Kerana dirimu amat berharga

Friday, September 9, 2011

Sumber Ketenangan


Pernah tak rasa macam ada sesuatu yang tak kena, gelisah, bermasalah, takdak tujuan, empty, dead end, rasa geram tapi taktau sebab apa, dan rasa-rasa yang sewaktu dengannya? Mesti ada kan.


Bila kita banyak sangat fikir hal duniawi, dok buat kerja-kerja yang tak pernah selesai ni, ada kalanya kita makin jauh dari-Nya. Jika kita terus-terusan begitu, perasaan something is missing, gelisah, serba tak kena tadi akan datang.


Tiap kali ini berlaku pada saya, mama aiman akan perasan. Nasihat pertama dia, "dah telefon rumah belum?" Betul. Kadang-kadang berhari-hari saya tak telefon dan bercakap dengan mak saya. Ubat pertama untuk saya mencari semula ketenangan, get back on my feet, ialah bercakap dengan mama, cukup sekadar bertanya khabar dan bersembang kosong. Lega. Ya Allah, panjangkan usia mama dalam kesihatan dan perelokkanlah amalannya.


Kemudian, ubat ketenangan ialah kena pergi surau atau masjid dan baca al-quran. Memang telah dijanjikan, dengan mengingati Allah, berzikir, hati akan menjadi tenang.



Berpeluang berada dua minggu di sini merupakan saat-saat yang sangat tenang di hati, walaupun manusia beribu.
 OK. Jom kita telefon mak kita, pergi solat kat surau, kemudian baca Quran!

4 comments:

  1. semalam mak baru datang menziaahi kami ..... hari ini kami akan berjumpa lagi di Alor Setar...

    ReplyDelete
  2. Chik Att, best la kalau boleh jumpa mak selalu

    ReplyDelete
  3. kalau lah ada button like disini..;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails