Kerana dirimu amat berharga

Saturday, July 11, 2009

Kunyah

Sekali baca, mungkin entry kali ini berkisar tentang makanan. Kunyah merupakan proses pertama penghadaman makanan, yang berlaku di dalam mulut di mana kita mengunyah makanan menjadi lebih kecil dan halus serta barcampur dengan enzim amylase daripada saliva yang memulakan pencernaan karbohidrat.

Namun begitu entry kali ini tidak berkaitan dengan makanan. Sebutan betul kunyah yang dimaksudkan dalam bahasa Arab ialah 'kun-yah' (kaf-nun-ya-ta marbuthah).

Kunyah ialah nama gelaran atau nama sandaran yang digunakan seseorang yang biasanya bermula dengan Abu (bapa kepada) atau Ummu (ibu kepada). Biasanya nama yang digunakan dengan kunyah ialah nama anak sulung, tapi ia bukanlah suatu kemestian. Ia diberikan atau digunakan sebagai suatu penghormatan. Nabi juga pernah memberikan kunyah kepada kanak-kanak sebagai dorongan dan semangat. Namun, menggunakan kunyah adalah suatu sunnah yang tidak ramai mengamalkannya. Mungkin kerana perbezaan faktor budaya and keadaan, wallahu a'lam.

Kunyah diamalkan masyarakat Arab lama lagi, dan Rasulullah meneruskan tradisi ini dengan memakai gelaran 'Abul Qaasim', sempena nama anak baginda yang bernama Qaasim. Kunyah seseorang tidak semestinya kepada nama anak sulungnya. Ramai para sahabat nabi yang menggunakan kunyah yang tidak berkaitan dengan anak mereka.

Sebagai contoh lain, 'Abu Hurairah' yang bermaksud 'bapa kucing' mendapat gelaran tersebut kerana sering dilihat ada bersamanya kucing serta minatnya kepada binatang itu. Khalifah pertama, Abu Bakar As-Siddeeq yang nama sebenarnya Abdullah, juga tidak mempunyai anak yang bernama Bakar. Ali bin Abi Talib pula mendapat gelaran Abu Turaab (bapa tanah/debu) selepas suatu hari Nabi terlihat beliau penuh diselaputi debu tanah.

Rasanya orang melayu juga menggunakan kunyah ni sebagai gelaran. Contohnya Tunku Abdul Rahman mendapat gelaran Bapa Kemerdekaan, Tun Hussein sebagai Bapa Perpaduan, dan Tun Abdul Razak sebagai Bapa Pembangunan. Tun Dr Mahathir pula mendapat gelaran Bapa Pemodenan, Tun Abdullah tak tau lagi nak jadi bapa apa. Ada idea? hehehe

Gambar Hiasan


Saja je tulis topik ni. Sebabnya, sejak dah jadi bapak ni, aku suka guna kunyah juga, 'Abu Aiman', bermaksud 'Father of Aiman'. Dengan harapan dia membesar menjadi anak yang baik, malu nak buat jahat sebab bapak dia pakai nama dia. Aiman sendiri bermaksud 'diberkati, bertuah', atau 'orang2 yang berada di jalan kanan/benar'. Ada yang ingat Abu Aiman tu nama penuh aiman, bukanlah.

Bagi yang takde anak lagi tapi nak pakai kunyah, boleh lah bersandarkan pada nama lain. Kunyahkan kepada anak sedara, favourite nephew/niece pun boleh. Contoh lain, kalau yang suka main bola tu, boleh la guna 'Abu Kurah' (bapa bola). Yang suka tukar kereta, mungkin 'Abu Saiyarah' (bapa kereta). Yang suka main komputer, 'Abu Komputer', dan yang gila main game, 'Abu Game', buleh? hehe. Yang suka apa lagi? Fikirlah sendiri...

5 comments:

  1. Hahahaha... lucu pulak dengar nama "Abu Game"..hehehe... Kalau wanita boleh letakkan Ummu kat depan..

    ReplyDelete
  2. Mayarakat Melayu mungkin tak menggunakan 'kunyah' ni. Tetapi ada cara untuk mengenali mereka dengan meletakkan gelaran. Mat Tegak, kerana cara berjalan yang tegak agaknya atau Ali ikan kerana dia jual ikan.

    Tak kurang juga yang meletakkan gelaran tanpa meletakkan nama tapi memang ditujukan kepada seseorang. Selalunya hanya diketahui oleh penduduk setempat,cth. Menteri Besar, kerana selalu cakap besar dan pandangan orang lain tidak diterima. Tok Bandar, kerana duduk dihujung kampung berhampiran tali air. Tali air dalam sebutan NS ialah 'bondar'.

    ReplyDelete
  3. Kak Tirana,
    A'ah. Tapi orang la ni suka letak nama glamer2, hehe.

    Pok Li,
    Ye la kan. Kawan2 abah pun banyak yg panggil guna gelaran macam2. Lagi hebat bekas2 askar ni, nama gelaran siap dgn no. staff kawan2 diorg ingat, nama betul tak ingat. hehe..

    ReplyDelete
  4. salam..entry yg menarik....fakta menarik mengenai kunyah....jangan jadi abu dah...abis terbakar ahahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails