Sedar atau tidak, Allah itu maha pengampun. Kenapa? Kerana walaupun kita terlupa untuk memohon ampun, ada dosa-dosa kecil kita tetap diampunkan, contohnya ketika mana kita melakukan amal dan kebaikan seperti mengambil wuduk, berjalan ke masjid, hatta dengan hanya memegang tangan isteri juga boleh menggugurkan dosa-dosa kecil.
Kita adalah manusia yang tidak dapat lari dari melakukan dosa, sama ada dosa besar, terutamanya pula dosa-dosa kecil. Perlu juga diingatkan, bila mana dosa-dosa kecil dilakukan berulang kali, atau merasa perbuatannya tidak mengapa kerana ia hanyalah dosa kecil, maka tarafnya menjadi seperti dosa besar. Maka sewajarnyalah kita memohon ampun dan bertaubat kepada Allah setiap hari. Yang lebih parah lagi, ada yang tidak merasa berdosa apabila melakukan dosa atau melanggar perintah Allah.
Namun ramai di antara kita, mungkin termasuk juga saya, sering bertangguh untuk memohon ampun dan bertaubat serta untuk melakukan kebaikan. Ada yang merasa masih muda dan sihat, mana mungkin akan mati sebelum sempat bertaubat. Ada juga yang berfikir, amal kebajikan telah banyak dilakukan, mana mungkin akan masuk ke neraka disebabkan dosa yang sedikit, lalu menangguhkan taubat. Astaghfirullah...
Jangan tertipu dengan mudanya usia,
kerana mati bukan syaratnya tua.
Jangan tertipu dengan sihatnya kita,
kerana mati bukan syaratnya sakit...
Dalam kehidupan kita mengejar dunia, kadang-kadang kita terlupa matlamat akhir dan tujuan penciptaan kita. Oleh sebab manusia mudah lupa, maka itulah perlunya diberi peringatan dari masa ke semasa. Ini penting untuk menarik semula kita berada di atas landasanNya, back on track, kerana kita sering tersasar.
Renung dan nikmati alam ciptaan Tuhan, fikirkan apa pengakhiran kita... |
Hari Jumaat tiba lagi. Khatib menyampaikan khutbah tentang taubat hari ini, seperti yang saya rumuskan di atas sebagai sedikit perkongsian. Untungnya menjadi lelaki, setiap minggu akan diberikan peringatan-peringatan seumpama ini - seandainya tidak dibuai mimpi indah atau berada di dunia sendiri - dengan harapan tok khatib tak syok sendiri. Maka bagi yang bergelar suami, perlu memanjangkannya pada si isteri, yang kebanyakannya mengambil kesempatan bershopping bersama sahabat-sahabat sejati. Maklumlah, waktu rehat panjang...
Tapi sekarang ramai juga lelaki yang tak berapa nak malu. Mengikut laporan isteri saya dulu, time orang solat Jumaat, boleh pulak lelaki-lelaki ni duduk di KLCC, lepak-lepak, hisap rokok. Mungkin depa ni musafir kot, atau period barangkali...
ehehe.kalo nmpk jantan2 yg selamba je bersidai time solat jumaat tu, kdg2 is lalu.. is perli gak.
ReplyDeletehrp2 diorg dgr la.
org sekarng ni (tak kire la lelaki ke pompuan) mmg dah kurang malu. selamba je langgar semua benda... kalau tegur pun diorg dah tak malu dah..
ReplyDeleteBerkaitana dgn khatib membaca khutbah ni, makin ramai lelaki dalam masjid yang berborak ketika khutbah dibacakan....kita tenung dgn pandangan tajam pun masih tak faham.
ReplyDeleteisabelle,
ReplyDeletebagus bagus. kalau bawak anak, buat2 la nasihat anak kuat2. Tapi kalau yg jenis muka tebal, tak jalan jugak.
gB,
memang, sangat tidak malu, kadang2 kita yang jadi malu.
Fairus,
depa ni saja buat2 tak paham. Kalau budak kecik bleh tahan lagi, ada yang dah tua bangka pun sembang sakan.
mereka malu;
ReplyDelete.. nak jalan kaki ke masjid kot..
..nak biarkan rakan perempuan jalan sorag-sorang
..
ikan emas,
ReplyDeletehuhu... malu2 gitu kan.