Kerana dirimu amat berharga

Saturday, January 19, 2013

Gram

Kalau sekeping CD boleh muat beratus lagu dalam bentuk mp3, sebelah record atau piring hitam gramphone ini hanya punya satu lagu. Lebih berat dan tebal berbanding piring hitam electric turntable, sekeping record hanya ada dua lagu.  Sekali crank untuk kunci spring tahan lah satu lagu. Kalau dia slow down suara pun jadi besar, macam Ustaz Don buat demo nak pronounce makhraj huruf dalam siri 30 Minit dia, cepat-cepat kena pusing crank kunci balik spring. Penat nya lah hai orang dulu-dulu nak dengar satu lagu pun. It was said that gramophone record was the first technology people used to record and replay sounds/music. 


Saya beli gramophone ini sewaktu menghadiri konferens di India kalau tak salah pada tahun 2001/2002, sewaktu menjadi pelajar Master di UKM. Tak ingat berapa harga sebenar, tetapi jauh lebih murah daripada yang saya jumpa di kedai antik Malaysia mahupun semasa di Sydney. It could be a fake one but looks and works well anyway.

Hari ini saya bersihkan gramophone yang dah lama terperap di dalam bilik bersama longgokan kotak-kotak. Berabuk...




Friday, January 4, 2013

HAPPY NEW YEAR 2013: BE POSITIVE


“Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya”

Sebagai pembuka tirai tahun 2013 ini saya ingin mengajak sahabat-sahabat semua melatih diri ke arah berfikiran positif. Kenapa perlu berlatih? Kerana melihat semua perkara dari sudut yang positif adalah sukar untuk sesetengah orang.

Mafhum hadis di atas bagi saya ia membawa maksud agar kita sentiasa bersikap positif atas segala sesuatu yang berlaku. Lebih daripada itu, kita juga perlu berfikiran positif dalam menilai sesuatu perkara. Yes, we have to take things into perspective, but always highlight the positive before the negative gets in.

Jikalau kita mengamalkan seperti apa yang disarankan dalam hadis di atas, insyaAllah kita akan beroleh pahala. Kemudian daripada itu, faedah lain kita akan menjadi lebih tenang, sentiasa bersyukur dan pastinya lebih sihat!

Dalam sesebuah organisasi, pasti akan ada orang yang rasa tidak puas hati dengan orang lain. Cikgu tidak puas hati dengan anak murid. Pekerja tidak puas hati dengan bos. Kuli tidak puas hati dengan majikan. Kadang-kadang hanya disebabkan perkara yang kecil. Selalunya juga berlaku ketidakpuasan hati apabila orang lain melakukan sesuatu dengan cara yang tidak kita senangi, dalam kata lain tidak ikut cara kita.

Dalam keadaan ini kita perlu ingat bahawa manusia dikurniakan akal fikiran dan masing-masing punya cara tersendiri dalam menilai sesuatu isu dan membuat keputusan. Jikalau kita boleh menerima ketentuan ini bagi saya kita tidak ada sebab untuk sentiasa tidak berpuas hati serta berfikiran negatif sana-sini. Gantilah 14 orang bos sekalipun, setiap satu pasti ada cara dan ideanya yang kita kurang senang. Tukarlah 24 orang kerani sekalipun, setiap seorang pasti ada kekurangan sana-sini. Datanglah 44 orang supervisor pun dengan pe'el masing-masing, thesis kita bergantung pada diri kita.

Salah satu tips untuk hidup bahagia juga ialah kita mesti bersangka baik. Letakkan standard di mana semua orang di sekeliling kita mempunyai niat yang baik dalam berkerja. Namun seperti dalam para di atas, masing-masing mempunyai cara yang tersendiri yang kadang kala berbeza dengan cara yang kita mahu. The baseline is, believe that everybody has a good intention. Terima perbezaan, raikan persamaan. #Tak semua orang pandai dan educated untuk mencapai pemikiran macam awak ;p#

Mari muhasabah diri. Andai kita asik tidak puas hati dengan orang itu, geram dengan orang ini, menyampah kat situ, meluat kat sini, barangkali kita sebenarnya yang bermasalah. Bukan mereka.

Akibatnya kita yang 'sakit'. Jadi, mulai tahun ini, BE POSITIVE YA!



رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
My Lord, make me an establisher of prayer, and [many] from my descendants. 
Our Lord, and accept my supplication.
(Ibrahim: 40)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails