Kerana dirimu amat berharga

Sunday, August 14, 2016

Suara Keramat

Kita dengar suara dia sejak dari dalam perut lagi.

Masa kita baby, suara dialah yang paling kita cam. Dengar saja suara dia, kita tercangak-cangak mencari.

Dengan suara dialah kita berhenti menangis. Dengan suara dia juga kita terlena.

Sedar atau tidak, kita membesar bersama nasihat dan pujukan suara dari hati dia. Rajuk kita terubat hasil suara dia (saya la tu buat perangai takmau balik asrama). Teguran dan marahnya menjadikan kita manusia pada hari ini.

Bila time nak periksa, kita telefon dia. Dengar suara dia, mintak dia doa kat kita. Kita berjaya, kita bagitau dia. Kita gagal pun kita bagitau dia. 'Affirmative respond' dari dia punyai aura, menjadi tanda bahawa kita berbuat perkara yang betul, biarpun tidak sempurna.

Walau kita dah dewasa, suara dia tetap punya karamah tersendiri. Separuh dari masalah selesai hanya dengan mendengar suara dia. Hatta sekadar sembang biasa.

Dialah mak kita. Ibu kita. Mama.

~Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapa kami, rahmatilah mereka dan masukkan lah mereka ke dalam syurga Mu~

:: I 💗 U, Ma ::

Saturday, July 23, 2016

PUTIH

Putih. Itulah panggilan kami kepada seekor kucing yang selalu datang ke rumah meminta makanan. Sangat manja, pantang pintu terbuka suka masuk ke dalam rumah.

Pulang dari cuti raya, putih bersih sudah tidak datang menjengah seperti selalu. Adik dan abang memanggil, tiada jawapan. Jika dulu, dengar saja bunyi kereta kami pulang ke rumah terus ia menerpa.

Ternampak bangkai kucing di dalam gambar, tidak jauh dari rumah. Kami menghampiri, ianya seakan putih. Kepala tersangkut di dalam plastik, mungkin itu punca kematian kucing itu. Kasihan...

Adik menangis sedih, mengenangkan andai itu benar-benar Putih.

Sehingga kini, tiada lagi kucing bernama Putih datang ke rumah... buat bermain bermanja...

Wednesday, February 17, 2016

Steadfast


Terkadang ada yang merasakan apa yang kita lakukan sehari-hari amat meletihkan dan tidak membawa apa-apa pulangan atau kebaikan. Hampir tergelincir daripada landasan ikhlas, tersedar kembali tatkala menghayati video clip ini...


Sunday, February 7, 2016

Tin sudah bermata ketam

Pokok tin yang dibeli pada 10.10.2015 telah mula mengeluarkan putik buah pada hujung Jan 2016. Setakat hari Ini ada sekitar 6-7 putik atau seeing dipanggil 'mata ketam' telah pun muncul.

Ada banyak jenis pokok tin Di pasaran. Saya rasa yang saya beli Ini Dari jenis BTM6, yang dikatakan hybrid jari Jepun dan sesuai dengan iklim kita.

Ada rezeki beberapa bulan lagi dapatlah makan buah tin segar dari laman insyaAllah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails