Kerana dirimu amat berharga

Saturday, December 4, 2010

Marriage: Make A Choice and Make It Work

Cuti-cuti sekolah ni, ramai orang ambil kesempatan buat kenduri kahwin, termasuklah beberapa orang sahabat saya. Esok salah seorang sepupu saya akan bertunang. Minggu sudah adik wife saya mengikuti rombongan merisik ke rumah calonnya. Dua-dua lelaki. Satu pilihan sendiri, satu pilihan keluarga. Saya doakan perancangan kedua-duanya akan berjalan lancar, sementara menunggu hari disatukan nanti. Orang kata time ni darah manis. Tak tau lah apa maksud sebenarnya.


Tujuan berkahwin bukanlah sekadar untuk menghalal antara seorang lelaki dengan seorang perempuan, malah matlamat utamanya ialah menuju syurga. Banyak perkara yang kita perlu pelajari dan bersiap sedia sebelum dan selepas berkahwin. Begitu juga banyak lagi yang akan kita pelajari melalui proses pengalaman selepas berkahwin. Antara yang boleh saya tuliskan sedikit di sini tentang tugas dan tanggungjawab seorang suami :

1. Ketua keluarga.
Nama pun ketua, maka dalam banyak hal, dia perlulah mengetuai atau mendahului. Sebagai persediaan, perlulah dia mempunyai ilmu yang cukup untuk menjadi ketua. Antara yang penting ialah menjadi ketua ketika solat, imam lah tu. Mana boleh nak tolak bini ke depan untuk jadi imam ketika solat.

2. Pembuat keputusan atau Hakim
Suami isteri perlu sentiasa berbincang dalam segala hal. Kata pepatah, sepakat membawa berkat. Namun keputusan terakhir berada pada suami, membuat keputusan dan bertanggungjawab keatasnya. Namun untuk menjadi seorang pembuat keputusan yang adil juga memerlukan ilmu yang cukup. Kalau kita biasa beranggapan konsep sama rata itu adalah adil, itu sebenarnya silap. Contoh mudah, kalau kita ada beberapa orang anak, untuk bersikap sama rata katanya, kita membelikan beg sekolah Doraemon untuk semua anak2 kita, baik yang di tingkatan lima mahupun yang di darjah satu. Nampak kurang adil di situ kan. Adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Di sinilah perlunya pertimbangan jitu seorang suami atau ayah. Kalau ianya tiada hubungan dengan hukum syariat, maka lebih mudahlah untuk membuat keputusan. Tapi apabila berkait dengan syariat, perlu dinilai berdasarkan hukum sebelum membuat keputusan. Contohnya, apabila berlaku pertembungan antara kepentingan ibu dengan isteri, maka seorang anak lelaki mesti mengutamakan ibunya dahulu. Jangan dah dapat isteri cantik dan kaya, ibubapa dipinggirkan.

3. Berijtihad
Dalam keadaan tertentu suami atau ayah juga perlu berijtihad demi kemaslahatan 'rakyat' di bawah tanggungannya. Satu contoh, suatu hari kita sekeluarga pergi melancong. Tiba di hotel, waktu asar sudah hampir luput. Negeri orang putih pulak, bilik hotel tidak disediakan penunjuk arah kiblat. Kompas kiblat pula terlupa nak dibawa. Handphone pulak kodi, tiada kompas. Maka pada ketika itu menjadi tanggungjawab suami untuk menggunakan segala ilmu dan kemampuannya untuk berijtihad menentukan ke mana perlu mengadap untuk menunaikan solat. Begitu juga dalam memastikan makanan yang masuk ke dalam rumah dan dimakan ahli keluarga sama ada halal atau tidak, di bawah tanggungjawab suami. Tapi kalau si suami itu jahil, zero, nehi, macamana ya...

4. Memberi nafkah
Jangan dok ingat nafkah ni yang batin ittew saja. Yang utama lagi ialah makan minum, pakaian dan tempat tinggal. Walaupun isteri kaya meliana (milionnaire kata orang putih), nafkah adalah wajib keatas suami. Makan minum untuk sehari semalam mengikut kebiasaan setempat, pakaian sepersalinan setiap tahun ikut keperluan, dan tempat tinggal yang selayaknya. Nafkah ini hanya gugur sekiranya isteri kata, "takpalah bang, saya gugurkan hak nafkah makan pakai saya, biar saya beli sendiri." Nafkah yang seringkali kita terlalai ialah nafkah emosi, di mana suami perlu memberikan rasa ketenangan, kebahagiaan dan rasa selamat selama berada di sisi kita, di rumah kita.
Pada usia rumahtangga yang baru mencecah 6 tahun,  masih banyak yang perlu kami dipelajari.






