Kerana dirimu amat berharga

Wednesday, December 15, 2010

Tali Pinggang

Satu hari ketika menunggu lif untuk turun ke masjid, seorang rakan memegang talipinggang saya dan berkata...

"Ini dah lubang hujung dah ni!"


Saya pun memulakan cerita ... 


"Ini talipinggang (hantaran) kahwin ni. Masa mula-mula pakai dulu guna lubang hujung ni (saiz paling kecil). Lepas 6 tahun terpaksa guna lubang hujung ni pulak (sambil merujuk kepada lubang yang paling akhir)"


Seorang rakan lagi menambah ... 


"Aku punya talipinggang kahwin dah lama tak boleh pakai, hehe... "


Tiba-tiba satu lagi rakan yang masih maintain berkata ... 

"Nampaknya nak dapat talipinggang baru kena kahwin lagi la! Hahaha ..."

Gitulah antara perbualan 'biasa' orang lelaki.


This was Aiman's view, not sure what he wanted to capture while holding the camera. And it was NOT my tummy hokeyy!
 
Saya rasa saya not too bad la, sebab tali pinggang Braun Buffel saya ni cuma ada 3 lubang. Jadi 6 tahun berpindah 2 lubang talipinggang, OK what. Yang bagus lagi, kualitinya masih elok. Kulitnya tak terjejas dimakan usia, nak dibandingkan dengan talipinggang yang kononnya 'genuine leather' lain yang pernah melilit pinggang saya. It comes together with my wallet, yang juga masih saya gunakan day-in-day-out.


Agak-agak la, kalau orang pompuan, dalam masa 6 tahun dah berapa kali tukar purse dengan hand-bag yer...

12 comments:

  1. Setiap kali nak pakai tali pinggang, kena lihat dari pandangan atas; samada masih nampak tali pinggang atau nampak hujung kasut....

    ReplyDelete
  2. dialog saya sama cam yang last tu sebab termasuk kategori menten

    ReplyDelete
  3. org pompuan...ermm..6tahun, paling koman 6 henbeg, 6 purses, 6 kasut.
    tapi biasanya double la.ajaib sgt kalo setahun satu.

    p/s: ye ke gmbr tu bukan perut abang? kekeke

    ReplyDelete
  4. Fairus,
    masih jelas kelihatan, hehehe.

    cemomoi,
    heran jugak cemana setengah orang boleh menten, tapi makan boleh tahan.

    isabelle,
    lepas 10 tahun boleh buat garage sale kan, hehe...
    p/s: surely not, even my hand/finger is not as dompot as that... yet... hehehe

    ReplyDelete
  5. bagi org perempuan yg ingin nak bagi hadiah kat mr hubby disyorkan belikan tali pinggang ;-

    1. belit hati dan perut dia..

    2. peringatan kpd dia supaya jgn nak menambah lubang tali panggang tuu..

    ReplyDelete
  6. ikan emas,
    takut pulak baca 'warning' tersirat IE tuu... huhu..

    ReplyDelete
  7. ziarah rakan blogger...

    penyakit lelaki selepas berkahwin ialah ..perut buncit

    ReplyDelete
  8. nak jugak perli org pompuan tu..hu hu.henbeg pompuan murah..hu hu.

    ReplyDelete
  9. Abu Luqman,
    temankan isteri mengandung sama =)
    terima kasih ziarah lagi.

    anon,
    hehe... seb baik elyn tak berapa membeli sangat...

    ReplyDelete
  10. salam

    kita tukar henbag tiap2 tahun... beli ms sale aje... (^_^) ~

    ReplyDelete
  11. ala, org ittew pun.. asyik2 nk beli jam aje..hehehehehehe

    ReplyDelete
  12. salaam manje,
    kalau gitu sekarang la musim sale... hehe...

    Elyn,
    lama dah kan tak beli jam, nopititis..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails