Kerana dirimu amat berharga

Wednesday, May 25, 2011

Bukanlah Kali Pertama

Hari ini sampai di kawasan letak kereta opis sekitar 9.15 pagi. Nampak dah banyak kereta, big boss pun dah sampai. Di bangunan baru ni, bilik big boss dekat ground floor, mengadap kawasan parking. With very wide glass windows and glass wall, rasanya memang dia boleh nampak sapa yang datang lambat, sapa yang balik awal. Ngee....

Maka dengan controlnya saya pun parking kereta. Elok saja tutup pintu dan tekan remote kunci kereta, seluk-seluk poket, tak ada. "Ceh tertinggal kunci lagi!" Ini bukanlah kali pertama, walaupan jarang-jarang berlaku. Terpaksalah balik rumah jugak ambil kunci. Maklumlah, kunci bilik baru, belum sangkut sekali dengan kunci-kunci yang lain. Mujur dalam 6km je jarak rumah ke tempat kerja.

Sebelum itu. 

Selepas hantar Aiman ke sekolah dia di hujung kawasan tempat kerja saya ni, dalam perjalanan ke opis, terserempak dengan sekor biawak yang agak besarrr. Slow je dia nak lintas, kereta dah dekat masih dok situ. Kemudian dia patah balik ke tepi jalan, tapi tak lari jauh. Dah tua barangkali.

Hati-hati, kawasan biawak melintas.

Biasa la biawak, mana-mana ceruk pun ada. Tapi, 2-3 bulan dulu, saya terserempak dengan sekor babi hutan, nak melintas jalan, tak jauh dari sekolah aiman, maknanya dalam kawasan tempat kerja saya juga. Good that sekolah aiman dan nursery baby tu berpagar. Tak sempat nak bawak keluar handphone snap gambar, sebab terkejut jumpa babi hutan besar kat tempat kerja, kekeke.

Tuesday, May 24, 2011

Nak promote pun berpada-pada la

"Anak kembar saya sering bersaing antara satu sama lain. Tapi satu perkara yang mereka sama setuju, mereka tak suka makan sayur".

Macam tu lah lebih kurang bunyi dialog dalam iklan kat TV tu. Iklan horlicks. Apa yang merimaskan saya, ibu tersebut kelihatan ceria dan gembira walaupun anak kembarnya tak nak makan sayur, sebab bagi minum horlicks dah cukup. Saya tak nafikan ianya berkhasiat, tapi cara penyampaian maklumat tu agak misleading bagi saya. Ianya seolah-olah menidak-apakan keadaan tersebut, dan bergantung penuh pada 'produk' tersebut, i.e. 'takpalah hangpa takmo makan sayoq pun, asal hangpa minum benda ni perabih'.

Saya rasa, sepatutnya muka ibu tersebut kena tunjuk risau. Kena bagitau macam-macam cara dah dicuba, dan tetap akan terus mencuba nak bagi anak kembar dia makan sayur. Then baru masuk part dia terjumpa produk ittew. Dan kena tegaskan ia bukan sebagai pengganti kepada sayur, tapi sekadar makanan tambahan yang membekalkan fiber. Ataupun buat je mcm iklan minuman lain dan highlightkan ia mengandungi kandungan fiber yang tinggi, tak payah tunjuk yang produk itu seolah-olah alternatif kepada sayur. Hah, dah macam pengarah iklan pulak aku!

Satu lagi misleading advertisement yang saya terjumpa seperti gambar ni. Dengan hanya empat gelas produk tersebut mengandungi seluruh kumpulan makanan yang terdapat dalam piramid makanan.

Kalau cenggini, minum 4 gelas, dan tak payah risau kalau anak-anak taknak makan pun.

Tak dinafikan jugak picky eaters memang susah nak dibagi makan, dan produk itu mengandungi vitamin dan mineral yang amat diperlukan untuk tumbesaran. Tapi gambar piramid makanan sama dengan empat cawan produk tu yang akan mengelirukan mak bapak yang nak bagi makan anak-anak ni. Mungkin akan ada mak bapak yang mana anak-anak mereka tidak dikategorikan sebagai 'menghadapi masalah makan/pemakanan' akan tetap membelinya, kerana beranggapan ianya perlu untuk anak mereka.

Ini baru cerita dua iklan, dan mereka ni sekurang-kurangnya ada scientific evidence. Berapa banyak lagi iklan produk ntahapa-hapa dalam TV tu, berjenis-jenis air (padahal air kosong je pun semua), ombak besar lah, sarang burung lah, macam-macam lah. Banyak iklan-iklan short cut sebegini, yang claim bahawa ia mengandungi segala nutrien yang diperlukan. Sama juga produk-produk makanan minuman yang claim sebagai ubat segala penyakit, sesuai untuk semua, dan banyak lagi lah.

Promotion tu tak apa, tapi jangan mengelirukan, mislead pengguna dan mengambil kesempatan di atas meningkatnya health conscious di kalangan masyarakat kita hari ini. Kira nak cekau duit orang ja kebanyakan depa ni!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails