mengeluarkan wap. Suhu peti sejuk/fridge mesti kurang dari 4 oC, dan sejukbeku/freezer sekitar 0 hingga -18oC.
c. Semasa memanaskan makanan, pastikan ianya dipanaskan secara sekata tanpa meninggalkan 'cold spot'. Cold spot selalu berlaku bila kita memanaskan makanan dalam microwave. Pastikan juga suhu mencapai sekitar 80 darjah. Nak senang hati kasi mendidih terus.
d. Jangan makan makanan berkulat. Tapi ada juga kulat yang berguna contohnya dalam pembuatan tempeh dan cheese. Yang itu dah dikenalpasti selamat, takpa lah.
e. Jangan beli tin yang kemek atau bocor.
f. Jangan ambil susu atau makanan dalam kotak yang kelihatan menggelembung atau kembang. Ia menandakan penghasilan gas hasil daripada aktiviti bakteria.
g. Practice general sanitation of the food preparation area (Dapoq la tu).
h. Common sense please. Kalau rasa tak sedap hati atau dok nampak risiko, jangan dok ingat 'takpa kot'. Contohnya lalat banyak. "Takpa aih, lalat saja. Makhluk Allah jugak." Gagah-gagah la sikit tolong halau.
Memanglah bukannya tiap-tiap hari orang terkena keracunan makanan. Kita jarang terkena keracunan makanan kerana biasanya makanan yang kita makan masih panas atau baru dimasak. Kalau di kedai pula, biasanya masakan terus dimasukkan ke dalam bekas atau pinggan terus daripada kuali/periuk, tidak tersentuh alat-alat yang tercemar. Maka cross contamination tidak berlaku. Kuman pun tak dan membiak.
Adab makan juga diajar orang tua kita, dan ianya amat membantu. Jangan ambil lauk dalam periuk dengan tangan, tapi ceduk guna sudu ka, senduk ka. Jangan batuk/bersin depan makanan. Jangan banyak bercakap masa makan. DOA dan bismillah jangan lupa. Apa lagi? Semuanya baik untuk diamalkan bukan?
Kalau kita terkena kuman yang kurang merbahaya mungkin boleh kata 'takpa, sikit ja', tapi tiba-tiba terkena yang membawa maut, menyesal tak sudah. Takpa takpa tinggal celepa...
Lama tak buat kailan steam oyster sauce ni... |
::: Peringatan untuk diri sendiri terutamanya, yang malas nak lap dapoq lepas masak.
::: Ni baru cerita bab bakteria. Bab virus, parasit, kulat, cacing, pesticide belum lagi. Tapi memadailah, sebab bakteria penyumbang terbesar (~80%) keracunan makanan.
::: Saya tak cerita bab treatment, serah kat doktor lah bab tu. Yang utama, mencegah lebih baik dari mengubati... الوقاية خير من العلاج
tapi kalau asal mkn stimbot je mesti kene food poisoning...itu agak2 sebab ape ek? food poisoning atau sebab perut yg tak tahan ek?
ReplyDeletegB,
ReplyDeletekalau orang lain yg makan sama dgn gB tak kena tapi gB sorg je kena, mungkin gastroenteritis (bukan food poisoning) disebabkan perut dan taliperut gB tak tahan atau alergic dgn sesuatu bahan dlm stimbot tu kot. Kalau symtomnya teruk, elok elakkan aje stimbot.
Mungkin boleh try 'rule-out' method. Next time makan stimbot, cuba jgn makan satu atau dua jenis lauknya. Kalau tak sakit, maka makanan yang di'exclude' itulah puncanya. harap2 tak lah sampai dah exclude satu demi satu tengok2 sampai semua pun takleh makan jugak... =)
"tak pa...tak pa aihhh..."
ReplyDeleteayat tu mcm familiar je dgn somebody tu. kweng3x.hehehe
kalu dah ngadap makanan tu hapa pon tak hengat... dah sakit perut bagi nak ingat menda dimakan
ReplyDeletesodappnyerr kailan tewww..
ReplyDeletesalam, tq berkunjung ke blog saya..pertama kali sampai ke sini..tq 4 sharing..bab2 keracunan ni main tibai je..makan tak ingat
ReplyDeleteisabelle,
ReplyDeleteada member skolah dulu kitorg panggil perut boya, semua makanan (termasuk yg org dah x mau sbb ada bau lain) dia sapu tp x sakit perut.
Takpa...
cemomoi,
janji sedaaap, hehe..
en_me,
memang sodaap dan berkhasiat:)
Imanshah,
salaam & terima kasih kembali.
Selagimana halalan toyyiban, bedal je laah. =)