5. Pembimbing dan pendidik
Ini merupakan tugas dan tanggungjawab yang penting. Suami perlu mendidik dan membimbing isteri dan anak-anak tentang segala hal; duniawi dan ukhrawi. Saya terpaksa belajar semula fiqh wanita, yang sebelum ini saya tak ambil kisah. Ialah, kita lelaki ambil tahu hal lelaki je lah. Tapi lepas kahwin, kena tahu pasal hukum haid, nifas, wiladah dan sebagainya. Suami juga mesti menjadi suami yang soleh kepada isteri dan anak yang soleh kepada ibunya sendiri, untuk persediaan mendapatkan isteri yang solehah dan anak-anak yang soleh dan solehah. Andaikata suami kurang ilmu, maka hendaklah sedaya upaya menuntut ilmu dan menyampai serta amalkan dalam keluarga. 

Banyak lagi perkara yang hanya akan kita pelajari dan ketahui as the time goes by. Ternyata, ia bukanlah suatu yang mudah yang kita boleh go with the flow. Sebagai kesimpulan, untuk berjaya dalam institusi perkahwinan memerlukan kepada ilmu dan persediaan diri yang cukup. Berbagai cara mencari ilmu pada zaman sekarang; buku, kuliah, ceramah, kelas pengajian, internet; terpulanglah. Sebagai permulaan, wujudkan rasa MAHU dulu, kemudian akan datang USAHA atas MAHU. Perubahan dalam kehidupan pasti akan berlaku. Kejayaan mutlak seorang suami dan ayah ialah apabila dia berjaya membawa bukan sahaja dirinya ke syurga, malah seluruh ahli keluarganya bersama.

You have made a choice to get married, now you have to make it work. Selamat bertunang dan selamat mendirikan rumahtangga!



:: Sebagai peringatan untuk diri sendiri terutamanya. 

:: Ada orang mintak saya bagi sepatah dua kata untuk adik-adik ni, tapi saya reti nak bagi nasihat melainkan kat isteri dan anak. Maka saya tulis je lah kat sini.

9 comments:

  1. salam abu

    musim jualan murah juga..apapun kawan doakan agar Abu menjadi suami dan ayah terbaik buat insan2 terpilih itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
      dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
      berikan 4 angka 2902 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
      dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
      ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
      allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
      kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
      sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
      yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA WARSITO,,di no (((085-342-064-735)))
      insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 1 JUTA RINGGIT , wassalam.


      dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







      Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


      1"Dikejar-kejar hutang

      2"Selaluh kalah dalam bermain togel

      3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


      4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


      5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
      tapi tidak ada satupun yang berhasil..







      Solusi yang tepat jangan anda putus asah... KI .JAYA WARSITO akan membantu
      anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
      butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
      100% jebol
      Apabila ada waktu
      silahkan Hub: KI JAYA WARSITO DI NO: [[[085-342-064-735]]]


      ANGKA GHOIB: SINGAPUR 2D/3D/4D/



      ANGKA GHOIB: HONGKONG 2D/3D/4D/



      ANGKA GHOIB; TEXAS



      ANGKA GHOIB; TOTO/ MAGNUM 4D/5D/6D/



      ANGKA GHOIB; LAOS

      Delete
  2. tips yang bagus buat yang ingin bergelar suami. Bukan begitu mudah kannn.

    ReplyDelete
  3. yg dah kawen, boleh refresh la.
    thanks for the reminder.

    nanti is suruh sham baca ye.hehe

    ReplyDelete
  4. dah dah ikat tali ikatan sah tu tahniah dan moga bahagia membawa ke syurga

    ReplyDelete
  5. great read, this! well written post. point nomor 4, ramai suami dewasa ini tak beri perhatian.

    ReplyDelete
  6. salaam imanshah,
    mcm iklan tv tu: Y.E.S year end sale. Mekasih juga atas doa ...

    Pok Li,
    memang, tak semudah a.b.c. Aritu ada ustaz jab. agama cerita pasal kadar perceraian yg makin meningkat, antara sbbnya tak tahu tanggungjawab lah.

    isabelle,
    apa yg baik amik lah.. hehe.. Banyak lagi yang kita tak tahu.

    cemomoi,
    sama2 la kita usaha ke arah itu.

    noir,
    Tq. Zaman sekarang ramai isteri yg income lagi tinggi dari suami, maka ada suami yg take for granted isteri lah yg tanggung. Tak salah, tapi kena ada persetujuan la kan.
    Mekasih singgah sini!

    ReplyDelete
  7. salam..
    patutnye setiap org yg mahu berkahwin dan sudah berkahwin kene baca entri ni. sebab sekarang ni terlalu banyak kepincangan berlaku sebab tu institusi perkahwinan dah jadi suatu perkara yang menakutkan bagi sesetengah orang...

    ReplyDelete
  8. salaam gB,
    mana yg baik ambiklah. Betul, institusi perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails